02 Jun 2009

Masihkah Ingat Kes Rasuah PR Kampus Lepas? : Jawapan Saudari Ayuni


Tak sangka jugak dalam keadaan klik2 blog ni,terjumpa lah blog seorang wanita yang dikatakan kontroversi sewaktu pilihanraya kampus 09.Memang lah banyak jugak feed back yang mengkritik saudari ayuni namun selepas terbaca artikel beliau, baru lah aku paham. Dan Presiden Kolej 4 yang terdahulu yang sangat aktif memangkah wanita ini mungkin akn perbetulkan statementnya dalam artikel yang telah diterbitkannya.Sila rujuk ini:

KES WANG RM 100

Pengalaman ini adalah yang paling dahsyat selama 22 tahun kehidupan. Pertama kali menerima wang tunai dalam sampul, pertama kali ke pejabat polis membuat aduan, pertama kali berita hangat diperkatakan seMALAYSIA.

Mungkin ada yang menganggap ini isu remeh yang sengaja diperbesarkan. Mari berfikir diluar kotak pemikiran.

Saya memang menerima wang dan surat itu, dan surat itu bersampul Universiti Malaya. ”Sahabat saya” telah membuat kajian ke atas laporan polis yang dibuat, kajian dibuat berdasarkan FAKTA yang bertunjangkan PERSEPSI, satu persatu saya teliti.

Dan akhirnya saya membuat keputusn, untuk tidak marahkan dia walaupun telah menampal salinannya di board JTK malah di kaunter PEJABAT. Kerana dia TIDAK TAHU KEBENARAN..bersangka baik walaupun sakit..


Saya juga baru belajar tentang cara membuat aduan dan bagaimana kajian kes dibuat oleh pihak polis.

imbau satu persatu…..


Minggu sebelum minggu PRK

Saya dihubungi oleh beberapa individu yang saya kenali menawarkan saya untuk bertanding bagi pihak aspirasi, namun telah saya tolak atas pendirian saya (ketika itu saya telah membuat keputusan untuk bertanding bagi pihak PRO M).

Sepanjang tempoh, saya dapat rasakan saya sering diekori, sehingga pada 13 Januari, sehari sebelum penamaan calon saya menerima SMS yang memaklumkan bahawa terdapat surat untuk saya di pejabat kolej, saya membaca SMS yang dihantar pada 4.12pm selepas selesai Practical Lab bagi subjek Human Biology ( kira-kira jam 5 petang)

Selesai sahaja lab, saya pun pulang ke kolej kediaman dan bertanya kepada kerani pejabat (malah turut berbual dengan mereka), apabila dimaklumkan tiada, saya terus ke pigeon hole pelajar yang terletak berdekatan tangga, dan ternyata surat itu berada dalam bakul merah..(ni detail statement ni)

Tidak disangka-sangkakan, hari-hari yang kadang kita anggap sebagai hari biasa, boleh disabitkan sebagai hari yang penting. Selesai sahaja solat asar, saya buka sampul tersebut, surat beserta wang kertas RM50 sebanyak 2 keping, saya tunjukkan surat tersebut kepada dua orang junior dan rumate lain. Surat bertajuk ” Tawaran menjadi calon bagi Pemilihan Perwakilan Mahasiswa sesi 0809”. Antara tawaran yang diberikan tempat penginapan, makan dan jaminan keselamatan. Wang yang berjumlah RM100 itu adalah wang saguhati permulaan tawaran tersebut.

Tidak cukup dengan itu, saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita dalam lingkungan jam 6.30 yang memperkenalkan diri beliau daripada HEP dan jika bersetuju untuk menerima tawaran ini, sila ke pejabat HEP. Saya jawab, baiklah saya akan ke HEP untuk PULANGKAN SEMULA sampul ini !! Marah !

Apa yang anda fikirkan ?

Ini bukan kes picisan…

Politik wang sudah berleluasa dalam kepimpinan politik nasional, dan hari ini, pemikiran mahasiswa yang sepatutnya genuine juga mahu di sogokkan dengan KEKOTORAN dan JIJIK perbuatan TERDESAK pihak tidak bertanggungjawab. ALLAHUAKBAR..Jika tiada iman dihati, wang tersebut boleh saya senyapkan malah saya boleh anggap surat tersebut tidak pernah wujud.

Ekoran…

Pendirian saya menolak tawaran, diekori, mendapat surat dan wang, malah dihubungi supaya ke pejabat HEP. Bersama nasihat sahabat-sahabat pimpinan untuk pertahankan diri dengan membuat report POLIS. Jika anda? Apa tindakan anda ?

( Masih ada yang mempertikaikan mengapa saya perlu buat report POLIS..Cukup menyedihkan)

REPORT POLIS

Pengalaman pertama ke Balai Polis ketika itu, di Pejabat Polis Pantai Permai, saya bersama 3 orang sahabat bertemu dengan 2 orang pegawai polis dikaunter. Sayalah yang menaip laporan itu, apabila diminta oleh pegawai disitu untuk memudahkan report dibuat. Selesai menaip report, pegawai polis wanita tersebut terus membuat panggilan kepada pegawai atasan, membuat salinan fotostat bahan bukti, dan meminta saya menandatangani report yang telah dibuat. Polis wanita itu memaklumkan bahawa seorang Inspektor akan mengambil alih kes ini dan akan menghubungi saya untuk siasatan lanjut.

Hebat ALLAH, kini, saya sudah belajar dan tahu beberapa perkara berkaitan aduan dan gerak kerja siasatan polis, mengenali SB dan mengetahui kepakaran sesebuah cawangan polis. Campur hari ini, saya telah pun turun naik ke pejabat polis sebanyak 5 kali, termasuk semalam menyerahkan telefon bimbit dan simcard untuk tujuan pengenalpastian nombor telefon yang menghantar SMS dan wanita HEP yang menghubungi saya.

TAHUN YANG SILAP

Antara isu yang dibangkitkan oleh ramai pihak ialah kesilapan menulis tahun dalam report tersebut. Dan saya akui memang kesilapan saya. Mahu tahu ? Sebenarnya borang penamaan calon saya juga telah diharu birukan oleh saya sendiri.(^_^). Silap-silap pencalonan saya boleh terbatal.Kerana tarikh dihujung borang diisi dengan tahun 2008 juga.

Allah Maha Besar, dihadapan pegawai yang menerima borang, sahabat wakil calon terperasan dan minta saya betulkan kembali tahun tersebut dan telah disahkan semula. Dan kerana rasa bimbang tahap tertinggi wakil calon saya ini, beliau meminta saya mengisi satu lagi borang baru dan ingin membuat pendaftaran semula kerana bimbang tahun 2008 yang dipotong dan digantikan dengan 2009 boleh dipertikaikan oleh pihak lain ketika sesi bantahan.

SURAT YANG SALAH

Ramai juga yang meragui mengapa saya perlu membuat laporan sedangkan jika saya benar-benar arif tentang surat-menyurat sudah pasti saya sedar kesilapan yang dilakukan. Malah yang cukup menyedihkan apabila saya dituduh membuat surat tersebut dan sengaja memFITNAH TNC. Itupun dalam musim pilihanraya yang saya sendiri sibuk untuk membuat persediaan. Dalam report yang dibuat juga saya tidak sekalipun menuduh TNC HEP malah dalam mana-mana further statement yang dilakukan saya tidak akan sesekali membuat tuduhan kepada sesiapapun, inikan pula menCANANG-CANANG nama.

Malah saya turuti nasihat pihak polis supaya tidak membuat apa-apa press statement, ya, hari penamaan calon sahaja saya telah cuba ditemuramah oleh beberapa wartawan akhbar, namun saya tolak untuk kebaikan dan elakkan keadaan menjadi semakin keruh.

Kini, biar pihak POLIS yang cari, SIAPA DALANGNYA..Mereka lebih pakar..

Itulah Kenyataan dari blog saudari ayuni.Maaflah kalo pembaca kata isu ni isu lapuk tapi aku baru tau penjelesan sebenar dari tuan yang buat report polis.Ikutlah nak percaya atau tidak, tapi aku harapkan lah yang pihak HEP memandang berat dengan perkara melibatkan penggunaan nama HEP dalam PilihanRaya Kampus. Kan Senang kalau biarkan je sape yang nak bertanding.bukan rugi apa pun,malah menguntungkan anak bangsa sendiri ada la...

SIMPLE BUT STILL HAVE HURDLE

Tiada ulasan: