09 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan Atau Kerjasama Bersepadu?


Sudah seperti biasa sebagai seorang yang sering terbaca berita-berita panas dalam akhbar. Yang sebelah sini kata tak mau , yang sebelah sana kata ok...Takde satu pun yang berpendapat ia perlu di perbahaskan lagi. Barangkali keadaan malaysia itu sendiri sudah mendidik rakyatnya untuk tidak berfikir panjang. Sebab tu akan ada pilihanraya kecil setiap tahun dan akan ada pertukaran kerajaan setiap kali orang melompat...huhuhu....

Bagi aku, kerajaan perpaduan berbeza dengan kerajaan campuran. Perpaduan bermaksud mencari jalan persamaan bagi perkara yang berbeza, manakala campuran pula adalah menghimpunkan yang berbeza dalam satu kumpulan. Boleh la dikatakan perpaduan bukan disatukan tapi diperkuatkan. Apa yang aku paham melalui istilah kerajaan perpaduan ni adalah lebih kepada konsep kesamarataan bagi ahli parlimen tanpa mengira latar belakang parti dalam menyuarakan serta menyelesaikan masalah negara.

Contohnya dalam masalah inflasi, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan. Maka ahli2 yang dipilih adalah dari ahli parlimen berdasarkan kepakaran dan bukan berdasarkan parti. Itulah konsep kerajaan perpaduan. So takdelah jawatan kuasa khas tu dianggotai oleh sebelah pihak sajer...Tak timbullah isu parti mana yang berjasa, Tak timbullah lagi pacakan signboard SEBUAH PROJEK KERAJAAN B****** N*S****L...huhu...

BERFIKIR LEBIH SUSAH DARI BERCAKAP

Tiada ulasan: