25 Julai 2010

(PANAS) Sisi Hitam Naufal Tarmizi


Dalam entri yang terkini, aku akan dedahkan sisi hitam (black side) yang aku sedar semakin lama semakin memakan diri aku. Bukan untuk menakutkan tetapi sekadar untuk renungan bersama. Ramai yang tak sedar aku yang dikatakan 'pandai' pada asalnya hanyalah pelajar yang tidak pernah mendapat hadiah di hari kecemerlangan sekolah. Kelas pun bukanlah kelas yang terbaik, hanya kelas ketiga dari 4 kelas yang ada.

Tetapi bukan kerana aku malas, sebaliknya ada perkara lain yang menyebabkan aku jadi 'bodoh' dalam akademik. Biarkan aku huraikan secara point2 :

1) Panas Baran - Amuk
Ini rasanya ramai yang mengetahui dan ia punca mengapa ramai kenalan menjadi lawan. Ia bermula sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Tidak kira lelaki atau perempuan, sesiapa yang membuat aku rasa tertekan pasti akan kena baling dengan batu (kecil tapi sakit gak la) kat atas kepala. Bila naik sekolah menengah, aku cuba mengawalnya dengan masuk Seni Silat Gayong. Walaupun tak berjaya nak buang sifat itu, sekurangnya, silat mengajar aku untuk melepaskan amarah kepada benda lain. Sebab itu jika aku marah sangat, aku akan menghempaskan apa yang ada supaya orang yang berkenaan tidak cedera. Namun sejak akhir-akhir ini, aku cuba pindahkan panas baran itu ke dalam penulisan. Ia lebih selamat. Namun tidak semua manusia suka akan cara ini kerana kadang2 ada yang memang dah sedia tak puas hati dan kadang2 ada yang cuba cari point utk cari pasal. Kini, aku takut perangai ini akan berulang selepas setahun lebih berpuasa dari sikap ini. Hanya Allah sahaja yang mampu melindungi hambaNya.

2) Balas Dendam
This is typical of me. Salah satu cara yang aku akan guna apabila masalah itu berlarutan. tetapi tak lah secara automatik. Aku akan bertindak jika cara baik tak diendahkan. Tanda-tanda bahawa aku akan balas dendam adalah aku akan minta maaf. Dalam kaedah peperangan Sun Tzu ada menyatakan 'jangan percayakan bendera putih pihak lawan', maka konsepnya sama dengan kaedah itu. Pernah seseorang bertanya, apa yang kau akan buat untuk balas dendam? Aku akan jawab terdapat banyak cara dan taktik yang orang tak akan nampak, cuma orang yang target sahaja akan nampak, itupun selepas dia kena. Kini, selepas aku meningkat ke usia 22 tahun, semuanya nampak seperti tidak matang dan berfikiran pendek. Bahkan ia seolah seperti bertindak sebagai Tuhan, untuk menghukum siapa sahaja yang dia mahu. So, sekarang aku dah buangkan sikap itu bermula penulisan entri ini, walaupun aku baru nak membalas dendam, selepas terbaca firman Allah dalam surah Asy-Syuraa ayat 37 :

"Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf "

Kedua-dua sikap tersebut merupakan 'ibu' kepada segala sisi hitam yang aku ada. Walaupun begitu, kesemua sisi hitam tersebut makin suram selepas aku mendalami ilmu. Mama aku pernah berkata dengan nada SINIS dan menitiskan air mata, " Belajar agama pun masih perangai (panas baran) macam tu jugak". Sehingga ke hari ini aku pegang kata-kata tu untuk terus berubah. Walaubagaimanapun, kadang2 aku lupa dengan perubahan yang ingin dibuat kerana dibuai perasaan benci dan amarah terhadap manusia yang lain. Hakikatnya, pendendam dan pemarah adalah salah satu perkara yang dibenci oleh Rasulullah. Aku pulak tersasar jauh dari apa yang aku pelajari.

Namun begitu, perangai aku yang gelap ini telah menemukan aku kepada manusia yang sama sikapnya. Tidak kurang juga mempunyai perangai hitam yang berbeza seperti hasad dengki, penyebar cerita dan talam dua muka. Aku anggap ia sebgai ujian dan dalam masa yang sama kafarah yang aku harus pikul atas perbuatan lampau. Secara lantangnya aku adalah manusia yang berpegang kepada prinsip semua manusia adalah sama dan saling melengkapi. Tiada yang lebih bagus dari yang lain. Dalam erti kata lain, aku tidak suka kepada prinsip menghormati yang tua, menyayangi yang muda. Sebliknya aku lebih cenderung kepada menghormati orang lain maka anda juga akan dihormati. Maaf, perbezaan pendapat hanya mampu diterima oleh manusia yang berfikir panjang dan bukan semata-mata kepada yang berakademik.

Akhir kata, cuba untuk terima kenyataan bahawa hidup di dunia tidak ada yang adil. Kerana dunia hanya medan ujian. Adil hanya akan wujud di lapangan SYURGA. Biarkan mereka fikir anda bagus dan poyo, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda sedang mengawal sesuatu yang lebih besar dari berlaku. Biarkan mereka dengan dendam, kerana dendam hanya akan memusnahkan diri sendiri dan bukan orang lain. Percayalah kerana aku dah pernah kena.

KESUMAT HATI LARA MINDA
GAWAT DIRI ANGKARA NISTA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ye ke naufal... aku harap coretan hg ni dapat memberi serba sedikit pengajaran.. bagus la cara perolahan cerita dan penyampaian hang.. aku rasa hang patut tulis novel la pulak lepas ni.. huhu..

DaYaU berkata...

bagus la cara perolahan dan penyampaian pandangan hang... aku suka membacanya.. harap2 dapat jadi iktibar untuk aku...dan...aku rasa hang boleh p jauh lagi la lepas ni.. tulis novel ka, cerpen ka.. huhu...

DaYaU berkata...

tahniah ! menarik cara penyampaian dan perolahan cerita anda.