24 Julai 2009

Konflik Perbezaan Islamic Family Law

Isu Undang-Undang Keluarga Islam
Isu Undang-Undang Keluarga Islam Amalan terkini di Malaysia Amalan di kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia

Umur untuk berkahwin

Umur minima untuk berkahwin ialah 16 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki. Hakim Mahkamah Syariah boleh menggunakan budi bicaranya untuk memberikan kebenaran bertulis bagi perkahwinan pihak-pihak yang bawah umur.


Morocco: Di bawah Kod Status Peribadi (2004), umur untuk berkahwin yang diiktiraf undang-undang ialah 18 tahun untuk lelaki dan wanita.

Persetujuan untuk berkahwin
Persetujuan dari kedua-dua pihak adalah mandatori kecuali di Kelantan dan Kedah, di mana untuk seorang wanita yang masih anak dara, wali mujbir (bapa atau datuk sebelah bapa) boleh menikahkannya dengan lelaki yang sekufu dengannya, tanpa persetujuan dari wanita tersebut.

Tanzania: Tiada perkahwinan tanpa persetujuan yang diberi secara sukarela dan bebas, oleh kedua-dua belah pihak.

Tunisia: Tiada perkahwinan tanpa persetujuan pihak-pihak; persetujuan hendaklah diberi dalam bentuk yang tidak dapat dipertikaikan dengan menyebut “ya”di hadapan pegawai yang menjalankan upacara.

Wali dalam perkahwinan Persetujuan wali adalah perlu untuk pihak perempuan walaupun beliau boleh memohon kepada hakim untuk bersetuju menjadi wali hakim jika walinya (bapa atau saudara lelaki), tanpa sebab munasabah, enggan memberi persetujuan.

Tunisia: Kedua-dua pihak mempunyai hak untuk menjalankan perkahwinan sendiri atau melantik proxy (wakil).

Sri Lanka, Bangladesh dan Pakistan (di bawah mazhab Hanafi): wali tidak diperlukan untuk perkahwinan seorang wanita yang telah baligh.

Cameroon, Fiji, Gambia, Turkey, Uzbekistan dan Republik Kyrgyz: Wali tidak diperlukan.

Saksi dalam perkahwinan

Enakmen negeri Kelantan mensyaratkan perlunya saksi lelaki. Amalan di negeri-negeri lain juga ialah saksi lelaki, walaupun tidak disebut secara jelas dalam undang-undang.

Senegal: Dua orang saksi dewasa diperlukan, seorang untuk setiap pihak. Jantina saksi tidak dikhususkan.
Poligami Poligami memerlukan kebenaran dari Mahkamah Shariah. Syarat-syarat berbeza sedikit antara 13 negeri. Denda dikenakan jika gagal mematuhi prosidur

Tunisia: Mana-mana lelaki yang berpoligami boleh dipenjara selama setahun atau denda 240,000 francs, atau keduanya. Seorang wanita yang, secara sedar, mengambil bahagian dalam perkahwinan poligami juga tertakluk kepada hukuman yang sama. Perkahwinan tersebut boleh di mansuhkan samada oleh pihak-pihak, penjaga, ibu atau pegawai undang-undang.

Nusyuz Nusyuz dijelaskan sebagai keingkaran oleh pihak isteri. Wanita yang dengan sengaja mengingkari perintah suaminya yang sah mengikut hukum syara’ dianggap melakukan satu kesalahan dan boleh didenda. Isteri juga tidak berhak mendapat nafkah sekiranya beliau ingkar.

Turki: Institusi keluarga berasaskan persamaan antara pihak-pihak dan kedua-duanya mempunyai hak bersama dalam membuat keputusan berkenaan keluarga.

Indonesia: Hak dan tanggungjawab isteri adalah sama dengan suami dalam urusan rumahtangga dan hal ehwal sosial masyarakat.

Tunisia: Pihak-pihak hendaklah melayan sesama sendiri dengan kebaikan, menjadikan kehidupan berumahtangga bahagia, dan menahan diri dari mengancam kehidupan satu sama lain

Perceraian

Lafaz perceraian suami di luar Mahkamah, walaupun melalui SMS, diiktiraf, dengan syarat suami membayar denda. Isteri yang memohon perceraian selalu berhadapan dengan pelbagai kelewatan dan perlu menjalani proses perdamaian dan timbangtara tanpa sebarang had masa.

Indonesia: Seorang suami di bawah undang-undang Islam hendaklah memberi kepada Mahkamah notis bertulis mengenai niatnya untuk bercerai, terdapat 6 sebab untuk bercerai kepada kedua suami dan isteri, sebelum perjumpaan untuk perdamaian dibuat secara berasingan, di mana sekiranya gagal, pihak mahkamah akan memanggil pihak-pihak untuk menjadi saksi kepada perceraian. Perceraian yang boleh dibatalkan adalah tidak dibenarkan.

Tunisia: Perceraian hanya boleh berlaku di Mahkamah.Terdapat alasan yang sama untuk perceraian antara suami dan isteri termasuk” atas kerelaan suami atau atas permintaan isteri”.

Mut’ah (bayaran pampasan dari suami kepada isteri, dibayar selepas bercerai secara talaq atau di mana kesalahan berada di pihak suami)

Wanita yang diceraikan tanpa sebab munasabah boleh memohon mut’ah tetapi jumlahnya ditentukan oleh budi bicara Mahkamah.

Tunisia: seorang wanita yang diceraikan tanpa sebab munasabah, boleh diberikan mut’ah dalam bentuk sejumlah besar wang, pindahmilik harta atau ansuran bulanan. Jumlah yang dibayar kepada wanita tersebut hendaklah ditentukan berdasarkan taraf kehidupan yang biasa baginya.

Turki: Pihak yang tidak bersalah dan pihak yang mengalami kerugian terhadap kepentingan sebenar atau akan datang akibat perceraian boleh menuntut gantirugi, dibayar secara bulanan atau sekaligus.

Hak untuk memelihara dan hak jagaan Pertimbangan yang paling utama ialah kebajikan dan kepentingan anak tetapi berkenaan anak yang masih kecil, diandaikan bahawa adalah untuk kebaikan anak tersebut sekiranya anak dijaga oleh ibu, sekiranya ibu tidak berkahwin lain. Hak penjagaan sentiasa berada dengan bapa.

Cameroon & Republik Asia Tengah: Hak tempat tinggal dan hak jagaan boleh diberikan kepada salah seorang, ibu atau bapa, dengan mengambilkira kepentingan anak tersebut sebagai keutamaan.

Tunisia: Kedua ibu bapa mempunyai hak bersama untuk memelihara dan menjaga semasa perkahwinan dan Mahkamah dalam menentukan hak jagaan akan mengambilkira kepentingan anak tersebut sekiranya berlaku perceraian. Jika hak memelihara diberi kepada ibu, hak penjagaan berkenaan perjalanan, pelajaran dan hal ehwal kewangan adalah di bawah kuasa ibunya

Tiada ulasan: