23 Julai 2010

MALAS itu dulu, RAJIN itu sekarang


Seperti biasa, motivasi untuk diri dan sidang pembaca sekalian.

1) MALAS itu adalah fitrah manusia yang berasal dari sikap inginkan kesenangan. RAJIN pula kehendak manusia yang berasal dari sikap inginkan keselesaan. Antara fitrah dan kehendak, yang mana satu manusia akan pilih?

2) Pilihan semestinya kehendak pada mulanya, tetapi hakikatnya mereka akan memilih fitrah dipertengahannya. Di pengakhirannya pula bergantung kepada kesedaran sendiri.

3) Kemudian anda rasa teman2 yang lain tak puas hati sebab anda rajin? Maka, itu adalah kerana mereka sangat rajin. Jika anda rasa teman2 anda malas, itu bermakna anda sangat malas. Kenapa? sebab manusia hanya tidak akan puas hati terhadap perkara yang sama yang ada pada orang lain.

4) Kenapa anda rasa sangat malas? Sebab anda tidak tahu apa sebenarnya rajin. RAJIN bukan bermaksud selalu melakukan kerja. Tetapi selalu mengatur dan menyiapkan kerja dalam keupayaan yang ada. Bila tindakan kita melampaui keupayaan kita, maka muncullah MALAS.

5) Malas juga boleh berlaku akibat keadaan sekeliling kita. Katakanlah anda berfikiran pesimis. Contohnya anda tidak ramai kawan. Tanamkan dalam diri bahawa anda yang paling lemah tapi anda yang paling pelik. PELIK? Maksudnya anda bukan mereka, atau dalam bahasa omputehnya You're Special. Fikirkan sesuatu yang anda mampu fikir dan jangan fikirkan sesuatu yang menjangkau fikiran sendiri.

6) Katakanlah anda optimis, maksudnya ramai kenalan. Sukar untuk fokus kerana risiko bergaduh akan sentiasa ada. Bahkan barangkali anda diusik ketika sedang fokus. Maka anda perlu sedar, kawan pada waktu anda dalam sesi kelas/kuliah adalah ilmu. Biarkan mereka yang lain punyai tanggapan sendiri, asalkan kita bukan golongan yang rugi.

7) Kemudian anda rasa kawan-kawan anda yang lain suka ambil kesempatan dan anda pula membalasnya. Minta maaflah walaupun dengan apa-apa cara yang kita selesa, sungguhpun ia bukan berpunca dari kita. Sebabnya tidak ada manusia yang akan sedar perbuatannya melainkan dia sedar apa yang berlaku pada dirinya. Usah kusutkan minda dan jangan tunggu apa-apa alasan selepas minta maaf. Ini kerana ia akan mengungkit kesalahan lama yang tidak ada kaitnya. Hak mereka untuk memaafkan dan hak kita untuk menjernihkan keadaan. Biar dipandang rendah dan hina, jangan dipandang tinggi dan dina akhirnya.

8) Dalam keadaan anda rasa rajin, ingatlah sebenarnya anda baru sahaja menjadi malas. Kerana tika anda rasakan diri anda adalah rajin, saat itulah anda rasa selesa. Bila selesa anda rasa senang. Maka senang itulah malas.

9) Ingatlah, bila anda keluar dari kepompong pembelajaran dan memasuki alam pengajaran. Jangan lupa untuk berfikir bagi memudahkan pemahaman pelajar dan bukannya berfikir untuk merangka hukuman andai sesuatu berlaku. Ini kerana setiap kali anda berfikir untuk memudahkan cara mengajar, setiap kali itulah anda belajar sesuatu yang baru dan kukuhkan yang lama. Setiap kali andan merangka hukuman, setiap kali itulah ilmu akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ilmu bukan untuk dijual mahal tetapi ilmu adalah untuk dikongsi.

10) Ketika anda menjadi pengajar, ingtalah bahawa pelajar akan menjadi malas apabila tidak terdorong untuk mengikuti ilmu itu sendiri. Jika kenyataan ini dikatakan karut, sudah pasti ramai pelajar yang akan jadi rajin. Sudah pasti semua manusia yang belajar akan jadi Profesor sehingga tiada tempat untuk mengajar dan diajar. Sebab itulah wujudnya pencapaian yang berbeza kerana hala tuju dan keupayaan mereka tak sama. Gagal menyedari hakikat ini samalah seperti kita menyalahkan diri sendiri sewaktu kita menjadi pelajar dahulu. Hakikatnya ia adalah suatu proses pembelajaran dan bukan proses pembersihan


YANG MENGATA DIBIARKAN
YANG MERASA DIPUDARKAN
YANG MELATA DIPASAKKAN

Tiada ulasan: