12 Julai 2009

Memoir Protokolisme


Tatkala manusia sering dibuai keseronokan gema bunyi patriotis dan nada puitis,muncul seorang pemuda hingusan dari sebuah Negara Sungai Ramping,lagak gayanya seumpama bertatihnya orang bawahan memijak bumi Allah ke makam taklifnya.Pemuda hingusan ini digelar bapa dan ibunya dengan salutasi nama Derma Wan Shah.Teriaknya membelah benua Sungai Nil ketika lahirnya menandakan selamat sudah hasil Manusiawi memulakan pengembaraannya.Kisahnya menjadi kian mencabar tika persona Derma Wan Shah menjadi kelasi bawahan dalam sebuah Kapal Layar.

Kapal Layar tersebut membawa berpuluh-puluh skrol apresiasi sukses dan beratus-ratus tirkah perwakilan Ekskutif Negara ProMerah Cendana.Dalam pelayaran ramai anak kapal terkorban tatkala badai memukul hulu kiri dan kanan Kapal Layar.Bahkan dalam pelayaran ke Negara Jam'iyyah Madaya yakni destinasi yang ingin dituju Kapal Layar tersebut,pelbagai khabar berita yang disampaikan oleh Si Helang Langkiwa telah membuatkan keseluruhan organisasi Kapal Layar berjaga-jaga agar tak terjerat dalam jerangkap yang dipasang Puak Lanun Kampung Kuning Harimau Goraq.

Tatkala itulah Derma Wan Shah dilantik sebagai ahli kelasi bawahan di unit etika Kapal Layar. Dalam unit itu juga terjelma pelbagai disiplin Kapal Layar dan Majlis Rapat Umum Apresiasi Sukses yang akan bermula pada bulan Agustus Kalendar Mansihir di Negara Jam'iyyah Madaya.
Antara taklif yang dilampirkan adalah Wakalah Cenderakasih,Istiadat Majlis,Pencarian Pengawal dan Dayang untuk Istana Negara Jam'iyyah Madaya dan Etiket Pembukaan majlis berkenaan. Tatkala para kelasi menguatkan segala kudrat mengayuh Kapal Layar tersebut ke destinasi yang dituju, tiba-tiba dikejutkan dengan isyarat serangan dari Puak Lanun Kampung Kuning Harimau Goraq.Namun hasrat serangan itu kian pudar apabila tiada maklumat rahsia yang jatuh di tangan lanun berkenaan akibat tiada risikan maklumat yang tepat.

Unit Etika Kapal Layar berterusan mengenakan impak secukupnya dalam pelayaran ke Negara Jam'iyyah Madaya.Segala taklif cuba di selesai dengan sedayanya.Jangka hayat Majlis itu tinggal sepurnama sahaja lagi menyebabkan Persidangan Meja Bujur diadakan.Unit Etika sekali lagi dikejutkan dengan berita yang sudah sekian lama diketahui yakni Ketua Unit Etika cedera parah akibat kekurangan tenaga moral.Ahli Tertinggi Kapal Layar kemudiannya memutuskan untuk mebuat perlantikan semula Ketua Unit Etika.Derma Wan Shah yang bertindak selaku wakil Unit Etika dalam mesyuarat itu akhirnya dilantik bagi meneruskan taklif-taklif Etika Kapal Layar.

Derma Wan Shah yang melihat kelompongan Unit Etika dari sudut dokumentasi dan aturan kerja yang kurang cuba menggerakkan kembali tenaga 2 ahli protokolisme yang masih hidup di atas Kapal Layar berkenaan.Kini Pelayaran itu masih berlaku walaupun pelbagai halangan timbul dan tenggelam dan desakan jangka hayat yang kian meruncing menyebabkan Derma Wan Shah cuba menguatkan kudrat fisiologi dan psikologi bagi menangkis sejarah hitam MajlisRapat Umum Apresiasi Sukses musim lalu yang diselia Puak Kampung Kuning Harimau Goraq,yang kini terpaksa bekerja sambilan sebagai Lanun dek pemberontakan wakil-wakil cendia dari Negara Jam'iyyah Madaya.

Doakan Derma Wan Shah sentiasa tenang dan efisyen tenaga kerjanya serta doakan Majlis Rapat Umum Apresiasi Sukses anjuran Negara ProMerah Cendana berjaya dan dirahmati ALLAH sepanjang masa

KIAS NURANI SILIBUS MANDIRI

Tiada ulasan: