24 Julai 2010

FITNAH : Nas-Nas Yang Kita Terlepas Pandang


1. Firman ALLAH:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?” (Al-Ankabut:2)

2.Firman Allah :

((Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim)) (al-An’am:144)

3. Firman Allah :

((Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata)).(Al-Ahzab: 58)

4. Firman Allah :

((Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan (atau pebuatan yang dilakukan) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)). (Qaaf: 18)

5. Firman ALLAH (di dalam hadis Qudsi):

“Maka dengan diriku aku bersumpah…, bahawa aku akan memberikan kepada mereka fitnah yang menjadikan orang baik menjadi bingung.”

6. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya penyakit umat dan pemusnah nikmat ini ialah golongan yang suka mengaib dan mencela. Mereka menunjuk-nunjukkan kepada kamu apa yang kamu suka. tetapi mereka menyembunyikan apa yang kamu benci” (Riwayat Uthman bin Affan)

7. Sabda Rasulullah SAW;
“Sesiapa yang mahu memohon perlindungan, hendaklah dia memohon perlindungan dengan ALLAH Taala daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Abdullah bin Mas’ud)

8. Sabda Rasulullah SAW:
“Fitnah ialah pembakar hati dan pemusnah iman. Dengannya akan ternyala siapa yang benar dan siapa yang dusta.” (Riwayat al-Qayyim al-Jauziyah)

9. Hadis daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw ditanya tentang al-ghibah (mengumpat). Maka Rasulullah saw menjawab: ((Mengumpat itu ialah kamu menyebut tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya)). Sahabat bertanya: “Bagaimana jika perkara itu adalah sesuatu yang benar tentang saudaraku?”. Rasulullah saw menjawab: ((Jika perkara tersebut (yang tidak disukai) ada pada saudaramu, maka kamu telah mengumpatnya, dan jika perkara tersebut tidak ada pada saudaramu, maka kamu telah memfitnahnya (melakukan dusta ke atasnya)). (Hadis hasan sahih, riwayat al-Tirmizi)

10. Sabda Rasulullah s.a.w. ini: daripada Ibn Mas’ud r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: ((Sesungguhnya bercakap benar membawa kepada kebaikan, dan kebaikan itu membawa kepada syurga, dan tidaklah seseorang yang bercakap benar sehingga ditulis di sisi Allah dia di kalangan orang yang benar; dan sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan, dan kejahatan membawa kepada neraka, dan tidaklah seseorang yang berdusta sehingga ditulis di sisi Allah bahawa dia dikalangan pendusta. (Muttafaqun’ alaih).

FITNAH TERBESAR MAKIN HAMPIR

Tiada ulasan: