30 Julai 2010

TAKZIAH - alFatihah

Pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti anda tidak mungkin mampu membalas komen di wall facebook anda? Atau pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti facebook anda tidak lagi mengandungi status yang dikeluarkan oleh anda sendiri? kerana kesemua status terkini adalah mengandungi ucapan takziah dan doa untuk anda....

Setiap manusia pasti akan melalui perhentian terakhir dalam hidupnya. Tidak siapa sangka, dalam keadaan yang sudah tercatat di Luh Mahfuz, ajal maut akan dipertemukan dalam pelbagai cara. Tidak sesiapa pun, mahupun sedetik atau sesaat, mampu melengahkannya. Tiada siapa sangka pada satu hari nanti, halaman facebooknya penuh dengan ucapan takziah yang tak terbalas. Bukan sahaja tak terbalas, terbaca pun tidak.


Di kesempatan ini, takziah dan belasungkawa diucapkan kepada keluarga arwah Zulkhairil Azmi Bin Bukhari yang kembali ke rahmatullah selepas terjatuh dari tingkat 5, di kolej kediaman tempat aku diami kini. Sesungguhnya ajal maut adalah suatu ketentuan, kehidupan sebelumnya adalah jalan cerita untuk merelakan pemergian arwah. Moga arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman....

AL-FATIHAH

25 Julai 2010

(PANAS) Sisi Hitam Naufal Tarmizi


Dalam entri yang terkini, aku akan dedahkan sisi hitam (black side) yang aku sedar semakin lama semakin memakan diri aku. Bukan untuk menakutkan tetapi sekadar untuk renungan bersama. Ramai yang tak sedar aku yang dikatakan 'pandai' pada asalnya hanyalah pelajar yang tidak pernah mendapat hadiah di hari kecemerlangan sekolah. Kelas pun bukanlah kelas yang terbaik, hanya kelas ketiga dari 4 kelas yang ada.

Tetapi bukan kerana aku malas, sebaliknya ada perkara lain yang menyebabkan aku jadi 'bodoh' dalam akademik. Biarkan aku huraikan secara point2 :

1) Panas Baran - Amuk
Ini rasanya ramai yang mengetahui dan ia punca mengapa ramai kenalan menjadi lawan. Ia bermula sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Tidak kira lelaki atau perempuan, sesiapa yang membuat aku rasa tertekan pasti akan kena baling dengan batu (kecil tapi sakit gak la) kat atas kepala. Bila naik sekolah menengah, aku cuba mengawalnya dengan masuk Seni Silat Gayong. Walaupun tak berjaya nak buang sifat itu, sekurangnya, silat mengajar aku untuk melepaskan amarah kepada benda lain. Sebab itu jika aku marah sangat, aku akan menghempaskan apa yang ada supaya orang yang berkenaan tidak cedera. Namun sejak akhir-akhir ini, aku cuba pindahkan panas baran itu ke dalam penulisan. Ia lebih selamat. Namun tidak semua manusia suka akan cara ini kerana kadang2 ada yang memang dah sedia tak puas hati dan kadang2 ada yang cuba cari point utk cari pasal. Kini, aku takut perangai ini akan berulang selepas setahun lebih berpuasa dari sikap ini. Hanya Allah sahaja yang mampu melindungi hambaNya.

2) Balas Dendam
This is typical of me. Salah satu cara yang aku akan guna apabila masalah itu berlarutan. tetapi tak lah secara automatik. Aku akan bertindak jika cara baik tak diendahkan. Tanda-tanda bahawa aku akan balas dendam adalah aku akan minta maaf. Dalam kaedah peperangan Sun Tzu ada menyatakan 'jangan percayakan bendera putih pihak lawan', maka konsepnya sama dengan kaedah itu. Pernah seseorang bertanya, apa yang kau akan buat untuk balas dendam? Aku akan jawab terdapat banyak cara dan taktik yang orang tak akan nampak, cuma orang yang target sahaja akan nampak, itupun selepas dia kena. Kini, selepas aku meningkat ke usia 22 tahun, semuanya nampak seperti tidak matang dan berfikiran pendek. Bahkan ia seolah seperti bertindak sebagai Tuhan, untuk menghukum siapa sahaja yang dia mahu. So, sekarang aku dah buangkan sikap itu bermula penulisan entri ini, walaupun aku baru nak membalas dendam, selepas terbaca firman Allah dalam surah Asy-Syuraa ayat 37 :

"Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf "

Kedua-dua sikap tersebut merupakan 'ibu' kepada segala sisi hitam yang aku ada. Walaupun begitu, kesemua sisi hitam tersebut makin suram selepas aku mendalami ilmu. Mama aku pernah berkata dengan nada SINIS dan menitiskan air mata, " Belajar agama pun masih perangai (panas baran) macam tu jugak". Sehingga ke hari ini aku pegang kata-kata tu untuk terus berubah. Walaubagaimanapun, kadang2 aku lupa dengan perubahan yang ingin dibuat kerana dibuai perasaan benci dan amarah terhadap manusia yang lain. Hakikatnya, pendendam dan pemarah adalah salah satu perkara yang dibenci oleh Rasulullah. Aku pulak tersasar jauh dari apa yang aku pelajari.

Namun begitu, perangai aku yang gelap ini telah menemukan aku kepada manusia yang sama sikapnya. Tidak kurang juga mempunyai perangai hitam yang berbeza seperti hasad dengki, penyebar cerita dan talam dua muka. Aku anggap ia sebgai ujian dan dalam masa yang sama kafarah yang aku harus pikul atas perbuatan lampau. Secara lantangnya aku adalah manusia yang berpegang kepada prinsip semua manusia adalah sama dan saling melengkapi. Tiada yang lebih bagus dari yang lain. Dalam erti kata lain, aku tidak suka kepada prinsip menghormati yang tua, menyayangi yang muda. Sebliknya aku lebih cenderung kepada menghormati orang lain maka anda juga akan dihormati. Maaf, perbezaan pendapat hanya mampu diterima oleh manusia yang berfikir panjang dan bukan semata-mata kepada yang berakademik.

Akhir kata, cuba untuk terima kenyataan bahawa hidup di dunia tidak ada yang adil. Kerana dunia hanya medan ujian. Adil hanya akan wujud di lapangan SYURGA. Biarkan mereka fikir anda bagus dan poyo, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda sedang mengawal sesuatu yang lebih besar dari berlaku. Biarkan mereka dengan dendam, kerana dendam hanya akan memusnahkan diri sendiri dan bukan orang lain. Percayalah kerana aku dah pernah kena.

KESUMAT HATI LARA MINDA
GAWAT DIRI ANGKARA NISTA

24 Julai 2010

(SOALAN FORMSPRING) Isteri Dipaksa Buat Perkara Tak Senonoh?

Ini merupakan soalan yang aku terima daripada salah seorang pengguna di Formspring. Nama dirahsiakan.Disebabkan jawapannya tidak terperinci, maka saya muatkan kembali jawapan yang sama namun diperincikan sedikit dari sudut perundangan. Soalan berwarna kuning dan jawapan adalah berwarna Biru.

saya ada masalah...baru2 nie laki saya asik paksa sy buat pkara yg tak senonoh...cth:hbgn mesra...sy tak nak buat...agak2 sy dikira derhaka kpd suami tak?

Tangungjawab isteri adalah melayan suami, namun melayan suami tidak semestinya hubungan 'mesra'. Bahkan Islam melarang hubungan 'mesra dalam keadaan isteri masih 'uzur' syarie.

Derhaka atau nusyuz akan berlaku dalam 3 perkara sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 60 (2), Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 :

Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain—

    (a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

    (b)
    apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau

    (c)
    apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.



Jika suami paksa buat perkara tak senonoh,tindakan undang-undang boleh diambil. Ini sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 53(1)(h)(3), Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 dibawah tajuk berkaitan dengan alasan perceraian fasakh :

(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu—

(h)
bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain—

    (iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;
Namun, harus diingat bahawa perceraian merupakan jalan terakhir dan merupakan perkara halal yang dibenci Allah. Dapatkan nasihat pakar agama yg sebenarnya terlebih dahulu. Wallahu A'lam.

WA ALLAHU A'LAM MA LAM YA'LAM

FITNAH : Nas-Nas Yang Kita Terlepas Pandang


1. Firman ALLAH:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?” (Al-Ankabut:2)

2.Firman Allah :

((Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim)) (al-An’am:144)

3. Firman Allah :

((Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata)).(Al-Ahzab: 58)

4. Firman Allah :

((Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau pebuatan yang dilakukan) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)). (Qaaf: 18)

5. Firman ALLAH (di dalam hadis Qudsi):

“Maka dengan diriku aku bersumpah…, bahawa aku akan memberikan kepada mereka fitnah yang menjadikan orang baik menjadi bingung.”

6. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya penyakit umat dan pemusnah nikmat ini ialah golongan yang suka mengaib dan mencela. Mereka menunjuk-nunjukkan kepada kamu apa yang kamu suka. tetapi mereka menyembunyikan apa yang kamu benci” (Riwayat Uthman bin Affan)

7. Sabda Rasulullah SAW;
“Sesiapa yang mahu memohon perlindungan, hendaklah dia memohon perlindungan dengan ALLAH Taala daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Abdullah bin Mas’ud)

8. Sabda Rasulullah SAW:
“Fitnah ialah pembakar hati dan pemusnah iman. Dengannya akan ternyala siapa yang benar dan siapa yang dusta.” (Riwayat al-Qayyim al-Jauziyah)

9. Hadis daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw ditanya tentang al-ghibah (mengumpat). Maka Rasulullah saw menjawab: ((Mengumpat itu ialah kamu menyebut tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya)). Sahabat bertanya: “Bagaimana jika perkara itu adalah sesuatu yang benar tentang saudaraku?”. Rasulullah saw menjawab: ((Jika perkara tersebut (yang tidak disukai) ada pada saudaramu, maka kamu telah mengumpatnya, dan jika perkara tersebut tidak ada pada saudaramu, maka kamu telah memfitnahnya (melakukan dusta ke atasnya)). (Hadis hasan sahih, riwayat al-Tirmizi)

10. Sabda Rasulullah s.a.w. ini: daripada Ibn Mas’ud r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: ((Sesungguhnya bercakap benar membawa kepada kebaikan, dan kebaikan itu membawa kepada syurga, dan tidaklah seseorang yang bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah dia di kalangan orang yang benar; dan sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan, dan kejahatan membawa kepada neraka, dan tidaklah seseorang yang berdusta sehingga ditulis di sisi Allah bahawa dia dikalangan pendusta. (Muttafaqun’ alaih).

FITNAH TERBESAR MAKIN HAMPIR

23 Julai 2010

MALAS itu dulu, RAJIN itu sekarang


Seperti biasa, motivasi untuk diri dan sidang pembaca sekalian.

1) MALAS itu adalah fitrah manusia yang berasal dari sikap inginkan kesenangan. RAJIN pula kehendak manusia yang berasal dari sikap inginkan keselesaan. Antara fitrah dan kehendak, yang mana satu manusia akan pilih?

2) Pilihan semestinya kehendak pada mulanya, tetapi hakikatnya mereka akan memilih fitrah dipertengahannya. Di pengakhirannya pula bergantung kepada kesedaran sendiri.

3) Kemudian anda rasa teman2 yang lain tak puas hati sebab anda rajin? Maka, itu adalah kerana mereka sangat rajin. Jika anda rasa teman2 anda malas, itu bermakna anda sangat malas. Kenapa? sebab manusia hanya tidak akan puas hati terhadap perkara yang sama yang ada pada orang lain.

4) Kenapa anda rasa sangat malas? Sebab anda tidak tahu apa sebenarnya rajin. RAJIN bukan bermaksud selalu melakukan kerja. Tetapi selalu mengatur dan menyiapkan kerja dalam keupayaan yang ada. Bila tindakan kita melampaui keupayaan kita, maka muncullah MALAS.

5) Malas juga boleh berlaku akibat keadaan sekeliling kita. Katakanlah anda berfikiran pesimis. Contohnya anda tidak ramai kawan. Tanamkan dalam diri bahawa anda yang paling lemah tapi anda yang paling pelik. PELIK? Maksudnya anda bukan mereka, atau dalam bahasa omputehnya You're Special. Fikirkan sesuatu yang anda mampu fikir dan jangan fikirkan sesuatu yang menjangkau fikiran sendiri.

6) Katakanlah anda optimis, maksudnya ramai kenalan. Sukar untuk fokus kerana risiko bergaduh akan sentiasa ada. Bahkan barangkali anda diusik ketika sedang fokus. Maka anda perlu sedar, kawan pada waktu anda dalam sesi kelas/kuliah adalah ilmu. Biarkan mereka yang lain punyai tanggapan sendiri, asalkan kita bukan golongan yang rugi.

7) Kemudian anda rasa kawan-kawan anda yang lain suka ambil kesempatan dan anda pula membalasnya. Minta maaflah walaupun dengan apa-apa cara yang kita selesa, sungguhpun ia bukan berpunca dari kita. Sebabnya tidak ada manusia yang akan sedar perbuatannya melainkan dia sedar apa yang berlaku pada dirinya. Usah kusutkan minda dan jangan tunggu apa-apa alasan selepas minta maaf. Ini kerana ia akan mengungkit kesalahan lama yang tidak ada kaitnya. Hak mereka untuk memaafkan dan hak kita untuk menjernihkan keadaan. Biar dipandang rendah dan hina, jangan dipandang tinggi dan dina akhirnya.

8) Dalam keadaan anda rasa rajin, ingatlah sebenarnya anda baru sahaja menjadi malas. Kerana tika anda rasakan diri anda adalah rajin, saat itulah anda rasa selesa. Bila selesa anda rasa senang. Maka senang itulah malas.

9) Ingatlah, bila anda keluar dari kepompong pembelajaran dan memasuki alam pengajaran. Jangan lupa untuk berfikir bagi memudahkan pemahaman pelajar dan bukannya berfikir untuk merangka hukuman andai sesuatu berlaku. Ini kerana setiap kali anda berfikir untuk memudahkan cara mengajar, setiap kali itulah anda belajar sesuatu yang baru dan kukuhkan yang lama. Setiap kali andan merangka hukuman, setiap kali itulah ilmu akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ilmu bukan untuk dijual mahal tetapi ilmu adalah untuk dikongsi.

10) Ketika anda menjadi pengajar, ingtalah bahawa pelajar akan menjadi malas apabila tidak terdorong untuk mengikuti ilmu itu sendiri. Jika kenyataan ini dikatakan karut, sudah pasti ramai pelajar yang akan jadi rajin. Sudah pasti semua manusia yang belajar akan jadi Profesor sehingga tiada tempat untuk mengajar dan diajar. Sebab itulah wujudnya pencapaian yang berbeza kerana hala tuju dan keupayaan mereka tak sama. Gagal menyedari hakikat ini samalah seperti kita menyalahkan diri sendiri sewaktu kita menjadi pelajar dahulu. Hakikatnya ia adalah suatu proses pembelajaran dan bukan proses pembersihan


YANG MENGATA DIBIARKAN
YANG MERASA DIPUDARKAN
YANG MELATA DIPASAKKAN

22 Julai 2010

(SKRIP) Cahaya Hujung Jalan : Episod 1


***p/s : mulai skang, blog ini akan ada skrip drama radio yang telah aku buat.

GRAM

K/B : PELAJAR BARU MENDAFTAR MASUK KE UNIVERSITI DI SETIAP KOLEJ KEDIAMAN.


MAYA

(TERCARI-CARI) Emm… Mana bilik E201 ni?


YANI

(NADA MESRA) Haiii.. Awak sesat ke?


MAYA

(TERKEJUT) Eh… err…Sebenarnya saya tak jumpa bilik saya…


YANI

(KETAWA KECIL)…Yeke, kalau camtu mari saya tolong awak carikan…
Nombor bilik awak?


MAYA

E201…


YANI

E201?!


MAYA

Yup, kenapa?


YANI

(KETAWA KECIL)…tak sangka la, itu bilik saya jugak…


MAYA

(KETAWA KECIL) Kiranya saya bertuah la jumpa roomate…


YANI

Sangat bertuah...

Emm, apa tunggu lagi, jom saya bawa ke bilik saya...

Eh,bukan... Bilik kita.


K/B : MAYA DAN YANI KETAWA KECIL BERSAMA. MEREKA BERDUA MASUK KE BILIK E201.


YANI

Awak asal mana?


MAYA

Perak…


YANI

Itu saya tahu, Perak kan besar…


MAYA

Oh, maaf. Parit Buntar.


YANI

So, sebelum ni pernah datang ke KL tak?


MAYA

Tak pernah, first time…


YANI

Oohh…Saya dah banyak kali dah datang KL ni…


MAYA

Yeke?!


YANI

(NADA BANGGA) Yela…saya tahu semua selok-belok jalan kat KL ni…

Dah selalu sangat saya keluar jalan-jalan kat KL ni, silap langkah boleh sesat dibuatnya.
Awak jangan risau, nanti saya bawa awak jalan-jalan pusing KL ni.

MAYA

Terima kasih.


YANI

Takpe, takpe…Saya memang jenis yang suka tolong orang…


MAYA

(KETAWA KECIL)…Yela tu…


GRAM

K/B : MAYA MENUNGGU BAS UNTUK KE KULIAH DI STESEN BAS.


MAYA

(MENGELUH) Huh! Dah lambat ni, mana bas tak sampai-sampai lagi ni…


ALIF

Emm, awak nak ke kuliah ke?


MAYA

(TERKEJUT) Eh…Ya, saya memang nak ke kuliah…


ALIF

Sama lah dengan saya…Dah lama awak tunggu?


MAYA

Boleh tahan la, sampai nak berasap dah saya ni…


ALIF

(BERSELOROH) Patutla saya merah padam je muka awak.(ketawa kecil)


MAYA

(MALU) emm, sorry la tapi kuliah saya dah nak mula lagi beberapa minit lagi jer

Itu yang saya risau semacam jer, takut kena marah dengan pensyarah…


ALIF

Eleh, tak payah risau… Sekali-sekala jer kan awak datang lambat…

Ke awak ni memang suka skip kuliah?


MAYA

Eh, tak adalah…kehadiran saya penuh tau setakat ni…


K/B : BAS BARU TIBA DI STESEN BAS.


ALIF

Rasanya bas awak dah sampai…


MAYA

(TERGESA-GESA) Saya pergi dulu yer


ALIF

(BERSELOROH) Pergilah, nanti berapi pulak awak tunggu bas lain…


MAYA

(KETAWA KECIL) Yela tu…


GRAM

K/B : DALAM BILIK E201, MAYA BARU PULANG DARI KULIAH.


YANI

Kuliah dah habis ke?


MAYA

Dah…(MENGELUH), penatnya….


YANI

Biasalah tu, kuliah mana ada yang tak penat…


MAYA

(NADA PERLAHAN) em, siapa lelaki tadi yer?


YANI

(TERDENGAR)…Lelaki mana pulak ni? (KETAWA KECIL)


MAYA

(TERKEJUT DAN TERSIMPUL MALU) Err, tak ada apa-apa lah…


YANI

Yeke?


MAYA

Iyer...


YANI

Alaaa, baik awak cakap? Mana tahu laki tu ‘balak’ saya ke?


MAYA

Eh, awak ni… awak ada ‘balak’ ke?


YANI

Hehe, tak ada… Ala, bagitau la….


MAYA

Yela, yela… Sebenarnya tadi masa saya tunggu bas nak ke kuliah, ada seorang mamat ni tegur saya…


YANI

Itu jer?


MAYA

Yela, itu je


YANI

Ceh, itu je ke… Itu pun awak nak angau ke?


MAYA

Eii, Cik Yani, saya tak angau la…


YANI

(MENGUSIK) Yeke? Tapi kenapa pipi awak blushing


MAYA

Mana ada!


YANI

Ikut Awak lah Maya, tapi kena ingat tujuan utama kita ke Universiti, untuk belajar…

Cinta itu sampingan je, statusnya adalah kehendak bukan keperluan…


MAYA

(BERSELOROH) Itu saya tahu la Ustazah Yani oiii…


BERSAMBUNG DI EPISOD KE-2