24 Julai 2009

Motivasi Pembangun Diri

Baiklah...setiap hari yang anda rasa seperti terasing atau terasa seperti ada manusia lain yang bercakap tentang anda,maka anda perlu kan motivasi dalaman ciptaan anda sendiri. Berdasarkan pengalaman, jika anda terus layan, maka anda termasuk dalam jerangkap kemurungan(depression) atau kesedihan(sadness)...

Jika anda rasa ramai yang mengutuk atau mengumpat anda, perkara yang perlu dilakukan adalah senyum di awal pagi dan anggap apa yang dikatakan itu sebagai gelaran manja atau pujian 'compliment' atas usaha anda.Kerana jika anda ingin berjaya, ada bayaran pengorbanan yang harus dilakukan seperti mengorbankan pujian yang melambung.Jika usaha anda adalah teruk, maka itu bermaksud ada masih popular dikalangan mereka...

Jika anda rasa seperti orang yang mempunyai jawatan tinggi dari anda telah memboikot anda, perkara yang harus dilakkukan adalah biarkan ia berlalu. Kerana jawatan itu diterima bersama-sama penyakit yang diberi nama 'over pretending leadership'.Penyakit itu lah yang menyebabkan anda melihat seseorang yang baru dapat jawatan seakan-akan berlagak atau mungkin berlagak.So,let it go....

Jika anda rasa semua idea anda tak dihargai,maka sedarlah idea anda tiada nilai harganya kerana idea itu terlalu berharga dari harga pasaran. So teruskan berfikir...

Jika anda rasa kawan anda bertukar menjadi lawan, satu perkara anda kena ingat, jangan ambil dia sebagai kawan jika dia sudah bocorkan rahsia dan menjaja sifat negatif anda. Maka anda hanya perlu 'buat bodoh' dengan apa yang dikatakannya. Ini kerana perkataan itu bukan perbuatan. Tapi perbuatan itu menentukan kesahihan perkataan....

SELAMAT BERAMAL

Tiada ulasan: