30 Julai 2010

TAKZIAH - alFatihah

Pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti anda tidak mungkin mampu membalas komen di wall facebook anda? Atau pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti facebook anda tidak lagi mengandungi status yang dikeluarkan oleh anda sendiri? kerana kesemua status terkini adalah mengandungi ucapan takziah dan doa untuk anda....

Setiap manusia pasti akan melalui perhentian terakhir dalam hidupnya. Tidak siapa sangka, dalam keadaan yang sudah tercatat di Luh Mahfuz, ajal maut akan dipertemukan dalam pelbagai cara. Tidak sesiapa pun, mahupun sedetik atau sesaat, mampu melengahkannya. Tiada siapa sangka pada satu hari nanti, halaman facebooknya penuh dengan ucapan takziah yang tak terbalas. Bukan sahaja tak terbalas, terbaca pun tidak.


Di kesempatan ini, takziah dan belasungkawa diucapkan kepada keluarga arwah Zulkhairil Azmi Bin Bukhari yang kembali ke rahmatullah selepas terjatuh dari tingkat 5, di kolej kediaman tempat aku diami kini. Sesungguhnya ajal maut adalah suatu ketentuan, kehidupan sebelumnya adalah jalan cerita untuk merelakan pemergian arwah. Moga arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman....

AL-FATIHAH

Tiada ulasan: