04 Jun 2009

Naufal si Penulis Titah kepada Sultan Perak?


Mesti tajuk kat atas tu agak mengejutkan korang.Kalo tak terkezutt buat-buat la terkejut eh...takpun pergi amek air,basuh kat muka n tapak tangan kemudian cuba letak jari yang basah kat suis,mesti kena kejutan elektrik.huhuhu...Namun bukan isu kejutan yang ingin aku kabokan ye tapi sebaliknya. Skang aku dah dapat beberapa kerja sempena FESKUM 09. Al-maklumla unit protokol la katakan.

Antara tugasnya adalah aku perlu mengawal sebuah projek yang diterbitkan oleh RTM(walaupun xsuka ngan puak tu) yang bertajuk Forum Suara Siswa atau dulu dikenali Forum Bicara Siswa. Rancangan tu di hoskan selebriti pandai iaitu Dr Fadzley. Tapi aku rasa aku takkan wat banyak kerja sebab RTM maybe tak nak di kaco.Wallahu A'lam....

Yang menjadi fokusnya adalah tugas aku yang seterusnya.Aku ditugaskan untuk menulis dan merangka teks Titah Perutusan Canselor UM(Sultan Perak),teks kata-kata aluan NC dan TNC,namun itu hanya untuk dimuatkan dalam buku sahaja.Tapi ia tetap bukan tugas yang mudah sebab aku ni jenis yang suka buat ayat-ayat jiwang.Tak leh nak bayang kalo orang lain yang baca titah perutusan Sultan Perak sambil bergosip "Jiwang jugak Tuanku ni rupanya..."...
AMPUN TUANKU!

Tiada ulasan: