02 September 2010

(SKRIP) Cahaya Hujung Jalan : Episod 5


K/B : MAYA DAN RASHIDAH PULANG KE RUMAH RASHIDAH.

MAYA
Rashid, sekarang dah pukul berapa?

RASHID
2 pagi…

MAYA
Alamak, aku belum solat Isyak. Kau dah solat belum?

RASHID
Aku? Err, esok-esok jela. Aku mengantuk ni.(MENGUAP)

MAYA
Boleh pulak. Aku solat dulu.

K/B : MAYA SOLAT ISYAK. SELEPAS SELESAI SOLAT MAYA BERDOA.

MAYA
(BERDOA) Ya Allah Ya Tuhanku,
Hamba-MU ini menadah tangan kepadaMu Ya Allah.
Jadikanlah hidup aku ini dalam keadaan yang senang,berhati mulia dan tidak akan lupakan ibu ku, Ya Allah. Amin Ya Rabbal ‘alamin.

RASHID
(SINIS) Nak senang kena usaha. Jangan nak berdoa je selalu.

MAYA
(MONOLOG) Ya Tuhanku, apakah benar yang aku buat ini. Aku terpaksa walaupun aku tahu dalam kotak itu adalah dadah. Sungguhpun dalam perjalanan hidupku ini tiada cahaya, Namun kau berikanlah cahaya itu di penghujung perjalanan ku.

RASHID
(MONOLOG) Aku perlu lari dari masalah ini. Biar Maya sahaja yang tanggung.

GRAM
K/B : SUASANA KAMPUNG DI RUMAH IBU MAYA

ALIF
Kau biar betul Yani,ni ke rumahnya.

YANI
Betul la kot, sebelum ni aku dah pernah datang dah.

ALIF
Kau panggil la.

YANI
(NADA MENINGGI & MEMANGGIL) Makcik!

IBU
Siapa pulak tu? (MENYAHUT) Kejap,kejap!

YANI
Makcik ingat saya lagi tak. Saya Yani.

IBU
Oh,Yani.

YANI
Kami sebenarnya…

ALIF
(MENYAMPUK) kami sebenarnya dah belikan buah tangan untuk makcik.
(BISIK KEPADA YANI) Jangan cakap lagi, nanti apa pulak ibu Maya fikir

YANI
(BISIK KEPADA ALIF) sori, aku tak tahu.

IBU
Terima kasih. Jemputlah masuk.

K/B : ALIF DAN YANI MASUK KE DALAM RUMAH IBU MAYA. MEREKA BERDUA DUDUK DI RUANG TAMU.

IBU
Dari mana ni?

ALIF
Kami dari Kuala Lumpur.

IBU
Jauhnya.

YANI
Tak lah jauh sangat. Lagipun kami naik kereta.Makcik sihat?

IBU
Biasalah, orang tua. Sihat-sihat macam tu je.

YANI
Makcik, kami datang sini sebab Maya.

IBU
Kenapa dengan Maya?

ALIF
Entahlah makcik, saya pun tak tahu.

YANI
Ceritanya begini, Maya sudah 2 bulan tak datang kuliah. Malahan ke bilik pun dia tak pernah datang. Tapi sewaktu saya keluar ke Pasar Malam, saya terserempak dengan dia.

K/B : SUASANA PASAR MALAM.

YANI
Eh,itu Maya.
(MEMANGIL) Maya!

MAYA
Minah mana pulak panggil gua ni, ni dah bikin gua songsang!

RASHID
Yani la.

YANI
Maya…
(TERBATUK) Sejak bila pulak awak merokok?

MAYA
Lu nak ke? (KETAWA BESAR).

YANI
(MARAH) Eh, Rashidah! Ni mesti kerja kau kan!

RASHID
Eh, lu elok sikit nak tuduh-tuduh gua! Bukan gua yang paksa-paksa dia!

MAYA
Eii, pening ar. Boleh tak korang dua jangan gaduh kat sini.

YANI
Maya, apa dah jadi dengan awak ni.

MAYA
Sejak bila pulak lu ni jadi babysitter gua, suka hati gua la nak pergi ke tak. Lagipun gua tak kacau hidup lu kan.

YANI
Astagfirullahalazim, Maya, jom kita balik.

MAYA
(MENENGKING) Lu sapa nak angkut balik gua?!

RASHID
(MARAH) Eii, Yani! Lu blah dari sini…Blah!

YANI
(SEDIH) Maya, sampai hati awak buat macam ni.

K/B : SUASANA DI RUANG TAMU RUMAH IBU MAYA.

YANI
Begitulah ceritanya.
(SEDIH) Sampai sekarang saya tak tahu apa dah jadi dengan dia.

IBU
(TERSENTAK) Ya Allah, Maya kenapa dengan kamu ni nak.

ALIF
Makcik, saya pun ada cerita pasal Maya jugak.

IBU
Ceritakanlah, makcik nak dengar.

ALIF
Begini, saya dapat tahu dari kawan-kawan saya di mana si Maya tinggal.
Saya pun pergi lah ke rumah tersebut.

K/B : SUASANA DI DEPAN RUMAH RASHIDAH.

ALIF
Assalamualaikum…

MAYA
Rashid, siapa pulak yang bagi salam tu?

RASHID
Orang mintak sedekah lagi la tu. Kau pergi halau dia.

MAYA
Aku?

RASHID
Yela.

K/B : MAYA KELUAR RUMAH.

MAYA
(KASAR) Kenapa?! Dah tak ada perempuan lain ke?

ALIF
(TERSENTAK) Eh, apa awak cakap ni.

MAYA
(KASAR) Jangan poyo la, lu ingat gua tak tau ke lu punya habitat.
Melangau dengan perempuan-perempuan.

ALIF
Saya datang sini bukan nak dengar fitnah dari mulut awak. Tapi saya datang sebab awak dah tak datang kuliah 2 bulan. Semua orang cari awak sekarang.

MAYA
(KASAR) Sudah lah mat romeo, baik lu blah!

ALIF
Tapi…

MAYA
Tak ada tapi-tapinya…Blah la!

K/B : ALIF BERGERAK MENUJU KE KERETANYA. ALIF MULA MENGHIDUPKAN ENJIN. TIBA-TIBA KERETA PERONDA POLIS TIBA DI HADAPAN RUMAH RASHIDAH.

MAYA
(GELISAH) Rashid, Rashid! Lari! Polis datang!

RASHID
(LALOK) Biarlah polis datang, boleh diorang join sekali.(KETAWA)

MAYA
(GELISAH) Ah, lu nak mampos! Gua cabut dulu!

BERSAMBUNG DI EPISOD TERAKHIR

Tiada ulasan: