09 Julai 2009

PM Antoo...


Tulisan ini berkaitan salah satu komen yang aku terima yakni respon daripada orang yang tak dikenali. Sila rujuk kisah TArik Diri @ Tarik Muka...Oleh kerana ia tak dikenali sebab xletakkan nama, aku pun gelarkan PM Antoo...
Aku akan balas satu persatu agar dia paham apa yang sebetulnya...

PM Antoo : Setelah teliti kisah nie, saya berpendapat anda seorang yang keras kepala, pentingkan diri, egoism, sesuka hati

Aku : Pendapat ni macam serangan peribadi dan ayat seorang lelaki lembut atau perempuan yang rasakan dirinya pandai bagi motivasi.sesuka hati tu apa pulak?! Baguslah kalo Malaysia dah ada Hakim yang boleh tau sifat dan sikap sebenar orang lain.huhu...

PM Antoo : Kan dah tau nak jadi pm, jadi kenapa dalam hati ada fikir2 nak balik rumah la…xnak pegi kem btn la…ponteng kem induksi la.rasanya kem induksi tu penting sebab maklumat mengenai haluansisiwa akan disampaikan time tu.apa guna nak jadi pm kalau maklumat apa2 xtau

Aku : Masa bila pulak manusia ni boleh set hati supaya xberkehendakkan sesuatu. Lagipun cuba tanya siapa la yang sukarela nak ke Kem BTN.Hanya yang nak jadi Ketua Bahagian/Cawangan je yang suka.Lagi satu kem induksi memang penting tapi satu perkara yang semua orang xnafikan adalah maklumatnya sudah sedia ada dalam UM database.Yang berguna pada induksi adalah pertanyaan.Kalo penting sangat induksi tu,kenapa la ada yang tido,sama ja tido ngan konsep ponteng sebab dua2 xdengar n xfokus....

PM Antoo : Kalau dah dlm kepala ada perkara2 tu, kenapa nak jadi pm. Kalau x salah nak jadi pm, kena mintak and hantar borang kan.so menunjukkan yang anda yang nak jadi, bukanla dipaksa jadi.kalau dalam pemikiran dah ada agenda tertentu xnak pegi btn,nak balik rumah and mcm2 la…susahla.

Aku : Agenda tertentu? Ni mesti ingat aku ejen pembangkang ni.huhu(tiru ayat fasi BTN)... Kebanyakan yang jadi PM pun adalah yang dipelawa cuma aku saja yang tak pernah terima pelawaan.Cuba fikirkan,bila anda sudah usaha nak buat gerak kerja tiba2 dipersoalkan tentang kemampuan kita tanpa usul periksa kemudian terAMUK di depan orang,adakah anda masih nak buat kerja tu..Aku rasa korang mesti kena ada gap masa untuk bertenang sebab pekara ni berkaitan dengan hati. Mungkin mulut kata sei 0-0 tapi hati still lagi xpuas hati. Gerak kerja lagi la teruk pastu.

PM Antoo : Lagi satu, smpai mengamuk tu buat apa.kesabaran haruslah penting.xnak maafkan org yg buat awak mengamuk, tapi sedar tak awak buat org lain susah

Aku : Ko xsedar ke yang ko tu sedang cakap tindakan luar kawalan manusia. Adakah manusia itu robot yang mampu memberi maklumat n kemudahan walaupun diketuk2 akibat lambat. Persoalan xnak maafkan itu bukanlah persoalan yang berkaitan dendam atau tak. Ia lebih bermaksud aku tak mahu bekerja dengan dia kerana sikap kepimpinannya yang melonjak-lonjak. Sepatutnya ko check kenapa seseorang tu mengamuk. Bukan meletakkan hukuman kalo yang amuk tu adalah pihak salah.Tahu keadaannya baru boleh tahu apa yang sebenarnya.Kalo aku still lagi PM, aku tahu aku akan balas dendam walaupun semua manusia tahu yang dendam itu tak baik....

PM Antoo : Then kalau tau busy dengan feskum la..nak jadi pm la…kalau rasa xboleh buat..pilih satu sudah.jgn tamak.bila busy, mula la nak marah2.setakat nak buat borg tu, dlm masa paling lama 5 jam la

Aku : Untuk pengetahuan ko, tiada rasa berat langsung dalam idup aku untuk buat FESKUM atau PM. apa yang menunjukkan aku busy ngan FESKUM time PM? Kalo nak dikata aku tamak,baik ko g tanya ladyboss ko,apa maksud tamak samada pengalaman buat kerja ngan agensi korporat atau berjawatan di kolej kediaman n penghormatan junior2... Aku nak tau,hang tau aku tarik diri bila.Waktu aku tarik diri, tiada siapa pun inform kan bahawa aku kena buat borang.Walhal skang zaman sms xkan xleh bgtau.

PM Antoo : xknla biro bawah anda xda laptop.pinjam 5 jam buat borg tu, mesti siap.then satu biro, satu laptop mmg cukup sgt.lainla kalau balik and ponteng kem induksi tu ada agenda lain.kalau betul nk balik.tggula mhs hbis.selesaikan amanah dan tggjwb dulu

Aku : Sebelum aku ke Serdang iaitu sehari sebelum kejadian,PM baru pulang dari Pulau Perhentian.Aku asyik fikirkan tentang apa yang aku nak buat seperti senarai list dokumen2 penting, LDK n slide show(antara tugasan yang aku ingat...lainla kalo diorang da tukar)...Masa itu tiada laptop n komputer.So aku buat keputusan cari n pinjam kat orang lain yang bukan PM kerana tahu xsemua PM ada laptop kerana cara aku kerja xboleh ada limit masa macam 5 jam.Robot je kot yang boleh buat camtu.Aku nak balik tapi aku xbalik.Sebab tu aku ke Serdang ambil semua maklumat soal slidik supaya akau xbalik.Tapi sebab'minah rempit mengancam' aku nak wat camna.Jarak aku balik ke rumah aku xsama seperti ke Melaka atau Kedah atau Kelantan,Slim River je.Balik pagi ke rumah, petang pun boleh ada kat UM dah...

PM Antoo : Cuma tu la, kalau betul2 nak jadi pm, jgn nak ikut kepala sendiri ja.nak balikla…xnk pegi kursus la..ponteng la…xboleh cmtu

Aku : Ini kata-kata orang overdose motivasi kepimpinan ni.hahaha...Ko nak persoalkan perkara yang ada kaitan dengan hati...ramai je bukti lain yang menunjukkan PM ikut kepala sendiri.Contohnya kata nak tegur open supaya masalaha selesai,walhal korang tak tau yang open la punca sesama PM ada terasa ati n rasa macam tak disukai...Kalau betul2 nak jadi PM,jgn nak ikut kepala sendiri,nak tegur baik2 bilhikmah la konon,tapi kalo ruang penjelasan xdiberikan,provokasi sering diulangkan la...cakap banyakla...gerak kerja pun suruh anak buah buatla...xboleh cmtu

PM Antoo : hormat org lain kalau nak anda dihormati.dan jangan pikir yang anda sahaja betul dan bagus

Aku : Kalau anda lahir di alam Syurga,anda akan sentiasa dihormati kerana tiada nafsu dan kata-kata.Ini blog peribadi aku,so aku akan pertahankan berdasarkan pandangan kacamata aku.Persoalan samada fikir betul n bagus itu bukan kepada aku tapi terletak kepada pelawat yang komen dan membaca.Kerana ini laman AKU dan bukan laman rumah Hulu.huhuhu...

PEMIMPIN YANG TERBILANG HANYA MENJADI TIANG PENGUKUH RUMAH BUKAN BOLDOZA PEROBOH RUMAH

1 ulasan:

gurl.. berkata...

aduhai.. duk laa bincang elok2. jangan laa serang menyerang.. hhuhu