18 Julai 2010

Watak Jahat : Itukah Kita?


Ramai manusia sangka apabila sudah wujud golongan lain yang dipandang baik, maka watak baik sudah penuh. Segala tawaran untuk menjadi manusia berperwatakan BAIK sudah habis dan tidak akan ditawarkan lagi --sekurang-kurangnya itulah analogi yang sesuai--, bahkan manusia yang 'berjaya' memperoleh watak baik tersebut mempunyai firasat bahawa kehidupan di dunia ini sudah tiada watak baik. Hanya yang ada adalah watak jahat. Maka muncullah pada hari ini yang dikatakan sebagai golongan 'negatif' dan puak 'positif'. Atau dalam bahasa mudahnya, adanya dermawan maka ada juga pencuri, adanya hati yang melawan maka adalah juga hati yang berperi...

Kita sendiri boleh melihat kepada diri kita untuk diambil sebagai contoh atau bahan uji-kaji (atau secara kasarnya sebagai tikus eksperimen @ katak biologi). Ada kala apabila kita melihat rakan kita sudah menjadi 'baik', perasaan hati kita pasti akan melonjakkan watak jahat yang sekian lama terpendam menanti hari untuk tersembam...Persoalannya, apakah perlu kita memunculkan watak jahat tersebut?

Jawapannya mudah untuk kita katakan bahawa keimanan dan pegangan agama mesti kuat. Namun tidakkah kita ketahui bahawa manusia yang paling banyak menjelmakan watak jahat adalah si pemberi nasihat itu sendiri. Ini kerana manusia yang memberi nasihat yang berkesan adalah manusia yang dengan sendirinya terkesan dengan masalah yang dibangkitkan. Kita tidak perlu untuk menjelmakan watak jahat jika hanya sekadar ingin menarik perhatian. Ia langsung tiada apa-apa makna.

Watak Baik jika dijelmakan sekalipun masih belum mampu untuk memandu pemilik jasad untuk menjadi baik. Cuba kita amati secara mendalam dan secara manusia di era peradaban berotak, berapa banyak manusia menjadi baik selepas mencuba untuk menjadi watak baik? Mungkin masih tidak difahami akan jawapan bagi soalan ini. Bagaimanapula dengan soalan ini?

-Berapa ramai pelakon yang memegang watak baik merupakan seorang insan yang baik diluar tabir filem?-

Soalan ini sebenarnya bukanlah berbentuk dahagakan jawapan. Namun sebagai kiasan kepada manusia yang inginkan watak baik diperlihatkan sebagai dirinya sedangkan ia bukan begitu. Lebih menyedihkan apabila manusia itu inginkan watak jahat dan wataknya dapat dijayakan dengan gayanya kerana watak itu saling tak tumpah dengan dirinya sendiri.

Akhir kata bagi entri pertama selepas aku pulang dari Negara Sejahtera, sukar untuk mendalami watak jahat jika kita bukan berperwatakan jahat, dan senang untuk mendalami watak baik jika kita bukan berperwatakan baik....

JANGAN DISANGKA PUTIH ITU SEMPURNA
JANGAN MENYANGKA HITAM ITU TIADA GUNA

HAKIKATNYA TANPA KEDUANYA TIADALAH WARNA

Tiada ulasan: