01 Januari 2011

Teater Terbaru Aku : LUKHA

Sudah lama blog ini dibiarkan tanpa posting terbaru... Maka pada tarikh sangkaan ramai sebagai tarikh keramat iaitu pada awal tahun baru masihi, aku pun mengemukakan entri terbaru. Entri terbaru di tahun baru ini adalah berkenaan sebuah pementasan teater yang akan diadakan di Universiti Malaya bermula pada 13hb Januari 2011. Berkemungkinan hampir 12 pementasan teater akan diadakan, itupun jika kesemua kolej kediaman menghantar wakilnya. Apapun, ini merupakan kali kedua aku masuk teater di UM selepas kali pertama mendokong watak pembantu dan tercalon sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik (kalah jugakkk!)...

Teater kali ini bertajuk LUKHA. Secara ringkasnya ia membawa persoalan mudah berkenaan cinta yang dicorakkan dengan keadaan biasa yang berlaku dalam pergolakan cinta iaitu halangan cinta dari bonda dan janji cinta terhadap kekasih. Sungguhpun persoalannya mudah dan halangannya juga bisa diketahui, namun itulah teater yang sebenar dimana tidak perlu membawa perspektif mendalam untuk memberi kefahaman kepada penonton. Apa gunanya sebuah pementasan jika mesejnya tidak diketahui. Teater kali ini dicorakkan dengan beberapa bakat baru dan lama(yang pernah menyertai teater sebelum ini) dan ikhlas aku katakan, skripnya adalah diluar jangkauan pemikiran klise dan memberi impak yang berkesan sungguhpun lakonan yang diberikan adalah tidak keterlaluan. Dalam erti kata yang lain, membaca skripnya sudah mampu membuatkan anda mengalirkan air mata...

Maka cabarannya adalah kepada pelakon teater yang mewarnai pementasan ini. Cabaran yang dimaksudkan adalah bagaimana untuk ekspresikan naskhah skrip ini supaya tidak menjejaskan kualiti yang sedia ada dalam skrip tersebut. Bahkan, menjadi tanggungjawab kepada pelakon teater ini untuk tidak mengalihkan elemen 'air mata' yang wujud dalam skrip ini dan jika berkemampuan, mampu untuk menjelaskan elemen ini dalam bentuk lakonan pula.

Aku pertama kali diberi peranan utama dalam teater ini mengakui ini adalah skrip terbaik dan mudah difahami dan dirasai elemen yang ada di dalamnya. Moga Allah memberi kefahaman kepada sesiapa yang menilainya dan melihatnya daripada penulisan skrip, penghasilan kerja belakang tabir dan pementasan lakonan teaternya. Aminnnn....


"ANTARA JANJI SEHIDUP SEMATI DENGAN CINTAKU,
DENGAN JANJI YANG TERPATRI SEJAK AZALI PADA BONDAKU"

Tiada ulasan: