13 Ogos 2010

(SKRIP) Cahaya Hujung Jalan : Episod 4



K/B : MAYA CUBA MEMUNTAHKAN KEMBALI AIR ARAK YANG DIMINUMNYA.

RASHID
(MARAH) Lu apsal?! Beer bukan Arak la…

MAYA
(TERCUNGAP-CUNGAP) Betulke?

RASHID
Betul la…Arak adalah arak.

MAYA
Awak tahu dari mana yang air tadi bukan arak?

RASHID
Err, botolnya tak tulis pun perkataan arak.

MAYA
(MENGELUH)Huh!

K/B : SEBUAH KERETA MEMBUNYIKAN HON KE RUMAH RASHIDAH.

MAYA
Eh, siapa pulak tu.

RASHID
Kau duduk je dalam rumah, biar aku yang pergi jumpa diorang.

K/B : KERETA TERSEBUT BEREDAR SELEPAS RASHIDAH KELUAR BERJUMPA PEMANDU KERETA TERSEBUT.

RASHID
(MEMANGGIL) Maya!

MAYA
(MENYAHUT) Ya!

RASHID
Tolong angkat kotak-kotak kat luar jap.

MAYA
Angkat pastu letak kat mana?

RASHID
Letak kat bilik kau?

MAYA
Ok…

RASHID
Hati-hati, harga barang dalam kotak-kotak ni puluhan ribu ringgit tau.

MAYA
Puluhan ribu ringgit?!

RASHID
(MENENGKING) Apa lagi kau tecegat kat situ?!

K/B : MAYA MENGANGKAT KOTAK-KOTAK TERSEBUT MASUK KE DALAM BILIKNYA.RASHIDAH PULA MENONTON TELEVISYEN.

RASHID
Cepat sikit bersiap Maya.

MAYA
Kejap, baru lepas angkat kotak ni. Penat.

RASHID
Jom ar, aku dah lapar ni…

MAYA
Yela, yela. 5 minit, aku nak pakai tudung jap.

RASHID
Tak payah pakai tudung. Bukan orang tahu pun. Lagipun sekarang musim cuti, kawan-kawan kau bukan ada.


MAYA
5 minit je. Lagipun aku dah biasa pakai tudung.

RASHID
Kau tahu tak, kau sebenarnya tak yakin dengan rambut kau…Rambut kau teruk la, lagi teruk kalau kau pakai tudung.


MAYA
Teruk ke?

RASHID
Jangan risau, nanti aku bawak kau pergi rebonding. Tapi sekarang kau pakai topi aku dulu.


MAYA
(SERBA SALAH) Err,tak salah ke?

RASHID
Salah apanya, yang penting hati kau baik.

MAYA
Baiklah.

GRAM
K/B : SUASANA KAMPUNG DI JOHOR. ALIF DAN YANI BARU SELESAI AKTIVITI OPKIM DI JOHOR.

ALIF
(MEMANGGIL) Yani!

YANI
Kenapa?

ALIF
Kau tahu tak kat mana rumah Rashidah.

YANI
Tak tahu la pulak. Lepas SPM, aku dah lost contact dengan dia.
Cuma baru-baru ni je aku jumpa dan keluar dengan dia.


ALIF
(RISAU) Kau rasa si Maya tu dapat kerja elok ke?

YANI
Mestilah...(TERDIAM SEKETIKA).. Entahlah, aku pun tak tahu.

ALIF
Sebabnya kawan-kawan aku semua kata si Rashidah tu selalu ada kat Kelab Malam sekitar KL.


YANI
Maksudnya kawan-kawan kau pun ada kat Kelab Malam jugakla?

ALIF
Err, itu aku tak tahu.

YANI
(SERBA-SALAH) Aku bukan tak nak tolong kau, lagipun tak minat aku nak jaga tepi kain orang. Masalahnya aku dah banyak kali SMS si Rashidah, tapi tak berbalas. Bila telefon mesti tak dapat. Aku ingat dia dah tukar nombor.


ALIF
(MENGELUH) Entahlah, aku boleh doa je la yang Maya tak jadi macam-macam.


K/B : SUASANA SEKITAR KUALA LUMPUR.

MAYA
Rashid, kau ni kerja apa sebenarnya?

RASHID
Bartender jer

MAYA
Bartender ?

RASHID
Tapi itu dulu la, sekarang bila aku dapat stok, aku jual je la stok tu.

MAYA
Aku tak pahamla. Stok yang mana?

RASHID
Biol ke kau ni. Kotak-kotak yang kau angkat masuk dalam bilik kau tu la yang aku panggil stok.


MAYA
Oh. Kita ni ada lesen meniaga tak?

RASHID
Eh, buat apa lesen. Kita bukan nak meniaga kat gerai. Malam ni aku bawa kau untuk jual beberapa stok.


MAYA
Ada ke orang nak beli?

RASHID
Pernah tengok salesman?

MAYA
Pernah.

RASHID
Macam tu la kau akan kerja. Jomlah, kita ke Kelab Malam.

MAYA
Kelab Malam? Tak nak lah.

RASHID
(KETAWA SINIS) Eleh, kau bukan pakai tudung pun. Lagipun kita pergi bukan nak buat maksiat, tapi nak buat bisnes.


MAYA
Tapi…

RASHID
Tak ada tapi-tapi, Jom!

K/B : MAYA DAN RASHID MASUK KE DALAM KELAB MALAM. LAGU DANGDUT DIMAINKAN DENGAN KUATNYA.

MAYA
Bisingnya…

RASHID
Standard la… Kau kena ingat, nak jual stok ni, kau kena bisik-bisik sikit.
Jangan pula jadi macam penjual obat, paham!


MAYA
Tak…

RASHID
Senang kau ikut je aku, pastu belajar sikit-sikit.

MAYA
Ok…

K/B : SUASANA DALAM BAS. ALIF DAN YANI PULANG KE UNIVERSITI DARI OPKIM DI JOHOR.

YANI
(NADA BERBISIK) Pssst!

ALIF
Kenapa?

YANI
Cuti kita ada seminggu je lagi. Kau balik tak?

ALIF
Tak. Kenapa?

YANI
Aku ingat aku nak jenguk ibu Maya. Mana tahu Maya dah ada kat sana.

ALIF
Yeke?

YANI
Aku tak tahu. Kalau tak ada, maknanya Maya ada dengan si Rashidah tu lagi la.

K/B : SUASANA MALAM DI KUALA LUMPUR.


RASHID
Nampak tak tadi macam mana aku jual?

MAYA
Nampak…tapi aku tak sedap hati la.

RASHID
Biasalah tu, nervous mesti mau ada. Tapi hasilnya lumayan.

MAYA
Berapa kau dapat malam ni?

RASHID
Bolehlah,lima ratus ringgit je.

MAYA
Banyak tu

RASHID
Itu baru sikit, kalau banyak jual,banyakla dapat hasil. Tapi aku rasa sebelum kau nak jual benda ni, kau kena ubah sikit penampilan kau ni.


MAYA
Kenapa?

RASHID
Stail baju kau ni tak boleh blah la… Tengok cam aku, stylo!

MAYA
Tapi kau kan dressing macam lelaki…

RASHID
(SINIS) Eh, apa kau ingat kau tu perempuan melayu terakhir ke? Nak cepat kaya, jadi macam
aku. Sekarang zaman orang perempuan pun boleh buat apa yang lelaki buat tau.

MAYA
Kalau macam tu, apa yang aku kena ubah?


RASHID
(KETAWA SINIS) Senang jer. Mulai sekarang, kau dah kena biasakan diri pakai baju lelaki. Rambut mesti kena letak minyak rambut, tak pun pakai gel. Kasi pacak sikit rambut lu! Tapi sebelum tu, kau kena pendekkan rambut.

MAYA
Aku kena buat jugak ke?


RASHID
Aku tak paksa…Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

MAYA
(SERBA-SALAH) Ermmm…

BERSAMBUNG DI EPISOD KE-5

Tiada ulasan: