28 April 2010

Kes Arwah Aminul Rashid : Analisis Kritis Dari Sudut Psikologis


Salam Keadilan dan Salam Polis. Dalam keadaan kehangatan sambutan pilihanraya Hulu Selangor, muncul pula oasis di tengah-tengahnya. Oasis yang muncul ini bukan atas kapasiti keperluan tetapi atas kapasiti kemudaratan. Oasis yang tercemar dengan proksi khidmat yang samar dan kuasa ideologis yang sedikit tercalar. Tiada siapa sangka, kejadian yang kita anggap sebagai biasa bagi golongan marhaen yakni rakyat jelata, telah dianggap bisa bagi pelaksana. Jagat penguasa dan pemaksa-penguasa tersentak dengan berita sensasi tersebut.

Aku pula masih mencari-cari jawapan bagi matematik kehidupan ini dari sudut judisiari, walaupun ilmu ku masih bergari dan belum utuh untuk mandiri. Maka aku putuskan untuk beri pandangan dari sudut kaca-mata psikologis, bukan seorang ideologis. Dalam erti kata lain, dari sudut kebiasaannya.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh rakan arwah, arwah telah memandu kereta (dalam usia 15 tahun) tanpa lesen dalam sekitar tengah malam bersama dengan rakannya (pelapor). Arwah keluar tanpa kebenaran dan menonton perlawanan bola sepak (EPL : Chelsea vs Stoke City) di kedai mamak. Dalam perjalanan pulang sekitar 2 pagi, kereta yang dipandu arwah bergesel dengan kereta mamat ni. Menyebabkan arwah panik dan terus beredar, namun dikejar oleh mat-mat motor (kawan2 mamat kereta yang kena gesel tadi).

Seorang daripada mat motor terjatuh sebab terlanggar bahagian belakang kereta arwah. Dalam suasana arwah panik ingin lari daripada mat motor, arwah memotong MPV polis yang ada didepan. Kini polis pula mengejar arwah sehingga menyebabkan polis melepaskan tembakan yang terkena tayar kereta. Kereta itu terbabas. Rakan arwah sedar kepala arwah ada lubang akibat peluru polis turut mengena kepala arwah. Rakan arwah serah diri tapi dipukul dan rakan tersebut berjaya melarikan diri.

Itu antara laporan yang diberikan oleh rakan arwah. Oleh itu, ayuh kita selidiki dari sudut kebiasaan seorang remaja lelaki bergaul di Malaysia.

Pertama : Keluar pagi. Remaja lelaki di Malaysia majoritinya mempunyai kawan, majoritinya meminati bolasepak dan suka menonton bolasepak. Jika ditanya berkenaan keadaan menonton bolasepak yang paling digemari remaja lelaki, saya yakin majoriti akan menjawab bersama rakan di kedai mamak atau kedai yang ada astro supersport/espn. Bahkan jika ditinjau, kebanyakan dan kebiasaan perlawanan English Premier League(EPL) disiarkan di Malaysia pada waktu malam dan pagi. Di Malaysia keluar pagi2 bukan lagi satu larangan untuk remaja, apatahlagi jika menonton bolasepak EPL itu adalah kebiasaan.

Bahkan hanya remaja lelaki yang 'manja' dengan orang tua mereka sahaja akan minta kebenaran untuk keluar, sedangkan hakikatnya banyak juga remaja keluar tanpa kebenaran sebab bukan lari dari rumah atau ke tempat yang dilarang ibubapa. Maka dari sudut kebiasaan, keluar pagi menonton bola itu adalah trend remaja lelaki. Bahkan sesiapa yang duduk kat asrama pun sanggup 'fly' sebab nak tengok bola. Adakah ini perlakuan tidak baik? Ini hanyalah kebiasaan. Salah siapa? Salahkanlah sesiapa sahaja, tetap ia sudah menjadi kebiasaan.

Kedua : Lesen Kereta. Fakta yang tak dipertikai adalah arwah tidak layak untuk mendapatkan lesen. Dari sudut perundangan tegas bahawa arwah adalah salah. Tetapi harus diingat, dalam menginterprestasi undang2, ia harus mengikut 'nature of law' dan niat pembuat undang2. Peruntukan berkenaan lesen ini dibuat adalah untuk mencegah dari berlakunya kemalangan yang melibatkan nyawa.

Dari aspek pencegahan, hukuman perlu setimpal dengan kesalahan. Jika kesalahannya adalah memandu tanpa lesen, maka hukumannya denda, penjara dan kereta itu disita. Namun, sebelum tindakan pencegahan dibuat, keadaan setempat dan kebiasaan juga perlu difikirkan. Adakah memandu kereta tanpa lesen di situ suatu perkara yang berat? Jawapan mestilah ya, tetapi adakah semua pemandu kereta mempunyai lesen? Jawapannya tidak semua. Soalan pelengkap : Adakah semua pemandu kereta yang accident adalah tidak berlesen? Jawapannya tidak. Maknanya lesen adalah dokumen jaminan bahawa pemandu itu tahu tentang pemanduan selamat dan bukan jaminan kepada tidak membahayakan pengguna lain. Bahkan kejadian ini berlaku di Shah Alam dan bukan Hulu Selangor.

Kebiasaan remaja berusia 14 tahun ke atas sudah tahu membawa kereta, sama juga membawa motosikal sekarang yang mana kanak-kanak darjah 3 pun dah naik motosikal. Persoalan terakhir, adakah waktu arwah membawa kereta itu diaanggap sebagai waktu kemuncak? Realitinya, hanya lebuhraya sahaja sibuk pada malam hari. Ini pula jalan biasa di Shah Alam pada jam 2 pagi. Sudah menjadi kebiasaan untuk manusia membawa kereta atau moto tanpa lesen pada waktu2 begini kerana kurang pengguna dan kurang polis.

Ketiga : Memecut Laju. Kenapa arwah memecut laju kereta yang dipandunya? Soalan ini menimbulkan pandangan negatif terhadap arwah. Itu jika kita berfikir dari sudut manusia retorik dan hipokrit, yakni yang tidak berpijak di bumi nyata, hanya beralas marmar suasa. Elok kita fikir dari sudut kehidupan biasa. Apa akan kita buat jika kita panik? Tiada jawapan kerana kita pun tak tahu apa akan kita buat. Bagaimanapula jika kita dikejar sekumpulan mat motor dan dikejar oleh seseorang yang mungkin kita tak sangka itu adalah polis? Mestilah lari dan kalau boleh nak masuk rumah terus. Sebab bagi remaja, rumah adalah safehouse bagi sebarang masalah di luar. Oleh itu, tindakan arwah bukanlah tindakan penjenayah, tapi tidak lebih hanya sebagai individu yang mengikut fitrah manusia ketika panik.

Keempat : Polis. Adakah Polis bersalah? Dalam keadaan ini, pensabitan jenyah harus melihat kepada niat dan motif. Jika motif anggota terbabit adalah untuk memastikan individu itu memberhentikan kereta, ia masih tetap tidak mewujudkan alibi atau special excuse atau general exceptions. Ini kerana motif tidak mengikat liabiliti. Sebaliknya niat yang perlu ditentukan. Secara kasar, anggota terbabit berpotensi besar disabitkan kesalahan.

Namun jika dari sudut elemen dalihan jenayah khilaf fakta, mungkin akan mengurangkan hukuman. Namun, timbul persoalan, mengapa ditembak? Itu menjuruskan kita kepada satu anggapan. Dari sudut perundangan, anggapan adalah tidak diterima. Tapi jika dibicara berdasarkan psikologi, anggapan yang boleh kita buat adalah Polis mengesyaki arwah adalah penjenayah berdasarkan panduan yang laju dan mat-mat motor dibelakangnya, al-maklumlah Shah Alam...

Hakikatnya, apa yang dilakukan arwah adalah kebiasaan manusia. Sebelum kita salahkan arwah dan anggota yang terbabit, salahkan dahulu punca sebenar kes ini. Mana mamat motor yang mengejar arwah? Bukan mat motor puncanya, tapi penguatkuasaan adalah puncanya. Jika penguatkuasaan betul dan ada, sudah pasti tiada yang akan keluar naik moto/ kereta tanpa lesen.

DULU PERNAH GAK KENA KEJAR DENGAN POLIS SEBAB BAWA MOTO TANPA LESEN TAPI POLIS GERTAK SAHAJA NAK GARI, LAST2 BAGI TEGURAN

Tiada ulasan: