06 Ogos 2010

Naufal Tarmizi : Jika Kamu..., Siapakah Kamu Pada Hari Ini?


Jika kamu menjadi ahli politik
, siapakah kamu pada hari ini?



Campuran Baba(Ayahku), YB Khalid Samad, DS Nizar dan YB Khairy Jamaluddin. Maksudnya aku ingin jadi ahli politik yang bisa mempengaruhi minda manusia dengan kata2 dan ilmu seperti Babaku. Aku juga ingin jadi ahli politik yang mempunyai idea bernas dan realistik dan berpandangan jauh seperti YB Khalid Samad. Begitu juga aku juga ingin menjadi ahli politik yang bisa menyatukan sesuatu yang mustahil seperti DS Nizar Jamaluddin dan sudah tentu ahli politik yang berketrampilan seperti YB Khairy Jamaluddin. hehe. Tapi yang paling penting adalah campuran tersebut akan digelar sebagai Gaya Naufal Tarmizi.

Jika kamu menjadi pelakon, siapakah kamu pada hari ini?

Aku ingin menjadi pelakon yang tidak lupa pada keluargaku dan mendahului keluarga berbanding populariti seperti Shah Rukh Khan. Selebihnya aku akan menjadi pelakon bagi sesuatu yang mendatangkan impak kepada orang lain seperti Naufal Tarmizi (pelakon lain xada yang cukup piawai...hehe).

Jika kamu menjadi penulis, siapakah kamu pada hari ini?

Habiburrahman El-Syirazi dan Faisal Tehrani. Kenapa? Sebab aku inginkan tulisanku disampaikan terus ke dalam hati seperti Habiburrahman. Aku ingin juga agar idea dan pandanganku dipaparkan secara berkias agar pembaca dapat meningkatkan 'level of thinking' seperti Faisal Tehrani. Namun tulisan Naufal Tarmizi adalah tidak seperti tokoh penulis tersebut kerana bak kata Mawi 'aku adalah aku'.

Jika kamu menjadi pengacara, siapakah kamu pada hari ini?

Aznil Hj Nawawi. Kerana aku ingin belajar dari kesilapan jika aku tersalah langkah. Tidak mudah berputus asa dan sentiasa melihat apakah keperluan yang perlu jika suatu masalah datang menimpa.

Jika kamu menjadi ahli akademik, siapakah kamu pada hari ini?

Prof Diraja Ungku Aziz. Aku mahu minda ku ligat seperti dia. Tidak mudah menyalahkan minda andai orang lain mencipta kelainan. Minda yang berjalan adalah bukti bahawa seseorang itu masih relevan dengan akademiknya. Bukan manusia yang mudah mengeluh andai manusia lain tidak mahu mengambil ilmunya sebaliknya bersemangat untuk memberikan ilmu kepada orang lain tanpa diminta. Kerana ilmu bukan bersifat peribadi, ilmu adalah bersifat kongsi.

Jika kamu menjadi insan berguna, siapakah kamu di dunia ini?

Insan yang cuba mengambil insipirasi dari kehidupan Rasulullah. Sungguhpun baginda bukan insan yang hidup pada hari ini, ia bukanlah satu alasan untuk menyatakan ia tidak sesuai dengan kehidupan masa kini. Hanya manusia yang tidak mampu mencontohi baginda sahaja yang akan mempertikaikan sebegitu. Dan aku, seperti biasa, akan terus mengharap dan mencuba untuk mencontohi kehidupan baginda.

SIAPALAH KITA TANPA PENCIPTA

Tiada ulasan: