25 Julai 2009

Pesan Imam al-Ghazali


Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

JANGAN MEMFITNAH SESUDAH GELISAH

Bandwidth : Resolusinya....

Berikutan kesesakan /bandwidth/ ketika mengakses Internet menggunakan sistem rangkaian tanpa wayar serta sebagai salah satu langkah mengoptimumkan penggunaannya, pihak PTM telah memutuskan menyekat capaian ke sejumlah laman web semasa WAKTU PEJABAT.

Berikut adalah senarai laman web yang dikenalpasti untuk disekat capaian serta waktu sekatan yang akan dikuatkuasakan (TERMASUK PERKONGSIAN FAIL DAN VIDEO STREAMING/ YANG MENGGUNAKAN BANDWIDTH YANG AMAT TINGGI) :

Rapidshare 3.30 p.m - 5.00 p.m (Isnin-Jumaat)
Myspace 3.30 p.m - 5.00 p.m (Isnin-Jumaat)
Savefile 3.30 p.m - 5.00 p.m (Isnin-Jumaat)
Crunchhyroll 3.30 p.m - 5.00 p.m (Isnin-Jumaat)
Ictlight 3.30 p.m - 5.00 p.m (Isnin-Jumaat)
Frindster 3.30 p.m - 5.00 p.m (Isnin-Jumaat)
youtube 2.00 p.m - 3.30 p.m (Isnin-Jumaat)
Metacafe 2.00 p.m - 3.30 p.m (Isnin-Jumaat)

Patutla xleh nak download sangat.ingatkan laptop aku lemah...aiya....

DUNIA DI HUJUNG JARI ANDA

24 Julai 2009

Pengenalan Undang-Undang Tort

Undang-undang Tort

Dalam common law, satu Tort adalah satu kesalahan sivil yang berlainan daripada pelanggaran kontrak, dimana undang-undang menyediakan ganti rugi. Asas kepada undang-undang tort moden berasal daripada ganti rugi pencerobohan dan pencerobohan keatas kes. Perkataan ini sendiri berasal daripada bahasa undang-undang Perancis dan bermaksud "kesalahan". Dalam bahasa Perancis, istilah avoir tort bermaksud "untuk menjadi salah". Persamaan bagi cabang undang-undang ini dalam undang-undang sivil adalah delict.

Satu tort adalah satu pelanggaran tidak berdasarkan kontrak yang mungkin dihutangkan kepada seluruh dunia. Majoriti tuntutan undang-undang adalah dibawa dalam cabang tort.

Perkara am

Undang-undang tort dibezakan dengan undang-undang kontrak, undang-undang pengembalian, undang-undang equiti dan undang-undang jenayah. Undang-undang kontrak melindungi jangkaan yang timbul daripada satu perjanjian,undang-undang pengembalian melindungi penkayaan tidak adil, undang-undang ekuiti memastikan bahawa orang berlaku secara wajar dalam sesetengah situasi dan undang-undang jenayah menghukum mereka yang melakukan kesalahan berat seperti pembunuhan sehingga negara perlu bertindak melindungi rakyatnya. Notakan juga bahawa banyak kesalahan boleh mewujudkan liability kepada kedua-dua negara sebagai satu jenayah, dan kepada mangsa sebagai tort.

Undang-undang tort bertujuan melindungi kepentingan seseorang individu dalam keselamatannya, tanah milikannya, sumber kewangannya, atau reputasinya. Pengangguan dalam salah-satu kepentingan ini boleh diubati oleh satu tindakan undang-undang menuntut ganti rugi, biasanya dalam satu bentuk [pampasan]. Undang-undang tort secara langsung bertujuan meletakkan si mangsa satu gangguan ke dalam keadaan sebelum dia diperlakukan gangguan itu (berdasarkan prinsip jangkaan atau keadaan wajar).

Dalam kebanyakan negara, tort secara lazimnya dibahagikan kedalam tiga katagori luas — tort sengaja, kecuaian dan gangguan. katagori atau subkatagori lain diiktiraf dalam sesetengah negara. Sesetengah tort adalah tort berliabiliti ketat dimana pendakwa boleh menuntut dengan syarat dapat membuktikan dengan jelas kesalahan yang didakwanya benar-benar berlaku dengan tidak perlu untuk menunjukkan sifat pemikirannya atau bahawa defenden telah melanggar satu kewajiban menjaga yang wajar.

Definisi

Dalam tritisnya yang terkenal, Handbook of the Law of Torts, William Prosser menakrifkan "tort" sebagai "satu istilah yang diaplikasikan kepada satu kumpulan kesalahan sivil yang tidak tentu dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi tidak sama sekali berkait dengan satu perlanggaran kontrak dimasa satu mahkamah undang-undang mampu memberi satu pampasan dalam satu bentuk tindakan tuntutan ganti rugi."

Selain pampasan, dalam sesetengah kes berhad, undang-undang tort membenarkan tindakan sendiri, seperti menggunakan kekerasan yang wajar untuk membuang penceroboh. Tambahan pula dalam satu kes tort yang berlarutan, dimana gangguan terus-menerus, mahkamah pada sesetengah masanya akan memberi gran injunksi untuk menghalang daripada gangguan itu terus berlaku, sebagai contoh, satu kes pengaduan tentang bunyi yang terlalu kuat di sebuah tapak pembinaan sebelah memungkinkan mahkamah mengarahkan pembinaan itu diberhentikan sementara kes masih berlangsung.

Matlamat

Undang-undang tort menentukan sama ada satu kehilangan yang menimpa sesuatu mangsa patut atau tidak patut diletakkan puncanya pada orang lain. Sesetengah hasil daripada kesalahan yang dilakukan, seperti kos-kos perubatan yang terpaksa dibayar, boleh diganti rugi. Ganti rugi boleh juga dibayar dalam bentuk wang untuk hasil tidak kewangan, seperti kesakitan yang dialami.

Dalam "Matlamat-Matlamat Undang-undang Tort" (The Aims of the Law of Tort) (1951) Glanville Williams melihat empat batu asas diamana pelbagai tort bersantai: pemujukan, keadilan, pencegahan dan pampasan. Undang-undang mempunyai kecenderungan menekan matlamat-matlamat berlainan mengikut tort sengaja dengan tort yang berlaku akibat kecuaian atau liabiliti ketat. Selepas rencana si William itu, berkembangnya satu sekolah penganalisa ekonomi undang-undang yang menekankan insentif dan pencegahan.

Kategori

Tort secara amnya dikatagorikan oleh dua faktor:

1. Tahap kesengajaan yang mesti dikira dengan melihat kelakuan pembuat kesalahan, dan

2. Kepentingan yang terganggu oleh perbuatan tort.

Tort yang sengaja dilakukan

Tort sengaja adalah apa-apa perbuatan sengaja yang dikatakan boleh menyebabkan satu kecederaan berlaku kepada seseorang individu. Tort sengaja mempunyai beberapa subkatagori, termasuk tort mencederakan orang, tort milikan tanah, tort ekonomi dan tort menjaga air muka.

Tort mencederakan orang

Tort mencederakan orang mencederakan atau menghalang sifat keorangan si pendakwa. Tort mencederakan orang termasuk serangan, pukulan penahanan salah dan pengenaan sengaja kesusahan emosional.

Tort milikan tanah

Tort milikan tanah merangkumi semua pencerobohan terhadap hak pendakwa keatas tanah milikannya. Yang paling kerap adalah pencerobohan tanah, pencerobohan keatas barangan dan konversi.

Tort ekonomi

Tort ekonomi termasuk common law penipuan dan gangguan bersifat tort dengan hubungan bisnes atau kontrak.

Tort menjaga air muka

Tort menjaga air muka adalah tort yang tidak menyebabkan apa-apa implikasi ketara kepada seseorang atau tanahnya, akan tetapi kepada reputasinya. Tort ini merangkumi fitnah secara percakapan atau secara penulisan, penggelapan pengumuman, penzahiran. Adalah perlu difahami tort fitnah adalah terjemahan daripada istilah Bahasa Inggeris "Defamation". Penggunaan istilah "saman malu" yang popular di kalangan masyarakat awam di Malaysia adalah tidak tepat. Istilah "saman fitnah" adalah lebih tepat. Ini kerana seseorang boleh menyaman seseorang lain dengan saman fitnah apabila kenyataan "tidak benar" disebarkan terhadapnya. Tidak wujud "tort fitnah" walaupun seseorang itu terasa dimalukan jika kenyataan yang disebarkan itu adalah benar. Contohnya seseorang itu tidak akan berjaya membuat saman fitnah ke atas sebuah syarikat surat khabar kerana memaparkan berita bahawa dia telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana didapati bersalah mencuri di pasar raya. Walaupun berita itu memalukan diri orang tersebut, namun jika berita itu memang benar dan bukannya fitnah, maka dia tidak akan berjaya di dalam saman fitnahnya.

Kecuaian

Tort kecuaian adalah tort yang paling meluas antara kesemua tort dan adalah asas kepada kebanyakan kes kecederaan peribadi. Terdapat beberapa elemen yang sama kepada semua bidang kuasa, secara khususnya: terdapat satu standard penjagaan yang minima yang semua orang dewasa harus mencapai dalam kehidupan seharian mereka; defenden mempunyai satu tugas menjaga kepada pendakwa dan sebarang pelanggaran kepada tugas itu dengan melakukan atau tidak melakukan sesuatu memungkinkan si pendakwa menuntut ganti rugi keatas sebarang kehilangan yang berlaku disebabkan kecuaian ini. Dalam semua situasi, ia mestilah adil dan munasabah untuk memerintahkan defenden membayar pampasan kepada si pendakwa. Elemen-elemen ini sering dipermudahkan sebagai formula "standard penjagaan, tugas, pelanggaran, penyebab dan ganti rugi".

Gangguan

Tort gangguan membolehkan seseorang pendakwa untuk menyaman atas kebanyakan sebab gangguan keatas haknya menggunakan tanah dengan suka sendirinya. Sebagai contoh, bunyi bising daripada lapangan terbang biasanya dipampas oleh tuntutan gangguan

Liabiliti ketat

Liabiliti ketat diaplikasikan kepada aktiviti berbahaya (seperti pembinaan bangunan) dalam sesetengah negara bagi tujuan melindugi pihak-pihak terlibat dalam aktiviti itu daripada mengalami sebarang kecederaan yang berpunca oleh tindakan pihak lain meskipun pihak berkenaan tidak cuai dalam melakukannya. Teori ini tidak diaplikasi kepada kecederaan yang lebih serderhana sifatnya seperti penjagaan binatang buas, penggunaan bahan letupan, atau simpanan bahan radioaktif. Dalam undang-undang Inggeris, penjagaan makanan juga tertahluk kepada liabiliti ketat, dengan satu restoran boleh didakwa tidak kira betapa berhati-hati tindakan ia menjaga kebersihan.

Dalam sesetengah negara, liabiliti ketat adalah peraturan dalam sesetengah kes liability produk, dengan teorinya berdasarkan hanya liabiliti ketat boleh memaksa pengilang untuk menggunakan reka bentuk paling selamat. Ia juga dipercayai bahawa paksaan ini perlu keatas semua pihak dalam "rantai perdagangan" untuk lebih berhati-hati dalam penjagaan pengeluarkan produk mereka dan tidak cacat cela. Liabiliti produk juga dikatagorikan sebagai satu cabang undang undang tort spesifik, iaitu undang-undang tort toksik.
Pelanggaran hak cipta juga diklasifikasikan sebagai liabiliti ketat dalam sesetengah bidang kuasa.

Tort dan undang-undang jenayah

Dalam common law, ramai tort berasal daripada undang-undang jenayah. Sebagaimana dinotakan di atas, masih terdapat sesetengah pertindanan diantara jenayah dan tort. Sebagai contoh, dalam undang-undang Inggeris, satu serangan adalah satu jenayah dan satu bentuk tort (sejenis pencerobohan keatas individu).

Perbezaan antara kedua-duanya adalah satu tort membenarkan seseorang individu, iaitu biasanya si mangsa, (pendakwa dalam undang-undang Inggeris) untuk mendapat satu pampasan untuk tujuannya sendiri (sebagai contoh dengan pembayaran [[ganti rugi] kepada seseorang dalam satu kemalangan kereta, atau injunksi bantuan untuk menghalang seseorang daripada masuk campur dalam satu peniagaan). Tindakan jenayah pada sebelahnya pula dibuat tidak untuk mendapat pampasan untuk membantu seseorang (walaupun pampasan berkenaan sering terdapat dalam pemberikan mahkamah Jenayah), tetapi untuk menghukum seseorang kerana tindakan mereka. Ini menerangkan kenapa, sebagai contoh, pemenjaraan wujud sebagai satu penalti jenayah berat, tetapi tidak untuk tort.

Kendatipun, ramai bidang kuasa masih menpunyai satu elemen hukuman sebagai sebahagian daripada undang-undang tort seperti kerosakan contoh dan 'kerosakan parah'. Terdapat situasi dimana jika seseorang defenden mengingkari perintah mahkamah, satu pendakwa boleh meminta untuk satu ganti rugi berbentuk hukuman keatasnya, termasuk pemenjaraan. Sesetengah tort mungkin mempunyai elemen umum — sebagai contoh, gangguan umum, — dan ada kalanya satu tindakan dalam tort akan dibawa oleh satu badan umum. Juga, di mana undang-undang jenayah adalah bersifat penghukuman, ramai bidang kuasa telah memajukan bentuk-bentuk ganti rugi kewangan atau pengembalian dimana mahkamah jenayah boleh secara terus mengarahkan defenden untuk membayar mangsa.

LUPAKAN PERKATAAN, TINGKATKAN PERBUATAN

Motivasi Pembangun Diri

Baiklah...setiap hari yang anda rasa seperti terasing atau terasa seperti ada manusia lain yang bercakap tentang anda,maka anda perlu kan motivasi dalaman ciptaan anda sendiri. Berdasarkan pengalaman, jika anda terus layan, maka anda termasuk dalam jerangkap kemurungan(depression) atau kesedihan(sadness)...

Jika anda rasa ramai yang mengutuk atau mengumpat anda, perkara yang perlu dilakukan adalah senyum di awal pagi dan anggap apa yang dikatakan itu sebagai gelaran manja atau pujian 'compliment' atas usaha anda.Kerana jika anda ingin berjaya, ada bayaran pengorbanan yang harus dilakukan seperti mengorbankan pujian yang melambung.Jika usaha anda adalah teruk, maka itu bermaksud ada masih popular dikalangan mereka...

Jika anda rasa seperti orang yang mempunyai jawatan tinggi dari anda telah memboikot anda, perkara yang harus dilakkukan adalah biarkan ia berlalu. Kerana jawatan itu diterima bersama-sama penyakit yang diberi nama 'over pretending leadership'.Penyakit itu lah yang menyebabkan anda melihat seseorang yang baru dapat jawatan seakan-akan berlagak atau mungkin berlagak.So,let it go....

Jika anda rasa semua idea anda tak dihargai,maka sedarlah idea anda tiada nilai harganya kerana idea itu terlalu berharga dari harga pasaran. So teruskan berfikir...

Jika anda rasa kawan anda bertukar menjadi lawan, satu perkara anda kena ingat, jangan ambil dia sebagai kawan jika dia sudah bocorkan rahsia dan menjaja sifat negatif anda. Maka anda hanya perlu 'buat bodoh' dengan apa yang dikatakannya. Ini kerana perkataan itu bukan perbuatan. Tapi perbuatan itu menentukan kesahihan perkataan....

SELAMAT BERAMAL

Konflik Perbezaan Islamic Family Law

Isu Undang-Undang Keluarga Islam
Isu Undang-Undang Keluarga Islam Amalan terkini di Malaysia Amalan di kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia

Umur untuk berkahwin

Umur minima untuk berkahwin ialah 16 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki. Hakim Mahkamah Syariah boleh menggunakan budi bicaranya untuk memberikan kebenaran bertulis bagi perkahwinan pihak-pihak yang bawah umur.


Morocco: Di bawah Kod Status Peribadi (2004), umur untuk berkahwin yang diiktiraf undang-undang ialah 18 tahun untuk lelaki dan wanita.

Persetujuan untuk berkahwin
Persetujuan dari kedua-dua pihak adalah mandatori kecuali di Kelantan dan Kedah, di mana untuk seorang wanita yang masih anak dara, wali mujbir (bapa atau datuk sebelah bapa) boleh menikahkannya dengan lelaki yang sekufu dengannya, tanpa persetujuan dari wanita tersebut.

Tanzania: Tiada perkahwinan tanpa persetujuan yang diberi secara sukarela dan bebas, oleh kedua-dua belah pihak.

Tunisia: Tiada perkahwinan tanpa persetujuan pihak-pihak; persetujuan hendaklah diberi dalam bentuk yang tidak dapat dipertikaikan dengan menyebut “ya”di hadapan pegawai yang menjalankan upacara.

Wali dalam perkahwinan Persetujuan wali adalah perlu untuk pihak perempuan walaupun beliau boleh memohon kepada hakim untuk bersetuju menjadi wali hakim jika walinya (bapa atau saudara lelaki), tanpa sebab munasabah, enggan memberi persetujuan.

Tunisia: Kedua-dua pihak mempunyai hak untuk menjalankan perkahwinan sendiri atau melantik proxy (wakil).

Sri Lanka, Bangladesh dan Pakistan (di bawah mazhab Hanafi): wali tidak diperlukan untuk perkahwinan seorang wanita yang telah baligh.

Cameroon, Fiji, Gambia, Turkey, Uzbekistan dan Republik Kyrgyz: Wali tidak diperlukan.

Saksi dalam perkahwinan

Enakmen negeri Kelantan mensyaratkan perlunya saksi lelaki. Amalan di negeri-negeri lain juga ialah saksi lelaki, walaupun tidak disebut secara jelas dalam undang-undang.

Senegal: Dua orang saksi dewasa diperlukan, seorang untuk setiap pihak. Jantina saksi tidak dikhususkan.
Poligami Poligami memerlukan kebenaran dari Mahkamah Shariah. Syarat-syarat berbeza sedikit antara 13 negeri. Denda dikenakan jika gagal mematuhi prosidur

Tunisia: Mana-mana lelaki yang berpoligami boleh dipenjara selama setahun atau denda 240,000 francs, atau keduanya. Seorang wanita yang, secara sedar, mengambil bahagian dalam perkahwinan poligami juga tertakluk kepada hukuman yang sama. Perkahwinan tersebut boleh di mansuhkan samada oleh pihak-pihak, penjaga, ibu atau pegawai undang-undang.

Nusyuz Nusyuz dijelaskan sebagai keingkaran oleh pihak isteri. Wanita yang dengan sengaja mengingkari perintah suaminya yang sah mengikut hukum syara’ dianggap melakukan satu kesalahan dan boleh didenda. Isteri juga tidak berhak mendapat nafkah sekiranya beliau ingkar.

Turki: Institusi keluarga berasaskan persamaan antara pihak-pihak dan kedua-duanya mempunyai hak bersama dalam membuat keputusan berkenaan keluarga.

Indonesia: Hak dan tanggungjawab isteri adalah sama dengan suami dalam urusan rumahtangga dan hal ehwal sosial masyarakat.

Tunisia: Pihak-pihak hendaklah melayan sesama sendiri dengan kebaikan, menjadikan kehidupan berumahtangga bahagia, dan menahan diri dari mengancam kehidupan satu sama lain

Perceraian

Lafaz perceraian suami di luar Mahkamah, walaupun melalui SMS, diiktiraf, dengan syarat suami membayar denda. Isteri yang memohon perceraian selalu berhadapan dengan pelbagai kelewatan dan perlu menjalani proses perdamaian dan timbangtara tanpa sebarang had masa.

Indonesia: Seorang suami di bawah undang-undang Islam hendaklah memberi kepada Mahkamah notis bertulis mengenai niatnya untuk bercerai, terdapat 6 sebab untuk bercerai kepada kedua suami dan isteri, sebelum perjumpaan untuk perdamaian dibuat secara berasingan, di mana sekiranya gagal, pihak mahkamah akan memanggil pihak-pihak untuk menjadi saksi kepada perceraian. Perceraian yang boleh dibatalkan adalah tidak dibenarkan.

Tunisia: Perceraian hanya boleh berlaku di Mahkamah.Terdapat alasan yang sama untuk perceraian antara suami dan isteri termasuk” atas kerelaan suami atau atas permintaan isteri”.

Mut’ah (bayaran pampasan dari suami kepada isteri, dibayar selepas bercerai secara talaq atau di mana kesalahan berada di pihak suami)

Wanita yang diceraikan tanpa sebab munasabah boleh memohon mut’ah tetapi jumlahnya ditentukan oleh budi bicara Mahkamah.

Tunisia: seorang wanita yang diceraikan tanpa sebab munasabah, boleh diberikan mut’ah dalam bentuk sejumlah besar wang, pindahmilik harta atau ansuran bulanan. Jumlah yang dibayar kepada wanita tersebut hendaklah ditentukan berdasarkan taraf kehidupan yang biasa baginya.

Turki: Pihak yang tidak bersalah dan pihak yang mengalami kerugian terhadap kepentingan sebenar atau akan datang akibat perceraian boleh menuntut gantirugi, dibayar secara bulanan atau sekaligus.

Hak untuk memelihara dan hak jagaan Pertimbangan yang paling utama ialah kebajikan dan kepentingan anak tetapi berkenaan anak yang masih kecil, diandaikan bahawa adalah untuk kebaikan anak tersebut sekiranya anak dijaga oleh ibu, sekiranya ibu tidak berkahwin lain. Hak penjagaan sentiasa berada dengan bapa.

Cameroon & Republik Asia Tengah: Hak tempat tinggal dan hak jagaan boleh diberikan kepada salah seorang, ibu atau bapa, dengan mengambilkira kepentingan anak tersebut sebagai keutamaan.

Tunisia: Kedua ibu bapa mempunyai hak bersama untuk memelihara dan menjaga semasa perkahwinan dan Mahkamah dalam menentukan hak jagaan akan mengambilkira kepentingan anak tersebut sekiranya berlaku perceraian. Jika hak memelihara diberi kepada ibu, hak penjagaan berkenaan perjalanan, pelajaran dan hal ehwal kewangan adalah di bawah kuasa ibunya

19 Julai 2009

Senarai Jawatankuasa Pelaksana FESKUM 09

EKSEKUTIF PELAKSANA FESKUM '09

PENGARAH FESKUM

PENGARAH FESKUM
AHMAD SYAZWAN BIN MUHAMMAD HASAN

TIMB. PENGARAH 1

TIMB. PENGARAH 1
SITI NASIRAH BINTI MOHAMAD ZIN

TIMBALAN PENGARAH 2

TIMBALAN PENGARAH 2
WAN NORZAHIDAH BINTI WAN AHMAD

TIMBALAN PENGARAH 3

TIMBALAN PENGARAH 3
NIK ABDUL RAZAK BIN NIK MD RIDZUAN

TIMBALAN PENGARAH 4

TIMBALAN PENGARAH 4
NURUL FALINA BINTI AZIZAN

SETIAUSAHA 1

SETIAUSAHA 1
MASAIDA BINTI MOHAMED SULAIMAN

SETIAUSAHA 2

SETIAUSAHA 2
SHAZWANI BINTI MOHD SABRI

BENDAHARI 1

BENDAHARI 1
LEE KEANG KIET

KETUA PROGRAM

KETUA PROGRAM
NURFARAHHUDA BINTI ABDUL RAHMAN

KETUA PUBLISITI & PENERANGAN

KETUA PUBLISITI & PENERANGAN
MOHD HAFIZI BIN MOHAMAD PAUZI

KETUA GERAI & JUALAN

KETUA GERAI & JUALAN
MUHAMMAD SOLEHUDDIN BIN RIDZUAN

KETUA TEKNIKAL

KETUA TEKNIKAL
MOHD FARID BIN NASIKIN

KETUA TAJAAN

KETUA TAJAAN
YENI ASIQIN BINTI ALI

KETUA LOGISTIK

KETUA LOGISTIK
YEOH LAY SEE

KETUA PROTOKOL

KETUA PROTOKOL
MOHD NAUFAL BIN MOHD TARMIZI

KETUA PAMERAN

KETUA PAMERAN
ABDUL QAYYUM BIN M. SUHAIMI

KETUA URUSETIA

KETUA URUSETIA
AMAR OSMAN

KETUA PERHUBUNGAN AWAM

KETUA PERHUBUNGAN AWAM
NORAINI BINTI DULLAH


KEILMUAN DISANJUNG,KECEMERLANGAN DIJUNJUNG

17 Julai 2009

New Post in FESKUM '09


still in war,juz to share the unexpected moment with all of the followers n non-followers(maybe you juz accidently visited this blog). actually i'm on the moon because that i feel like my job is floating everywhere around me n i have to pick one to settle it piece by piece. Unfortunately i'm feel pity with the person who is taking care of my job(of coz my boss,that she want the job done early), becoz usually i am a lil bit late. If we look onto the wal where at there have a countdown of FESKUM, you will feel shock because the time getting nearer.Now i can say that this time doesn't have a breathe-taking time or recess, only have the time that so-called 'DOING YOUR JOB DONE!!!" time...

NICE DOING NEAT SAMPLING

12 Julai 2009

Memoir Protokolisme


Tatkala manusia sering dibuai keseronokan gema bunyi patriotis dan nada puitis,muncul seorang pemuda hingusan dari sebuah Negara Sungai Ramping,lagak gayanya seumpama bertatihnya orang bawahan memijak bumi Allah ke makam taklifnya.Pemuda hingusan ini digelar bapa dan ibunya dengan salutasi nama Derma Wan Shah.Teriaknya membelah benua Sungai Nil ketika lahirnya menandakan selamat sudah hasil Manusiawi memulakan pengembaraannya.Kisahnya menjadi kian mencabar tika persona Derma Wan Shah menjadi kelasi bawahan dalam sebuah Kapal Layar.

Kapal Layar tersebut membawa berpuluh-puluh skrol apresiasi sukses dan beratus-ratus tirkah perwakilan Ekskutif Negara ProMerah Cendana.Dalam pelayaran ramai anak kapal terkorban tatkala badai memukul hulu kiri dan kanan Kapal Layar.Bahkan dalam pelayaran ke Negara Jam'iyyah Madaya yakni destinasi yang ingin dituju Kapal Layar tersebut,pelbagai khabar berita yang disampaikan oleh Si Helang Langkiwa telah membuatkan keseluruhan organisasi Kapal Layar berjaga-jaga agar tak terjerat dalam jerangkap yang dipasang Puak Lanun Kampung Kuning Harimau Goraq.

Tatkala itulah Derma Wan Shah dilantik sebagai ahli kelasi bawahan di unit etika Kapal Layar. Dalam unit itu juga terjelma pelbagai disiplin Kapal Layar dan Majlis Rapat Umum Apresiasi Sukses yang akan bermula pada bulan Agustus Kalendar Mansihir di Negara Jam'iyyah Madaya.
Antara taklif yang dilampirkan adalah Wakalah Cenderakasih,Istiadat Majlis,Pencarian Pengawal dan Dayang untuk Istana Negara Jam'iyyah Madaya dan Etiket Pembukaan majlis berkenaan. Tatkala para kelasi menguatkan segala kudrat mengayuh Kapal Layar tersebut ke destinasi yang dituju, tiba-tiba dikejutkan dengan isyarat serangan dari Puak Lanun Kampung Kuning Harimau Goraq.Namun hasrat serangan itu kian pudar apabila tiada maklumat rahsia yang jatuh di tangan lanun berkenaan akibat tiada risikan maklumat yang tepat.

Unit Etika Kapal Layar berterusan mengenakan impak secukupnya dalam pelayaran ke Negara Jam'iyyah Madaya.Segala taklif cuba di selesai dengan sedayanya.Jangka hayat Majlis itu tinggal sepurnama sahaja lagi menyebabkan Persidangan Meja Bujur diadakan.Unit Etika sekali lagi dikejutkan dengan berita yang sudah sekian lama diketahui yakni Ketua Unit Etika cedera parah akibat kekurangan tenaga moral.Ahli Tertinggi Kapal Layar kemudiannya memutuskan untuk mebuat perlantikan semula Ketua Unit Etika.Derma Wan Shah yang bertindak selaku wakil Unit Etika dalam mesyuarat itu akhirnya dilantik bagi meneruskan taklif-taklif Etika Kapal Layar.

Derma Wan Shah yang melihat kelompongan Unit Etika dari sudut dokumentasi dan aturan kerja yang kurang cuba menggerakkan kembali tenaga 2 ahli protokolisme yang masih hidup di atas Kapal Layar berkenaan.Kini Pelayaran itu masih berlaku walaupun pelbagai halangan timbul dan tenggelam dan desakan jangka hayat yang kian meruncing menyebabkan Derma Wan Shah cuba menguatkan kudrat fisiologi dan psikologi bagi menangkis sejarah hitam MajlisRapat Umum Apresiasi Sukses musim lalu yang diselia Puak Kampung Kuning Harimau Goraq,yang kini terpaksa bekerja sambilan sebagai Lanun dek pemberontakan wakil-wakil cendia dari Negara Jam'iyyah Madaya.

Doakan Derma Wan Shah sentiasa tenang dan efisyen tenaga kerjanya serta doakan Majlis Rapat Umum Apresiasi Sukses anjuran Negara ProMerah Cendana berjaya dan dirahmati ALLAH sepanjang masa

KIAS NURANI SILIBUS MANDIRI

09 Julai 2009

PM Antoo...


Tulisan ini berkaitan salah satu komen yang aku terima yakni respon daripada orang yang tak dikenali. Sila rujuk kisah TArik Diri @ Tarik Muka...Oleh kerana ia tak dikenali sebab xletakkan nama, aku pun gelarkan PM Antoo...
Aku akan balas satu persatu agar dia paham apa yang sebetulnya...

PM Antoo : Setelah teliti kisah nie, saya berpendapat anda seorang yang keras kepala, pentingkan diri, egoism, sesuka hati

Aku : Pendapat ni macam serangan peribadi dan ayat seorang lelaki lembut atau perempuan yang rasakan dirinya pandai bagi motivasi.sesuka hati tu apa pulak?! Baguslah kalo Malaysia dah ada Hakim yang boleh tau sifat dan sikap sebenar orang lain.huhu...

PM Antoo : Kan dah tau nak jadi pm, jadi kenapa dalam hati ada fikir2 nak balik rumah la…xnak pegi kem btn la…ponteng kem induksi la.rasanya kem induksi tu penting sebab maklumat mengenai haluansisiwa akan disampaikan time tu.apa guna nak jadi pm kalau maklumat apa2 xtau

Aku : Masa bila pulak manusia ni boleh set hati supaya xberkehendakkan sesuatu. Lagipun cuba tanya siapa la yang sukarela nak ke Kem BTN.Hanya yang nak jadi Ketua Bahagian/Cawangan je yang suka.Lagi satu kem induksi memang penting tapi satu perkara yang semua orang xnafikan adalah maklumatnya sudah sedia ada dalam UM database.Yang berguna pada induksi adalah pertanyaan.Kalo penting sangat induksi tu,kenapa la ada yang tido,sama ja tido ngan konsep ponteng sebab dua2 xdengar n xfokus....

PM Antoo : Kalau dah dlm kepala ada perkara2 tu, kenapa nak jadi pm. Kalau x salah nak jadi pm, kena mintak and hantar borang kan.so menunjukkan yang anda yang nak jadi, bukanla dipaksa jadi.kalau dalam pemikiran dah ada agenda tertentu xnak pegi btn,nak balik rumah and mcm2 la…susahla.

Aku : Agenda tertentu? Ni mesti ingat aku ejen pembangkang ni.huhu(tiru ayat fasi BTN)... Kebanyakan yang jadi PM pun adalah yang dipelawa cuma aku saja yang tak pernah terima pelawaan.Cuba fikirkan,bila anda sudah usaha nak buat gerak kerja tiba2 dipersoalkan tentang kemampuan kita tanpa usul periksa kemudian terAMUK di depan orang,adakah anda masih nak buat kerja tu..Aku rasa korang mesti kena ada gap masa untuk bertenang sebab pekara ni berkaitan dengan hati. Mungkin mulut kata sei 0-0 tapi hati still lagi xpuas hati. Gerak kerja lagi la teruk pastu.

PM Antoo : Lagi satu, smpai mengamuk tu buat apa.kesabaran haruslah penting.xnak maafkan org yg buat awak mengamuk, tapi sedar tak awak buat org lain susah

Aku : Ko xsedar ke yang ko tu sedang cakap tindakan luar kawalan manusia. Adakah manusia itu robot yang mampu memberi maklumat n kemudahan walaupun diketuk2 akibat lambat. Persoalan xnak maafkan itu bukanlah persoalan yang berkaitan dendam atau tak. Ia lebih bermaksud aku tak mahu bekerja dengan dia kerana sikap kepimpinannya yang melonjak-lonjak. Sepatutnya ko check kenapa seseorang tu mengamuk. Bukan meletakkan hukuman kalo yang amuk tu adalah pihak salah.Tahu keadaannya baru boleh tahu apa yang sebenarnya.Kalo aku still lagi PM, aku tahu aku akan balas dendam walaupun semua manusia tahu yang dendam itu tak baik....

PM Antoo : Then kalau tau busy dengan feskum la..nak jadi pm la…kalau rasa xboleh buat..pilih satu sudah.jgn tamak.bila busy, mula la nak marah2.setakat nak buat borg tu, dlm masa paling lama 5 jam la

Aku : Untuk pengetahuan ko, tiada rasa berat langsung dalam idup aku untuk buat FESKUM atau PM. apa yang menunjukkan aku busy ngan FESKUM time PM? Kalo nak dikata aku tamak,baik ko g tanya ladyboss ko,apa maksud tamak samada pengalaman buat kerja ngan agensi korporat atau berjawatan di kolej kediaman n penghormatan junior2... Aku nak tau,hang tau aku tarik diri bila.Waktu aku tarik diri, tiada siapa pun inform kan bahawa aku kena buat borang.Walhal skang zaman sms xkan xleh bgtau.

PM Antoo : xknla biro bawah anda xda laptop.pinjam 5 jam buat borg tu, mesti siap.then satu biro, satu laptop mmg cukup sgt.lainla kalau balik and ponteng kem induksi tu ada agenda lain.kalau betul nk balik.tggula mhs hbis.selesaikan amanah dan tggjwb dulu

Aku : Sebelum aku ke Serdang iaitu sehari sebelum kejadian,PM baru pulang dari Pulau Perhentian.Aku asyik fikirkan tentang apa yang aku nak buat seperti senarai list dokumen2 penting, LDK n slide show(antara tugasan yang aku ingat...lainla kalo diorang da tukar)...Masa itu tiada laptop n komputer.So aku buat keputusan cari n pinjam kat orang lain yang bukan PM kerana tahu xsemua PM ada laptop kerana cara aku kerja xboleh ada limit masa macam 5 jam.Robot je kot yang boleh buat camtu.Aku nak balik tapi aku xbalik.Sebab tu aku ke Serdang ambil semua maklumat soal slidik supaya akau xbalik.Tapi sebab'minah rempit mengancam' aku nak wat camna.Jarak aku balik ke rumah aku xsama seperti ke Melaka atau Kedah atau Kelantan,Slim River je.Balik pagi ke rumah, petang pun boleh ada kat UM dah...

PM Antoo : Cuma tu la, kalau betul2 nak jadi pm, jgn nak ikut kepala sendiri ja.nak balikla…xnk pegi kursus la..ponteng la…xboleh cmtu

Aku : Ini kata-kata orang overdose motivasi kepimpinan ni.hahaha...Ko nak persoalkan perkara yang ada kaitan dengan hati...ramai je bukti lain yang menunjukkan PM ikut kepala sendiri.Contohnya kata nak tegur open supaya masalaha selesai,walhal korang tak tau yang open la punca sesama PM ada terasa ati n rasa macam tak disukai...Kalau betul2 nak jadi PM,jgn nak ikut kepala sendiri,nak tegur baik2 bilhikmah la konon,tapi kalo ruang penjelasan xdiberikan,provokasi sering diulangkan la...cakap banyakla...gerak kerja pun suruh anak buah buatla...xboleh cmtu

PM Antoo : hormat org lain kalau nak anda dihormati.dan jangan pikir yang anda sahaja betul dan bagus

Aku : Kalau anda lahir di alam Syurga,anda akan sentiasa dihormati kerana tiada nafsu dan kata-kata.Ini blog peribadi aku,so aku akan pertahankan berdasarkan pandangan kacamata aku.Persoalan samada fikir betul n bagus itu bukan kepada aku tapi terletak kepada pelawat yang komen dan membaca.Kerana ini laman AKU dan bukan laman rumah Hulu.huhuhu...

PEMIMPIN YANG TERBILANG HANYA MENJADI TIANG PENGUKUH RUMAH BUKAN BOLDOZA PEROBOH RUMAH

Yang Sebenarnya....


Sepanjang cuti yang berlalu ini, aku telah dirasuk dengan pelbagi maklumat dalam sereblum dan medula oblongata aku sehingga menghasilkan serangan kecaca-marbaan dalam menentukan sesuatu yang betul atau salah. Antara yang paling aku pening adalah beberapa isu politik di Malaysia dan beberapa hal lagi. So aku da surf beberapa laman carian dan aku baru tahu apa yang sebenarnya berlaku :

1) ISU DAP KEDAH


Isu ni memang mengejutkan ramai orang. Ini kerana ia melibatkan satu parti politik yang dominan dengan kelantangan menentang pihak Kerajaan. Walaupun DAP Kedah bukanlah satu kuasa besar politik di Kedah, namun imej dan nama DAP yang dibawa memberi advantage yang cukup besar kepada pihak lawan.Anyway itulah dunia politik...

Kemuncaknya adalah tindakan Majlis Bandaraya Alor Star merobohkan Tempat Sembelih Babi. Berita di tv menyatakan tindakan ini adalah hasil dari arahan Kerajaan PAS Kedah.Ini menyebabkan DAP Kedah yang minoriti merasakan hak mereka dicabuli dan terus teringat kisah lama sehingga ahli2 DAP dan PAS masing2 bingung dengan hal itu...

Sebenarnya
: Perobohan Tempat sembelih Babi itu adalah kerana tempat tersebut tidak berlesen dan sudah diberi arahan oleh Kerajaan Negeri supaya pengusaha tempat sembelih Babi itu pindah ke tempat lain.Namun pengusaha itu gagal mendapatkan tempat kerana permohonan mereka ditolak Majlis Daerah Pendang.Hal ini yang kita tak tahu sebenarnya...
Logik jugak kata2 Ustaz Azizan(MB KEDAH) : Rini gaduh sok baik2 la,macam suami isteri bergaduh la,rini benci sok love u plak....

2) ISU PPSMI


Hari ni memang menunjukkan keajaiban.Isu yang telah sekian lama menjadi kontroversi kini sudah selesai.Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bangganya menyatakan PPSMI akan dimansuhkan secara beransur-ansur sehingga 2012.Bahkan beliau menyatakan Tun Dr Mahathir juga menerima dengan baik.

Sebenarnya
: Tun Dr Mahathir hanya memberi cadangan supaya bahasa Inggeris dimantapkan melalui ICT bukan menerima dengan baik pemansuham PPSMI.Satu jam selepas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir membidas keputusan pemansuhan PPSMI.

3) ISU KG BUAH PALA

Isu ni memberi tamparan hebat kepada KM Pulau Pinang dalam urusan pentadbirannya. Isunya adalah mengapa Lim Guan Eng tidak mahu bertemu dengan penduduk Kg Buah Pala.

Sebenarnya : Ikuti penjelasan Lim Guan Eng, "Saya sudah serahkan tugas ini kepada Mansor (Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman) dan Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II, Prof.Dr P. Ramasamy).Jadi saya tidak mahu orang mempersoalkan kebolehan mereka,"

POLITIK UMPAMA BUNGKUSAN HADIAH, BALUTAN DI LUAR DIKETAHUI NAMUN ISINYA BELUM PASTI

01 Julai 2009

KEPUTUSAN SUBJEK YANG BAKAL DIAMBIL SEMESTER 1 2009/2010


Selepas fikir banyak kali,so aku telah lampirkan beberapa subjek yang menjadi pilhan.So hormatilah pilihan aku ni.Chewahhh...huhuhu

IUEL 2203
Undang - Undang Keluarga Islam 1

IUEL 3303
Undang - Undang Tort

IUEL 2105
Undang- Undang Pusaka Islam

IUEL 1102
Fiqh al-Ibadat

IDEU 2201
Pengantar Psikologi

IUEL 2201
Fiqh al-Muamalat

IDEU 2208
Pembangunan Insan di Malaysia

Tapi ni belum satu ketetapan lagi.Lagipun dengar2 ada orang nak tukar tarikh undang2 keluarga Islam. Pendapat peribadi aku pada mulanya menentang sebab ia menyusahkan banyak pihak tapi setelah pikir2 tak guna kita menentang kalo benda tu adalah untuk kebaikan orang lain dan bukan individu tertentu.

So,sape2 yang ngah usaha nak ubah tarikh,nasihat aku satu saja:

JANGAN SAMPAI KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA

BIRO TATANEGARA @ BIRO TATA BN?


tarikh 14-18 Jun merupakan tarikh berlangsungnya kem anjuran HEP UM n Biro tatanegara di kem Danau,Pasir mas,Kelantan.Aktiviti fizikalnya memang seronok tapi yang xseronoknya adalah ceramah dan modul LDK yang diberikan. Semuanya pasal politik dan ketuanan Melayu.
Sehinggakan tazkirah subuh n maghrib pun cakap pasal UxxO. Macam dah takde parti lain kat dunia ni...

Majoriti peserta rimas dengan keadaan ni.Bahkan yang palinh mengejutkan aku selaku warga UM yg muak dengan politik Kampus,persoalan yang ditimbulkan adalah ada pelajar UM yang yang bergiat dalam politik kampus mempunyai agent parti plitik Malaysia
Mengikut pendapat warga tua itu selaku fasilitator,ada pelajar UM sorang ni sesat,pastu warga tua n da geng pun berdebat dengan palajar UM tersebut.

warga tua itu dengan bangganya menyatakan beliau mempunyai geng yang taraf ilmunya seperti mufti(ekstremis gilerrr),semata-mata nak menafikan persoalan yang diutarakan pelajar UM itu...

Bahkan waga tua itu menyatakan pada aku,"Tahu tak siapa yang buat pelajar tu sesat? saya terus-terang la,PMIUM..."...

Masa tu la saya terhidu macam politik kampus UM ni bukan menjadi liar sebab warganya tetapi orang bukan warganya... Heboh dulu parti pemerintah katakan yang budak U jagan berpolitik tapi masih pula ada orang luar(orang kuat Nasional) cuba politikkan warga Um itu sendiri...

Namun perjalanan ceritera ini belum habis disini.Pada malam selepas tamatnya kem ini,aku dan beberapa panelis lain berbicara di tepi pantai di malam hari.Dalam perbicaraan itu,ada satu bab yang aku xdapat lupa.

Dalam bab itu perkataan yang aku dengar dan menjadi rumusan bagi bab itu ialah :" Tak kira sape pun yang menang Pilhn raya Kampus, selagi HEP tak bertukar jangan harapla nak buat perubahan"... Kemudian baru aku terfikir yang warga UM ni sebenarnya tak berapa nak suka HEP tapi masih lagi ada yang pretend yang HEP tu bagus.

Budaya kerja yang lambat dan last minutes merupakan trademark yang ideal buat HEP.Bukan mengutuk tapi menyatakan pendapat majoriti. So,aku pikir punya pikir,aku berpendapat para siswa dan siswi yang ingin pilih aliran politik kampus maka pilihlah aliran yang mampu menyuarkan dengan lantang kebajikan siswa-siswi.Menyuarakan pendapat terhadap HEP bukan bererti kita menentang UM kerana HEP adalah salah satu bahagian sahaja dalam pentadbiran UM.Usahlah pilih yang terlalu memuji orang lain berbanding kabajikan siswa-siswi.

Mungkin ada yang akan kata, kalo keras sangat mampos HEP nak bagi. Kenyataan anda salah. Kenyataan itu akan betul kalo HEP iti adalah LEmbaga Senat/Pengarah UM tapi bukan. Kita punyai NC.Kelantangan bersuara bukan bererti kita meninggikan suara ketika bercakap dihadapan pegawai HEP tetapi ia memerlukan keazaman yang berterusan untuk membawa masalah dan pendapat itu tanpa mengira berapa kali ia di-REJECT oleh HEP.Bukan mengajak membenci HEP tapi aku ajak sama2 kita tingkatkan kualiti HEP,kerana sesuatu organisasi tidak akan bangkit jika sering dibuai kesenangan.....

Terlanjur pulak sampai ke HEP,aku dah malas nak taip tapi aku ada last tips untuk parti pemerintah di Malaysia.Hentikan provokasi yang ditimbulkan dalam kem birotatanegara yang melibatkan politik di Malaysia kerana provokasi itulah yang sebenarnya mewujudkan perubahan minda peserta dari pemerintah kepada pembangkang.

STRATEGI BUKAN BERERTI PROVOKASI