03 September 2010

(SKRIP) Cahaya Hujung Jalan : Episod AKHIR

K/B : SUASANA DI RUANG TAMU RUMAH IBU MAYA.
 

ALIF
Polis berjaya tangkap Rashidah, tapi saya difahamkan Maya sempat melarikan diri.

IBU

(RESAH) Kenapa polis nak tangkap mereka?

YANI

(SERBA-SALAH) Saya tak berani nak cakap apa yang sebenarnya berlaku. Tapi...

ALIF

(MENYAMPUK) Kesalahan menyimpan dadah makcik.

IBU

(TERKEJUT) DADAH!

K/B : IBU MAYA SECARA TIBA-TIBA DISERANG SAKIT JANTUNG DAN JATUH TERBARING DI LANTAI.


ALIF & YANI

Makcik!

MAYA

(LEMAH & KESEJUKAN) Ibu!

YANI

(TERKEJUT) Maya! Macam mana awak ada kat sini?!

ALIF

(TERKEJUT) Ha! Err,telefon ambulans dulu.

GRAM
K/B : SUASANA DI LUAR WAD ICU.


MAYA

(LEMAH & KESEJUKAN) Maafkan saya, Yani, Alif.

YANI

(SIMPATI) Maya, kenapa dengan awak ni. Pucat je saya tengok.

ALIF

Maya, awak ambil dadah ke?

MAYA

(MENANGIS) Maafkan saya. Saya tak tahu apa nak buat.

YANI

(SEDIH) Sabar lah, Maya.

MAYA

(MENANGIS) Semua salah saya. Nak cepat senang.Hidup saya dah musnah, musnah!

YANI

(SEDIH) Maya, ini bukan pengakhirannya. Awak masih ada masa lagi.

ALIF

(SIMPATI) Betul kata Yani tu. Resam kehidupan manusia, pasti ada kesilapan yang dilakukan. Bukan kesilapan yang patut kita ulangi, tapi pengajaran dari kesilapan itu yang kita perlu fahami.

MAYA

(MENANGIS) Apa perlu saya buat sekarang?

ALIF

Serah diri kepada pihak polis. Berterus-teranglah dengan mereka.

YANI

(NADA MENINGGI) Alif! Tak boleh, nanti kalau sabit kesalahan, Maya pasti akan dihukum gantung sampai mati sebab mengedar dan menyimpan dadah!

ALIF

Lebih baik menerima hukuman sekarang dari menanti hukuman dari Yang Maha Esa.

YANI

(SEDIH) Tapi…

MAYA
(MENANGIS) Yani,saya sedar kesilapan saya. Sudah hampir 3 bulan saya memikirkan perkara ini. Tapi setiap kali saya berfikir untuk berubah, waktu itulah juga nafsu menafikannya.

ALIF

Maya, mohonlah keampunan dari-NYA. Dialah Yang Maha Mengampun dosa-dosa hamba-hambaNya.

GRAM
K/B: ALIF DAN YANI DALAM WAD IBU MAYA.


YANI

(SEDIH) Seperti yang dijangkakan, Maya akan dihukum gantung.

ALIF
(SIMPATI) Sabarlah… Mungkin itu salah satu cara untuk menyedarkan Maya dari kesilapan yang dilakukannya.

YANI
(MENANGIS) Kalaulah saya tak memperkenalkan Rashidah kepada Maya, pasti tak akan berlaku perkara sebegini.

ALIF
Jangan salahkan apa yang dah berlaku. Kita pun tak boleh menyalahkan Rashidah, keadaan yang menyebabkan mereka jadi sebegitu.

IBU
(BARU SEDAR & LEMAH) Maya…

YANI
(MENGESAT AIR MATA) Makcik…

IBU
(LEMAH) Mana Maya?

YANI
(MENANGIS TERESAK-ESAK)

IBU
(LEMAH) Yani, kenapa menangis ni?

YANI
(MENANGIS) Maafkan saya makcik.

IBU
(LEMAH) Alif, apa dah jadi…

ALIF
(SERBA-SALAH) err..sebenarnya…Maya didapati bersalah dan dihukum gantung…

IBU
(TENAT) Ya Allah!

K/B : IBU MAYA MENGALAMI SERANGAN JANTUNG. KEADAANNYA TENAT SEKALI.
ALIF
(GELISAH) Ya Allah, apa aku dah buat ni…

YANI
(MENJERIT) Panggilkan doktor! Makcik bertahan makcik!

ALIF
(MENJERIT & MEMANGGIL ) Doktor! Doktor! Doktor!

GRAM
K/B : SUASANA DI DALAM PENJARA. MAYA MENANGISI PEMERGIAN IBUNYA.

MAYA
(MERAUNG) Ampunkan Maya, ibu! Jangan tinggalkan Maya!
(MENANGIS) Aku tak sempat nak minta ampun kepada ibu! Aku anak derhaka!
(MENANGIS DAN MERAUNG) IBU!!!

GRAM
K/B : SUASANA DI UNIVERSITI. ALIF DAN YANI SEDANG MENUNGGU BAS.

YANI
(SEDIH) Aku harap pintu taubat sentiasa terbuka untuk Maya.

ALIF
(SIMPATI) Sentiasa, pintu taubat sentiasa terbuka. Walaupun Maya yang dijatuhkan hukuman, tapi aku tetap rasa ada hikmah yang aku dapat.

YANI
Hikmah? Maksud kau?

ALIF
Apa yang berlaku terhadap Maya menggambarkan bahawa perjalanan hidup kita ini ada cahaya. Namun jika kita gagal memilikinya, cahaya itu akan gelap sehinggalah tinggal satu cahaya dihujung jalan. Cahaya itulah peluang yang diberikan untuk kita bertaubat. Namun tak semua mampu memilikinya.

YANI
(NADA SINIS) Mana bas ni, berpeluh dah aku tunggu.

ALIF
(TERINGAT SESUATU) Kenapa? Kau ada kuliah ke?

YANI
Yela..

ALIF
Sama lah dengan aku…Dah lama kau tunggu?

YANI
Boleh tahan la, sampai nak berasap dah aku ni…

ALIF
(BERSELOROH) Patutla merah padam je muka kau…(ketawa kecil)

YANI
Kuliah aku dah nak mula lagi beberapa minit lagi jer ni… Itu yang aku risau semacam jer, takut kena marah dengan pensyarah…

ALIF
Eleh, tak payah risau… Sekali-sekala jer kan kau datang lambat… Ke kau ni memang suka skip kuliah?

YANI
Hello, cik abang…kehadiran aku penuh tau setakat ni…

K/B : BAS BARU TIBA DI STESEN BAS.

ALIF
Rasanya bas awak dah sampai…

YANI
(TERGESA-GESA) Aku pergi dulu yer…

ALIF
(BERSELOROH) Pergilah, nanti berapi pulak awak tunggu bas lain…

YANI
(KETAWA KECIL) Yela tu…
(MONOLOG) Sejak bila pulak si Alif ni cakap awak dengan aku ni?

ALIF
(MONOLOG)Em, sama seperti Maya dahulu. (KETAWA KECIL)

GRAM

TAMAT
Skrip Drama Radio
Skrip : Cahaya Hujung Jalan
Oleh Naufal Tarmizi
Tahun 2010

Tiada ulasan: