12 Jun 2009

Bermulanya Kisah Pembantu Mahasiswa Kinabalu...



Kini aku sudah melapor diri untuk ke kursus seterusnya bagi PM kolej 8 iaitu kursus Biro Tatanegara atau BTN. Dengar kata cam PLKN bahkan lagi ganas. Tapi wat camne,ikut hati memang xnak pergi. Rasanya sem ni je la last aku jadi PM.huhu. Baru je selesai buat pemilihan sape ketua PM n unit2 bwhn. Aku dipikulkan dengan tanggungjawab unit2 khas(entah apa yang khas pun aku tak tahu)...

Sebenarnya aku sesangat busy kerana aku baru selesai buat teks bacaan doa bagi majlis perasmian FESKUM. Pasni nak wat teks ucapan MC plak.Harap2 idea datang mencurah2 n tak stuck.huhu... 19 hb ni result keputusan U akan keluar.Harap2 UM tak jadi cam USM yang tersilap bagi nama sapa yang dapat walhal sebaliknya.Walaupun secara tradisinya UM ni kerjanya(HEP) sesangat la last minutes....hummmm...

JANGAN LAST MINUTE!!!

09 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan Atau Kerjasama Bersepadu?


Sudah seperti biasa sebagai seorang yang sering terbaca berita-berita panas dalam akhbar. Yang sebelah sini kata tak mau , yang sebelah sana kata ok...Takde satu pun yang berpendapat ia perlu di perbahaskan lagi. Barangkali keadaan malaysia itu sendiri sudah mendidik rakyatnya untuk tidak berfikir panjang. Sebab tu akan ada pilihanraya kecil setiap tahun dan akan ada pertukaran kerajaan setiap kali orang melompat...huhuhu....

Bagi aku, kerajaan perpaduan berbeza dengan kerajaan campuran. Perpaduan bermaksud mencari jalan persamaan bagi perkara yang berbeza, manakala campuran pula adalah menghimpunkan yang berbeza dalam satu kumpulan. Boleh la dikatakan perpaduan bukan disatukan tapi diperkuatkan. Apa yang aku paham melalui istilah kerajaan perpaduan ni adalah lebih kepada konsep kesamarataan bagi ahli parlimen tanpa mengira latar belakang parti dalam menyuarakan serta menyelesaikan masalah negara.

Contohnya dalam masalah inflasi, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan. Maka ahli2 yang dipilih adalah dari ahli parlimen berdasarkan kepakaran dan bukan berdasarkan parti. Itulah konsep kerajaan perpaduan. So takdelah jawatan kuasa khas tu dianggotai oleh sebelah pihak sajer...Tak timbullah isu parti mana yang berjasa, Tak timbullah lagi pacakan signboard SEBUAH PROJEK KERAJAAN B****** N*S****L...huhu...

BERFIKIR LEBIH SUSAH DARI BERCAKAP

Perkembangan terkini FESKUM '09


Suka lah aku untuk maklumkan mengenai perkembangan atau progress dalam loghat omputehynya bagi FESKUM '09...Walaupun terdapat beberapa siri pertembungan dan kesulitan yang ditimbulkan samaada dari comittee atau HEP, namun masih lagi aku dapat menjalankan tugas yang harus disandang dan dijayakan. Sebagai panelis bawahan unit protokol, aku sudah mula nampak alasan utama mengapa aku perlu berkhidmat dalm FESKUM '09. Ini kerana ilmu dan pengalaman kerja yang ada sungguh banyak dan sangat bermakna.

ICR atau International Corporate Relation UM merupakan antara alasan utama mengapa aku begitu teruja dengan FESKUM '09. Ini kerana aku berpeluang untuk mempelajari pelbagai perkara yang berkaitan dengan urusan profesionalism. Sebagai contoh hari ni aku baru belajar apa itu FILING SYSTEM, kepentingan kelainan dan konsep yang baharu dan bukan diciplak. Walaupun di basuh dengan dahsyat sekali tapi aku still boleh terima lagi sebab apa yang dibasuh adalah berdasarkan learning process approach...Walaupun tajaan setakat ini sudah hampir 2/3 dari 100 ribu...

SEBUTIR PENGALAMAN SELAUT PENGETAHUAN

07 Jun 2009

Logo FESKUM '09

Salam...saje je nak update blog aku sebab takde idea dah. Disebabkan aku join FESKUM '09 maka aku letakkan la sedikit buah tangan logo terbaru dari FESKUM '09.Inilah dia :
KEILMUAN DISANJUNG,KECEMERLANGAN DIJUNJUNG

04 Jun 2009

Naufal si Penulis Titah kepada Sultan Perak?


Mesti tajuk kat atas tu agak mengejutkan korang.Kalo tak terkezutt buat-buat la terkejut eh...takpun pergi amek air,basuh kat muka n tapak tangan kemudian cuba letak jari yang basah kat suis,mesti kena kejutan elektrik.huhuhu...Namun bukan isu kejutan yang ingin aku kabokan ye tapi sebaliknya. Skang aku dah dapat beberapa kerja sempena FESKUM 09. Al-maklumla unit protokol la katakan.

Antara tugasnya adalah aku perlu mengawal sebuah projek yang diterbitkan oleh RTM(walaupun xsuka ngan puak tu) yang bertajuk Forum Suara Siswa atau dulu dikenali Forum Bicara Siswa. Rancangan tu di hoskan selebriti pandai iaitu Dr Fadzley. Tapi aku rasa aku takkan wat banyak kerja sebab RTM maybe tak nak di kaco.Wallahu A'lam....

Yang menjadi fokusnya adalah tugas aku yang seterusnya.Aku ditugaskan untuk menulis dan merangka teks Titah Perutusan Canselor UM(Sultan Perak),teks kata-kata aluan NC dan TNC,namun itu hanya untuk dimuatkan dalam buku sahaja.Tapi ia tetap bukan tugas yang mudah sebab aku ni jenis yang suka buat ayat-ayat jiwang.Tak leh nak bayang kalo orang lain yang baca titah perutusan Sultan Perak sambil bergosip "Jiwang jugak Tuanku ni rupanya..."...
AMPUN TUANKU!

02 Jun 2009

Masihkah Ingat Kes Rasuah PR Kampus Lepas? : Jawapan Saudari Ayuni


Tak sangka jugak dalam keadaan klik2 blog ni,terjumpa lah blog seorang wanita yang dikatakan kontroversi sewaktu pilihanraya kampus 09.Memang lah banyak jugak feed back yang mengkritik saudari ayuni namun selepas terbaca artikel beliau, baru lah aku paham. Dan Presiden Kolej 4 yang terdahulu yang sangat aktif memangkah wanita ini mungkin akn perbetulkan statementnya dalam artikel yang telah diterbitkannya.Sila rujuk ini:

KES WANG RM 100

Pengalaman ini adalah yang paling dahsyat selama 22 tahun kehidupan. Pertama kali menerima wang tunai dalam sampul, pertama kali ke pejabat polis membuat aduan, pertama kali berita hangat diperkatakan seMALAYSIA.

Mungkin ada yang menganggap ini isu remeh yang sengaja diperbesarkan. Mari berfikir diluar kotak pemikiran.

Saya memang menerima wang dan surat itu, dan surat itu bersampul Universiti Malaya. ”Sahabat saya” telah membuat kajian ke atas laporan polis yang dibuat, kajian dibuat berdasarkan FAKTA yang bertunjangkan PERSEPSI, satu persatu saya teliti.

Dan akhirnya saya membuat keputusn, untuk tidak marahkan dia walaupun telah menampal salinannya di board JTK malah di kaunter PEJABAT. Kerana dia TIDAK TAHU KEBENARAN..bersangka baik walaupun sakit..


Saya juga baru belajar tentang cara membuat aduan dan bagaimana kajian kes dibuat oleh pihak polis.

imbau satu persatu…..


Minggu sebelum minggu PRK

Saya dihubungi oleh beberapa individu yang saya kenali menawarkan saya untuk bertanding bagi pihak aspirasi, namun telah saya tolak atas pendirian saya (ketika itu saya telah membuat keputusan untuk bertanding bagi pihak PRO M).

Sepanjang tempoh, saya dapat rasakan saya sering diekori, sehingga pada 13 Januari, sehari sebelum penamaan calon saya menerima SMS yang memaklumkan bahawa terdapat surat untuk saya di pejabat kolej, saya membaca SMS yang dihantar pada 4.12pm selepas selesai Practical Lab bagi subjek Human Biology ( kira-kira jam 5 petang)

Selesai sahaja lab, saya pun pulang ke kolej kediaman dan bertanya kepada kerani pejabat (malah turut berbual dengan mereka), apabila dimaklumkan tiada, saya terus ke pigeon hole pelajar yang terletak berdekatan tangga, dan ternyata surat itu berada dalam bakul merah..(ni detail statement ni)

Tidak disangka-sangkakan, hari-hari yang kadang kita anggap sebagai hari biasa, boleh disabitkan sebagai hari yang penting. Selesai sahaja solat asar, saya buka sampul tersebut, surat beserta wang kertas RM50 sebanyak 2 keping, saya tunjukkan surat tersebut kepada dua orang junior dan rumate lain. Surat bertajuk ” Tawaran menjadi calon bagi Pemilihan Perwakilan Mahasiswa sesi 0809”. Antara tawaran yang diberikan tempat penginapan, makan dan jaminan keselamatan. Wang yang berjumlah RM100 itu adalah wang saguhati permulaan tawaran tersebut.

Tidak cukup dengan itu, saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita dalam lingkungan jam 6.30 yang memperkenalkan diri beliau daripada HEP dan jika bersetuju untuk menerima tawaran ini, sila ke pejabat HEP. Saya jawab, baiklah saya akan ke HEP untuk PULANGKAN SEMULA sampul ini !! Marah !

Apa yang anda fikirkan ?

Ini bukan kes picisan…

Politik wang sudah berleluasa dalam kepimpinan politik nasional, dan hari ini, pemikiran mahasiswa yang sepatutnya genuine juga mahu di sogokkan dengan KEKOTORAN dan JIJIK perbuatan TERDESAK pihak tidak bertanggungjawab. ALLAHUAKBAR..Jika tiada iman dihati, wang tersebut boleh saya senyapkan malah saya boleh anggap surat tersebut tidak pernah wujud.

Ekoran…

Pendirian saya menolak tawaran, diekori, mendapat surat dan wang, malah dihubungi supaya ke pejabat HEP. Bersama nasihat sahabat-sahabat pimpinan untuk pertahankan diri dengan membuat report POLIS. Jika anda? Apa tindakan anda ?

( Masih ada yang mempertikaikan mengapa saya perlu buat report POLIS..Cukup menyedihkan)

REPORT POLIS

Pengalaman pertama ke Balai Polis ketika itu, di Pejabat Polis Pantai Permai, saya bersama 3 orang sahabat bertemu dengan 2 orang pegawai polis dikaunter. Sayalah yang menaip laporan itu, apabila diminta oleh pegawai disitu untuk memudahkan report dibuat. Selesai menaip report, pegawai polis wanita tersebut terus membuat panggilan kepada pegawai atasan, membuat salinan fotostat bahan bukti, dan meminta saya menandatangani report yang telah dibuat. Polis wanita itu memaklumkan bahawa seorang Inspektor akan mengambil alih kes ini dan akan menghubungi saya untuk siasatan lanjut.

Hebat ALLAH, kini, saya sudah belajar dan tahu beberapa perkara berkaitan aduan dan gerak kerja siasatan polis, mengenali SB dan mengetahui kepakaran sesebuah cawangan polis. Campur hari ini, saya telah pun turun naik ke pejabat polis sebanyak 5 kali, termasuk semalam menyerahkan telefon bimbit dan simcard untuk tujuan pengenalpastian nombor telefon yang menghantar SMS dan wanita HEP yang menghubungi saya.

TAHUN YANG SILAP

Antara isu yang dibangkitkan oleh ramai pihak ialah kesilapan menulis tahun dalam report tersebut. Dan saya akui memang kesilapan saya. Mahu tahu ? Sebenarnya borang penamaan calon saya juga telah diharu birukan oleh saya sendiri.(^_^). Silap-silap pencalonan saya boleh terbatal.Kerana tarikh dihujung borang diisi dengan tahun 2008 juga.

Allah Maha Besar, dihadapan pegawai yang menerima borang, sahabat wakil calon terperasan dan minta saya betulkan kembali tahun tersebut dan telah disahkan semula. Dan kerana rasa bimbang tahap tertinggi wakil calon saya ini, beliau meminta saya mengisi satu lagi borang baru dan ingin membuat pendaftaran semula kerana bimbang tahun 2008 yang dipotong dan digantikan dengan 2009 boleh dipertikaikan oleh pihak lain ketika sesi bantahan.

SURAT YANG SALAH

Ramai juga yang meragui mengapa saya perlu membuat laporan sedangkan jika saya benar-benar arif tentang surat-menyurat sudah pasti saya sedar kesilapan yang dilakukan. Malah yang cukup menyedihkan apabila saya dituduh membuat surat tersebut dan sengaja memFITNAH TNC. Itupun dalam musim pilihanraya yang saya sendiri sibuk untuk membuat persediaan. Dalam report yang dibuat juga saya tidak sekalipun menuduh TNC HEP malah dalam mana-mana further statement yang dilakukan saya tidak akan sesekali membuat tuduhan kepada sesiapapun, inikan pula menCANANG-CANANG nama.

Malah saya turuti nasihat pihak polis supaya tidak membuat apa-apa press statement, ya, hari penamaan calon sahaja saya telah cuba ditemuramah oleh beberapa wartawan akhbar, namun saya tolak untuk kebaikan dan elakkan keadaan menjadi semakin keruh.

Kini, biar pihak POLIS yang cari, SIAPA DALANGNYA..Mereka lebih pakar..

Itulah Kenyataan dari blog saudari ayuni.Maaflah kalo pembaca kata isu ni isu lapuk tapi aku baru tau penjelesan sebenar dari tuan yang buat report polis.Ikutlah nak percaya atau tidak, tapi aku harapkan lah yang pihak HEP memandang berat dengan perkara melibatkan penggunaan nama HEP dalam PilihanRaya Kampus. Kan Senang kalau biarkan je sape yang nak bertanding.bukan rugi apa pun,malah menguntungkan anak bangsa sendiri ada la...

SIMPLE BUT STILL HAVE HURDLE

01 Jun 2009

Result Terkini Exam Semester 2 08/09


Salam...rencana ini khas untuk paparan para pelajar Jabatan Syariah dan Undang-Undang sesi 08/09. Selam beberapa hari ni aku cuba mencari formula pengiraan pointer. Setelah pelbagai formula aku cipta,akhirnya terjumpa lah aku akan formula yang begitu hampir tepat iaitu :

Jumlah Mata Gred yang diperoleh bahagi Jumlah keseluruhan Mata Gred=hasilnya di darab dengan 4(mewakili jumlah penuh pointer)

Mesti korang pening tapi mungkin itu lah formulanya sebab aku dah menjalankan beberapa ujikaji. So aku meneruskan ujikaji dengan menampilkan bahan kajian aku dekat gred pelajar JSU 08/09 bagi peperiksaan Semester 2.Hasilnya seperti berikut:

IEL 080026----- 3.72 -----3A 2A- 1B
IEL 080024----- 3.69 -----2A 1A- 3B+

IEL 080006----- 3.68 -----2A 2A- 1B+ 1B

IEL 080020----- 3.73 -----2A 2A- 1B 1C+

IEL 080028----- 3.64 -----2A 1A- 1B+ 1B 1C+

IEL 080013----- 3.26 -----2A 1A- 2B+ 1C
IEL080025----- 3.24 -----2A 3B+ 1C+
IEL 080002----- 3.61 -----1A 3A- 1B 1C+
IEL 080012----- 3.53 ------1A 2A- 1B+ 1B 1B-
IEL 080011----- 3.31 -----3A- 2B+ 1C+

IEL 080021----- 3.12 -----1A 3A- 1B- 1C
IEL 080027----- 3.26 -----1A 1A- 2B+ 1B 1C
IEL O80005----- 2.89 -----1A 2B+ 1B 1B- 1C+
IEL 080009----- 3.26 -----1A 2B+ 1B 1B- 1C+

IEL 080014----- 3.18 -----1A 2B+ 2B- 1C+
IEL 080004----- 3.19 -----3B+ 2B 1C+
IEL 080016------ 3.09 -----4B+ 1B- 1C+

IEL 080007----- 2.87 -----1A- 1B+ 2B 1B- 1C-
IEL 080023----- 3.11 -----1A- 3B+ 2C
IEL 080010----- 2.89 -----1B+ 2B 3B-

IEL 080019----- 3.04 -----1A- 1B+ 3B- 1C+
IEL 080008----- 3.00 -----5B 1C

IEL 080022----- 2.76 -----1A- 3B- 1B 1C
IEL 080003----- 2.79 -----1B+ 3B 1C+ 1C-
IEL 080015----- 2.72 -----1B+ 1B 3B- 1C
IEL 080001----- 2.61 -----2B+ 2B 1C 1C-
IEL 080017----- 2.59 -----1B+ 1B 1B- 2C 1C+
IEL 080018----- 2.61 -----1B 3B- 1C 1D+

Semua keputusan belum pasti dan tidak dijamin kualitinya oleh pihak senat Universiti sebab aku yang wat jalan kira.Gred BI x dimasukkan yer.dahla SPM dapat 7 matematik...hoohoo...

STRIVE NOT STRUGGLE 4 EXCELLENT!

Protokol Majlis Rasmi : Sempena Feskum 09


Hari ini aku akan taip beberapa maklumat yang baru aku ketahui iaitu mengenai beberapa tatacara protokol yang harus dipatuhi. Protokol sebenarnya berasal dari perkataan Greek iaitu PROTO yakni pertama dan KOLLA iaitu bermaksud pelekat. Protokol sekarang ini merupakan antara pengetahuan penting dan pengajarannya adalah wajib bagi setiap penjawat-penjawat awam.

Antara yang aku ketahui mengenai protokol buat masa ini adalah terdapat syarat-syarat tertentu untuk menyediakan kad jemputan,susunan aturan nama dif kehormat berdasarkan pangkat dan jawatan,bilangan tempat duduk dif Di-raja atau teamu VIP dan VVIP dan sebagainya.

So aku tengah mendalami lagi mengenai protkol sebab kalau nak pergi kursus mengenai protokol ni sudah tentu mengantuk.Internet ada, wifi pun free...apa lagi,guna apa yang ada la.Wassalam...

PROTOKOL ITU JIWA-KU...CEHHH!!!



K