01 Ogos 2010

(SKRIP) Cahaya Hujung Jalan : Episod 2


GRAM

K/B : SUASANA DI PASAR MALAM. MAYA DAN YANI KELUAR KE PASAR MALAM


YANI

Maya, awak nak beli apa?


MAYA

Err, saya teman awak jela


YANI

Eh, mana boleh… awak tak bawa duit ke?


MAYA

Bawa, tapi saya tak boleh guna duit ni sebab saya nak kena beli tiket bas.


YANI

Tiket bas?


MAYA

Yup, saya nak kena jenguk ibu saya hujung minggu ni.


YANI

Yeke…emm, awak ambil duit saya dulu. Nah sepuluh ringgit, awak pergilah beli apa pun.


MAYA

Tapi…


YANI

Jangan risau, kali ni saya belanja.


RASHID

(MENYAMPUK) Yani!


YANI

(TERPERANJAT) Opocot! Eh,Rashidah…


RASHID

Rashid la….


YANI

Err, Rashid… Dah macam laki la kau ni dengan rambut pendeknya, baju baju besar, seluar besar...


RASHID

Stail la Yani…Kau buat apa kat sini?


YANI

Eh, kita kat pasar malam kan, mestilah beli makanan…

(TERINGAT) Lupa pulak aku, kenalkan ini Maya...


RASHID

Oh Maya, macam artis la nama dia. Hai, Maya. Panggil je Rashid.


MAYA

Em, baiklah.


YANI

Jangan nak layan sangat si Rashidah ni, berlagak lelaki je selalu…


RASHID

(MENGELUH) Huh, nak buat macam mana Yani, dah ditakdirkan aku macam ni…


YANI

Eh, berdrama pulak…Aku tak mengata kau la…


MAYA

(KETAWA KECIL)…Sabar jela Rashid. Yani ni memang macam tu..


RASHID

Ha, Yani! Baik kau contohi kawan kau ni, bukan macam kau yang selalu je nak jatuhkan semangat aku.


YANI

Yela tu…Jomlah, aku dan Maya belum habis beli makanan lagi ni…


RASHID

Err…tak apa lah. Lagipun aku ada kerja ni. Aku pergi dulu yer.


YANI

Yela.


K/B : MAYA DAN YANI PULANG KEMBALI KE BILIK MEREKA.


YANI

Uh, dah tak sabar ni saya nak makan semua yang saya beli tadi.


MAYA

(TERTANYA-TANYA) Awak, saya nak tanya sikit pasal Rashid tadi…


YANI

(TERSENTAK) Kenapa dengan dia?


MAYA

Em, dia tu nampak cam tomboy jer…


YANI

(NADA MENYAMPAH) Bukan tomboy namanya tu…


MAYA

Maksud awak ?


YANI

Maksud saya dia tu pengkid, ala yang berlagak nak jadi lelaki tu…


MAYA

Yeke? Saya tak percaya lah…Mungkin dia ada masalah keluarga kot sampai dia jadi camtu...


YANI

(MENGELUH) Mungkin…Huh…


GRAM

K/B : DALAM BILIK E201, YANI BARU BANGUN DARI TIDUR.


YANI

(MENGUAP)…Pukul berapa ni? Alamak, Subuh gajah lagi...


MAYA

Bukan gajah tapi subuh dinasour dah… Dah nak masuk zohor dah pun.


YANI

(TERSENTAK) Yeke? Astaghfirullahalazim…er, yang awak pakai cantik-cantik siap berbedak, nak ke mana?


MAYA

Jalan-jalan jap…Lepas tu terus balik jenguk ibu saya.


YANI

(MENGUSIK) Ni mesti keluar date dengan Alif kan…


MAYA

Bukan date la, jalan-jalan jer


YANI

Yela tu…hati-hati, jangan sampai awak balik ke rumah Alif dah la…


MAYA

Awak?!


YANI

(KETAWA KECIL) Saya gurau la…


K/B : SUASANA KAMPUNG.MAYA PULANG KE RUMAH IBUNYA.


MAYA

Assalamualikum ibu…


IBU

Waalaikumussalam…Eh, Maya…


MAYA

Ibu sihat ?


IBU

Macam selalu la Maya. Nak kata sihat pun tak boleh, nak kata sakit pun tak boleh.


MAYA

(TERLIHAT SESUATU DAN TERKEJUT) Ibu, kenapa kaki ibu luka ni?


IBU

Ala, sikit je tu. Tadi angkat kerusi malas letak kat luar rumah, tak sangka pulak boleh jatuh sampai terkena kaki ibu.


MAYA

Ibu,ni luka ni ibu. Ibu kan baru lepas pembedahan jantung.Doktor pun dah nasihat, jangan buat kerja berat-berat.


IBU

(MENGELUH)Huh, ibu bosan sebenarnya… Kamu balik ke Universiti bila pulak?


MAYA

Lusa Maya balik semula ke Universiti.


IBU

Sekejapnya. Mingu depan kamu balik tak ke rumah?


MAYA

(SERBA-SALAH) Entahlah ibu… Kalau saya ada duit, saya akan balik ye, ibu.


IBU

Pasal duit kamu janganlah risau Maya, minta je kat Pak Long kamu…


MAYA

Eh, tak payah la ibu. Lagipun kita dah banyak terhutang duit dengan Pak Long.


IBU

(PASRAH) Ibu tak kisah sebenarnya kalau kamu nak balik atau tak, janji kamu bahagia, ibu pun bahagia.


MAYA

Maya memang bahagia pun ibu. Lagipun nanti Maya nak kerja, bila dah kerja nanti, Maya akan dapat gaji.


IBU

(RISAU) Ibu bukan nak melarang, tapi Maya tak takut ke kalau pelajaran Maya terganggu.


MAYA

Ibu…kalau Maya tak kerja, Maya tak ada duit, susah nak bayar yuran.

Bila yuran tak bayar, Maya tak boleh ambil peperiksaan. Lagipun Maya akan bahagikan masa untuk belajar juga.


IBU

(MENGELUH) Kalau itu keputusan kamu, ibu takkan halang kamu.


BERSAMBUNG DI EPISOD KE-3

Tiada ulasan: