10 Oktober 2010

Hikayat Oktober

Sukar aku hendak gambarkan bagaimana keadaan aku pada ketika ini...ermmm... Barangkali untuk lebih mudah, aku senaraikan satu-persatu apa yang berlaku pada diri aku untuk bulan ini.

SKRIP : Entah mengapa aku rasakan tidak mampu untuk menterjemahkan idea2 yang bersarang dalam fikiran ke dalam bentuk penulisan. Mungkin malas ataupun mungkin aku fikir tiada yang akan membacanya. Tapi itu bukan perkara utama yang menyebabkan aku 'putus asa' dalam dunia penulisan. Sebaliknya aku masih mencari pendekatan terbaik untuk aku jadikan idea abstrak sebagai idea literal...

JDRAMA : Ia merupakan gelaran bagi drama jepun. Pada waktu ini aku seakan dirasuk dengan penangan drama dari negara matahari terbit itu. Pandangan dan jalan ceritanya sangat jelas dan kukuh. Mampu membuat kita ketawa walau dengan hanya memahami maksudnya melalui subtitle sahaja. Tetapi reaksi, mimik muka dan kesungguhan yang diperlihatkan dari segi lakonan menjadikan pandanganku terpaku dari awal sehingga ke akhir. Mungkin ini yang menyebabkan aku berehat dari dunia penulisan.

KEM MOTIVASI : Setelah berehat panjang dari dunia motivasi, akhirnya aku kembali melalui program anjuran bersama SUKSIS UM. Dan aku pergi dengan harapan menjadi 'kuli' semata2, tidak menyangka akan hadir ke tapak perkhemahan yang begitu menakjubkan. Barangkali ia sesuai untuk perkhemahan keluarga. Kurang bahayanya dan lebih selamat. Setelah tamat kem tersebut, satu persoalan telah muncul dibenak fikiranku, "Adakah bakat itu akan tumpul jika sudah lama tidak diasah?".

MC : Hmmm...Urmmm...Emmm...Latest, adalah menjadi pengacara di Malam penutup minggu perpaduan Kolej 12 pada Selasa malam yang akan datang. Tak banyak yang perlu dibicarakan kerana 'acara pengguguran MC di saat akhir' adalah satu tradisi di UM.

AKADEMIK : Ringkasnya, biarkan aku menjadi aku... Bukankah senang jika masing2 menumpukan pada kerja masing2 dan berhenti mengomel tentang orang lain? Tapi, itulah manusia. Setinggi mana makamnya pun, jika tidak berhati2 dengan lidah yang tak bertulang dan nafsu yang tidak bermata, gugur juga tarafnya ketika berbicara nista. Aku masih mencari apa sebenarnya ketentuan Tuhan kepada aku dan aku masih dan senantiasa berfikir tentang itu.

LAKONAN : Ramai yang menyangka aku ingin menjadi pelakon. Ramai yang sangka aku ini berbakat. Sedangkan ia tidak lebih dari hanya aku belajar untuk menyembunyikan ketakutan dengan menonjolkan keyakinan. Dalam erti kata lain semakin banyak aku dikritik dan dikeji di hadapan umum, semakin yakin aku berhadapan dengan mereka. Tapi, satu sahaja perkara yang menyebabkan aku berfikir dan termenung panjang tatkala melihat bintang2 lakonan iaitu "Adakah aku seperti mereka?".

JIKA MADAH DIKIRA HELAH
MAKA TIADA FAEDAH UNTUK MENGALAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akhirnya , kuar jugak post yang baru .. hoho =)