15 Mei 2010

SEM 5 2010/2011 : Naufal Tarmizi?

Adakah anda selalu di Jabatan Syariah dan Undang2(JSU) ?

Tidak. Jangan tanamkan hasrat nak berjumpa saya di JSU ataupun meneliti setiap gambar batch jabatan kecuali gambar batch di zaman first year. Dalam erti kata lain, saya tidak selalu terperap di APIUM. Dan saya bukan 'rasis' jabatan2 tertentu.

Kenapa?

Bak kata pepatah, jauh perjalanan banyak pengalaman. Erm, is it really malay idiom!? haha... Oleh sebab itu saya berusaha untuk tidak dikenali secara zahirnya sebagai pelajar APIUM atau JSU, biarlah orang lain kenal saya secara lahiriah sebagai apa yang proksi 'proud to be JSUian' katakan sebagai prospek lawyer syarie.

Benarkah anda berminat ingin jadi Peguam?

Actually, no. Eventually, yes. Dalam bahasa melayu nya, secara tidak sengaja adalah saya memang ingin jadi peguam. Tapi seperti manusa biasa di zaman sakaratulmaut si bumi, sudah tentu ada terpengaruh dengan perkara yang seni/hiburan dan juga duitan/bisnes.

Ada orang kata anda cuba menjauhkan diri dari warga JSU?

Soalan itu betul, namun jawapannya adalah ya.

Mengapa?

Menjauhkan diri bukan bermaksud menentang mereka. Cuma saya tidak mahu secara klisenya dikenali sebagai manusia yang terkenal sebagai pelajar JSU. Biarlah JSU dikenali kerana saya. Tidakpun biarlah JSU itu dikenali kerana pelajarnya dan bukan pelajarnya dikenali kerana JSU. Soal menjauhkan diri itu bukanlah satu persoalan berkaitan merajuk atau apa-apa yang sewaktu dengannya, namun ia adalah lebih memberi keselesaan bagi saya untuk menimba pengalaman.

Hubungan dengan pensyarah?

Yang pasti tidak selari dengan golongan 'embak berkalong ampu'. Saya akan perbaiki dari sudut kehadiran kerana sem ini saya terlalu sibuk dengan program MC sehingga ada beberapa kali tidak datang. Yang pasti, saya tak pernah suruh sesiapa tolong tandatangan untuk saya. Pensyarah pun manusia biasa dan ada juga kesilapannya, namun ia tidak memberi tiket kepada saya untuk mengutuk mereka. Bukanlah individu yang menghalang saya mengutuk mereka, tetapi ilmu yang mereka bawa itu yang menghalangnya. Yang pasti, saya bukan golongan 'pria pahit bahasanya di belakang tapi manis nistanya di hadapan'.

Hubungan dengan warga JSU?

Wannabe senior saya akan bersifat selective kerana saya mengenal hati budi mereka. Manakala wannabe inter n junior, saya tidak memilih. Lebih selesa jika dibawah berbanding melambung ke udara.

Harapan kepada Lajnah JSU?

No harapan. Do what they wanna do... Nothing different b4 dis. Tapi perubahan bukanlah elemen yang penting. Tetapi perlaksanaan itu yang penting.

Harapan untuk sem depan?

Harap dapat jadi yang terbaik bersama-sama dengan yang terbaik. Moga-moga Allah melindungi saya dari hujan liur yang busuk dan cereka cipta yang kusut.

ENTRI TERAKHIR SEBELUM KE BRUNEI

08 Mei 2010

(SKRIP) Sketsa Ragut

Ini skrip yang aku dah hantar kat RTM untuk pertandingan drama radio skrip 2010. Sampai sekarang tak dengar2 khabar, mungkin tak ada rezeki kot. Oleh itu, aku post kan la skrip sketsa (asalnya ada 12 skrip) yang aku rasa belum menunjukkan kematangan idea aku. Biasalah, aku ini hingusan dalam dunia skrip..

K/B : SUASANA TEPI JALAN RAYA

LEE

Kumar, hari ini suratkhabar siarkan berita apa?


KUMAR

Biasalah, ragut sana, ragut sini dan ragut sahaja. Macam dah tak ada kisah lain.


LEE

Mana taknya, dah setiap hari kes ragut akan berlaku. Bukan setakat berlaku di bandar besar sahaja, di kampung pun boleh berlaku.


KUMAR

Itulah yang saya risaukan. Kes ragut sekarang bukan sahaja melibatkan kaum wanita, bahkan kaum lelaki pun boleh jadi mangsa. Bukan setakat itu sahaja, sekarang ini boleh sampai ke tahap membunuh mangsa lagi.


LEE

(TERKEJUT) Hah! Betulkah?


KUMAR

Betul. Saya tak tokok-tambah. Memang ada kes sampai mangsa kes ragut ini yang cedera parah sehingga menemui maut.


LEE

Kenapa orang macam itu wujud di Malaysia?


KUMAR

Tak perlu nak dipersoalkan kewujudan mereka. Kalau dah namanya manusia, memang sentiasalah ingin mencari jalan pintas untuk senang. Peragut ini bukannya ingin bekerja seperti kita. Bila tak bekerja, mereka pun terdesaklah untuk hidup. Bila dah terdesak, itu yang jadi kes ragut tu.


LEE

Tiba-tiba pula saya rasa risau dengan keselamatan isteri saya. Kamu tahu ke bagaimana mereka meragut?


KUMAR

Tahu. Mereka selalunya naik motosikal secara berdua.Ada juga yang berjalan kaki. Namun apa yang pasti mereka akan bertindak jika mereka tahu apa yang digalas mangsa mungkin mengandungi wang dan barangan yang boleh dijual.


LEE

(GERAM) Kalau lah saya dapat siapa yang meragut tu, saya akan pukul dia cukup-cukup.


KUMAR

Eh, Lee. Kita tak boleh meletakkan undang-undang di atas bahu kita sendiri. Jangan bertindak berlebihan. Lebih baik kita tangkap dan serahkan kepada pihak polis.


LEE

Kenapa pula kita tak boleh bertindak ke atas peragut, sedangkan mereka telah mengambil barang kita dan mengakibatkan kita tercedera?


KUMAR

Jika semua bertidak begitu, maka setiap orang akan mula memukul sesiapa yang disyaki sebagai peragut sehingga mati. Walaupun tiada bukti yang menunjukkan dia itu sebagai peragut.


LEE

Oh, maksudnya nanti ada orang salah guna kelebihan ini dengan menuduh orang lain sebagai peragut.


KUMAR

Ya. Lebih baik kita serahkan kepada pihak polis dan biarkan undang-undang yang menghukum mereka. Mereka mungkin bukan berniat untuk meragut tetapi kesempitan hidup telah memaksa mereka bertindak begitu.


LEE

Tapi mereka takkan tak fikir tentang keadaan mangsa. Bayangkan jika mangsa baru sahaja mengeluarkan duit gajinya, tiba-tiba diragut. Tidakkah mangsa pula akan jadi orang yang terdesak.


KUMAR

Itu saya tak nafikan. Namun tugas kita juga untuk berjaga-jaga dari golongan peragut ini. Kadang-kadang seseorang peragut itu tidak mempunyai niat untuk meragut tetapi jika mangsa sendiri yang mendedahkan barangan berharga seperti emas,beg tangan dan seumpamanya, maka peragut ini pun terliurlah. Itu yang berlakunya kejadian ragut.


LEE

Emm, kata-kata kamu memang ada benarnya. Seeloknya kita juga kena berjaga-jaga disamping pihak berkuasa meningkatkan tahap keselamatan dalam negara.


KUMAR

Namun,jika keselamatan dalam negara kita setingi mana sekalipun tetapi kita sendiri masih berlagak dan menunjuk-nunjuk barangan berharga kita, susah pihak berkuasa nak membendung kes ragut ini.


LEE

Tak sangka saya dapat pengetahuan berguna tentang kes ragut ini dari kamu. Terima kasih.


KUMAR

Eh, tak perlu berterima kasih kepada saya. Ini tugas saya untuk menyedarkan orang ramai betapa pentingnya kita berjaga-jaga dengan keadaan disekeliling kita.


LEE

Saya tahu. Baiklah, saya perlu beritahu isteri saya.

(BERSELOROH)Nanti dia pula yang jadi mangsa ragut yang seterusnya.


KUMAR

(KETAWA KECIL) Jangan kamu memukul peragut itu sampai mati sudah.


LEE

Saya tahu. Bak kata kamu sebentar tadi, jangan letakkan undang-undang di atas bahu kita, betul tak?


KUMAR

Ya, memang tepat sekali.



BIASA SAJA

07 Mei 2010

Terbang ke Darussalam

Selesai sudah peperangan di medan akademik, kini kehidupan diteruskan dengan menempa nama di atas jalan pergelutan bumi Brunei. Jauh dan sangat menggerunkan bagi aku. Walaupun belum lagi berlepas (15/5/2010), namun aku tahu bahawa aku ini seorang rakyat yang gayat. Sedangkan naik roller-coaster pun aku dah rasa jantungku disentap-sentap, apatahlagi naik kapal terbang, entahlah... Ditambah lagi dengan pengalaman kerja di oversea (sebab merentas laut) dan tekanan mengemis di negara orang, betul-betul membuatkan aku rasa kaget dengan apa yang aku akan terima.


Seperti biasa, tanpa kesulitan tiadalah pengalaman. Bukan senang aku nak keluar dari Malaysia ni. Maklumlah aku bukan asalnya warganegara Malaysia (asalnya warganegara Mesir kalau tak dapat jadi malaysian), so nak buat pasport memang sangat banyak prosedurnya. Bayangkan, aku datang Malaysia dengan pasport mama aku. Dalam tempoh 20 tahun tanpa usik, aku kena lampirkan pasport tersebut sebelum aku boleh buat pasport aku sendiri. Dan bayangkan la jugak lagi, aku terpaksa berulang 3 kali ke pejabat imegresen di Damansara. Sangat meletihkan dan menyakitkan hati....

Sungguh aku tak sangka, aku ingat ulat ada kat KLIA dan tempat2 tiket bas sahaja, rupa-rupanya ada jugak ulat dekat pejabat imegresen. Bezanya cuma mereka cari makan dengan tangkap/cuc gambar pasport, potostat n jual borang dengan harga baik punya (dengar kata RM3). Walaupun ada yang baik, tidak kurang juga hebatnya bagi yang 'nakal'. Aku ingat akau dah takkan keluar dari Malaysia ni. Pernah jugak terlintas di benak fikiran aku yang aku nak bangunkan Malaysia supaya tak payah dah orang nak keluar Malaysia(patriotik tetiba sebab tak dapat buat pasport masa tu).

Tapi selepas banyak kesulitan, akhirnya aku dapat jugak buat. Ditambah dengan IC baru. Tetiba aku rasa setiap kali nak buat pasport dan imegresen scan IC kita, mesti tak detect. Tapi sangka baik saja la...hoho...

Apapun, kini aku menanti penuh debaran apa pula episod kehidupan seterusnya yang telah ditentukan Allah di Brunei. Adakah aku mengemis atau aku menangis atau aku hanya sekadar pesimis?

AYUH TERUSKAN KE LEMBARAN SETERUSNYA