13 April 2010

Abstinen?!

Yezza, bertemu kita sekali lagi..eh...silap tempat. Bukan apa, sejak beberapa hari ini, banyak pula perkara yang berlaku. Kadang-kadang sampai tak tercapai akalku. Bukan setakat gosip atau isu orang mengata, bahkan ada lagi isu yang aku fikir sensitif jika tidak kena gayanya. Oleh itu, untuk senangkan pemahaman tulisan aku dalam entri kali ini, sila tengok gambar dibawah :

posing baik punya!!!

LPW = Lelaki pelindung Wanita?!


bergambar dengan ketua moderator

team UM yang me'rela'kan diri untuk datang ke bengkel ini

Tai Merah : "Eii..gelinya...apasal dengan abstinen lak?"
Tai Hitam : " Fokus saja...sesedap rasa ja..."



Letih nak mendengar 'ceramah', so tangkap gambar je la...hehe

Naufal. Aziz. Umar.

Gambar di atas bertarikh 11 April 2010. Maka persoalan timbul, dimanakah gambar ini diambil? Wah, dah macam cara penulisan analisis kes pulak rasanya. Straight to the point, gambar ini diambil ketika aku mengikuti bengkel kejurulatihan (TOT) bagi modul I'm in Control atau lebih sensitifnya adalah berkenaan dengan sex education. Uhhh! Jangan buat andaian atau berfantasi terlebih sudah dahulu. Ini bukanlah semata-mata pasal cara melakukannya, tetapi lebih kepada modul mencegah dan membasmi kebejatan sosial remaja kini yang kebanyakannya terlbat dengan gejala seks rambang dan apa yang seumpamanya.

Namun terdapat satu perkataan/terma yang selesa bagi aku untuk mendengarnya (yang lain semua menggelikan aku sebab banyak termanya adalah 18sx) iaitu ABSTINEN. Apa itu abstinen? Jawapannya, tidak melakukan hubungan seks(zina) sebelum kahwin atau dengan orang yang bukan isteri/suami. Nak tahu lebih lanjut, pergilah cari mana-mana bengkel yang berkaitan dengannya.

BELAJAR SENDIRI SUDAH

Tiada ulasan: