22 Julai 2010

Bukti Yang Dinafikan

Pernah suatu ketika di satu minggu bagi golongan Ibn Sabil yang segar, aku dinafikan bukti bagi alasan yang aku berikan. Dalam keadaan menjawat sebagai Pemudahcara bagi golongan tersebut, aku mengundur diri dan meminta untuk pulang dalam masa beberapa hari sahaja. Bukan beberapa bulan. Namun ditolak atas alasan ia tidak penting.

Akan tetapi aku menafikan sikap tidak peduli rakan sejawatku yang gayanya berpangkat atasan dengan pulang atas alasan tersebut. Namun, berlaku pula konfrontasi. Aku pun melunaskan jawatanku dengan melepaskannya tanpa sempat menikmati tanggungjawab yang terbeban. Aku diminta oleh ketua mereka untuk mengirimkan dokumen sebagai bukti.

Setelah aku kirimkan dan setelah beberapa minggu, muncul pula cerita aku memalsukan dokumen tersebut. Aku tidak mampu berbicara kerana dalam dunia mereka, tertuduh adalah pesalah, pengadu tiada disanggah. Aduan diterima tanpa siasat dan alasan dibuang tanpa ralat. Alasan sakitnya bapakku, dipandang sebagai helah. Walaupun hakikatnya mereka tidak mahu mengalah.

gambar baba ku ketika mengajar di Masjid

Kesabaran aku dikumpul sehingga ke hari ini sambil menanti mereka celik dengan perbuatan sendiri. Kini aku hanya mampu menunjukkan gambar. Supaya mereka amati sendiri alasan yang aku beri dengan gurauan yang mereka nikmati.

KASIHAN MEREKA
HENDAK DITEGUR SALAH
HENDAK DIAKUR MEGAH

Tiada ulasan: