01 Julai 2009

BIRO TATANEGARA @ BIRO TATA BN?


tarikh 14-18 Jun merupakan tarikh berlangsungnya kem anjuran HEP UM n Biro tatanegara di kem Danau,Pasir mas,Kelantan.Aktiviti fizikalnya memang seronok tapi yang xseronoknya adalah ceramah dan modul LDK yang diberikan. Semuanya pasal politik dan ketuanan Melayu.
Sehinggakan tazkirah subuh n maghrib pun cakap pasal UxxO. Macam dah takde parti lain kat dunia ni...

Majoriti peserta rimas dengan keadaan ni.Bahkan yang palinh mengejutkan aku selaku warga UM yg muak dengan politik Kampus,persoalan yang ditimbulkan adalah ada pelajar UM yang yang bergiat dalam politik kampus mempunyai agent parti plitik Malaysia
Mengikut pendapat warga tua itu selaku fasilitator,ada pelajar UM sorang ni sesat,pastu warga tua n da geng pun berdebat dengan palajar UM tersebut.

warga tua itu dengan bangganya menyatakan beliau mempunyai geng yang taraf ilmunya seperti mufti(ekstremis gilerrr),semata-mata nak menafikan persoalan yang diutarakan pelajar UM itu...

Bahkan waga tua itu menyatakan pada aku,"Tahu tak siapa yang buat pelajar tu sesat? saya terus-terang la,PMIUM..."...

Masa tu la saya terhidu macam politik kampus UM ni bukan menjadi liar sebab warganya tetapi orang bukan warganya... Heboh dulu parti pemerintah katakan yang budak U jagan berpolitik tapi masih pula ada orang luar(orang kuat Nasional) cuba politikkan warga Um itu sendiri...

Namun perjalanan ceritera ini belum habis disini.Pada malam selepas tamatnya kem ini,aku dan beberapa panelis lain berbicara di tepi pantai di malam hari.Dalam perbicaraan itu,ada satu bab yang aku xdapat lupa.

Dalam bab itu perkataan yang aku dengar dan menjadi rumusan bagi bab itu ialah :" Tak kira sape pun yang menang Pilhn raya Kampus, selagi HEP tak bertukar jangan harapla nak buat perubahan"... Kemudian baru aku terfikir yang warga UM ni sebenarnya tak berapa nak suka HEP tapi masih lagi ada yang pretend yang HEP tu bagus.

Budaya kerja yang lambat dan last minutes merupakan trademark yang ideal buat HEP.Bukan mengutuk tapi menyatakan pendapat majoriti. So,aku pikir punya pikir,aku berpendapat para siswa dan siswi yang ingin pilih aliran politik kampus maka pilihlah aliran yang mampu menyuarkan dengan lantang kebajikan siswa-siswi.Menyuarakan pendapat terhadap HEP bukan bererti kita menentang UM kerana HEP adalah salah satu bahagian sahaja dalam pentadbiran UM.Usahlah pilih yang terlalu memuji orang lain berbanding kabajikan siswa-siswi.

Mungkin ada yang akan kata, kalo keras sangat mampos HEP nak bagi. Kenyataan anda salah. Kenyataan itu akan betul kalo HEP iti adalah LEmbaga Senat/Pengarah UM tapi bukan. Kita punyai NC.Kelantangan bersuara bukan bererti kita meninggikan suara ketika bercakap dihadapan pegawai HEP tetapi ia memerlukan keazaman yang berterusan untuk membawa masalah dan pendapat itu tanpa mengira berapa kali ia di-REJECT oleh HEP.Bukan mengajak membenci HEP tapi aku ajak sama2 kita tingkatkan kualiti HEP,kerana sesuatu organisasi tidak akan bangkit jika sering dibuai kesenangan.....

Terlanjur pulak sampai ke HEP,aku dah malas nak taip tapi aku ada last tips untuk parti pemerintah di Malaysia.Hentikan provokasi yang ditimbulkan dalam kem birotatanegara yang melibatkan politik di Malaysia kerana provokasi itulah yang sebenarnya mewujudkan perubahan minda peserta dari pemerintah kepada pembangkang.

STRATEGI BUKAN BERERTI PROVOKASI

Tiada ulasan: