08 September 2009

Kes Tort : KANAGASABAPATHY V NARSINGAM [ 1979 ] 2 MLJ 68


KANAGASABAPATHY V NARSINGAM [ 1979 ] 2 MLJ 68

[ A.C.J ( Vohrah J. ) May 19, 1978 ]

[ Kuala Lumpur – Civil Appeal No.36 of 1977 ]

PENGENALAN

Responden ( Kanagasabapathy ) pekerja kepada perayu sebagai “toddy tapper” telah terjatuh dari pokok kelapa dan telah mengalami kecederaan. Hakim Mahkamah Seksyen mendapati perayu telah cuai dalam menyediakan kelengkapan peralatan keselamatan untuk pekerjanya dan dikehendaki membayar pampasan sebanyak RM 6500. Perayu kemudiannya membuat rayuan untuk membantah inter alia atau kata lain doktrin volenti non fit injuria” adalah terpakai.

FAKTA KES

1) Kes ini adalah kes rayuan untuk membantah keputusan Mahkamah Seksyen berkenaan bayaran pampasan kerana kecuaian.


2) Responden berkerja dengan perayu sebagai “toddy tapper” pada 13 Januari 1973. Semasa menjalankan tugasnya, responden telah terjatuh dari pokok kelapa dan mengalami kecederaan.Responden telah memohon pampasan untuk kecederaan yang dialami kerana kecuaian perayu.


3) Responden telah berkerja dengan perayu sejak tahun 1971. Purata setiap hari responden dapat menoreh 25 pokok kelapa ( 2 kali sehari ).


4) Untuk mendapatkan bekalan responden terpaksa memanjat pokok. Sampai di puncak, responden kena panjangkan tangan untuk mencapai pelepah-pelepah pokok untuk menampung atau menahan dirinya sebelum dia menoreh sedikit dibahagian putik bunga yang belum mekar dan ditadah air nira yang keluar. Selepas itu, dituangkan air nira ke dalam bekasnya dan semasa ingin mengikat ke pinggang reponden telah terjatuh.


5) Sebelum kejadian itu, responden pernah mengadu kepada perayu berkenaan keadaan licin pada tangga. Kali terakhir responden mengadu sebulan sebelum dia terjatuh. Responden memberitahu perayu tangga licin dan berlumut terutamanya pada musim hujan.


6) Di Malaysia cara “ toddy tapper” memanjat pokok kelapa adalah tanpa menggunakan tali pinggang keselamatan atau alatan keselamatan yang lain termasuk dalam kes ini


7) Kesan dari kemalangan tersebut , responden mengalami :

· Retak 7 tulang rusuk kanan

· Retak 8 tulang rusuk kiri

· Retak tulang pelvic

· Retak kanan “ischium”

· Ditahan di hospital selama 27 hari ( 13 Januari 1973 – 9 Februari 1973 )


8) Responden mendakwa dia akan di bayar RM7.20 sehari dan juga mendakwa akan menerima bayaran bulanan sebanyak RM120 ( Perjanjian Lisan ) dan akan mendapat bayaran tambahan sekiranya membuat kerja tambahan

ISU

Adakah doktrin volenti non fit injuria adalah terpakai atau tidak

KEPUTUSAN

1) Doktrin volenti non fit injuria adalah tidak terpakai


2) Walaupun perayu tahu risiko yang boleh berlaku ke atas pekerjanya, perayu tidak ada anisiatif untuk mencegahnya.


3) Hakim yang Arif menyatakan perayu cuai mengikut “common law” kerana gagal menyediakan peralatan keselamatan yang sesuai untuk digunakan pekerja-pekerjanya termasuk responden.

KEPUTUSAN PENGHAKIMAN

1) Penyebab reponden jatuh ialah tangga licin kerana tidak dibersihkan secara sepatutnya yang menyebabkan responden terjatuh.


2) Kegagalan perayu untuk memastikan tangga itu dibersihkan sebaiknya mengakibatkan kecuaian adalah dipihak perayu.


3) Kecuaian bukan dipihak responden


4) Doktrin volenti non fit injuria adalah tidak terpakai dalam kes ini


5) Keputusan hakim : perayu dikehendaki membayar pampasan umun ( RM6500 ), pampasan istimewa ( RM240 ) berserta kos

Perayu kemudian membuat rayuan untuk membantah keputusan hakim dan mengemukakan 9 pertuduhan :

1) Keputusan perayu cuai dan bertanggungjawab dalam kemalangan itu adalah bersalahan dengan undang- undang dan fakta.


2) Doktrin volenti non fit injuria adalah terpakai sejak responden tahu akan risiko yang ada jika responden masih memanjat pokok kelapa terutamanya dalam musim hujan.


3) Amalan kebiasaan “ toddy tapper” di Malaysia tidak memakai sebarang alatan keselamatan.


4) Tidak cukup bukti untuk menyatakan responden mengalami penderitaan hanya disebabkan terjatuh


5) Perayu tidak tidak menyumbangkan kecuaian tetapi kecuaian responden kerana responden tahu berkenaan lumut yang terkumpul di tangga terutamaya pada musim hujan.


6) Mahkamah gagal untuk mempertimbangkan pengakuan responden yang mana responden tahu keadaan tangga yang tidak pernah dibersihkan sejak tahun 1972 dan tidak pernah diambil apa-apa tindakan berjaga-jaga


7) Mahkamah gagal untuk mempertimbangkan berkemungkinan lumut, lumpur dan lender bertambah di tangga tersebut kerana selalu digunakan.


8) Mahkamah gagal untuk mempertimbangkan kadar kecuaian responden dan tanggungjawab responden dalam kemalangan tersebut. Dengan itu , bayaran pampasan yang dikenakan adalah tidak munasabah dan patut dikurangkan.


9) Keputusan mahkamah adalah bercanggah dengan bukti.

ALASAN PENGHAKIMAN

1) Alasan pertama

# Adalah alasan biasa dan hakim tidak berminat untuk membincangkannya secara spesifik atau terperinci.


2) Alasan kedua dan keenam

#Adalah berkaitan dengan doktrin volenti non fit injuria.

# Rayuan ditolak kerana perayu tidak ada keperluan untuk buat begitu dan hakim juga telah mempertimbangkan kes ini secara terperinci dan cermat. Oleh itu, perayu tidak perlu berhujah dengan menggunakan fakta ini.

#Bukti yang ada jelas menunjukkan responden tahu dan sedar risiko yang melibatkan keselamatan dirinya . Doktrin yang digunakan bukan “ scienti non fit injuria” tetapi “volenti non fit injuria”

# Perayu perlu buktikan bukan hanya responden sedar risiko yang melibatkan keselamatan dirinya sahaja tetapi mesti ada dokumen perjanjian (kontrak ) yang menyatakan responden rela atau bersetuju dengan risiko yang melibattkan keselamatan dirinya.

3. Alasan ketiga

# Hakim dengan jelas menyatakan pekerja dalam industry “ toddy tapper” wajib memakai alatan keselamatan yang sesuai kerana ia sangat penting bagi menjamin keselamatan seseorang.

4. Alasan keempat

# Bukti jelas iaitu responden terjatuh dari pokok kelapa dengan ketinggian 5 kaki adalah kerana tergelincir di tangga yang licin bukan disebabkan responden berada dalam keadaan tidak stabil.

#Kesan yang ditanggung oleh responden akibat terjatuh dari pokok kelapa adalah “bukan kemalangan ringan” sahaja.

#Samada responden jatuh dari puncak pokok kelapa atau dari mana-mana bahagian pokok kelapa bukan persoalannya di sini tetapi akibat atau kesan yang dialami oleh responden yang diambil kira.

5. Alasan Kelima

#Hakim setuju mengatakan perayu telah cuai. Sebab responden terjatuh dari pokok adalah kerana tangga yang tidak dibersihkan.

# Responden sedar risiko dari pengumpulan lumut di tangga terutamanya pada musim hujan ( licin ) dan boleh menyebabkan responden terjatuh dari pokok kelapa.

6. Alasan keenam

# Sama dengan alasan kedua

7. Alasan ketujuh

#Keputusan yang diputuskan oleh hakim adalah jelas.Oleh itu, perayu tidak perlu lagi untuk mempertikaikan kerana bukti yang ada telah jelas dan mencukupi.

8. Alasan kelapan

# Bayaran pampasan yang dikenakan adalah munasabah dan tidak perlu dikurangkan.

# Kes ini sama seperti kes yang diputuskan pada tahun 1965, 1968 dan 1975.

9. Alasan kesembilan

#Tiada merit

Kesimpulannya : Rayuan ditolak dengan kos.

RUJUKAN KES

1) Drummond v. British Building Cleaners Ltd. [1954] 3 ALL E.R. 507

2) General Cleaning Contractor Ltd v. Christmas [1953] A.C 180

3) Monaghan v. W.H Rhodes & Son [1920] 1 K.B 487

4) Smith Baker [1891] A.C 325 , 362

Tiada ulasan: