25 Disember 2009

Kenanganku di USIM--Pertandingan Mahkamah Moot--

Seperti biasa, tiada lafaz yang mampu dicerna dengan panjang lebar. Maka dua perkataan ini telah dicerakin untuk mewakili perasaan ku ketika Pertandingan Mahkamah Moot berlangsung di USIM, iaitu Kontroversi dan Jati Diri. Selebihnya adalah diungkap melalui gambar2 berikut :


ni waktu latihan...repair hujah lisan bersama Abg Zaidi...


bergambar sebelum match hari first...

selepas first match--menang--



final match dgn UIA... kalah sebab dah penat (UM 4 match dah..UIA 2 match je)...
biasala ingatkan satu team kena jadi plaintif n defendan sekaligus...

MINAT MOOT KE?

24 Disember 2009

Baba borek, Anak rintik...

Tak ku sangka-sangka, rupanya bapak ku juga ada blog. Walupun blog bapak aku ada admin tersendiri(org lain yg jaga), namun ia tetap menunjukkan bahwa bloggers ini bukan hanya menjadi sebagaimana kata bapak kepada seorang hamba Allah ni iaitu "anjing di tepi jalan". Kadang ia benar kadang ia tokok tambah, namun hakikatnya maskan pokok bergoyang jika tanpa angin...


Melihat kepada blog bapak ku, xsangka wujud juga blog yang memberikan video ceramah percuma utk di downloadkan... selama ini aku lihat banyak sekali blog ceramah ini tetapi berbayar... Apapun my suggestion is juz upgrade and updater ur blog dad!!--macam omputeh plok---

INGAT DUNIA INGAT AKHIRAT

17 Disember 2009

Kenanganku di Tasik Kenyir--SUKSIS--

Hanya dua perkataan sahaja yang boleh aku gambarkan iaitu lencun dan sejuk....Untuk makluman lanjut sila lihat gambar dibawah :

welcome to TV sembile (9)... akhirnya idea ku n my fellow frenz menjadi....

antara babak lakonan, wartawan : ni air encik ke air sapa?...huhu...sori, spontan je tau...



ni selepas persembahan lakonan...penat dan sangat gemuruh.....


ni time bawak orang sakit...berat sebenarnya..berat apa? itu yg kita xtau..huhu

ni waktu aku lapa kat jeti tasik kenyir...tercari tempat atm..hahaha


rasa nak kenci*g....tapi tahan untuk gambar...Keciknya aku?!

SISI HIDUP YANG BARU
CABARAN BARU
KAWAN BARU


Course yang Di ambil SEM 2 (09/10)

Berikut merupakan antara subjek yang di ambil oleh aku pada sem hadapan :

1) IUEL 2104 Maktabah Syariah

2) IUEL 1107 Fiqh al-Usrah

3) IUEL 3106 Metodologi

4) IUEL 2106 ILS

5) IUEL 2103 Family Law 2

6) ALEA2328 Perkahwinan, Keluarga Dan Kekerabatan

ALWAYS DO THE BEST

-XM- Keputusannya....sem 1(09/10)


AlhamduliLLAH...

Itulah perkataan pertama ku pabila mendapat sms tentang result aku...walaupun jatuh pngk aku, namun masih berada di zon Dean List. Akhirnya keputusan aku dinyatakan dalam semakan dekan...

Tidak disangka selepas pelbagai masalah dan pelbagai rintangan...pelabagai cubaan dan pelbagai provokasi...akhirnya aku kembali mendapat rentak akademik ku....

Tiada apa yang aku ingin katakan, cuma sentiasa berusaha lebih jika ingin markah lebih dan selepas itu tawakallah sesungguh-sungguhnya....

DEAN LISTED

14 Disember 2009

Pertandingan Mahkamah Moot di Usim

Aku relax and cool je kalo team aku kalah...tapi aku xdapat terima bila ada beberapa part yang aku rasa macam tak kena...Inilah luahan hati aku....Memang sangat tak puas hati dengan pertandingan ni...Dah la xde syarat yang tetap, pastu longgar plak tu....so aku senaraikan apa yang aku xpuas ati :

1) Siapa yang sebenarnya yang mengurus perkaa berkaitan penalti n, juri bebas atau jawatankuasa bilik kebal(AJK dari FSU USIM)? sekarang pun masih tiada siapa tahu, dan tiada universiti yg lain selain USIM yang tahu berapa jumlah markah yang dipotong sedangkan jika nak dibandingkan, aku berani jamin bahawa peserta2 dari UKM, UIA, UM, KUIS, dan UDM lebih memberi saingan berbanding dari usim yg hanya baca teks hujahan bertulis sahaja.....

2) Apa rasionalnya hujahan bertulis itu terbaik jika dapat dipatahkan dengan senang dalam hujahan lisan? Aku ambil contoh, team yg menang best hujahan bertulis iaitu K3010 dari usim, team pertama yang aku kalahkan dengan margin 6-0. Aku n rakan bijaksana aku hanya guna hujah lisan manakala team tersebut pulak baca teks hujahan bertulis...kalo da kalah sampai banyak margin kenapa nak angkat lagi sebagai pemenang!!! memang markah keseluruhan seri, tapi itu bila team UM kena tolak dengan penalti, manakala usim ni plak siap bertambah markah plak?!

3) Apa rasionalnya menggunakan jumlah purata markah bagi menobatkan sebagai mooters terbaik? sangat tak rasionalnya, kenapa? ia akan memberi advantage kepada yang skor tinggi dalam satu dua perlawanan sahaja sedangkan ada peserta yang berlawan sehingga 4 perlawanan dan mendapat markah yang tinggi, cuma berbeza pembahagian perlawanan itu hanya akan mengecilkan jumlah purata bagi yang berlawanan dalam perlawanan yang lebih banyak...

4) Apa rasionalnya memberi kemenangan kepada yang tidak langsung tahu untuk berhujah secara lisan, sedangkan pertandingan itu diadakan untuk penghujahan lisan dan bukan penghujahan menengok teks hujahan bertulis...

5) Aku jelas menolak kesemua keputusan pemenang pertandingan moot ini sebab ia tidak menepati semangat pertandingan moot iaitu seseorang/pasukan yang mampu perform terbaik dlm penghujahan lisan...Dalam banyak perlawanan aku iaitu antara usim,udm n uia,,,aku hanya sanggup mengaku kalah jika ada bantahan dibuat oleh UIA dan UDM sahaja..Usim pulak...sori, korang sangat2 fail2--peserta moot je ye---

Tapi aku xsalahkan semua urusetia USIM, aku respect bagi urusetia yang mengurus peserta,mengurus pendaftaran dan pentadbiran..namun aku xpuas hati bagi panel urusetia yang mengurus selia bahagian syarat2 dan penalti yang dikenakan dan peserta moot dari usim....

p/s : First time masuk pertandingan yang memang jelas nampak bias kepada tuan rumah....PGSM xyahla bagi diorg guna nama utk buat pertandingan moot peringkat kebangsa't'an ni..

05 November 2009

-XM- Langkahan Bermula...


Huh..keluhan hatiku yang kian berglojak dalam jiwa. Setiap khayalan yang muncul tika mengulangkaji pelajaran menambah kesulitan kepada aku untuk menghafal setiap baris nota Family Law. Hari ini, kira lagaknya, adalah permulaan bagiku buat sepotong episod cabaran 'peperangan' pointer. Maybe there's still a lot of fellow ex-frens are arguing to compete with me...maybe for hit the beat to become NO. 1....

Emm...apa pun..doakan aku untuk menjadi manusia yang tidak lupa siapa yang beri ilmu dan siapa yang beri kita pertolongan untuk menjawab soalan.....ME as humble as myself......

KUATKAN DIRI DALAM BERADU
LEMAHKAN DIRI DALAM MENGADU

01 November 2009

-PANAS- Isu perjanjian ta'lik talaq 3 bagi YB Pas Yang 'Katak'


-Post ni aku copy paste selepas aku komen dalam blog sesorang ni-

lawak betul aku tengok korang yang 'bodoh' kerana tak tak belajar...

Ada pulak manusia yang konon berlagak sokong Islam tapi mengata dalam sokongan itu...boleh pulak orang yang hanya belajar agama sampai form menyatakan politik dan agama itu berbeza...kalu lu tak belajar agama pun,lu boleh cari kamus dwibahasa...cari maksud politik tu apa....

Kebodohan manusia yang jelas apabila melabelkan tindakan Pas berkaitan ta'lik tu merendahkan taraf isteri...sedangkan ta'lik itu belum berlaku... jika ta'lik tu berlaku,bermakna YB Pas telah melompat dan masih boleh berpolitik..maka ia boleh dikata taraf isteri telah dimain2kan...tapi jika dipandang bahawa YB Pas itu xlompat,maka taraf isterinya lebih tinggi dari mendapat kemewahan atau kesenangan selepas melompat...lihat...

Tiada siapa yang memandang bai'ah ini sebagai yang positif... Maka jika cara Pas ini dianggap salah, aku tanya korang adakah perbuatan Saidina Umar menyatakan talaq 3 itu jatuh talaq 3(bain kubra) sedangkan nas al-Quran dan Jumhur Ulama kata talaq 3 itu jatuh satu talaq adalah salah?

Kena tengok jugak keadaan semasa zaman Saidina Umar mengapa talaq 3 dikatakan jatuh 3. sebabnya pada zaman itu,umat Islam kerap main2 dengan talaq 3. Maka fatwa Saidina Umar itu dianggap sebagai siasah syar'iyyah...sebagaimana hukuman sebat yang xsampai 40 sebatan bg hukum minum arak,kenapa? sebab mentaliti manusia di Malaysia masih pikir sebat itu sperti sebatan sivil yang menyakitkan.....jika ia(sebat sebenar dlam Islam) terus dilaksana tanpa sebarang penjelasan maka ia mengiyakan gambaran pesimis Islam itu sebagai ganas dan kejam...

Think positif... tak guna korang still anggap Pas ni macam pengawas atau AJK kerohanian kat sekolah menengah...xsama la....

kalo dia sayangkan isteri, dia xkan melompat...so kalo dia melompat? adakah dia xsayang isteri?---persoalan yg selalu ditulis dalam drama,novel dan filem....bagi aku, kalo orang tak buat ta'lik pun,da ramai yg cerai-berai...

Analoginya,tindakan pas ini mencontohi amalan Saidina Umar yang mendidik umat Islam untuk serius dalam isu talaq... Jika suami itu sayangkan isterinya,sudah tentu suami itu akan xlompat atau xmenjadi calon selepas tamat tempoh 5 tahun.... Tapi kalo dia tak sayang isteri,maka sudah lama dia lompat parti...so bukankah lagi tepat dengan analogi begitu...

Itu pandangan peribadi aku...isu ini adalah retorik perasaan dan sentimen sahaja,dan bukan salah dari sudut hukum...

HUJAH BERASASKAN IJTIHADIYYAH BUKAN MEMBAWA SESAT,
HUJAH SESAT BUKAN BERASAL DARI IJTIHAD,
HANYA JIKA HUJAH ITU ASALNYA BERNIAT JAHAT,

BARU IA SESAT DAN MENYESAT-kan

20 Oktober 2009

Warkah Memali Buat Si Penanti....

Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air (Ini bermakna hampir sebulan lagi genap 24 tahun kejadian tersebut). Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.

Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.

Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.

Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

16 Oktober 2009

Skrip untuk Mock Trial 2010-Finished-


Selepas hampir 2 bulan aku berhempas pulas mencari bahan, akhirnya tepat jam 10 pagi aku berjaya juga menyiapkan skrip ini. Disebabkan skrip aku ni hanya 33 muka surat, so aku lampirkan sinopsis saja la...

SINOPSIS

Maimonah atau nama glamour Mona merupakan seorang Penerbit Rancangan TV di Channel 6 telah mengalami tekanan hidup akibat dibelenggu pelbagai konflik rumahtangga. Konflik itu bertambah apabila suaminya, Mail Adabi (Pengacara rancangan TV Channel 6) telah meminta izin untuk berkahwin lain atas alasan inginkan anak. Disebabkan Mona mempunyai rasa bersalah yang amat tingi akibat tidak dapat mengandungka anak, maka diizinkan suaminya berkahwin lain.Suami Mona mengahwini seorang perempuan bernama Mastura. Mastura atau nama penanya Mas Chotek, merupakan seorang novelis yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan.

Mail Adabi telah menyuruh Mona dan Mastura untuk berhenti bekerja kerana dia mampu menyara kehidupan sekeluarga. Mona enggan dan minta dikecualikan kerana ingin terus berkerja. Mail Adabi selaku suaminya bersetuju dengan syarat Mona menetap sebumbung dengan Mastura. Mona setuju namun Mastura pula mengenakan syarat bahawa Mail Adabi perlu mencari rumah yang lain selepas setahun tinggal sebumbung.Mail Adabi angguk bersetuju.

Disangkakan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Mona kembali dihantui masalah rumahtangga apabila sering berselisih faham dengan Mastura. Keadaan bertambah teruka apabila Mona mengadu kepada Mail Adabi berkenaan perihal Mastura yang sering mencari pasal, Mail Adabi pula hanya mendiamkan diri. Mona merasakan dirinya seperti disisihkan oleh Mail Adabi berbanding Mastura. Kemuncaknya apabila Mona Keluar dari rumah tersebut. Mona akhirnya mengambil keputusan untuk menetap bersama kakaknya dan tidak kembali lagi ke rumah tersebut. Walaupun beberapa kali Mail Adabi cuba untuk membawa Mona kembali pulang, namun abang dan kakak Mona menghalangnya. Kakak Mona pula memintaMail Adabi untuk menceraikan Mona atas alasan tidak berlaku adil.Namun Mail Adabi menolak sekeras-kerasnya permintaan itu. Akhirnya atas nasihat kakaknya,Mona memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah APIUM.

So, skarang skrip masih dalam moderasi tuan direktor... Maka, pelakon-pelakon yang bakal diplih harus bersedia....

CHAIYOKSSS

03 Oktober 2009

Pengakuan Kahar atau Pengikutnya, Mana Yang Betul?



Pada hari jumaat yang lalu atau semalam (2hb Oktober 2009), aku dan beberapa rakan dari jabatan Syariah dan Undang2 UM telah menghadiri perbicaraan berkenaan kes Kahar Ahmad ('Rasul' Melayu) di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam,Selangor. Pertama kali jejak kaki untuk dengar perbicaraan kat Mahkamah Syariah, mestila excited + riakss kat orang yang tak dapat pergi...HAHAHA...

Perbicaraan pada pagi itu bermula lambat. Kenapa lambat...sebabnya masalah si Kahar lambat datang.Tambah aku hangat ati bila anak pompuan si Kahar ni siap cakap " Ni watpe ramai2 datang,yang tak berkenaan blah ar,menyemak jew"...bagus betol anak Kahar ni....aiya...

Pastu ada plak si peguambela Kahar ni buat masalah dari sudut etika pakaian yang telah ditetapkan untuk dipatuh dalam Mahkamah Syariah. Siap hakim boleh tegur kenapa tak pakai songkok kat peguambela tu dan hakim tangguh kes selama 10 minit untuk peguambela tu pergi cari songkok. Selepas 10 minit peguambela tu pun datang dengan membawa songkok yang lebih kecik dari kepalanya. So kes pun dimulakan, hakim masuk kembali ke tempatnya.

Hari tu jugak memperlihatkan yang si Kahar ditemani beberapa pengikut setianya dan anak2 nya yang sangat seksi(anak pompuan- walaupun bertutup tapi pakaiannya jarang) dan anak lelakinya yang ditangkap penguatkuasa sebab makan time siang bulan pose ritu...

Hari tu juga penjamin ke-2 Kahar telah ditegur oleh Hakim sebab tak datang dalam prosiding perbicaraan sebelum i. Untuk pengetahuan, penjamin si Kahar ni kakitangan kerajaan tahap A, kalo xsilap la...Peguambela Kahar ni pulak peguambela yang baru dilantik, sebab peguam sebelum ni telah tarik diri...Peguambela bacakan yang si Kahar ni bertaubat dan mohon dilepaskan dari hukuman penjara dan sebat atas alasan dia ada penyakit jantung,asma(tapi xde bukti perubatan) dan baru kematian isteri serta dah tua...Siap ada penegasan yang si Kahar ni taubat nasuha tu...

Tapi bila aku compare dengan kenyataan dalam Metro bertarikh 28 September 2009 yang dibuat oleh pengikutnya yang setia bertaraf selebriti penyanyi terkenal Malaysia sekitar tahun 1980 an, aku dah konfius. So aku letakkan beberapa kenyataannya dan fikir2kan la :

“Mengaku salah bukan bererti kalah. Pengakuan itu hanya dari sudutundang-undang kerana kami tetap yakin berada di jalan kebenaran menujuke syurga,”
Sikap ini perlu 100peratus ada dalam hati dan saya mengambil masa 25 tahun untukbenar-benar mencapai peratusan ini menyebabkan saya yakin akan masuksyurga seperti yang bakal dinikmati Haji Kahar.

“Ini ajaran sebenar. Jadi apabila Haji Kahar mengaku bersalah, iamembuktikan dia tidak mahu ‘berkeras’ dan menentang undang-undang,sekali gus mengekalkan lima perkara asas itu dalam dirinya,” katanya.

Menurutnya, apabila orang lain enggan menerima ajaran itu, untukapa Haji Kahar ‘berkeras’ sedangkan sifat itu bertentangan ajarannya.

“Bila dia menunjukkan sifat cuba melawan undang-undang, maka wujudsifat negatif. Mana ada dalam ajarannya sifat negatif…jadi sebab itulebih baik mengaku salah, tetapi ia bukan bererti kalah.

“Kalau orang tak percaya, apa boleh buat… nanti orang cakap hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong,” katanya.

Sementara itu, dalam satu pertemuan dengan wakil Harian Metro, penyanyiberusia lewat 50-an itu mendakwa, kalau semua orang mengikuti asasajaran sesat itu, dunia akan menjadi tempat paling bahagia dan selamattanpa perlu ada pihak berkuasa untuk memantau keadaan.

“Tidakmengapa kalau seseorang itu minum arak atau berpakaian seksi asalkanjiwanya positif selepas mencapai tahap 100 peratus asas ajaran (HajiKahar),” katanya yang begitu taksub terhadap ‘Rasul Melayu’ yangmengaku bersalah di Mahkamah Syariah Tinggi Shah Alam terhadap limapertuduhan, kelmarin.

Penyanyi itu mendakwa, Islam yang sebenarbukan sekadar menunaikan solat lima waktu, puasa, zakat atau menunaikanhaji, tetapi lebih kepada membersihkan hati dengan sikap positif.

“Saya sudah mengikuti ajaran Haji Kahar selepas membuat kajian danyakin dia ‘Rasul’ yang diturunkan setiap satu kurun. Rasul bermaknaseorang yang menyampaikan teladan baik tapi nabi ialah orang yangmenerima wahyu iaitu Nabi Muhammad.

“Rasul juga diturunkankepada setiap bangsa dan Haji Kahar untuk orang Melayu. Bila seseorangRasul wafat mesti ada penggantinya untuk memperbetulkan ajaran. Jadibila Nabi Muhammad wafat, mesti Tuhan turunkan pengganti,” katanya.

Beliau juga memuji Haji Kahar yang disifatkannya ‘Rasul’ di kalanganumat Melayu kerana tidak pernah diazabkan walaupun sudah secara terbukamendakwa sebagai ‘Rasul’.

“Awak ingat senang-senang dia (Haji Kahar) hendak mengaku Rasul. Jika tak betul, Tuhan akan azab dia.

“Haji Kahar mengaku ‘Rasul’ sebab dia benar-benar mempunyai kelayakandan saya mengikut dia dan sudah memperoleh separuh apa yang diajarnya,”katanya.

Menurutnya, Haji Kahar tidak pernah menjadi gurukepada pengikutnya, sebaliknya hanya bertindak sebagai pembimbing untukmencapai lima perkara itu berdasarkan potongan terjemahan al-Quran.

Dia turut mempertikaikan kebenaran hadis nabi kerana mendakwa ia bukan 100 peratus betul, sebaliknya sudah bercampur aduk.

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, penyanyi terbabit turut menunjukkansalinan beberapa surah al-Quran seperti Al-A’raf, Al-Ankabut, Al-Alaq,Ali Imran dan Az-Zumar yang ditandakan bagi menyokong lima asas ajaranHaji Kahar.

Penyanyi terbabit turut mendakwa Haji Kahar turut merantau ke seluruh dunia termasuk ke Israel untuk menguji diri samaada dia seorang ‘Rasul’ atau tidak selepas menerima ‘petunjuk’.

YANG BATIL ITU BATIL,
YANG HAQ ITU HAQ

28 September 2009

Salam Idul Fitri 2009

Burp!...barangkali itu bunyi yang biasa kita ungkap dan istilahkan pada hari raya. Kuih-muih, nasi dan pelbagai menu lagi menghiasi kelazatan rumah terbuka untuk dikunjungi. Pada tahun ni, aku beraya di Kedah yakni kampung keturunan aku,tanah tempat aku dibesarkan sampai umur 18 tahun....

Setiap kali raya mesti kita akan bersama keluarga danaku yakin ramai juga keluarga yang berpakat untuk memilih tema baju sedondon. Kalau tak sedondon pun, mesti pilih tema yang hampir2 sama, tak kira la tema cowboy ke, aladin ke, 1001 malam ke dan lain2..

Bertepatan dengan 'my family' punya tema, iaitu biru, maka suka la aku untuk lampirkan gambar kenangan keluarga aku memakai baju raya berwarna biru(walaupun tone colour nye tak sama)...



So, aku ceritakan sedikit latar belakang atau latest news tentang kerabat aku sekarang. Dimulakan dengan:

Mohd Tarmizi Abd Rahman - beliau merupakan pendakwah bebas dan menjawat jawatan sebagai ketua keluarga. Kebelakangan ni mendapat penyakit tiroid mata(lebam di kelopak bawah mata), menyebabkan beliau terpaksa memakai cermin mata hitam supaya tidak menakutkan orang lain terutama kanak2.

Jamilah Haji Fadzil - beliau merupakan seorang guru di sekolah agama rakyat dan menjadi 'mdm besar' dalam keluarga ini. Pandai mancari duit dan pandai mengurangkan harga ketika membeli(tawar-menawar la...)

Mohd Naufal - no komen!!!

Nihal - bakal melanjutkanpelajaran ke universiti al-Azhar pada bulan 10 ni dalam bidang perubatan dan pembedahan (medical & surgery).

Nawal - sedang belajar di Maktab Mahmud Pokok Sena

Nauwar - seperti Nawal

Nasuha - pandai memanah dan belajar di SK Aminuddin Baki, Slim River

Nusaibah - pendiam dan belajar di SK Aminuddin Baki, Slim River

Ahmad Nabil - suka korek tanah dan belajar di SK Aminuddin Baki, Slim River

Sila lihat gambar dibawah :



MAAF JIKA TERLANJUR BAHASA
AMPUN JIKA TERBIASA DENGAN DOSA

10 September 2009

Skrip untuk Mock Trial 2010

Hmmm...'ideaku, ke mana kau menghilang',desis hatiku... Barangkali itu lah skrip kehidupan aku jika ia di'biografi'kan. Sekarang aku sedang mengumpul bahan untuk menyiapkan skrip Mock Trial untuk kes mal bagi Mahkamah Syariah. Untuk pengetahuan dan makluman tuan-tuan serta puan-puan, mock trial ni akan dilangsungkan pada tahun hadapan di Moot Court, Akademi Pengajian Islam.

Selalunya aku akan fikirkan tajuk baru aku tulis skripnya. pikio punye pikio, dapatla tajuk yang mike mahukan iaitu : '3 bulan Tanpa Bintang'. Signifikan tajuk ini dengan skrip mock trial yang bakal aku buat adalah berkenaan kes suami sudah 3 bulan tiada di rumah dengan isteri. Samada suami ni bagi nafkah atau tak,itu lah yang masih menjadi plot rahsia bagi skrip ni. Tambah2 pulak, si suami berkahwin lain dan menyatakan bahawa si isteri sudah beri kebenaran sewaktu diwawancara oleh pemberita...apa kesudahannya,tungguuuuu........

Jangan risau,skrip tu nanti aku akan postkan dalam blog ni bila dah siap... so aku kepilkan sedikit idea dalam otak aku ni melalui gambar berikut...



PERANCANGAN YANG MAHA ESA TIADA TARANYA

Seni Photoshop rekaan pertama aku



LOVE IS A MESS

08 September 2009

Kes Tort : KANAGASABAPATHY V NARSINGAM [ 1979 ] 2 MLJ 68


KANAGASABAPATHY V NARSINGAM [ 1979 ] 2 MLJ 68

[ A.C.J ( Vohrah J. ) May 19, 1978 ]

[ Kuala Lumpur – Civil Appeal No.36 of 1977 ]

PENGENALAN

Responden ( Kanagasabapathy ) pekerja kepada perayu sebagai “toddy tapper” telah terjatuh dari pokok kelapa dan telah mengalami kecederaan. Hakim Mahkamah Seksyen mendapati perayu telah cuai dalam menyediakan kelengkapan peralatan keselamatan untuk pekerjanya dan dikehendaki membayar pampasan sebanyak RM 6500. Perayu kemudiannya membuat rayuan untuk membantah inter alia atau kata lain doktrin volenti non fit injuria” adalah terpakai.

FAKTA KES

1) Kes ini adalah kes rayuan untuk membantah keputusan Mahkamah Seksyen berkenaan bayaran pampasan kerana kecuaian.


2) Responden berkerja dengan perayu sebagai “toddy tapper” pada 13 Januari 1973. Semasa menjalankan tugasnya, responden telah terjatuh dari pokok kelapa dan mengalami kecederaan.Responden telah memohon pampasan untuk kecederaan yang dialami kerana kecuaian perayu.


3) Responden telah berkerja dengan perayu sejak tahun 1971. Purata setiap hari responden dapat menoreh 25 pokok kelapa ( 2 kali sehari ).


4) Untuk mendapatkan bekalan responden terpaksa memanjat pokok. Sampai di puncak, responden kena panjangkan tangan untuk mencapai pelepah-pelepah pokok untuk menampung atau menahan dirinya sebelum dia menoreh sedikit dibahagian putik bunga yang belum mekar dan ditadah air nira yang keluar. Selepas itu, dituangkan air nira ke dalam bekasnya dan semasa ingin mengikat ke pinggang reponden telah terjatuh.


5) Sebelum kejadian itu, responden pernah mengadu kepada perayu berkenaan keadaan licin pada tangga. Kali terakhir responden mengadu sebulan sebelum dia terjatuh. Responden memberitahu perayu tangga licin dan berlumut terutamanya pada musim hujan.


6) Di Malaysia cara “ toddy tapper” memanjat pokok kelapa adalah tanpa menggunakan tali pinggang keselamatan atau alatan keselamatan yang lain termasuk dalam kes ini


7) Kesan dari kemalangan tersebut , responden mengalami :

· Retak 7 tulang rusuk kanan

· Retak 8 tulang rusuk kiri

· Retak tulang pelvic

· Retak kanan “ischium”

· Ditahan di hospital selama 27 hari ( 13 Januari 1973 – 9 Februari 1973 )


8) Responden mendakwa dia akan di bayar RM7.20 sehari dan juga mendakwa akan menerima bayaran bulanan sebanyak RM120 ( Perjanjian Lisan ) dan akan mendapat bayaran tambahan sekiranya membuat kerja tambahan

ISU

Adakah doktrin volenti non fit injuria adalah terpakai atau tidak

KEPUTUSAN

1) Doktrin volenti non fit injuria adalah tidak terpakai


2) Walaupun perayu tahu risiko yang boleh berlaku ke atas pekerjanya, perayu tidak ada anisiatif untuk mencegahnya.


3) Hakim yang Arif menyatakan perayu cuai mengikut “common law” kerana gagal menyediakan peralatan keselamatan yang sesuai untuk digunakan pekerja-pekerjanya termasuk responden.

KEPUTUSAN PENGHAKIMAN

1) Penyebab reponden jatuh ialah tangga licin kerana tidak dibersihkan secara sepatutnya yang menyebabkan responden terjatuh.


2) Kegagalan perayu untuk memastikan tangga itu dibersihkan sebaiknya mengakibatkan kecuaian adalah dipihak perayu.


3) Kecuaian bukan dipihak responden


4) Doktrin volenti non fit injuria adalah tidak terpakai dalam kes ini


5) Keputusan hakim : perayu dikehendaki membayar pampasan umun ( RM6500 ), pampasan istimewa ( RM240 ) berserta kos

Perayu kemudian membuat rayuan untuk membantah keputusan hakim dan mengemukakan 9 pertuduhan :

1) Keputusan perayu cuai dan bertanggungjawab dalam kemalangan itu adalah bersalahan dengan undang- undang dan fakta.


2) Doktrin volenti non fit injuria adalah terpakai sejak responden tahu akan risiko yang ada jika responden masih memanjat pokok kelapa terutamanya dalam musim hujan.


3) Amalan kebiasaan “ toddy tapper” di Malaysia tidak memakai sebarang alatan keselamatan.


4) Tidak cukup bukti untuk menyatakan responden mengalami penderitaan hanya disebabkan terjatuh


5) Perayu tidak tidak menyumbangkan kecuaian tetapi kecuaian responden kerana responden tahu berkenaan lumut yang terkumpul di tangga terutamaya pada musim hujan.


6) Mahkamah gagal untuk mempertimbangkan pengakuan responden yang mana responden tahu keadaan tangga yang tidak pernah dibersihkan sejak tahun 1972 dan tidak pernah diambil apa-apa tindakan berjaga-jaga


7) Mahkamah gagal untuk mempertimbangkan berkemungkinan lumut, lumpur dan lender bertambah di tangga tersebut kerana selalu digunakan.


8) Mahkamah gagal untuk mempertimbangkan kadar kecuaian responden dan tanggungjawab responden dalam kemalangan tersebut. Dengan itu , bayaran pampasan yang dikenakan adalah tidak munasabah dan patut dikurangkan.


9) Keputusan mahkamah adalah bercanggah dengan bukti.

ALASAN PENGHAKIMAN

1) Alasan pertama

# Adalah alasan biasa dan hakim tidak berminat untuk membincangkannya secara spesifik atau terperinci.


2) Alasan kedua dan keenam

#Adalah berkaitan dengan doktrin volenti non fit injuria.

# Rayuan ditolak kerana perayu tidak ada keperluan untuk buat begitu dan hakim juga telah mempertimbangkan kes ini secara terperinci dan cermat. Oleh itu, perayu tidak perlu berhujah dengan menggunakan fakta ini.

#Bukti yang ada jelas menunjukkan responden tahu dan sedar risiko yang melibatkan keselamatan dirinya . Doktrin yang digunakan bukan “ scienti non fit injuria” tetapi “volenti non fit injuria”

# Perayu perlu buktikan bukan hanya responden sedar risiko yang melibatkan keselamatan dirinya sahaja tetapi mesti ada dokumen perjanjian (kontrak ) yang menyatakan responden rela atau bersetuju dengan risiko yang melibattkan keselamatan dirinya.

3. Alasan ketiga

# Hakim dengan jelas menyatakan pekerja dalam industry “ toddy tapper” wajib memakai alatan keselamatan yang sesuai kerana ia sangat penting bagi menjamin keselamatan seseorang.

4. Alasan keempat

# Bukti jelas iaitu responden terjatuh dari pokok kelapa dengan ketinggian 5 kaki adalah kerana tergelincir di tangga yang licin bukan disebabkan responden berada dalam keadaan tidak stabil.

#Kesan yang ditanggung oleh responden akibat terjatuh dari pokok kelapa adalah “bukan kemalangan ringan” sahaja.

#Samada responden jatuh dari puncak pokok kelapa atau dari mana-mana bahagian pokok kelapa bukan persoalannya di sini tetapi akibat atau kesan yang dialami oleh responden yang diambil kira.

5. Alasan Kelima

#Hakim setuju mengatakan perayu telah cuai. Sebab responden terjatuh dari pokok adalah kerana tangga yang tidak dibersihkan.

# Responden sedar risiko dari pengumpulan lumut di tangga terutamanya pada musim hujan ( licin ) dan boleh menyebabkan responden terjatuh dari pokok kelapa.

6. Alasan keenam

# Sama dengan alasan kedua

7. Alasan ketujuh

#Keputusan yang diputuskan oleh hakim adalah jelas.Oleh itu, perayu tidak perlu lagi untuk mempertikaikan kerana bukti yang ada telah jelas dan mencukupi.

8. Alasan kelapan

# Bayaran pampasan yang dikenakan adalah munasabah dan tidak perlu dikurangkan.

# Kes ini sama seperti kes yang diputuskan pada tahun 1965, 1968 dan 1975.

9. Alasan kesembilan

#Tiada merit

Kesimpulannya : Rayuan ditolak dengan kos.

RUJUKAN KES

1) Drummond v. British Building Cleaners Ltd. [1954] 3 ALL E.R. 507

2) General Cleaning Contractor Ltd v. Christmas [1953] A.C 180

3) Monaghan v. W.H Rhodes & Son [1920] 1 K.B 487

4) Smith Baker [1891] A.C 325 , 362