30 Ogos 2010

Kini Sudah 22 Tahun...

Dalam keadaan rakyat sedang bergelumang dengan semangat patriotik kerana Hari Kemerdekaan kian tiba, aku pula sudah melewati nikmat umur dan hidup bagi tahun yang ke 22. Terima Kasih aku ucapkan kepada yang memberi pengharapan, doa dan semangat untuk diriku terus berjuang di pentas kehidupan...I'm 22nd Years Old...


23 OGOS 1988

13 Ogos 2010

(SKRIP) Cahaya Hujung Jalan : Episod 4



K/B : MAYA CUBA MEMUNTAHKAN KEMBALI AIR ARAK YANG DIMINUMNYA.

RASHID
(MARAH) Lu apsal?! Beer bukan Arak la…

MAYA
(TERCUNGAP-CUNGAP) Betulke?

RASHID
Betul la…Arak adalah arak.

MAYA
Awak tahu dari mana yang air tadi bukan arak?

RASHID
Err, botolnya tak tulis pun perkataan arak.

MAYA
(MENGELUH)Huh!

K/B : SEBUAH KERETA MEMBUNYIKAN HON KE RUMAH RASHIDAH.

MAYA
Eh, siapa pulak tu.

RASHID
Kau duduk je dalam rumah, biar aku yang pergi jumpa diorang.

K/B : KERETA TERSEBUT BEREDAR SELEPAS RASHIDAH KELUAR BERJUMPA PEMANDU KERETA TERSEBUT.

RASHID
(MEMANGGIL) Maya!

MAYA
(MENYAHUT) Ya!

RASHID
Tolong angkat kotak-kotak kat luar jap.

MAYA
Angkat pastu letak kat mana?

RASHID
Letak kat bilik kau?

MAYA
Ok…

RASHID
Hati-hati, harga barang dalam kotak-kotak ni puluhan ribu ringgit tau.

MAYA
Puluhan ribu ringgit?!

RASHID
(MENENGKING) Apa lagi kau tecegat kat situ?!

K/B : MAYA MENGANGKAT KOTAK-KOTAK TERSEBUT MASUK KE DALAM BILIKNYA.RASHIDAH PULA MENONTON TELEVISYEN.

RASHID
Cepat sikit bersiap Maya.

MAYA
Kejap, baru lepas angkat kotak ni. Penat.

RASHID
Jom ar, aku dah lapar ni…

MAYA
Yela, yela. 5 minit, aku nak pakai tudung jap.

RASHID
Tak payah pakai tudung. Bukan orang tahu pun. Lagipun sekarang musim cuti, kawan-kawan kau bukan ada.


MAYA
5 minit je. Lagipun aku dah biasa pakai tudung.

RASHID
Kau tahu tak, kau sebenarnya tak yakin dengan rambut kau…Rambut kau teruk la, lagi teruk kalau kau pakai tudung.


MAYA
Teruk ke?

RASHID
Jangan risau, nanti aku bawak kau pergi rebonding. Tapi sekarang kau pakai topi aku dulu.


MAYA
(SERBA SALAH) Err,tak salah ke?

RASHID
Salah apanya, yang penting hati kau baik.

MAYA
Baiklah.

GRAM
K/B : SUASANA KAMPUNG DI JOHOR. ALIF DAN YANI BARU SELESAI AKTIVITI OPKIM DI JOHOR.

ALIF
(MEMANGGIL) Yani!

YANI
Kenapa?

ALIF
Kau tahu tak kat mana rumah Rashidah.

YANI
Tak tahu la pulak. Lepas SPM, aku dah lost contact dengan dia.
Cuma baru-baru ni je aku jumpa dan keluar dengan dia.


ALIF
(RISAU) Kau rasa si Maya tu dapat kerja elok ke?

YANI
Mestilah...(TERDIAM SEKETIKA).. Entahlah, aku pun tak tahu.

ALIF
Sebabnya kawan-kawan aku semua kata si Rashidah tu selalu ada kat Kelab Malam sekitar KL.


YANI
Maksudnya kawan-kawan kau pun ada kat Kelab Malam jugakla?

ALIF
Err, itu aku tak tahu.

YANI
(SERBA-SALAH) Aku bukan tak nak tolong kau, lagipun tak minat aku nak jaga tepi kain orang. Masalahnya aku dah banyak kali SMS si Rashidah, tapi tak berbalas. Bila telefon mesti tak dapat. Aku ingat dia dah tukar nombor.


ALIF
(MENGELUH) Entahlah, aku boleh doa je la yang Maya tak jadi macam-macam.


K/B : SUASANA SEKITAR KUALA LUMPUR.

MAYA
Rashid, kau ni kerja apa sebenarnya?

RASHID
Bartender jer

MAYA
Bartender ?

RASHID
Tapi itu dulu la, sekarang bila aku dapat stok, aku jual je la stok tu.

MAYA
Aku tak pahamla. Stok yang mana?

RASHID
Biol ke kau ni. Kotak-kotak yang kau angkat masuk dalam bilik kau tu la yang aku panggil stok.


MAYA
Oh. Kita ni ada lesen meniaga tak?

RASHID
Eh, buat apa lesen. Kita bukan nak meniaga kat gerai. Malam ni aku bawa kau untuk jual beberapa stok.


MAYA
Ada ke orang nak beli?

RASHID
Pernah tengok salesman?

MAYA
Pernah.

RASHID
Macam tu la kau akan kerja. Jomlah, kita ke Kelab Malam.

MAYA
Kelab Malam? Tak nak lah.

RASHID
(KETAWA SINIS) Eleh, kau bukan pakai tudung pun. Lagipun kita pergi bukan nak buat maksiat, tapi nak buat bisnes.


MAYA
Tapi…

RASHID
Tak ada tapi-tapi, Jom!

K/B : MAYA DAN RASHID MASUK KE DALAM KELAB MALAM. LAGU DANGDUT DIMAINKAN DENGAN KUATNYA.

MAYA
Bisingnya…

RASHID
Standard la… Kau kena ingat, nak jual stok ni, kau kena bisik-bisik sikit.
Jangan pula jadi macam penjual obat, paham!


MAYA
Tak…

RASHID
Senang kau ikut je aku, pastu belajar sikit-sikit.

MAYA
Ok…

K/B : SUASANA DALAM BAS. ALIF DAN YANI PULANG KE UNIVERSITI DARI OPKIM DI JOHOR.

YANI
(NADA BERBISIK) Pssst!

ALIF
Kenapa?

YANI
Cuti kita ada seminggu je lagi. Kau balik tak?

ALIF
Tak. Kenapa?

YANI
Aku ingat aku nak jenguk ibu Maya. Mana tahu Maya dah ada kat sana.

ALIF
Yeke?

YANI
Aku tak tahu. Kalau tak ada, maknanya Maya ada dengan si Rashidah tu lagi la.

K/B : SUASANA MALAM DI KUALA LUMPUR.


RASHID
Nampak tak tadi macam mana aku jual?

MAYA
Nampak…tapi aku tak sedap hati la.

RASHID
Biasalah tu, nervous mesti mau ada. Tapi hasilnya lumayan.

MAYA
Berapa kau dapat malam ni?

RASHID
Bolehlah,lima ratus ringgit je.

MAYA
Banyak tu

RASHID
Itu baru sikit, kalau banyak jual,banyakla dapat hasil. Tapi aku rasa sebelum kau nak jual benda ni, kau kena ubah sikit penampilan kau ni.


MAYA
Kenapa?

RASHID
Stail baju kau ni tak boleh blah la… Tengok cam aku, stylo!

MAYA
Tapi kau kan dressing macam lelaki…

RASHID
(SINIS) Eh, apa kau ingat kau tu perempuan melayu terakhir ke? Nak cepat kaya, jadi macam
aku. Sekarang zaman orang perempuan pun boleh buat apa yang lelaki buat tau.

MAYA
Kalau macam tu, apa yang aku kena ubah?


RASHID
(KETAWA SINIS) Senang jer. Mulai sekarang, kau dah kena biasakan diri pakai baju lelaki. Rambut mesti kena letak minyak rambut, tak pun pakai gel. Kasi pacak sikit rambut lu! Tapi sebelum tu, kau kena pendekkan rambut.

MAYA
Aku kena buat jugak ke?


RASHID
Aku tak paksa…Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

MAYA
(SERBA-SALAH) Ermmm…

BERSAMBUNG DI EPISOD KE-5

09 Ogos 2010

(SKRIP) Cahaya Hujung Jalan : Episod 3


GRAM

K/B : SUASANA DI STESEN BAS. MAYA BARU TIBA SI STESEN BAS DARI RUMAH IBUNYA.


MAYA

(TERNAMPAK SESUATU) Rasanya itu Rashidah.

(MEMANGGIL) Rashid!


RASHID

(TERKEJUT) siapa pulak panggil aku ni?


MAYA

Rashid. Ingat lagi tak saya.


RASHID

Err, kau ni kawan Yani kan..apa yer nama kau?


MAYA
Maya…


RASHID

Ha, Maya! Kau buat apa kat sini?


MAYA

Saya baru sampai dari rumah, tengah tunggu…


RASHID

(MENYAMPUK) Alif kan…


MAYA

(TERTANYA-TANYA) Awak kenal ke Alif tu?


RASHID

Alif tu kawan sekolah lama aku dulu. Aku nampak dia kat depan


MAYA

Oh…er, saya pergi dulu yer


K/B : SUASANA DI STESEN BAS


ALIF

(TERCARI-CARI) Mana Maya ni?


MAYA

Dah lama tunggu?


ALIF

(TERKEJUT) Eh, terkejut saya. Boleh tahan jugak la lamanya.


MAYA

Sori, tadi saya jumpa kawan lama awak tadi?


ALIF

Kawan lama?


MAYA

Rashidah…


ALIF

Pengkid tu!


MAYA

Awak ni Alif, tak baik cakap dia camtu…


ALIF

Yela, jomlah saya hantar awak balik Universiti.


GRAM

K/B :SUASANA DALAM DEWAN PEPERISAAN. PEPERIKSAAN TAMAT. SEMUA PELAJAR GEMBIRA DAN ADA YANG BERSORAK “ MERDEKA, MERDEKA,MERDEKA!”.


YANI

Maya, awak ada apa-apa rancangan tak cuti semester ni?


MAYA

Em..tak ada kot.


YANI

Saya ingat nak ajak awak join OPKIM?


MAYA

OPKIM?


YANI

Yup, Operasi Khidmat Masyarakta kat Johor. Alif pun join tau…


MAYA

Er…bukan saya tak nak, tapi rasanya saya nak jaga ibu saya.


YANI

Oh, kalau macam tu takpe la…


MAYA

Sori yer.


YANI

Eh, tak apa…Em, petang ni jom kita tengok wayang.


MAYA

Saya tak ada duit la.


YANI

Jangan risau, kita minta Rashidah belanja, mesti boleh punya.


MAYA

Boleh ke?


YANI

Ala jangan risau la, dia tu dah kerja.


MAYA

Dah kerja? Dia tak belajar ke?


YANI

(SINIS) Dia tu pemalas, fikir nak hidup senang jer


MAYA

Saya rasa nak kerja la…


YANI

(TERKEJUT) Awak nak kerja? Kenapa?


MAYA

Saya ada masalah sikit…


YANI

Saya rasa baik awak tanya Rashidah je nanti.


K/B : SUASANA DI PERKARANGAN PAWAGAM YANG SESAK.MAYA,YANI DAN RASHID SELESAI MENONTON WAYANG.


YANI

(NADA GEMBIRA) best giler cerita tadi…Terima kasihlah Rashidah sebab belanja kitorang.


RASHID

Rashid la! Jom kita lepak makan apa yang patut dulu. Aku lapar ni.


K/B : SUASANA DI KEDAI MAKAN.


MAYA

Er, Rashid.


RASHID

(KASAR) Apehal?


YANI

Kau ni Rashidah, kasar sangat la…


RASHID

Kasar apa nya…Biasa jer


YANI

(MENGELUH) Hmmm, kau jangan ambil hati sangat yer, Maya…


RASHID

Apa yang kau nak kata tadi Maya?


MAYA

Saya nak tanya pasal kerja awak?


RASHID

(TERSENTAK DAN TERBATUK-TERBATUK)


YANI

Si Maya ni nak cari kerja sebenarnya, nak tambah pendapatan. Kau tolong la si Maya ni cari kerja.


RASHID

Ceh, cakap je la siang-siang yang kau nak suruh aku cari kerja untuk kau. Ingatkan apa tadi sampai tanya aku kerja apa?


YANI

(SINIS) Dah bila Maya tanya kau pulak terbatuk-batuk,


MAYA

Dahla Yani…em, Rashid, awak tolong saya yer cari kerja. Saya bukan jenis memilih kerja, saya tak kisah kerja apa pun, janji saya dapat sikit duit.


YANI

Ei, Rashid. Carikanlah kerja yang elok-elok sikit kat Maya.


RASHID

(BERSELOROH) Wahai Cik Yani, apa kau ingat aku ni tauke ke yang boleh pilih kerja bagi kat Maya.


GRAM

K/B: SUASANA KAMPUNG DI JOHOR. YANI DAN ALIF MENYERTAI OPKIM DI JOHOR.


ALIF

Yani, Maya tak join ke OPKIM?


YANI

Dia tak beritahu kau ke?


ALIF

Tak pulak.


YANI

Rasanya Maya jaga ibu dia. Tak pun, Maya tengah cari kerja.


ALIF

Cari kerja?


YANI

Maya tak beritahu kau jugak ke?


ALIF

Dia tak pula pernah cerita kat aku pasal kerja.


YANI

(MENGUSIK) Em, pelik betul la hubungan korang ni.


ALIF

Apa yang peliknya? Kami kawan jela.


YANI

Kawan je?


ALIF

Kan kita tengah belajar, cinta tu nombor dua.


YANI

Apa salahnya, sambil menyelam sambil minum air la katakan.


ALIF

(KETAWA KECIL) Yela tu, takutnya dalam menyelam tu kita pula yang lemas dan hanyut.


YANI

Mendalam. (KETAWA KECIL). Apa pun, rasanya Maya tinggal dengan Rashidah cuti semester ni.


ALIF

(TERKEJUT DAN RISAU) Apa?


YANI

Maya tinggal dengan Rashidah cuti ni. Kenapa?


ALIF

Selamat ke?


YANI

Selamat kot.Bukannya tinggal dengan laki.


ALIF

Tapi si Rashidah tu kan pengkid, aku takut Maya pulak yang terpengaruh.


YANI

(KETAWA) Mesti kau takut tak dapat si Maya kalau Maya jadi pengkid kan?!


ALIF

Ish, buang masa je aku sembang dengan ko ni…


K/B : SUASANA DI RUMAH RASHIDAH.


RASHID

Masuklah Maya…Lu buat ar cam rumah sendiri…


MAYA

Busuknya rumah awak ni…


RASHID

Busuk? Biase jer…Dah,dah,jangan banyak songeh

Wei,kau minum tak?


MAYA

Maksud awak?


RASHID

Eh, minah ni. Aku tanya kau minum ke tak?


MAYA

Saya memang boleh minum.


RASHID

(NADA MENINGGI) Lu ni memang betul la minah kampung! Aku tanya kau minum ke tak bukannya boleh minum ke tak?


MAYA

(KETAKUTAN) minum,minum…


K/B: RASHID MEMBUKA PETI AIS DAN MENGAMBIL BOTOL ARAK. DITUANGKAN AIR ARAK DALAM 2 GELAS DAN SALAH SATUNYA DIBERIKAN KEPADA MAYA.


RASHID

Nah, minum ni.


MAYA

Air apa ni?


RASHID

(KASAR) Eh,banyak pulak tanya. Minum jela.


K/B: MAYA DAN RASHIDAH MEMINUM AIR ARAK TERSEBUT.


MAYA

(RASA SEPERTI NAK MUNTAH)…Air apa ni?


RASHID

Layan tak?


MAYA

Sakit…Pening…


RASHID

(KETAWA BESAR) Kau ni beginner . Aku dah pro. Beer memang camtu kesannya.


MAYA

(TERKEJUT) Beer? Arak!


BERSAMBUNG DI EPISOD KE-4