28 September 2009

Salam Idul Fitri 2009

Burp!...barangkali itu bunyi yang biasa kita ungkap dan istilahkan pada hari raya. Kuih-muih, nasi dan pelbagai menu lagi menghiasi kelazatan rumah terbuka untuk dikunjungi. Pada tahun ni, aku beraya di Kedah yakni kampung keturunan aku,tanah tempat aku dibesarkan sampai umur 18 tahun....

Setiap kali raya mesti kita akan bersama keluarga danaku yakin ramai juga keluarga yang berpakat untuk memilih tema baju sedondon. Kalau tak sedondon pun, mesti pilih tema yang hampir2 sama, tak kira la tema cowboy ke, aladin ke, 1001 malam ke dan lain2..

Bertepatan dengan 'my family' punya tema, iaitu biru, maka suka la aku untuk lampirkan gambar kenangan keluarga aku memakai baju raya berwarna biru(walaupun tone colour nye tak sama)...



So, aku ceritakan sedikit latar belakang atau latest news tentang kerabat aku sekarang. Dimulakan dengan:

Mohd Tarmizi Abd Rahman - beliau merupakan pendakwah bebas dan menjawat jawatan sebagai ketua keluarga. Kebelakangan ni mendapat penyakit tiroid mata(lebam di kelopak bawah mata), menyebabkan beliau terpaksa memakai cermin mata hitam supaya tidak menakutkan orang lain terutama kanak2.

Jamilah Haji Fadzil - beliau merupakan seorang guru di sekolah agama rakyat dan menjadi 'mdm besar' dalam keluarga ini. Pandai mancari duit dan pandai mengurangkan harga ketika membeli(tawar-menawar la...)

Mohd Naufal - no komen!!!

Nihal - bakal melanjutkanpelajaran ke universiti al-Azhar pada bulan 10 ni dalam bidang perubatan dan pembedahan (medical & surgery).

Nawal - sedang belajar di Maktab Mahmud Pokok Sena

Nauwar - seperti Nawal

Nasuha - pandai memanah dan belajar di SK Aminuddin Baki, Slim River

Nusaibah - pendiam dan belajar di SK Aminuddin Baki, Slim River

Ahmad Nabil - suka korek tanah dan belajar di SK Aminuddin Baki, Slim River

Sila lihat gambar dibawah :



MAAF JIKA TERLANJUR BAHASA
AMPUN JIKA TERBIASA DENGAN DOSA

10 September 2009

Skrip untuk Mock Trial 2010

Hmmm...'ideaku, ke mana kau menghilang',desis hatiku... Barangkali itu lah skrip kehidupan aku jika ia di'biografi'kan. Sekarang aku sedang mengumpul bahan untuk menyiapkan skrip Mock Trial untuk kes mal bagi Mahkamah Syariah. Untuk pengetahuan dan makluman tuan-tuan serta puan-puan, mock trial ni akan dilangsungkan pada tahun hadapan di Moot Court, Akademi Pengajian Islam.

Selalunya aku akan fikirkan tajuk baru aku tulis skripnya. pikio punye pikio, dapatla tajuk yang mike mahukan iaitu : '3 bulan Tanpa Bintang'. Signifikan tajuk ini dengan skrip mock trial yang bakal aku buat adalah berkenaan kes suami sudah 3 bulan tiada di rumah dengan isteri. Samada suami ni bagi nafkah atau tak,itu lah yang masih menjadi plot rahsia bagi skrip ni. Tambah2 pulak, si suami berkahwin lain dan menyatakan bahawa si isteri sudah beri kebenaran sewaktu diwawancara oleh pemberita...apa kesudahannya,tungguuuuu........

Jangan risau,skrip tu nanti aku akan postkan dalam blog ni bila dah siap... so aku kepilkan sedikit idea dalam otak aku ni melalui gambar berikut...



PERANCANGAN YANG MAHA ESA TIADA TARANYA

Seni Photoshop rekaan pertama aku



LOVE IS A MESS

08 September 2009

Kes Tort : KANAGASABAPATHY V NARSINGAM [ 1979 ] 2 MLJ 68


KANAGASABAPATHY V NARSINGAM [ 1979 ] 2 MLJ 68

[ A.C.J ( Vohrah J. ) May 19, 1978 ]

[ Kuala Lumpur – Civil Appeal No.36 of 1977 ]

PENGENALAN

Responden ( Kanagasabapathy ) pekerja kepada perayu sebagai “toddy tapper” telah terjatuh dari pokok kelapa dan telah mengalami kecederaan. Hakim Mahkamah Seksyen mendapati perayu telah cuai dalam menyediakan kelengkapan peralatan keselamatan untuk pekerjanya dan dikehendaki membayar pampasan sebanyak RM 6500. Perayu kemudiannya membuat rayuan untuk membantah inter alia atau kata lain doktrin volenti non fit injuria” adalah terpakai.

FAKTA KES

1) Kes ini adalah kes rayuan untuk membantah keputusan Mahkamah Seksyen berkenaan bayaran pampasan kerana kecuaian.


2) Responden berkerja dengan perayu sebagai “toddy tapper” pada 13 Januari 1973. Semasa menjalankan tugasnya, responden telah terjatuh dari pokok kelapa dan mengalami kecederaan.Responden telah memohon pampasan untuk kecederaan yang dialami kerana kecuaian perayu.


3) Responden telah berkerja dengan perayu sejak tahun 1971. Purata setiap hari responden dapat menoreh 25 pokok kelapa ( 2 kali sehari ).


4) Untuk mendapatkan bekalan responden terpaksa memanjat pokok. Sampai di puncak, responden kena panjangkan tangan untuk mencapai pelepah-pelepah pokok untuk menampung atau menahan dirinya sebelum dia menoreh sedikit dibahagian putik bunga yang belum mekar dan ditadah air nira yang keluar. Selepas itu, dituangkan air nira ke dalam bekasnya dan semasa ingin mengikat ke pinggang reponden telah terjatuh.


5) Sebelum kejadian itu, responden pernah mengadu kepada perayu berkenaan keadaan licin pada tangga. Kali terakhir responden mengadu sebulan sebelum dia terjatuh. Responden memberitahu perayu tangga licin dan berlumut terutamanya pada musim hujan.


6) Di Malaysia cara “ toddy tapper” memanjat pokok kelapa adalah tanpa menggunakan tali pinggang keselamatan atau alatan keselamatan yang lain termasuk dalam kes ini


7) Kesan dari kemalangan tersebut , responden mengalami :

· Retak 7 tulang rusuk kanan

· Retak 8 tulang rusuk kiri

· Retak tulang pelvic

· Retak kanan “ischium”

· Ditahan di hospital selama 27 hari ( 13 Januari 1973 – 9 Februari 1973 )


8) Responden mendakwa dia akan di bayar RM7.20 sehari dan juga mendakwa akan menerima bayaran bulanan sebanyak RM120 ( Perjanjian Lisan ) dan akan mendapat bayaran tambahan sekiranya membuat kerja tambahan

ISU

Adakah doktrin volenti non fit injuria adalah terpakai atau tidak

KEPUTUSAN

1) Doktrin volenti non fit injuria adalah tidak terpakai


2) Walaupun perayu tahu risiko yang boleh berlaku ke atas pekerjanya, perayu tidak ada anisiatif untuk mencegahnya.


3) Hakim yang Arif menyatakan perayu cuai mengikut “common law” kerana gagal menyediakan peralatan keselamatan yang sesuai untuk digunakan pekerja-pekerjanya termasuk responden.

KEPUTUSAN PENGHAKIMAN

1) Penyebab reponden jatuh ialah tangga licin kerana tidak dibersihkan secara sepatutnya yang menyebabkan responden terjatuh.


2) Kegagalan perayu untuk memastikan tangga itu dibersihkan sebaiknya mengakibatkan kecuaian adalah dipihak perayu.


3) Kecuaian bukan dipihak responden


4) Doktrin volenti non fit injuria adalah tidak terpakai dalam kes ini


5) Keputusan hakim : perayu dikehendaki membayar pampasan umun ( RM6500 ), pampasan istimewa ( RM240 ) berserta kos

Perayu kemudian membuat rayuan untuk membantah keputusan hakim dan mengemukakan 9 pertuduhan :

1) Keputusan perayu cuai dan bertanggungjawab dalam kemalangan itu adalah bersalahan dengan undang- undang dan fakta.


2) Doktrin volenti non fit injuria adalah terpakai sejak responden tahu akan risiko yang ada jika responden masih memanjat pokok kelapa terutamanya dalam musim hujan.


3) Amalan kebiasaan “ toddy tapper” di Malaysia tidak memakai sebarang alatan keselamatan.


4) Tidak cukup bukti untuk menyatakan responden mengalami penderitaan hanya disebabkan terjatuh


5) Perayu tidak tidak menyumbangkan kecuaian tetapi kecuaian responden kerana responden tahu berkenaan lumut yang terkumpul di tangga terutamaya pada musim hujan.


6) Mahkamah gagal untuk mempertimbangkan pengakuan responden yang mana responden tahu keadaan tangga yang tidak pernah dibersihkan sejak tahun 1972 dan tidak pernah diambil apa-apa tindakan berjaga-jaga


7) Mahkamah gagal untuk mempertimbangkan berkemungkinan lumut, lumpur dan lender bertambah di tangga tersebut kerana selalu digunakan.


8) Mahkamah gagal untuk mempertimbangkan kadar kecuaian responden dan tanggungjawab responden dalam kemalangan tersebut. Dengan itu , bayaran pampasan yang dikenakan adalah tidak munasabah dan patut dikurangkan.


9) Keputusan mahkamah adalah bercanggah dengan bukti.

ALASAN PENGHAKIMAN

1) Alasan pertama

# Adalah alasan biasa dan hakim tidak berminat untuk membincangkannya secara spesifik atau terperinci.


2) Alasan kedua dan keenam

#Adalah berkaitan dengan doktrin volenti non fit injuria.

# Rayuan ditolak kerana perayu tidak ada keperluan untuk buat begitu dan hakim juga telah mempertimbangkan kes ini secara terperinci dan cermat. Oleh itu, perayu tidak perlu berhujah dengan menggunakan fakta ini.

#Bukti yang ada jelas menunjukkan responden tahu dan sedar risiko yang melibatkan keselamatan dirinya . Doktrin yang digunakan bukan “ scienti non fit injuria” tetapi “volenti non fit injuria”

# Perayu perlu buktikan bukan hanya responden sedar risiko yang melibatkan keselamatan dirinya sahaja tetapi mesti ada dokumen perjanjian (kontrak ) yang menyatakan responden rela atau bersetuju dengan risiko yang melibattkan keselamatan dirinya.

3. Alasan ketiga

# Hakim dengan jelas menyatakan pekerja dalam industry “ toddy tapper” wajib memakai alatan keselamatan yang sesuai kerana ia sangat penting bagi menjamin keselamatan seseorang.

4. Alasan keempat

# Bukti jelas iaitu responden terjatuh dari pokok kelapa dengan ketinggian 5 kaki adalah kerana tergelincir di tangga yang licin bukan disebabkan responden berada dalam keadaan tidak stabil.

#Kesan yang ditanggung oleh responden akibat terjatuh dari pokok kelapa adalah “bukan kemalangan ringan” sahaja.

#Samada responden jatuh dari puncak pokok kelapa atau dari mana-mana bahagian pokok kelapa bukan persoalannya di sini tetapi akibat atau kesan yang dialami oleh responden yang diambil kira.

5. Alasan Kelima

#Hakim setuju mengatakan perayu telah cuai. Sebab responden terjatuh dari pokok adalah kerana tangga yang tidak dibersihkan.

# Responden sedar risiko dari pengumpulan lumut di tangga terutamanya pada musim hujan ( licin ) dan boleh menyebabkan responden terjatuh dari pokok kelapa.

6. Alasan keenam

# Sama dengan alasan kedua

7. Alasan ketujuh

#Keputusan yang diputuskan oleh hakim adalah jelas.Oleh itu, perayu tidak perlu lagi untuk mempertikaikan kerana bukti yang ada telah jelas dan mencukupi.

8. Alasan kelapan

# Bayaran pampasan yang dikenakan adalah munasabah dan tidak perlu dikurangkan.

# Kes ini sama seperti kes yang diputuskan pada tahun 1965, 1968 dan 1975.

9. Alasan kesembilan

#Tiada merit

Kesimpulannya : Rayuan ditolak dengan kos.

RUJUKAN KES

1) Drummond v. British Building Cleaners Ltd. [1954] 3 ALL E.R. 507

2) General Cleaning Contractor Ltd v. Christmas [1953] A.C 180

3) Monaghan v. W.H Rhodes & Son [1920] 1 K.B 487

4) Smith Baker [1891] A.C 325 , 362

GELARAN BERLAGAK


Saban hari menusia melaksanakan kewajipan seperti biasa di atas muka bumi ini tanpa sebarang semakan semula ke atas perlakuannya, samada secara langsung atau tidak langsung. Jika ditinjau peratusannya,mungkin dapat diibaratkan hanya majoriti peratusan berpihak kepada manusia yang enggan koreksi diri samada dia sedar mahupun kurang sedar ataupun sedang mengelamun dari kesedaran. Maka banyak manusia sering melakukan sesuatu walaupun dalam mindanya sudah dilengkapi pantang larang berkenaan penggunaan sesuatu perbuatan,perkataan dan pemikiran.

Dalam ayat ringkas, ramai manusia sedar akibat keterlanjuran kata. Suatu kata-kata itu disifatkan sebagai terlanjur jika kata-kata itu sudah dilabel sebagai kata-kata negatif, walaupun dari sudut literalnya ia mencerminkan positiviti. Contohnya, jika kita punyai teman yang kononnya menyayangi atau menyokong kita,sudah pasti kita berpendapat bahawa teman kita sedar mengenai beberapa istilah yang positif namun negatif bagi diri kita.

Akan tetapi ramai tidak sedar bahawa manusia dari sudut bahasa adalah makhluk pelupa, maka ia bergerak dalam lingkaran fitrahnya sebagai insan NASIYY (pelupa). Saran saya selaku insan yang menerima akibat langsung dan ada locus standi berhubung kenyataan ini :

JANGAN SAKITKAN HATI DENGAN PERKARA YANG SUDAH KITA KETAHUI

02 September 2009

Antara Kolej 12 atau SUKSIS


Alhamdulillah, baru-baru ni aku pergi check senarai nama anggota baru SUKSIS dan nama aku tertera dalam list tu. Dalam erti kata lain, aku diterima untuk jadi anggota SUKSIS. So, next semester aku akan menetap di kolej 12. Lebih kurang macam penghijrahan dari kolej atas gunung ke kolej diraja.huhuhu..

Ramai yang fikir aku masuk Suksis sebab masalah peribadi dengan pihak atasan kolej 8. Maka, untuk aku nafikan seratus peratus tak bolehla... ada benarnya dan apa yang tak benar adalah bukan semua pihak atasan cuma segelintir yang baru dapat jawatan sajer...korang pun tahu sape dan kalu tak tahu, buat-buat je tahu...

Lagipun aku memang prominent dalam unit beruniform ni sebelum aku jadi mat ulat buku, maklumla tempias nak jadi best student. Sekarang apa yang aku tahu, kalo niat kita tak sama dengan usaha,maknanya memang tinggal impian la niat kita tu...

USAHA TANGGA IMPIAN

Sedang dalam Upgrading..


Maaf buat semua pengunjung...laman blog ini sedang dalam pembikinan...