30 April 2009

Ya Maahadan 'Allammaniy....

Tetiba aku terklik page friendster aku yang lama waktu aku kat maktab mahmud dulu n mula la teringat kenangan dulu-dulu...sesangat la banyak dari sudut usrahnye dari sudut pentomen nye dan macam2 lagi...

Tapi nak wat camne,aku mula da lupa muka2 aku yang dulu.
Oleh sebab itu aku dapat la gambar aku muda2 dulu..huhu. Saje nak tayang muka aku yang serabut kat maktab mahmud dulu... Biasa la orang kuat menghafal.... So kata-kata hikmah hari ini : Sejarah tak mungkin berulang hanya memori sahaja yang menghilang jika tidak diulang....
AKU PUN TAK PAHAM!!!

Tewas dalam Perang


Cisss....tapi sebab aku orang Islam maka aku ucap Alhamdulillah sebab dah lepas exam jiwang... tinggal satu lagi paper iaitu usul fiqh 2... Agak tak puas hati kali ni pasal kertas admin tadi... pertama kali aku jawab tak sempat semua point aku tulis--bahasa yang mudah : TAK ABES BUAT!!! waaaaaaaaaaaaaaaa....

Apa salah aku? tapi dah agak dah...
Bukan aku tak dapat jawab tapi semua jawapan dalam otak aku, namun nak dijelmakan kesemuanya ke dalam kertas exam tak sempat.Sempatla air mata aku kuar sikit bila pengumuman "semua pelajar diminta berhenti menulis"... Dalam dunia ni,hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya aku disebabkan sedikit lagi nak menang tapi tersungkur juga... Aku Kalah.......

ENTAHLA!!!

28 April 2009

Garisan Sebelum Penamat


"Mampukah aku menghadapi soalan yang menanti?" detik hati aku....wahhh, da macam ayat novel. Biasala permulaan yang baru ke arah pekerjaan mencari nafkah yang halal. Selangkah demi selangkah kita ke hadapan supaya setiap perhentian dapat kita saksi keindahan dan kelazatan pengalaman. Tapi aku bukan nak taip post ni untuk ber sastera sebaliknya aku tengah menghabiskan sisa lepak aku supaya dapat fokus study pasni...al-maklumla subject jiwang karat ko...

Aku dah berjaya habiskan semua sukatan tapi skang tiba untuk
fasa kedua iaitu menguasai. Fasa pertama adalah merasai iaitu aku guna kaedah feel the moon atau hafal setiap kes dan point penting.Maka fasa kedua aku akan menggunakan konsep soal jawab dengan eiha..Siap la ko eiha, rasai penangan aku nanti...

GET READY!!!

Lagi 2 Hari je siut : Episod Sebelum Akhir


Hari ni aku dah hafal dan ingat setkat tajuk pertama sampai la tujuan budibicara tajuk ke-3...ada lagi 4 1/2 tajuk lagi nak abeskan...waduh,arek tido sambil ngiler(bahasa jawa siam)...Setiap kali menghafal je mesti otak bikin pusing...Adakah ini menandakan ilmu sedang masuk ke dalam urat saraf otak ku...uhhh....

Kalo dulu aku doa supaya peksa makin cepat,tapi entah kenapa ya aku rasa nak extent supaya peksa ni lambat sikit...xsempat nak khatamkan la admin law ni...memoningkan palo den jo..den da koba,nyusohkan botuii...

Tapi ada la hikmah yang aku dapat sepanjang 4 jam terperap dalam perpustakaan UM tu hari ni, iaitu dalam mencapai impian yang luar biasa kita perlu memikirkan strategi yang sesangat luar biasa...

RENUNG-RENUNGKAN!!!

27 April 2009

Mahkamah Syariah Berat sebelah?


Baru-baru ini aku terbaca kat suatu akhbar asing luar Malaysia yang telah memuatkan mengenai keputusan kerajaan Malaysia tidak membenarkan anak-anak kecil dibawa masuk kedalam agama Islam oleh bapanya yang baru masuk Islam.Ini kerana anak2 tersebut adalah hasil perkahwinan yang didaftarkan dibawah Akta Meperbahrui Undang2(perkahwinan).Mak anak2 tersebut, Indira Gandhi, telah mebawa perbicaraan ini ke Mahkamah Sivil berbeza pula dengan si Bapa iaitu Muhd Ridzuan@K.Pathmanathan yang bawa kes ini ke Mahkamah Syariah...

Indira Gandhi siap kata melalui peguam dia(M.Kulasegaran) bahwa dia nak mintak deklarasi membatalkan anak2 dia dari sudah tidak memeluk Islam(murtad) dan ingin anak2nya jadi Hindu sekurang2nya sampai umur 18tahun(berdasarkan undang2 sivil).Ramai Mufti yang bangkang keputusan kerajaan.Di pihak kerajaan,keputusan berkenaan perkara ini telah dibuat berdasarkan satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan dan diwakili oleh Nazri Aziz,Jamil Khir,Sharizat Jalil,Koh Tsu Koon dan S.Subramaniam(kalo xsilap)...Siap si Gandhi tu kata kalo kat Mahkamah Syariah mesti la tak ada harapan nak menang.Ini bermaksud dia pun tahu permintaan dia tu dah salah.Tapi entah macam mana kerajaan boleh bersetuju untuk bagi anak-anak tu kat Gandhi sedangkan bapa dia dah dapat hak itu dahulu.Ni mesti rasa kesian Kak Syarijat untuk golongan wanita.huhu.....

Sekarang ni pun Malaysia punya perundangan still lagi celaru.Maka, kalo nak kata hakim2 malaysia ni bebas tak dapat la...Hakim2 Malaysia ni kurang mahir kerana pun berasal dari peguam sivil yang hanya mahu cari makan bukan mahu cari kebenaran...

AUDI ALTERAM PARTEM

26 April 2009

Teringat zaman kat KISAS dulu : Cara Study la...


Kalo nak diungkitkan cara study aku dulu waktu kat Kisas,memang ada banyak perubahan berbanding sekarang...Maksud aku skang kat UM lagi advance dan lebih kepada study smart berbanding waktu kat kisas lebih berunsur study hard...Nak wat camne dah environment Kisas memang jenis yang study hard....Masih aku ingat lagi,setiap malam aku akan pasti wat nota kecik untuk aku hafal esoknya,tapi last sekali langsung xstudy pon...huhu...

Aku ingat lagi, orang yang paling pandai buat2 nota jenis peta minda ni paktamla...walaupun xde sape yang paham tapi dia boleh jugak jawab peksa sambil dapat A lagi tu...aiiiya...Dia memang educated orangnya...Tapi jenis sikit,tak leh nak biar relaks sebab nanti memang tak bukak dah buku tu...Setahu aku pun, style aku study sebenarnya bermula dari membaca,kemudian menghafal baru menulis dan langkah terakhir adalah mengajar....betul atau tak ajaran aku,itu lain cerita....

Jadi,korang study la dengan pelbagai cara sebab kadang2 style yang sama akan menyebabkan otak kita penat untuk simpan data...

TRY TEST DULU

TQ untuk award MAK


Rasanya belum terlambat aku ucapkan terima kasih buat pentadbiran Kolej 8 UM kerana sudi memberi 3 anugerah untuk aku.Terasa berbalas la jugak penat lelah aku 'giat' kat aktiviti kolej ni. Walaupun aku rasa ramai lagi calon yang patut terima award ni,tapi nak buat camne rezki masing-masing...

Memang tak sangka aku dapat 3 anugrah(ingatkan satu pun tak dapat),Apa pun sangat2 terima kasihla...Acara anugerah memang ok walaupun diselubungi kontroversi sijil halal asia pasifik...ada persembahan bunkface,ramai la gak yang melompat2(da macam gigs sebonarnye)...aiii...nak wat camne.Bunkface pun bukan kumpulan nasyid...astagar....

So terima kasih buat 3 anugerah ni : 1) Siswa Aktif 2008/2009 2) Anugerah Harapan Seni (Kelab Drama) 2008/2009 3) Anugerah Cemerlang Akdemik 2008/2009........harap2 la kalo award taun depan dapat hamper takpun duit...huhuhu...

THANK YOU!!!

Sengsaranya : Penantian suatu Penyeksaan?


waduhhh... lagi 4 hari nak peksa tapi aku dah tak larat nak baca buku n nota admin.rase cam nak esok je peksa(kalo leh),walaupun aku langsung xingat apa aku baca....Kemalasan makin membara dan kerajinan kian mengembara...huhu...Entah sape la ada soalan spot...kan bagus kalo di bagi jawapan spot kalopun xnak gitau soalan apa yang keluar....

Hari yang letih,meletihkan otak sereblum,serebrum n menyebabkan medula oblangata aku kian hangitsss...adakah aku mampu mengimbangi diri aku lagi nanti...nampaknya tidak,aku kena merebahkan diri dulu...chow!!!!

25 April 2009

Study Pastu Tido

Ngantuk atau Nak Sangat Tido???? Aku pun tak tahu. Baru lepas je baca pasal admin terus terlelap...Mata aku yang berdaya tahan pun tak tahan untuk menutup retina mata aku,lalu tersungkur aku di alam mimpi yang kelam(xnampak apa2 pun)...

Orang kata kalo nak sentiasa cergas kena slalu joging biar oksigen mengalir dalam otak selalu.Tapi ini yang buat aku musykil,setiap kali aku joging mesti aku rasa sakit kepala.Mungkin itu effect dari kemasukan oksigen dalam otak kot.Apa pun,moh le pergi men futsol sebab ia bisa membawa anda melayari alam penuh dugaan...

SELAMAT MENCUBA!!!

Queen of Langkasuka---bes ooo--

Walaupun citenye dalam bahasa siam tapi nama watak dia semua macam kesultanan melayu dulu...huhu...lagi best dari puteri gunung ledang yang tak real bila lawan(scene Hang Tuah ngan raja Majapahit)...

Yang pasti watak utama cita ni pasal Ratu Hijau n adik2nya Ungu dan Biru yang memerintah Langkasuka(Patani skang)...
Memang jelas la ada pengaruh Islam tapi Ratunya je cam berkemban kadang2...mungkin budaya orang dulu kot...ala orang skang pun berkemban jugak.huhuhu....

Tapi aku bagi A- la sebab ada lagi yang perlu diperbaiki cam bantuan yang diharapkan dari Pahang cam xnampak langsung...itu je yang musykil sebab nampak Langkasuka menang sebab kuasa magis...
So,sape yang tak tengok lagi,beli la cd(yang ori @ rompak) takpun dengar n lihat je cite aku ni..huhu....Scene lawan silat cam ada nampak pengaruh tomoi tapi still xlari la dari konsep silat.... Tengok tau!!!!!!!

countdown for paper admin law yang 'jiwang'...


aduhhhh.......lebih kurang 4 hari sebelum aku n raiha nak khatamkan admin ni...
setakat ni kitorang sesangat malas n lemau untuk mebaca...lihat saje paper PUIM yang sangat bagus itu,sehinggakan raiha menjawab 4 soalan..rase cam skema plak...

Setakat ni aku dah nak try hafal tajuk 3 tapi tajuk kedua tak lepas lagi...aduaiii....
dah malas tambah lak dengan hasutan nafsu laptop maka sama dengan sangat nak tido bila membaca....

aduhai...tanye dr farid tapi tak terjawab...nampaknya terpaksa la menjadi HAKIM PENTADBIRAN sementara...huhu...xnampak jalan da ni,cuma jalan ke tandas ada la skali-skala.....

Pandaikah si NAUFAL itu?


Menurut pendapat hukama', untuk mengenali seseorang perlu dilihat pada teman atau kawannya. Maka atas alasan itu aku pun akan describe diri aku mengikut tafsiran aku la...

Ramai yang kata aku pandai,tapi mereka tak sedar bahawa berjaya dalam peperiksaan bukan lah orang pandai sebenarnya. Tetapi ia lebih kepada orang yang rajin dan orang yang minat dalam sesuatu bidang ilmu.Kepandaian bukan kunci kejayaan tapi kecilikan itu kunci sebenar kejayaan.Sebab itu korang selalu dengar study smart and sudy hard...kalo pandai dia hanya tulis study saje...huhu...

Ke
cilikan aku ni sebenarnya bermula di KISAS(walaupun aku tahu yang aku ni haprak dalam result spm)... Aku tak pandai...buktinya,aku xpernah isi borang matriks atau nilam puri atau upu sekali kerana aku rasa buat apa belajar,baik kerja jadi artis...sebut pasal artis ni,aku hampir-hampir jadi model baju pengantin...aiii...Bila masuk U,keluar result---sekali lagi orang kata aku ni pandai...cuma aku nak tegaskan aku bukan pandai tapi aku cilik dan celik seperti korang semua...

PM : suatu kebetulan atau suatu ketentuan?

akhir-akhir ni ramai la yang aku dengar orang kata "dapat ke kita stay kolej?"...bukan setakat ayat itu aje, bahkan ada yang kate, "nape aku xdapat PM?"...pelbagai alasan yang mereka letak seperti mereka dah giat dalam aktiviti kolej dan sebagainya...

Maka,aku pun terfikir,mesti ada yang xpuas hati bila nama PM yang terpilih(setakat ini la) akan menjadi bualan ramai sama ada negatif atau positif... So,I think the time is coming for those name in that notice to wake up from your dream come true symptom becoz its gonna be a tough day for PM...haha!!!

Peperiksaan Semester 2


Sekarang ni aku tengah blurr nak study apa la undang-undang pentadbiran...Tajuk pengenalan dah hafal tapi yang jadi masalah nak mampos ni adalah tajuk yang seterusnya...waduhhh...

English dah kantol,APK cukup makan je,SKI xyakin tu yang jawab 4 soalan n PUIM 2 soalan je aku yakin betul(betul ke?),entahla...

Universiti--(sebelum masuk UM)--


Alahai.keputusan u pun dah keluar.so banyak la orang yang excited skarang.mane taknye,dah puas berjuang untuk dapat result yang elok(walaupun kisas kate ok je),akhirnya dapat gak hasilnye...

Dah jadi suratan dalam ketentuan bahawa setiap insan yang bergelar pelajar kisas(KISAS KE?),mesti akan di kaitkan dengan u.kononnya dah gerenti dapat u.ada benar n ada salah,bak kate peniaga pasar borong"win-win situation"...tambahan plak bagi budak form 6 kisas(WUJUD KE LAGI MASA DEPAN),mesti akan diberi perhatian yang sangat 'bagus' dan 'LEBIH BAGUS' bagi yang tidak membawa tagline STAYER...bunyi cam vampire n amplifire jerrr...UM n UKM akan jadi pilihan kebanyakan sebabnyer mungkin itu menjadi lubuk pemerhatian form 6 sebelum ini atau di gelar LEGASI TURUN-TEMURUN...

Bagi aku plak.tahu2 dah ada 11 bdak kisas same kos ngan aku.wah,dunia ini kecik bangat deh.Jumpa lagi muka ingusan(sape marah dia trase),muka tembaga,mulut laser n baik cam aku(RIAKSSSS).huhuhu

Aku lak sepatutnya pergi UIA(dapat ke-mungkin kot),tapi last minute tukar atas nasihat abg sharaf(walaupun aku xmintak),tapi bagusla ada wakil n melengkapkan pelajar terbaik stpm yang g UIA selama 3 taun berturut-turut.Aku plak kena mula dari awal balik selepas kecundang di tengah perjalanan.Semua A solid tapi pengajian am 2 lak C,so A campur C dapatlah B+.hihihi

Ada gak yang bandingkan aku ngan fikri,katenye"korang tau tak,fikri lagi tinggi dari naufal sebab fikri dapat A pengajian am".huhu,lawak2..tula padahnya kalo jadi pandai(walaupun aku xnak tp nak tutup aib aku kena gak)...

Mesti cikgu2 Kisas ada cuit2 sikit pasal aku tapi tak baik la suk zon(walaupun aku dah biase).Tetiba plak jadi luahan perasaan.huhuhu.

Pe2pun,UM still pegang rekod pointer cemerlang tertinggi iaitu 3.75(kalo x silap),sebab itu aku pilih UM berbanding UIA.Nseb bek ada kakak UM bagitau aku waktu atas bas ke Johor bertemu tunang ku.huhuhu.

Okla,itu je wat mase ni.nanti aku tulis lagi.Kecemerlangan tak semestinya indah,kegagalan tak semestinya kita punah.