24 Julai 2010

(SOALAN FORMSPRING) Isteri Dipaksa Buat Perkara Tak Senonoh?

Ini merupakan soalan yang aku terima daripada salah seorang pengguna di Formspring. Nama dirahsiakan.Disebabkan jawapannya tidak terperinci, maka saya muatkan kembali jawapan yang sama namun diperincikan sedikit dari sudut perundangan. Soalan berwarna kuning dan jawapan adalah berwarna Biru.

saya ada masalah...baru2 nie laki saya asik paksa sy buat pkara yg tak senonoh...cth:hbgn mesra...sy tak nak buat...agak2 sy dikira derhaka kpd suami tak?

Tangungjawab isteri adalah melayan suami, namun melayan suami tidak semestinya hubungan 'mesra'. Bahkan Islam melarang hubungan 'mesra dalam keadaan isteri masih 'uzur' syarie.

Derhaka atau nusyuz akan berlaku dalam 3 perkara sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 60 (2), Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 :

Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain—

    (a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

    (b)
    apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau

    (c)
    apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.



Jika suami paksa buat perkara tak senonoh,tindakan undang-undang boleh diambil. Ini sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 53(1)(h)(3), Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 dibawah tajuk berkaitan dengan alasan perceraian fasakh :

(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu—

(h)
bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain—

    (iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;
Namun, harus diingat bahawa perceraian merupakan jalan terakhir dan merupakan perkara halal yang dibenci Allah. Dapatkan nasihat pakar agama yg sebenarnya terlebih dahulu. Wallahu A'lam.

WA ALLAHU A'LAM MA LAM YA'LAM

Tiada ulasan: