30 Mac 2010

MC Majlis MoU di Impiana Hotel, Ipoh.

Alhamdulillah, sudah lepas kerja menjadi Pengerusi Majlis di Ipoah. Sekadar makluman, pada 29hb ritu, aku menjadi MC untuk salah satu projek dibawah kelolaan NCIA (Koridor Utara) dengan sebuah syarikat yang mempunyai rakan kongsi dari Jepun. Nampak seperti besar majlisnya kerana projek itu menelan belanja sekitar ratusan juta ringgit. So, aku jadi MC untuk pihak-pihak ini menandatangani MoU.

Sebelum itu, aku diberitahu bahawa MC ini upahnya boleh mencecah RM1 ribu. Bahkan, Mahadzir Lokman pun upahn ya RM1500. Aku pula dapat upah RM500 je (sebab belum popular n masih lg student), lebih kurang 1/3 dari yang popular n pro. Dalam hati aku bila dapat upah sebegini banyak, aku rasa semua kerja-kerja MC yang aku buat di UM ini dibalas dengan upah aku itu. Nak harapkan UM bagi duit, hampeh! Kenapa? Mestilah diorang bagi alasan demi UM, Takpun inilah medan untuk mencungkil bakat dan pengalaman....

Apapun, i'm looking forward for this talent. Tapi aku tersentak bila ada wartawan minta business card kat aku, mana tahu diorang nak call minta aku jadi MC untuk function lain. Aku pun jawabla aku bukan orang bisnes.hoho. Penyelesaianya, aku tulis nama n nombor fon aku kat kertas A4 putih, pastu lipat n koyak jadi empat segi macam business card.hoho...

BAKAT BUKAN TERCIPTA SENDIRI
BAKAT DICIPTA OLEH DIRI-SENDIRI

22 Mac 2010

Berlabuhnya Tirai Dinner 12th College UM

Dalam entri yang lepas aku sudah pun menyatakan tentang Malam Apresiasi Gemilang 2010 (MAG) atau Dinner 12th College. Tahniah buat semua yang menjayakan. Rasa gugup sebenarnya. Sebab tak pernah nak bermimpi handle majlis dinner sebesar ini. Malas nak berceloteh panjang, lihat sahaja gambar ini.

Ini adalah wajah penerima Anugerah Khas untuk Ayahanda Pengetua,
satu slot suspens yang dirahsiakan.



Sewaktu slot Anugerah Khas untuk Ayahanda Pengetua.
Apa la si Hani tu tengok, aku pun tak tahu.



Semasa slot Putera/Puteri Kayangan. Aku sebelah Adibah Noor.
Gugup sehingga keluar soalan yang aku sendiri tak tahu apa maksudnya.
Nasib baik Hani pandai cover




Masa ni sesi ketiga, akudah bertukar baju dah pun.
Kiri itu adalah Hani, co-MC dari fakulti Law, 3rd Year.
She has lot of experience.



Sebelum bermulanya tugas. Kematu punggung aku, hanya Tuhan yang tahu.
Sangat tak selesa dengan baju dan keadaan ini. Huhu.
Mesti ada yang marah.

Jangan marah, nanti kena jual...

20 Mac 2010

Me With Imran Ajmain & Adibah Noor Dis Saturday

Tanggal 20 Mac 2010, bertempat di Putrajaya Ballroom, IOI Marriot Resort & Spa, akan berlangsung makan malam Kolej 12 UM yang membawa tema 'Malam 1001 Kayangan'. Pada hari itu jugalah aku diminta untuk menjadi MC Informal, yakni yang akan bertangungjawab dalam mengurus persembahan yang terdiri daripada artis (Imran Ajmain & Adibah Noor) dan juga pelajar Universiti Malaya sendiri.Sekali lagi, pengalaman pengukuh ini amat aku perlukan bagi mengukuh lagi sinar dalam bidang pengacaraan selepas aku bertaubat tidak mahu berlakon. Kenapa? Sebabnya terlalu banyak kebejatan sosial softguy dalam lakonan. Apa pun, aku bukan ingin menjadi artis tetapi aku hanya inginkan pengalaman dan perasaan manusia yang terkinja dalam bidang populariti ini. Bak kata satu ungkapan, 'KEBAIKAN HANYA BOLEH DIKETAHUI JIKA KITA TAHU AKAN KEJAHATAN'.
DOAKAN YANG TERBAIK!

19 Mac 2010

Antara 2 Kerja : Pilihan Yang Sukar!

Emm, entri kali ini bukan bersifat ilmuan tetapi lebih bersifat perasaan. Dah lama tak buat luahan dalam blog sejak dari kebobrokan 'munafiq kecil' berlakon meraih sokongan manusia lain. Wah, 'munafiq kecil' (macam Zul Nordin punya firaun kecil la pulok)....Tapi kali ni, biarkan sahaja apa yang nak dikata. Kerana kita bukan Tuhan yang mampu menghilangkan nikmat lidah yang tidak bertulang. Biarkan saja, kerana bukan kita yang kerugian air liur.

Disebalik lambakan kerja-kerja universiti (lebih kurang kerja-kerja sekolah), aku juga mengalami confusion coz i always berangan jenin untuk menjadi penulis skrip--jalan pintas menjadi artis la kononnya--. Tetapi aku sering memaku angan-angan ku itu dengan cita-cita ku sebagai seorang peguam. Well, walaupun aku berhasrat menjadi yang sivil tetapi rezeki ku ditentukan untuk syarie. Dan aku juga terpaku dengan hasrat keluarga ku, of coz daei!

Namun aku percaya, setiap apa pun yang dipelajari, ia tetap tidak menjamin pekerjaan. Seseorang yang ambil law,bio tech and social science pun tidak boleh dijamin mereka akan menjadi seperti apa yang diprospekkan oleh jurusan mereka. Maka atas dasar itulah aku beranggapan, ilmu itu amat bermakna dan ia melangkaui cita-cita yang bersifat kehendak bagi kita. Contohnya seorang pelajar dari pengajian Islam jurusan undang-undang syariah, tidak boleh mengatakan aku adalah peguam syarie, walaupun dia minat. Mungkin dia akan jadi insan di mana kerjayanya jauh tersasar seperti ahli sukan, penulis novel ataupun pelakon.

Boleh difahami minat bukan menjamin kerjaya tetapi ia menjamin kualiti kerja. So berbalik kepada cerita terkini aku. Memang tak dinafikan aku ingin menjadi peguam. Tetapi itu cita-cita prospek. Aku lebih berminat menjadi ahli perniagaan multi. Mengapa tidak memilih Fakulti Perniagaan? Jawapannya adalah perkataan multi. Jika dilihat bidang multi-businessman itu sendiri tidak tertakluk kepada satu perkara tetapi ia melibatkan banyak perkara. Sebab itulah aku sering aktif dalam lakonan, penulisan, kritikan, perundangan dan of-coz makanan. Kesemua ini bidang yang akan aku terokai satu hari nanti sebagai antara kerjaya bisnes ku.

Aku sering menyatakan kepada bekas kawan aku dan agak menyesal memberi nasihat kepadanya tentang ini,

HIDUP PERLU ADA BANYAK PLAN

sekarang aku perlu tukar...

HIDUP BIAR SATU PLAN
SATU PLAN PERLU ADA BANYAK CARA MEREALISASIKANNYA

10 Mac 2010

Sorotan Pasca Forum Bicara Hati IZAC UKM

Akhirnya selesai jugak urusan moderator forum di UKM. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi hadir pada malam tue. Pengalaman yang baru. Merempiit dari UM ke UKM. Program berjalan agak lancar dan diakhiri dengan persembahan yang cukup mantap. Walaupun debaran sentiasa ada tatkala berdepandengan artis dan orang ramai.

bergambar dengan Azwan Ali selepas Jamuan Ringan

Luar biasa apabila inilah kali pertama aku berdepan dengan Azwan Ali. Tidak seperti selalunya, Azwan Ali datang dan menggalas tugas sebagai ahli panel dalam forum itu dengan cukup bergaya ala-ala academician celebrity... Azwan Ali yang kita kenali dengan kepedasan kata-katanya, idak jauh bezanya pada malam itu. Pernah sekali Azwan Ali menyatakan bahwa aku adalah "Azwan Ali 5 tahun akan datang". Hendak bangga tak boleh, hendak rasa diperli pun tak boleh...Maka terima je la...Dan sebelum Azwan Ali pulang, dia sempat kata "kalau dah jadi Azwan Ali, jangan lupa yer.."... erm, betul tu, jangan lupa diri sudah....

Bersama rakan KISAS UKM yang sudi memanggil aku...

PERJALANAN MASIH JAUH

01 Mac 2010

Soalan Untuk Ahl Panel Forum Bicara Hati di UKM

Pusingan Pertama

Tema : Kerjaya

Prof Dr Siti Rugayah bt Haji Tibek (Pengarah IKRAB)

Soalan : Apakah garis panduan bagi pemilihan kerjaya yang dapat menunjukan kehebatan seorang wanita atau kemantapan seorang lelaki berdasarkan perspektif agama dan kajian yang dilakukan oleh IKRAB?

Prof Madya Dr Mahani Midin (Pakar Perunding Psiakitri, PPUKM)

Soalan : Bagaimana caranya untuk memperlihatkan kerjaya pilihan itu sebagai lambang kehebatan seorang wanita atau kemantapan lelaki?

Azwan Hj Ali (Artis Malaysia)

Soalan : Adakah kerjaya yang dahulunya dipelopori lelaki dan kini dikuasai wanita melambangkan kehebatan wanita atau sebaliknya, atau adakah kerjaya yang dahulunya dipelopori wanita dan kini dikuasai lelaki melambangkan kemantapan lelaki atau sebaliknya? Sila jelaskan.

Pusingan Kedua

Tema : Pendidikan

Prof Dr Siti Rugayah bt Haji Tibek (Pengarah IKRAB)

Soalan : Apakah pandangan Prof berkenaan pernyataan berikut :

“Pengurangan pelajar lelaki di IPT kerana mereka sudah mantap,

Penambahan pelajar wanita di IPT kerana mereka kurang hebat”

atau

“Pengurangan pelajar lelaki di IPT kerana mereka kurang mantap,

Penambahan pelajar wanita di IPT kerana mereka sudah hebat”

Prof Madya Dr Mahani Midin (Pakar Perunding Psiakitri, PPUKM)

Soalan : Benarkah wujud keadaan dimana kepandaian dalam akademik itu boleh dibezakan berdasarkan jantina sama ada lelaki atau wanita?

Azwan Hj Ali (Artis Malaysia)

Soalan : Berdasarkan pengalaman Azwan Ali semasa belajar di Universiti dahulu, adakah pelajar wanita lebih hebat dari pelajar lelaki atau pelajar lelaki lebih mantap dari pelajar wanita?

Pusingan Ketiga

Tema : Kekeluargaan

Prof Dr Siti Rugayah bt Haji Tibek (Pengarah IKRAB)

Soalan : Apa yang diperlukan dalam pembentukan keluarga bahagia:

1) Isteri yang hebat

2) Suami yang mantap

Prof Madya Dr Mahani Midin (Pakar Perunding Psiakitri, PPUKM)

Soalan : Adakah krisis rumahtangga yang berlaku adalah berpunca dari suami yang kurang mantap atau isteri yang kurang hebat?

Azwan Hj Ali (Artis Malaysia)

Soalan : Berdasarkan keadaan semasa dunia hiburan tanahair, apa pandangan Azwan Ali dalam membolehkan sesuatu keluarga yang melibatkan artis itu boleh menjadi sebuah keluarga bahagia? Adakah memerlukan isteri yang hebat atau suami yang mantap?

DOAKAN AGAR SEMUANYA BERJALAN LANCAR