09 Julai 2009

Yang Sebenarnya....


Sepanjang cuti yang berlalu ini, aku telah dirasuk dengan pelbagi maklumat dalam sereblum dan medula oblongata aku sehingga menghasilkan serangan kecaca-marbaan dalam menentukan sesuatu yang betul atau salah. Antara yang paling aku pening adalah beberapa isu politik di Malaysia dan beberapa hal lagi. So aku da surf beberapa laman carian dan aku baru tahu apa yang sebenarnya berlaku :

1) ISU DAP KEDAH


Isu ni memang mengejutkan ramai orang. Ini kerana ia melibatkan satu parti politik yang dominan dengan kelantangan menentang pihak Kerajaan. Walaupun DAP Kedah bukanlah satu kuasa besar politik di Kedah, namun imej dan nama DAP yang dibawa memberi advantage yang cukup besar kepada pihak lawan.Anyway itulah dunia politik...

Kemuncaknya adalah tindakan Majlis Bandaraya Alor Star merobohkan Tempat Sembelih Babi. Berita di tv menyatakan tindakan ini adalah hasil dari arahan Kerajaan PAS Kedah.Ini menyebabkan DAP Kedah yang minoriti merasakan hak mereka dicabuli dan terus teringat kisah lama sehingga ahli2 DAP dan PAS masing2 bingung dengan hal itu...

Sebenarnya
: Perobohan Tempat sembelih Babi itu adalah kerana tempat tersebut tidak berlesen dan sudah diberi arahan oleh Kerajaan Negeri supaya pengusaha tempat sembelih Babi itu pindah ke tempat lain.Namun pengusaha itu gagal mendapatkan tempat kerana permohonan mereka ditolak Majlis Daerah Pendang.Hal ini yang kita tak tahu sebenarnya...
Logik jugak kata2 Ustaz Azizan(MB KEDAH) : Rini gaduh sok baik2 la,macam suami isteri bergaduh la,rini benci sok love u plak....

2) ISU PPSMI


Hari ni memang menunjukkan keajaiban.Isu yang telah sekian lama menjadi kontroversi kini sudah selesai.Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bangganya menyatakan PPSMI akan dimansuhkan secara beransur-ansur sehingga 2012.Bahkan beliau menyatakan Tun Dr Mahathir juga menerima dengan baik.

Sebenarnya
: Tun Dr Mahathir hanya memberi cadangan supaya bahasa Inggeris dimantapkan melalui ICT bukan menerima dengan baik pemansuham PPSMI.Satu jam selepas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir membidas keputusan pemansuhan PPSMI.

3) ISU KG BUAH PALA

Isu ni memberi tamparan hebat kepada KM Pulau Pinang dalam urusan pentadbirannya. Isunya adalah mengapa Lim Guan Eng tidak mahu bertemu dengan penduduk Kg Buah Pala.

Sebenarnya : Ikuti penjelasan Lim Guan Eng, "Saya sudah serahkan tugas ini kepada Mansor (Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman) dan Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II, Prof.Dr P. Ramasamy).Jadi saya tidak mahu orang mempersoalkan kebolehan mereka,"

POLITIK UMPAMA BUNGKUSAN HADIAH, BALUTAN DI LUAR DIKETAHUI NAMUN ISINYA BELUM PASTI

Tiada ulasan: