27 Januari 2010

Cinta 13 Mei

Emm..sedang menghabiskan kerja2 lama yang tak kesampaian...


CINTA 13 MEI

18 Januari 2010

Karnival Teater UM 2010

Selesai sudah tugasan dan riwayat aku dengan Kolej 8 apabila berakhirnya pementasan teater bagi Kolej 8. Walaupun ada pelbagai cabaran, pengalaman dan masa yang dikorbankan , namun ia tetap menjadi sejarah dalam riwayat hidup aku.

Sekurang-kurangnya aku berjaya jugak tercalon dalam Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik walaupun aku bukanlah belajar dalam bidang yang selari dengan seni pentas. Mana taknya, cuba bayangkan prospek kerjaya aku adalah Peguam Syarie pastu bakat aku diasah untuk menjadi pelakon teater, apa yang selari nya....xde mendenya yang selari pun...kecuali persamaannya adalah bercakap.

Maka nasihat aku untuk Team Drama 8th, segala pengalaman yang ada perturunkanlah kepada generasi baru. Rekalah skrip yang menyentuh isu semasa ataupun isu yang tidak memeningkan kepala seperti politik atau falsafah. Bukan apa, kekadang yang ringan itu dekat dihati, kekadang yang berat itu dekat di kepala(otak n akal). Namun antara hati dan akal, mana yangpaling banyak manusia guna. Jika ada yang menjawab akal, jawapannya salah. Jawapan yang sebenar HATI....

DALAM PERTANDINGAN YANG ADA JURI,
PEMENANG BUKANLAH TERBAIK TETAPI
ADALAH YANG MAMPU MENAWAN HATI JURI

13 Januari 2010

Orang-Orang Kecil

Pakat ramai-ramai datang ke Teater lakonan pertama aku pada Sabtu ini (16 Januari 2010) pada jam 8.30 malam di Auditorium KPS UM...yang penting : masuk adalah percuma...

Poster Orang-Orang Kecil


Tuan Peguam : " Alangkah bertuahnya kalo aku yang memiliki rumah warisan ini"


OVERCHEER!!!


Rumpai Laut?!


ini bulu idung ka misai????


in training


lukisan Tuan Doktor....


back to the oldies, MURDIKA!!!

Emakku Sazaliah versi "Anakku Sazali" di zaman 1 malaysia..hahaha


my new bakat, yoyo or yoyo'an jer?


pui pui pui...kawanan peri-peri....


"wow! tengok mataku, sepet sebelah kan"...desis orang cacat itu...


"ambo da ghoyah, toksey kecek perok..huk aloh!!!"

SETIAP YANG DILAKUKAN TIDAK SEMESTINYA KITA MAMPU IMPIKAN
NAMUN SETIAP YANG DIIMPIKAN SEMESTINYA KITA PERLU LAKUKAN

11 Januari 2010

Jadual Karnival Teater UM 2010

Salam Sejahtera,

Pusat Kebudayaan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan
kerjasama Kolej- Kolej Kediaman Universiti Malaya menjemput warga
kampus untuk menyaksikan pertandingan teater sempena

Karnival Teater Universiti Malaya 2010
13 hingga 17 Januari 2010
Auditorium Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya
Masuk adalah Percuma

Nelayan Jepun (KK4)
13 Jan 2010 ; 2.30 ptg

Duniaku Sebiji Epal (KK 12)
13 Jan 2010 ; 8.30 mlm

Anak Kerbau Mati Mak (KK 7)
14 Jan 2010 ; 2.30 mlm

Rukh (KK 1)
14 Jan 2010 ; 8.30 mlm

Lembaran Pilu (KK2)
15 Jan 2010 ; 2.30 ptg

Penunggu Pusaka (KK3)
15 Jan 2010 ; 8.30 mlm

Sumpahan Rimba (KK5)
16 Jan 2010 ; 2.30 ptg

Orang-orang Kecil (KK8)
16 Jan 2010 ; 8.30 mlm

Tanah Bernanah (KK11)
17 Jan 2010 ; 2.30 mlm

Malam Kemerdekaan (KK9)
17 Jan 2010 ; 8.30 mlm

BERDEBAR-DEBAR

09 Januari 2010

Poster Pertandingan Bubur Asyura 12th..

Mana yang lebih elok, poster hitam putih atau berwarna-warni....


tiada warna

yang Berwarna???


JIMAT BILA TIADA WARNA
CERIA BILA ADA WARNINYA

06 Januari 2010

Gambar Lama ---Semasa Kursus BTN untuk PM--

Lihat betul2 gambar dibawah..emm...PM...adusss,,,,



no komen

NO MORE WORDS

01 Januari 2010

Politik Kampus UM : Suatu Analisa Kritikal

Pertama sekali, entri kali ini bukan bertujuan berat sebelah atau memenangkan mana-mana pihak Tujuannya hanya sekadar memberi pandangan sepanjang tempoh terkini berkenaan kekuatan, kelemahan dan fungsi-fungsi yang diketahui umum sebagai trademark bagi satu-satu pihak.

Umumnya, hanya terdapat 2 pihak yang aktif dalam politik kampus iaitu Pro-Mahasiswa & Penggerak Mahasiswa dan terdapat juga pihak yang bebas (tidak berpihak pada mana-mana pihak. Maka selanjutnya akan diberikan penjelasan analisis yang dibuat berdasakan pengamatan semasa.

Kekuatan

Pro-M :
tidak boleh disangkal bahawa pihak ini mempunyai kekuatan yang pelbagai. Disebabkan terlalu banyak aspek yang dipelopori oleh golongan ini, maka saya bahagikan kepada beberapa key point utama :

1) Demonstrasi : apa hikmah disebaliknya? sememangnya ramai menganggap ia sebagai negatif namun ramai juga yang tertarik dengan sikap pihak ini iaitu passionate dan keghairahan mereka untuk melakukan sesuatu. Sungguhpun ramai yang mengkritik tindakan mereka, namun hakikatnya kebanyakan yang mengkritik sukakan sikap mereka yang sentiasa berusaha. Maka boleh juga dikatakan sebagai kritikan itu sebagai nasihat bagi mereka untuk meletakkan sikap mereka tersebut ke arah yang selamat dan tidak melampau.

2) Pendekatan Calon : Berdasarkan PRKampus yang lepas, kebanyakan calon yang bertanding kurang ternama namun dikenali sebagai pembersih dan berbakat. Bahkan ia juga dibuktikan melalui sikap calon2 mereka yang menang yang semakin diterima umum dan membawa UM ke persada kebangsaan. Seterusnya memberi gambaran bahawa Pelajar UM sangat berkarisma...

3) Keterbukaan : Berbanding sebelum ini, Pro-M dikenali sebagai klon parti pembangkang dan lubuk siswi bertudung labuh dan siswa berkopiah. Persepsi itu berubah bermula PRK yang lepas dan mula diterima umum. Kini pihak ini hanya dikenali dengan warna oren dan mula dijadikan tempat untuk para siswa bagi mengadu masalah mereka tanpa mengira fahaman dan latar belakang.Mengapa? kerana hanya golongan ini sahaja yang dikenali sebagai lantang bersuara dan memberi pendapat.

Penggerak M : Lebih dikenali sebagai aspirasi, golongan ini lebih moderate dalam mengutarakan sesuatu pendapat. Golongan ini bolehlah dikatakan sebagai diam-diam berisi, dan mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pentadbiran di kolej2 kediaman serta bahagian HEPA. Kekuatan pihak ini juga saya tekankan melalui 3 perkara :

1) Kuasa : Walaupun siapa jua yang menang dalam PRKampus, pihak ini tetap akan hidup sebagai satu wadah kepada melatih bakat2 baru dalam kepimpinan dan semangat cintakan UM bagi para pelajar. Kuasa yang ada pada mereka adalah kuasa pengaruh pentadbiran yakni tanpa kuasa ini, segala aduan dan idea sukar untuk dilaksanakan.

2) Sederhana : Pihak ini tidak terkenal dengan semangat yang melebih2, bahkan lebih dikenali sebagai silent killer. Sikap ini sebenarnya punyai kelebihan tersendiri iaitu kadar penerimaan pelajar UM terhadap golongan ini lebih cepat. Bahkan jika bijak mengawal profil sebegini ia mampu untuk meletakkan golongan ini sebagai golongan yang lebih diminati untuk diikuti.

3) Keceriaan : Tiada siapa pun mampu menyangkal bahawa majoriti program anjuran mereka ini adalah bersifat ceria. Contohnya Haluan Siswa, tetap ceria. Keceriaan ini juga menjadi daya penarik bagi menarik minat ramai pelajar UM (kecuali yang bersikap akademis) untuk mengikuti mereka. Hasilnya, tanggapan pertama terhadap mereka adalah keseronokan.

Kelemahan

Pro-M :
Kadang2 golongan ini melakukan sesuatu seperti tidak memikirkan kesan/ akibat yang akan berlaku. Tindakan mereka inilah yang menyebabkan mereka di label sebagai ekstremis. Bahkan mereka ini sering digambarkan sebagai penentang pentadbiran. Yang paling ketara adalah perkataan Demo. Tiada apa yang mampu membersihkan nama mereka dari perkataan itu melainkan jika mereka ini mampu menjelaskan lagi pemisahan dua entiti ini iaitu Pro-m adalah Pro-M, bukannya PMIUM....

Penggerak-M : Diamnya mereka adalah penyebab mengapa mereka tidak dipandang oleh Pelajar UM. Asasnya, mereka seperti Pengawas sekolah yang mengikut telunjuk pentadbiran sahaja. Sikap ini lah yang boleh menjauhkan lagi mereka daripada Pelajar UM. Hakikatnya pihak ini ketandusan calon yang bersih atau berbakat dalam mempengaruhi orang lain. Namun maslah ini boleh dielak jika mereka ini mempunyai individu profesional yang hanya pentingkan kebajikan rakan pelajar sahaja dan bukan meikirkan tentang projek atau menentang golongan berkopiah...

Kesimpulan

Segala analisa berkenaan hanya berdasarkan pengamatan peribadi sepanjang dalam tempoh setahun terkini. Pro-M mampu dihormati jika lebih bijak mengatur tindakan dan calonnya mampu berkomunikasi dengan pelbagai lapisan warga UM. Manakala Penggerak-M mampu dihormati jika mampu untuk bertindak sederhana dalam mendiamkan diri dan mampu memberi fokus yang lebih kepada kebajikan serta bersikap terbuka. Bagi golongan atas pagar seperti saya, jika berdasarkan keadaan terkini saya lebih percaya bahawa segala aduan akan di dengari dan diperjuangkan oleh Pro-M. Namun jika dari sudut pentadbiran dan penganjuran, saya lebih percayakan Pengerak-M .

INI BUKAN SATU FATWA ATAU FAKTA
HANYA PANDANGAN KACA MATA