28 April 2010

Kes Arwah Aminul Rashid : Analisis Kritis Dari Sudut Psikologis


Salam Keadilan dan Salam Polis. Dalam keadaan kehangatan sambutan pilihanraya Hulu Selangor, muncul pula oasis di tengah-tengahnya. Oasis yang muncul ini bukan atas kapasiti keperluan tetapi atas kapasiti kemudaratan. Oasis yang tercemar dengan proksi khidmat yang samar dan kuasa ideologis yang sedikit tercalar. Tiada siapa sangka, kejadian yang kita anggap sebagai biasa bagi golongan marhaen yakni rakyat jelata, telah dianggap bisa bagi pelaksana. Jagat penguasa dan pemaksa-penguasa tersentak dengan berita sensasi tersebut.

Aku pula masih mencari-cari jawapan bagi matematik kehidupan ini dari sudut judisiari, walaupun ilmu ku masih bergari dan belum utuh untuk mandiri. Maka aku putuskan untuk beri pandangan dari sudut kaca-mata psikologis, bukan seorang ideologis. Dalam erti kata lain, dari sudut kebiasaannya.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh rakan arwah, arwah telah memandu kereta (dalam usia 15 tahun) tanpa lesen dalam sekitar tengah malam bersama dengan rakannya (pelapor). Arwah keluar tanpa kebenaran dan menonton perlawanan bola sepak (EPL : Chelsea vs Stoke City) di kedai mamak. Dalam perjalanan pulang sekitar 2 pagi, kereta yang dipandu arwah bergesel dengan kereta mamat ni. Menyebabkan arwah panik dan terus beredar, namun dikejar oleh mat-mat motor (kawan2 mamat kereta yang kena gesel tadi).

Seorang daripada mat motor terjatuh sebab terlanggar bahagian belakang kereta arwah. Dalam suasana arwah panik ingin lari daripada mat motor, arwah memotong MPV polis yang ada didepan. Kini polis pula mengejar arwah sehingga menyebabkan polis melepaskan tembakan yang terkena tayar kereta. Kereta itu terbabas. Rakan arwah sedar kepala arwah ada lubang akibat peluru polis turut mengena kepala arwah. Rakan arwah serah diri tapi dipukul dan rakan tersebut berjaya melarikan diri.

Itu antara laporan yang diberikan oleh rakan arwah. Oleh itu, ayuh kita selidiki dari sudut kebiasaan seorang remaja lelaki bergaul di Malaysia.

Pertama : Keluar pagi. Remaja lelaki di Malaysia majoritinya mempunyai kawan, majoritinya meminati bolasepak dan suka menonton bolasepak. Jika ditanya berkenaan keadaan menonton bolasepak yang paling digemari remaja lelaki, saya yakin majoriti akan menjawab bersama rakan di kedai mamak atau kedai yang ada astro supersport/espn. Bahkan jika ditinjau, kebanyakan dan kebiasaan perlawanan English Premier League(EPL) disiarkan di Malaysia pada waktu malam dan pagi. Di Malaysia keluar pagi2 bukan lagi satu larangan untuk remaja, apatahlagi jika menonton bolasepak EPL itu adalah kebiasaan.

Bahkan hanya remaja lelaki yang 'manja' dengan orang tua mereka sahaja akan minta kebenaran untuk keluar, sedangkan hakikatnya banyak juga remaja keluar tanpa kebenaran sebab bukan lari dari rumah atau ke tempat yang dilarang ibubapa. Maka dari sudut kebiasaan, keluar pagi menonton bola itu adalah trend remaja lelaki. Bahkan sesiapa yang duduk kat asrama pun sanggup 'fly' sebab nak tengok bola. Adakah ini perlakuan tidak baik? Ini hanyalah kebiasaan. Salah siapa? Salahkanlah sesiapa sahaja, tetap ia sudah menjadi kebiasaan.

Kedua : Lesen Kereta. Fakta yang tak dipertikai adalah arwah tidak layak untuk mendapatkan lesen. Dari sudut perundangan tegas bahawa arwah adalah salah. Tetapi harus diingat, dalam menginterprestasi undang2, ia harus mengikut 'nature of law' dan niat pembuat undang2. Peruntukan berkenaan lesen ini dibuat adalah untuk mencegah dari berlakunya kemalangan yang melibatkan nyawa.

Dari aspek pencegahan, hukuman perlu setimpal dengan kesalahan. Jika kesalahannya adalah memandu tanpa lesen, maka hukumannya denda, penjara dan kereta itu disita. Namun, sebelum tindakan pencegahan dibuat, keadaan setempat dan kebiasaan juga perlu difikirkan. Adakah memandu kereta tanpa lesen di situ suatu perkara yang berat? Jawapan mestilah ya, tetapi adakah semua pemandu kereta mempunyai lesen? Jawapannya tidak semua. Soalan pelengkap : Adakah semua pemandu kereta yang accident adalah tidak berlesen? Jawapannya tidak. Maknanya lesen adalah dokumen jaminan bahawa pemandu itu tahu tentang pemanduan selamat dan bukan jaminan kepada tidak membahayakan pengguna lain. Bahkan kejadian ini berlaku di Shah Alam dan bukan Hulu Selangor.

Kebiasaan remaja berusia 14 tahun ke atas sudah tahu membawa kereta, sama juga membawa motosikal sekarang yang mana kanak-kanak darjah 3 pun dah naik motosikal. Persoalan terakhir, adakah waktu arwah membawa kereta itu diaanggap sebagai waktu kemuncak? Realitinya, hanya lebuhraya sahaja sibuk pada malam hari. Ini pula jalan biasa di Shah Alam pada jam 2 pagi. Sudah menjadi kebiasaan untuk manusia membawa kereta atau moto tanpa lesen pada waktu2 begini kerana kurang pengguna dan kurang polis.

Ketiga : Memecut Laju. Kenapa arwah memecut laju kereta yang dipandunya? Soalan ini menimbulkan pandangan negatif terhadap arwah. Itu jika kita berfikir dari sudut manusia retorik dan hipokrit, yakni yang tidak berpijak di bumi nyata, hanya beralas marmar suasa. Elok kita fikir dari sudut kehidupan biasa. Apa akan kita buat jika kita panik? Tiada jawapan kerana kita pun tak tahu apa akan kita buat. Bagaimanapula jika kita dikejar sekumpulan mat motor dan dikejar oleh seseorang yang mungkin kita tak sangka itu adalah polis? Mestilah lari dan kalau boleh nak masuk rumah terus. Sebab bagi remaja, rumah adalah safehouse bagi sebarang masalah di luar. Oleh itu, tindakan arwah bukanlah tindakan penjenayah, tapi tidak lebih hanya sebagai individu yang mengikut fitrah manusia ketika panik.

Keempat : Polis. Adakah Polis bersalah? Dalam keadaan ini, pensabitan jenyah harus melihat kepada niat dan motif. Jika motif anggota terbabit adalah untuk memastikan individu itu memberhentikan kereta, ia masih tetap tidak mewujudkan alibi atau special excuse atau general exceptions. Ini kerana motif tidak mengikat liabiliti. Sebaliknya niat yang perlu ditentukan. Secara kasar, anggota terbabit berpotensi besar disabitkan kesalahan.

Namun jika dari sudut elemen dalihan jenayah khilaf fakta, mungkin akan mengurangkan hukuman. Namun, timbul persoalan, mengapa ditembak? Itu menjuruskan kita kepada satu anggapan. Dari sudut perundangan, anggapan adalah tidak diterima. Tapi jika dibicara berdasarkan psikologi, anggapan yang boleh kita buat adalah Polis mengesyaki arwah adalah penjenayah berdasarkan panduan yang laju dan mat-mat motor dibelakangnya, al-maklumlah Shah Alam...

Hakikatnya, apa yang dilakukan arwah adalah kebiasaan manusia. Sebelum kita salahkan arwah dan anggota yang terbabit, salahkan dahulu punca sebenar kes ini. Mana mamat motor yang mengejar arwah? Bukan mat motor puncanya, tapi penguatkuasaan adalah puncanya. Jika penguatkuasaan betul dan ada, sudah pasti tiada yang akan keluar naik moto/ kereta tanpa lesen.

DULU PERNAH GAK KENA KEJAR DENGAN POLIS SEBAB BAWA MOTO TANPA LESEN TAPI POLIS GERTAK SAHAJA NAK GARI, LAST2 BAGI TEGURAN

18 April 2010

Persatuan Kesenian Khas (UM only)

Entahlah. Tiba2 bila aku dengar cerita pasal laki lembut, gay n biseksual person, aku mula rasa macam xsedap je bila nak berseni. Seni? macam drama, teater, nyanyian dan tarian. Walaupun sebenarnya pengertian seni ini jauh lebih besar dari 4 perkara tadi.

Dan pada masa yang sama, aku terfikir untuk jadi pencetus perubahan dengan menubuhkan sebuah persatuan kesenian khas untuk bukan pelajar Pusat kebudayaan. Dalam bahasa yang sopan, aku nak tubuhkan persatuan kesenian bagi pelajar yang bukan dari aliran kesenian (Pusat kebudayaan). Mungkin ada yang kata, ada jugak fakulti lain yang anjurkan kursus kesenian di fakult tertentu, namun itu bolehlah dikaakan sebagai main core course untuk fakulti tersebut...

Kenapa tetiba aku terfikir untuk buat persatuan ini? Kerana aku sudah mula nampak orang yang berseni di UM banyak datang dari fakulti selain dari Pusat Kebudayaan. Tambahan lagi, kebanyakan mereka lebih fokus kepada matlamat kesenian itu dilakukan berbanding pelajar Pusat Kebudayaan yang sering berbangga kerana mendapat latihan formal. Apa matlamat kesenian? Iu bergantung kepada pegangan masing2 dan juga bergantung kepada keadaan setempat. Contoh matlamat yang salah adalah apabila seseorang penggiat seni menghalalkan pergaulan bebas dengan alasan tanpa nafsu dan lakonan semata2, hakikatnya mungkin tiada nafsu, tapi bagaimanapula orang yang melihatnya?!

Kesenian adalah subjektif. Menulis itu pun seni, bahkan tidur itu juga seni. Namun seni itu tidak semestinya menulis atau tidur. Ia perlu kepada penghargaan setempat dan masyarakat. Jika tiada penghargaan, maka tiadalah kesenian. Adakah aku anti pelajar Pusat Kebudayaan? Jawapannya, for what? cuma ingin penghargaan yang sewajarnya diberikan kepada pelajar bukan pusat kebudayaan, kerana mereka juga ada hak untuk berkarya dan berseni with their own way, not just following the rules of the ding-dong person whom claim as prominent person on the field of art-ificial...

SPREAD THE ART WITHIN BORDER-LESS OF MIND-SET

13 April 2010

Abstinen?!

Yezza, bertemu kita sekali lagi..eh...silap tempat. Bukan apa, sejak beberapa hari ini, banyak pula perkara yang berlaku. Kadang-kadang sampai tak tercapai akalku. Bukan setakat gosip atau isu orang mengata, bahkan ada lagi isu yang aku fikir sensitif jika tidak kena gayanya. Oleh itu, untuk senangkan pemahaman tulisan aku dalam entri kali ini, sila tengok gambar dibawah :

posing baik punya!!!

LPW = Lelaki pelindung Wanita?!


bergambar dengan ketua moderator

team UM yang me'rela'kan diri untuk datang ke bengkel ini

Tai Merah : "Eii..gelinya...apasal dengan abstinen lak?"
Tai Hitam : " Fokus saja...sesedap rasa ja..."



Letih nak mendengar 'ceramah', so tangkap gambar je la...hehe

Naufal. Aziz. Umar.

Gambar di atas bertarikh 11 April 2010. Maka persoalan timbul, dimanakah gambar ini diambil? Wah, dah macam cara penulisan analisis kes pulak rasanya. Straight to the point, gambar ini diambil ketika aku mengikuti bengkel kejurulatihan (TOT) bagi modul I'm in Control atau lebih sensitifnya adalah berkenaan dengan sex education. Uhhh! Jangan buat andaian atau berfantasi terlebih sudah dahulu. Ini bukanlah semata-mata pasal cara melakukannya, tetapi lebih kepada modul mencegah dan membasmi kebejatan sosial remaja kini yang kebanyakannya terlbat dengan gejala seks rambang dan apa yang seumpamanya.

Namun terdapat satu perkataan/terma yang selesa bagi aku untuk mendengarnya (yang lain semua menggelikan aku sebab banyak termanya adalah 18sx) iaitu ABSTINEN. Apa itu abstinen? Jawapannya, tidak melakukan hubungan seks(zina) sebelum kahwin atau dengan orang yang bukan isteri/suami. Nak tahu lebih lanjut, pergilah cari mana-mana bengkel yang berkaitan dengannya.

BELAJAR SENDIRI SUDAH

05 April 2010

Biasa bro..-mode exam-


Shhh..biasa bro...time2 camni mestilah sangat busy dengan esaimen yang bertingkat-tingkat tak habis buat...Dah la berduyun-duyun presentation kena present minggu ni. Bukan itu sahaja, berpusu-pusu niat dan semangat datang untuk ulangkaji pelajaran...Tapi itu semua sebab kehadirannya minggu exam dalam beberapa hari sahaja lagi.

Oleh itu, daku dengan rasminya meletakkan blog ini dalam lingkungan pemacu tanpa pacu...atau dalam bahasa slim river nya dalam mode senyap(silent)... So kurang la sikit entry nya(sebelum ni pun kureng jugakk)...Biasala bro!

GUDBYE CIKOROS N EVRIBADIS