07 Mei 2010

Terbang ke Darussalam

Selesai sudah peperangan di medan akademik, kini kehidupan diteruskan dengan menempa nama di atas jalan pergelutan bumi Brunei. Jauh dan sangat menggerunkan bagi aku. Walaupun belum lagi berlepas (15/5/2010), namun aku tahu bahawa aku ini seorang rakyat yang gayat. Sedangkan naik roller-coaster pun aku dah rasa jantungku disentap-sentap, apatahlagi naik kapal terbang, entahlah... Ditambah lagi dengan pengalaman kerja di oversea (sebab merentas laut) dan tekanan mengemis di negara orang, betul-betul membuatkan aku rasa kaget dengan apa yang aku akan terima.


Seperti biasa, tanpa kesulitan tiadalah pengalaman. Bukan senang aku nak keluar dari Malaysia ni. Maklumlah aku bukan asalnya warganegara Malaysia (asalnya warganegara Mesir kalau tak dapat jadi malaysian), so nak buat pasport memang sangat banyak prosedurnya. Bayangkan, aku datang Malaysia dengan pasport mama aku. Dalam tempoh 20 tahun tanpa usik, aku kena lampirkan pasport tersebut sebelum aku boleh buat pasport aku sendiri. Dan bayangkan la jugak lagi, aku terpaksa berulang 3 kali ke pejabat imegresen di Damansara. Sangat meletihkan dan menyakitkan hati....

Sungguh aku tak sangka, aku ingat ulat ada kat KLIA dan tempat2 tiket bas sahaja, rupa-rupanya ada jugak ulat dekat pejabat imegresen. Bezanya cuma mereka cari makan dengan tangkap/cuc gambar pasport, potostat n jual borang dengan harga baik punya (dengar kata RM3). Walaupun ada yang baik, tidak kurang juga hebatnya bagi yang 'nakal'. Aku ingat akau dah takkan keluar dari Malaysia ni. Pernah jugak terlintas di benak fikiran aku yang aku nak bangunkan Malaysia supaya tak payah dah orang nak keluar Malaysia(patriotik tetiba sebab tak dapat buat pasport masa tu).

Tapi selepas banyak kesulitan, akhirnya aku dapat jugak buat. Ditambah dengan IC baru. Tetiba aku rasa setiap kali nak buat pasport dan imegresen scan IC kita, mesti tak detect. Tapi sangka baik saja la...hoho...

Apapun, kini aku menanti penuh debaran apa pula episod kehidupan seterusnya yang telah ditentukan Allah di Brunei. Adakah aku mengemis atau aku menangis atau aku hanya sekadar pesimis?

AYUH TERUSKAN KE LEMBARAN SETERUSNYA

1 ulasan:

affendy berkata...

WELCOME TO BRUNEI DARUSSALAM..EVERYTHING WILL BE OK HERE..BUANGKAN KE TEPI SEGALA KERISAUAN DAN KE "KAGETAN" ANDA...Im sure..betapa beruntungnya nanti apabila sudah mengetahui betapa beruntungnya anda mengenali Negara Brunei Darussalam..hehee.