24 Disember 2012

Novel Menghitung Saat Sakinah

Minggu ni satu bab dari novel aku disiarkan di Penulisan2u. Tajuk novel adalah MENGHITUNG SAAT SAKINAH, satu novel mengikut perancnagannya adalah untuk mengupas isu-isu berkaitan dengan kisah seorang lelaki yang terpaksa berusaha untuk emmbolehkannya berkahwin dengan gadis pilihannya. Semua tahu kadangkala jodoh ni unik, ada yang tak minta dah cepat jodohnya sampai, bahkan ada juga jodohnya tak kesampaian dan ada juga jodohnya tak tahu bila nak sampai walaupun sudah ada calonnya.
Kalau nak tahu tentang kisah sebenar dalam novel ini, boleh baca :

Bab 1 (Penulisan2u)

Antara cerpen aku yang lain yang dah disiarkan di Penulisan2u seperti :

(1) Persona Designata

(2) Malaikat Subuh

(3) Musafir Cinta PhD

(4) Kasih Di Balik Warna

(5) Cinta Alzheimer

(6) Cahaya Lilinku

MASIH SIBUK BELAJAR

09 Disember 2012

Cerpen Baru di Penulisan2u : 'PERSONA DESIGNATA'

Minggu ni satu lagi cerpen aku disiarkan di Penulisan2u. Tajuknya Persona Designata, satu cerpen yang aku anggap sebagai eksperimentasi terhadap panjang patah perkataan melebihi 5 ribu patah. When comes to creative art, ia semua anugerah Tuhan dan peringatan Tuhan, just bear with it.

Boleh baca cerpen ''PERSONA DESIGNATA" di Penulisan2u.

Antara cerpen aku yang lain yang dah disiarkan di Penulisan2u seperti :

(1) Malaikat Subuh

(2) Musafir Cinta PhD

(3) Kasih Di Balik Warna

(4) Cinta Alzheimer

(5) Cahaya Lilinku

MASIH BELAJAR

25 November 2012

Cerpen Terbaru di Penulisan2u

Minggu ni satu lagi cerpen aku disiarkan di Penulisan2u. Tajuknya Malaikat Subuh, satu cerpen yang aku anggap sebagai eksperimentasi terhadap gaya penulisan aku. Jadi, ia bukanlah satu naskhah yang boleh aku banggakan, tapi when comes to creative art, ia semua anugerah Tuhan dan peringatan Tuhan (nampak gaya ada pengaruh sufisme.hehe).

Boleh baca cerpen 'Malaikat Subuh' di Penulisan2u. Antara cerpen aku yang lain yang dah disiarkan di Penulisan2u seperti :

(1) Musafir Cinta PhD

(2) Kasih Di Balik Warna

(3) Cinta Alzheimer

(4) Cahaya Lilinku

BELAJAR DAN BELAJAR

15 November 2012

Video Semasa Konvo UM - Anugerah Pelajaran Diraja 2012

Lihat minit ke 25 hingga 29 (pengenalan penerima Anugerah Pelajaran Diraja 2012)...

Lihat minit ke 33 hingga 43 (ucapan wakil penerima Anugerah Pelajaran Diraja 2012 : Mohd Naufal Mohd Tarmizi)




"KEJAYAAN TIDAK PERNAH DATANG BERGOLEK KE ARAH KITA.
SAMA ADA , PERTAMA : KITA YANG DATANG BERGOLEK KE ARAH KEJAYAAN, 
ATAU KEDUA :KITA TEGUH BERDIRI DAN TERUS BERJALAN ATAS LANDASAN YANG BETUL,
BAGI MENDAPAT SEBUAH KEJAYAAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA. "

10 November 2012

Hafal Nama Allah Masuk Syurga?

Meminjam kata-kata Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaiatu "transformasi", tak salah kiranya blog yang secara klisenya banyak huruf dari penerangan, beralih angin ke arah entri yang berbentuk visual maya (video). Usah membebel panjang, lihat sahaja video di bawah :-




YOK!

02 November 2012

'Mamat Sesat' : Huk Aloh!

Pernahkah anda terfikir, bagaimana jika kesilapan lalu hanya diketahui pada masa akan datang? hehe.

-'Hari Jumaat Hari Isu Semasa'-, itulah yang terpampang dalam henpon Sony Ion aku. Maka, aku pun bergegas mencapai laptop, tekan enter kat keyboard laptop dan terus melayari firefox. Oh ya!, kena login dulu. Selepas semua itu selesai maka aku buka lah satu persatu laman sesawang. Seperti kebanyakan manusia di muka bumi yang ada kabel internet dan wifi, laman pertama adalah facebook, kedua Malaysiakini, ketiga emel sendiri dan emel UM Siswa, dan diikuti blog2 gosip dan terakhir adalah portal akhbar.

Seakan tiada isu dalam media pada hari ini (berasaskan prinsip lelucon kewartawanan tentang isu yakni falsafah 'kita gigit anjing bukan anjing gigit kita'), maka aku taiplah nama aku dalam enjin pencarian google. Yang menarik perhatian aku adalah nama aku dipetik dalam sebuah blog (maybe masih budak bawah 20 tahun - budak lagi ke?).

Kebengkekkan mula terserlah bila baca blog ni, tapi difikirkan balik aku memang pernah taip mesej ni. Hahaha. Cisss, "Korajar", bak kata Black dalam Apa Celop Toqqq. Apparently, this sms is for my buddy & an invitation to play futsal in my 3rd year undergraduate student in UM . Tapi tak sangka pulak dapat kat dak ni. Aduhai.... Lihat screenshot di bawah :-


Yang pasti dia bukan secret admirer, dan bukan juga salah seorang peminat aku (hahahahaha!), alhamdulillah, ia hanya satu salah faham. Tapi blog dia tak ada ruang untuk komen, so disebabkan dia pun guna medium blog untuk menunjukkan kesalahan aku dan entri tersebut pun lebih kurang setahun yang lalu, maka biarkanlah ia berlalu.

Tiba-tiba....


Ini budak talak sivik punya olang, atau sebagaimana orang yang rasa tua sikit bila jeles dengan orang yang lebih muda kata, "biasalah, budak baru nak kenal dunia", atau dalam bahasa jawa Malaysia " Endas Mu, Bocha!". Tak mengapa, ini entri yang sudah lama dan aku tak kenal pun siapa dia. Maka, teruskan lah kehidupan seperti biasa.

Moralnya disini, anda mungkin blogger dan tahu bahwa segala tulisan dalam blog anda adalah luahan peribadi anda. Namun jangan sangka tulisan di blog tak boleh dijadikan bahan bukti untuk jenayah libel dan slander. Even S.114A Eveidence Act 1950 had been a threat for blogger to be execute. 

BLOGGER MUNGKIN PERLU ADA FALSAFAH KEWARTAWANAN IAITU JAGA PRIVASI ORANG LAIN

05 Oktober 2012

Pingat Jaya Cemerlang (PJC)

Sempena Konvokesyen Universiti Malaya 2012, Alhamdulillah, aku dianugerahkan dengan Anugerah Pelajaran Diraja dan membolehkan aku membawa pulang cek RM5k + sijil khas Majlis Raja-Raja dan satu pingat emas yang digelar Pingat Jaya Cemerlang (lihat gambar sebelah).

Tapi jika aku imbau kembali sejarah pendidikan aku sejak di bangku tadika, aku rasa anugerah ni satu perkara yang mustahil bagi aku. Well, seperti dalam ucapan aku semasa hari penganugerahan di depan DYMM Pemangku Raja Perak DR, Tuanku Raja Nazrin, "Kejayaan dan Kecemerlangan bukanlah hak milik ekslusif individu tertentu, sebaliknya ia muncul dalam keinginan manusia untuk berjaya bagi membuktikan sesuatu". Jom kita lihat sedikit bingkisan sejarah latar belakang pendidikan aku :

TADIKA
Aku memulakan pendidikan formal di PASTI al-Barakah(waktu kecik dulu aku ingat namanya al-Baqarah : 'sapi betina'...hehe). Aku sangat pemalu dan sangat pendiam. SANGAT2 taw, bukan sikit2. Ingat lagi aku pernah main bawa bola pingpong dalam sudu. Aku juga ada seorang kawan yang aku kenali dengan Adam, yang mana akhirnya pindah ke TABIKA KEMAS. Tak jauh pun, just belakang PASTI jer,..  Tapi satu perkara yang aku tak boleh lupa, tragedi kencing dalam seluar. Ustazah PASTI tu selalu mengungkit pasal aku kencing kat semua kawan2 aku setiap hari. Natijahnya, aku menangis dan sangat malu. Itulah permulaan aku mula memandang negatif pendidik seperti ustazah tu. So, kepada pendidik jangan jadikan perangai ustazah ni sebagai satu amalan, walaupun sekadar gurauan tapi bak kata orang yang sensitif "tak semua orang boleh terima gurauan kita tu...".


SEKOLAH RENDAH (SK SLIM RIVER)
Darjah satu aku mula kenal dengan beberapa orang kawan. Namun aku masih lagi seorang pendiam. Tak banyak bercakap. Darjah dua pun sama, tiada yang istimewa. Tapi aku masih ingat yang aku masuk gelas 2 Gamma (kelas paling hujung : 'dak2 yang tak pandai'). Dan waktu itulah aku bertemu dengan watak 'Giant dan Sinyu dalam kartun Doraemon'. Memang aku rasakan seperti Nobita pada waktu itu. Memang kena buli-lah jawabnya. Bahkan aku pernah sekali-dua terkucil dan terbuang hajat besar dalam perjalanan ke tandas.Mana taknya, tandas sekolah tu jauh nak mampos (tahun 1997-1998). Darjah Tiga, aku sunat atau khatan. Itu je aku ingat, hehehe. Darjah Empat barulah aku paham sikit-sikit apa yang aku pelajari. Darjah 5 dan 6, tak banyak beza cuma aku selalu bergaduh dengan kawan-kawan. Sampai cikgu-cikgu jumpa mak aku kat surau (nasiblah rumah cikgu sekolah aku banyak berjiran dengan rumah aku, satu taman le katakan).

Peristiwa yang paling aku tak dapat lupa adalah aku ada beberapa orang kawan yang paling akrab dengan aku waktu tu. Khairul Anwar yang banyak melukis kartun (selalu baca komik dia), Fahmi Mazlan (selalu pergi main komputer n PS) , hazmizan, Hasnol (jiran n tuan rumah) Jimi, jebat, safwan, hannan (terer main bola), shahrol atau aloi (rumah awam 3), ridhwan (anak JKR) dan banyak lagi. Cikgu yang suka memukul aku pun banyak seperti cikgu muzik (sebab aku tiup rekoder sambil gelak) dan cikgu matematik (sebab tak siap kerja sekolah --- aku selalu menyorok kat bengkel kemahiran hidup). Dan waktu tu aku hanya tengok kawan2 aku yang pandai sahaja ambil anugerah kecemerlangan. Tak silap aku bapak aku tak pernah datang untuk tandatangan buku rekod kecuali waktu darjah satu dan darjah 6.hehehe. Maklumlah, sibuk bekerja dan aku selalu balik rumah tumpang orang lain ataupun Pak Su Amin atau Abang Din yang akan ambil aku dengan menggunakan basikal. Waktu ni jugaklah aku kenal apa itu erti cinta, dan sudah tentulah semua orang tak pandang aku yang kurus keding, suka kencing dan berak dalam seluar, suka hati keluar kelas, dan suka pinjam pensel kawan sebelah (kadang2 main amek je).

Maka jadilah aku seorang pelajar yang tak produktif, defensif dan pendiam. Pernah cikgu Sains aku cakap kat aku "Mesti bapak kamu kahwin lebih sebab bapak kamu P@s". 'Bengkek' la jugak perasaan aku waktu tu dan sekali lagi siapa yang nak jadi pendidik kena alert  dengan isu sensitif ni.hehehe.

SEKOLAH MENENGAH (MAKTAB MAHMUD ALOR STAR)
Kat sini aku kenal beberapa kawan yang rapat. Bermula dengan Ammar Yusof, Hilmi Jori, Naim Hassin, seterusnya ke Faiz Dawami, Amin Zainol Abidin, Syafif, Helmi Salleh, Hazreen (Baen),  Nuek, Shubki, dan ramai lagi. Dan waktu ni jugaklah aku masuk debat (from 4) yang membolehkan aku menukar dari menjadi seorang pendiam kepada seorang performer. Sebelum itu aku ada masuk Phantomine dan sering digelar MR. Bean dan jugak ada satu 'band boy' sendiri (dalam erti kata lain kumpulan nasyid). Di sini, aku banyak menimba ilmu agama. Terlalu banyak sehingga ia membantu aku untuk menjawab segala soalan peperiksaan STPM.haha. Setiap tahun akan ada hari anugerah kecemerlangan yang juga dikenali dengan Idul Ilmi. Sultan Kedah yang akan hadir bagi hadiah. Aku pernah ajak mak bapak aku datang tapi nak datang buat apa kalau aku langsung tak dapat hadiah. Dan bukan semua pelajar naik atas pentas macam konvokesyen. Maka kempunan lah aku. Aku pernah nak lanjutkan pelajaran ke STAM, namun setelah aku masuk PLKN, ditambah dengan guru kelas aku lupa nak daftar aku masuk STAM, so aku pasrah dan terpaksa tinggalkan sekolah ni.

STPM (KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH)
Aku tak ingat aku panggilan ke berapa, tapi yang pasti aku masuk selepas panggilan kedua dan sebelum panggilan ketiga (nampak tak kuasa orang dalam disitu.haha). Permohonan aku untuk masuk ke KISAS diberitahu oleh mak aku dengan bantuan ustaz aswad (guru di Maahad Abbasiyah, Sugkai Perak). Bersyukur sebab aku dapat masuk sekolah ni(walaupun aku hanya pernah dengar nama sekolah ni sekali sahaja, tu pun masa form 4). Pada mulanya culture shock, mana taknya, kat Maktab Mahmud dulu waktu ulangkaji pelajaran kami semua berbincang (bising), tapi kat KISAS, bunyi daun gugur lagi kuat dari suara manusia (senyap sunyi sepi). Melalui persekitaran inilah yang membantu aku untuk terus berjaya sehingga aku dapat 4A1B. Namun agak terkilan kerana kesilapan aku menjawab soalan pengajian am telah mengakibatkan KISAS waktu tu tiada pelajar cemerlang STPM untuk tahun itu. Maaf.


UM
Dan kini aku berjaya buktikan bahawa aku boleh jadi cemerlang dan berjaya (sekurang2nya dalam medan sistem pendidikan dan peperiksaan sekarang). Pernah aku berdoa semasa di bangku sekolah menengah supaya tok wan aku dipanjangkan usia supaya dapat berbangga dengan aku, dan pada 2/10/2012, di Dewan Tunku Canselor UM dan di hadapan DYMM Pemangku Raja Perak, doa aku dimakbulkan. 

AMIIN YA RABB... 

13 September 2012

Bermulanya Langkah Sebagai Pemikir Sepenuh Masa

Merujuk kepada perkara tajuk entri di atas.

2. Tanggal 12 September 2012, aku secara rasminya mengikuti kuliah pengajian sebagai seorang pelajar Sarjana dalam bidang Syariah. Seperti yang aku harapkan, impaknya dirasai. Kuliah yang disampaikan oleh Dr Abd Karim memberi kesan terhadap persepsi minda-ku berkaitan dengan penyelidikan.

3. Jika semasa ijazah Sarjana Muda, corak pembelajaran-ku lebih kepada 'budak cerdik yang malas', kini di peringkat Sarjana aku tak boleh menggunapakai corak tersebut. Ini kerana SARJANA itu sendiri memberi pengertian satu peringkat pembelajaran yang memerlukan semangat intuisi yang tinggi disulami perasaan dahagakan ilmu yang berpanjangan.

4. Akhir kata, aku memilih jalan ini yang mana tidak digemari oleh kebanyakan orang-orang tua di kampung termasuk golongan ibu bapa (jika mereka ada anak/cucu seperti aku yang belum bekerja dan sibuk nak sambung belajar), berasaskan satu prinsip. Selagi aku masih mempunyai ruang untuk belajar secara sepenuh masa, aku akan lakukannya.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
TERIMA KASIH UM... MUDAH-MUDAHAN WANG ANUGERAH NI DAPAT MEMBANTU AKU DALAM MELANGSAIKAN HUTANG PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA... AMIIIN...
























07 September 2012

Terkini : Perjalanan Hidup Sehingga Kini

Disebabkan tiada entri atau pos baru selama hampir 2-3-4 bulan, maka aku rangkumkan sekaligus dalam penulisan kali ini. Berasaskan penelitian dan analisis yang aku buat terhadap blog2 lain, antara blogger yang malas nak update info pasal diri sendiri, mereka akan senaraikan aktiviti yang dilakukan bersama dengan huraian. Maka, aku pun mencontohi tauladan ( ke teladan?) mereka. Here are the list of my activities before:

1. Pentauliahan SUKSIS di UNIMAS

Aku tak ingat tarikhnya. Samar-samar lagi. Maklumlah Jet Lag dari Semenanjung terus terbang ke Sarawak. Di UNIMAS ini lah aku dikerah untuk berlatih siang dan malam sebagai persediaan ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis. Opkozzz-lah berjaya. Sebagai imbuhan tambahan (bukan imbuhan pencen seumur hidup), aku dapat satu lagi sijil utk Pelatih Terbaik Akademik. Alhamdulillah...

2. Tawaran Kerja Sebagai Executive Journalist di TVnine (Mxdia Pxxxx)

Beria-ia lah aku berulang alik dari Slim River ke Damansara Utama selama hampir 3 hari berturut-turut untuk pergi medical checkup la, esoknya buat kad id, esoknya disuruh datang sekali lagi untuk serah salianan kad pengenalan. Tup2, esoknya lagi disuruh serah satu benda. Benda ni yang buat aku hilang selera nak kerja dengan diorang. Benda yang aku maksudkan adalah sijil ijazah Sarjana Muda... Helllooo, aku fresh graduate, masa tu result akhir pun belum keluar lagi tau, transkrip tak boleh mohon lagi---apatahlagi nak degree scroll...WTH!

3. Tolong Baba & Mama Meniaga di Tempat Ceramah

Let me clarify this first, Islam datang ke Tanah Melayu pertama sekali melalui salurang perdagangan. Syeikh2 dan ulama2 dahulu dari tanah Arab dan India datang berdagang ke Tanah Melayu membawa barangan dari luar dan hasilnya untuk menampung perjalanan dakwah mereka di Tanah Melayau. Natijahnya, Melayu berbangga dengan Islamnya, dan Malaysia juga berbangga dengan agama Persekutuannya. Oleh itu, mengambil berkat hasil dan wadah perjuangan ulama terdahulu, maka terciptalah justifikasi perniagaan semasa di majlis ilmu.

Selalunya aku tolong sepanjang bulan puasa. Walaupun malas, tetapi kalau aku dah mula buat kerja, rasa malas tu macam dah berlalu pergi. Baba aku akan mengajar di sekitar Perak dan Selangor. Bahkan ada juga berforum dengan Dr. Fauzi Deraman di Masjid Taman Medan. Setiap kali puasa, baba akan mula mengajar tafsir surah yang terpilih.Tahun ni surah yang dipilih untuk ditafsirkan adalah surah an-Nur. Sekadar makluman, minimum pengajian sehari di bulan puasa adalah 3 pengajian dan maksimum 5 pengajian. Boleh dikatakan lebih 100 pengajian di bulan puasa dan pada bulan lain, maybe less but still hundred and above... Sebab tu bila balik, baba akan memandu secara auto-pilot(combination of yawns & sleepy).

4. Temuduga 2 Anugerah Untuk Konvokesyen UM

Pertama, aku dipanggil untuk ditemuduga bagi anugerah Pelajaran Diraja. Aku datang lewat 10 minit.hahha. Typical me. Di bilik menunggu, aku dapati lebih kurang 9 orang sedang duduk keresahan menunggu giliran untuk ditemuduga. Dan aku dimaklumkan, seramai 12 calon dipanggil untuk ditemuduga. Kemudian, setelah dua orang calon ditemuduga, aku pula dipanggil. Di hadapan aku terdapat lebih kurang 5/6 orang penemuduga. Antara soalan yang ditanyakan adalah berkaitan olimpik, perbankan Islam, peranan seorang peguam dan lain2. Aku akui, aku tak dapat jawab kesemuanya dengan tepat, tapi aku jawab dengan yakin.hehehe.

Kedua, aku dipanggil untuk ditemuduga bagi Hadiah Alumni Universiti Malaya. Ada 4 calon dipanggil untuk berdepan dengan 6-7 penemuduga. Soalan yang ditujukan pada aku banyak berkisar penglibatan aku dalam teater, performing arts on behalf of Islam, persoalan keberkesanan undang2 syariah di Malaysia dan pelbagai lagi.

5. Pendaftaran MA (Master of Shariah)

Secara rasminya, aku dah pun bergelar student master UM. Namun secara rasmi untuk mendalami ilmu sebagai student master adalah pada 10 September 2012. Aku ambil master secara kursus dan disertasi. Walaupun aku berpeluang untuk ambil pakej fast track iaitu terus ke Phd, aku masih ingin ambil master secara kursus dan disertasi. Sebabnya, macam menarik jer. So aku nak rasa lah dulu macam mana master dengan kelas/kursus. Quite interesting though. Cuma aku tak dapat tajaan, itu yang merunsingkan kepala aku. Ermmm, tapi aku yakin dan percaya bahwa rezki manusia da ditentukan, cuma perlu kita sahaja berusaha untuk mencari. Sesiapa atau mana2 pihak nak tolong support, aku terima dengan tangan yang terbuka.hehehe...

NEW CHAPTER OF ME  

02 Julai 2012

Tawaran Kerja

Mengambil kesempatan daripada talian wifi UM yang lancar, maka sudilah aku mengeluarkan satu entri berkenaan dengan satu tawaran kerja yang aku perolehi dalam semenjak dua-menjak tiga-menjak ni... Berputik dari open audition yang aku hadiri lewat bulan april tahun masihi (rasanyer...) yakni tahun 2012, lebih kurang 2 bulan selepas itu aku dapat satu panggilan...

Sebelum aku kongsi cerita pasal panggilan yang aku dapat ni, aku imbas (flash back) balik kejadian semasa open audition hari itu... Aku dapat tahu Media Prima ada buat iklan untuk lepasan ijazah untuk hadir ujibakat pembaca berita di Sri Pentas... Maka aku dengan penuh rasa pengalaman penuh di kepala (bukan di dada), cuba try nge-test lah untuk ujibakat tu... Ada 3 peringkat yang perlu dilalui... Ramai peserta ujibakat tersingkir dan digelakkan pada peringkat pertama...

Peringkat Pertama ni ujibakat suara depan pembaca berita yang betul... So giliran aku, aku baca berita depan pembaca berita tv9... Ok, dia seorang lelaki dan dia gelakkan suara aku... Honestly,  aku rasa suara aku macam itik bila dia cakap "Tak tahulah nak kata apa, maybe suara dia kot..." (sambil gelak berkekekekek)... Tapi dia bagi peluang lagi, dengan syarat kuatkan suara.... Pastu dia gelak lagi... Perghhh! Psiko-motor betul! Tapi dia bagi cuba sekali lagi, kali ni dia suh seorang lagi pembaca berita (perempuan) tv9 tengok... Yang perempuan kata ok jer, tapi dia gelak lagi... Pastu dia cakap " Kamu rasa saya nak lepaskan kamu ke?"... Pasrah-Hampa-Geram-Sabar-Dendam... Semua bercampur... Then, sekali lagi dia bagi peluang, dia suruh aku baca berita depan salah seorang penerbit tv3... Dia lepas tangan n said that I'll go to the next level if she (penerbit tadi) lepaskan aku...Opkozz la lepas...

Masuklah peringkat kedua, baca berita depan kamera... Dengan senang hatinya, lepas... Pastu masuk peringkat ketiga. Final Stage untuk open audition... In front of ketua berita NTV7 n TV9... sebab aku tertulis yang aku ni budak Jabatan SYARIAH dan undang-undang, maka mereka nampak aku seperti seorang ustaz yang boleh bercakap arab... Hanya kerana perkataan SYARIAH... perkataan undang-undang macam takde efek... Bahkan soalan2 yang ditanyakan semua pasal maksiat dan bahasa arab... Satu lawak yang dibuat oleh penemuduga masa tu berbunyi begini " Dunia penyiaran ni penuh dengan maksiat, kamu tak takut ke? Tapi jangan takut, setakat maksiat pegang tangan dan cuci mata saja" ---actually aku tak tahu mana part yang lawak, tapi waktu tu ramai yang gelak termasuk aku--- Peringkat ni pun lepas...

Diorang bagi jaminan 3 minggu kalo ada kol dapatlah tu... Tapi, dua bulan lepas tu baru dapat kol... Then dapat mesej untuk hadir interview last... sebagai wartawan penyiaran... Tapi aku tolak sebab aku memilih pentauliahan SUKSIS coz my mind still not prepare for that kind of stuff... Sejujurnya, aku rasa tenang bila tawaran kerja datang selepas sahaja habis final exam... Sebelum ni twaran kerja di Brunei Darussalam, kini TV9... Aku hanya mampu tersenyum dan mengabadikannya sebagai kenangan, namun belum bersedia menjadikan ia sebagai pengalaman...

BILAKAH AKU KAN BERSEDIA?

18 Jun 2012

Termenung Jauh : Last Exam's Momento

Sambil duduk di balkoni kolej 12, UM... aku termenung jauh... jauh... jauhhh... jauhnye?! Jam pada masa aku taip entri ni hampir menjengah 10.00 pagi waktu KL... kurang sejam waktu kat korea...(yeke?) Jam 11.30 nanti aku akan sit exam for the last time of my undergraduate seasons... Feel anxious and curios.. why? -cakap omputih plak... tetiba terpikir apa yang aku akan buat selepas ni-


BTW, aku dah siapkan paper project "Sihir : Pembuktian Di Mahkamah". Satu naskhah akedemik yang bermakna bagi aku... Namun bagi orang yang dah ada Phd @ Master, mereka hanya akan memandangnya ibarat cekam di celah kuku : "Menarik tapi tak tertarik"... hahaha. Soalnya sekarang kenapa aku tak study? Jawapannya mudah, usaha, doa dan tawakal...hahaha...

TAWAKAL

25 Mei 2012

Bermula 2008 sehingga 2012

Jejak sebagai Pelapis Peguam Syarie Negara Malaysia

WE'RE ALWAYS MOVE FORWARD

21 Mei 2012

Anugerah Malam Apresiasi Gemilang (MAG) '12

Kali terakhir aku naik pentas - as a penerima hadiah/anugerah - adalah pada sesi 2008/2009 di Kolej Kediaman Kinabalu. Dapat 3 award masa tu iaitu Anugerah Siswa Aktif, Anugerah Harapan Seni (Drama) n Tokoh Akademik.. yang bestnya sebab masa tu aku baru first year... Namun, disangka panasa sepanjang hari, tetiba mendung diwaktu pagi, petangnya da tentu hujan, jodoh aku di kolej Kinabali (lepas ni dikenali kolej 8) tak lama. Aku keluar kolej 8, masuk kolej 12 atas tiket SUKSIS... From that moment I have to re-start back what I've achieved n done...

Mujurlah dalam SUKSIS, aku mula membina nama masa jadi MC Malam Mesra Kor SUKSIS, masa tu presiden Kolej 12 2009/2010 pun ada.. atas rekomendasi beliau, aku plak dijemput jadi MC Dinner 12th yang namanya MAG... Pastu ada pulak seorang penyelia yang pegi Dinner 12th, buat plak rekomendasi kat sebuah syarikat korporat, maka jadilah aku MC di Majlis MoU Koridor Utara n Dinner company tersebut bersama dengan Sarimah Ibrahim... Waktu tu, banyak 'job' aku dapat kat Kolej 12... n atas sebab aku join teater 12th n join Kursus Pengacaraan 12th, aku pun direkomendasi untuk jadi MC masa FESENI, maka jadilah aku MC FESENI di tahun akhir DEGREE...

But till last night, takde satu award pun aku dapat untuk semua itu... Semuanya macam ibarat kerja suka-suka... Award pertama yang dapat xlah awkward sgt coz semua JTK dapat. Nama anugerah tu classic history gak,yakni Anugerah Penggawa Laksamana... ni award untuk orang kuat kolej n JTK, n opkozzz sebab aku Pengerusi JKP SUKSIS mestilah dapat..

Piala Anugerah Penggawa Laksamana
Sijil Anugerah Penggawa Laksamana

But anugerah kedua... Ingatkan anugerah ni dapat sebab join teater, FESENI n MC, senang citer ingatkan dapat anugerah untuk kesenian... Tup-tup, dapat Anugerah Putra Laksana Dirgantara. Dalam bahasa omputihnya Mr. Personality... Diorang kata anugerah kedua tertinggi kat kolej... erm... bila baca description ada tercatat " Anugerah ini diberikan kepada penghuni putera yang mempunyai personaliti dan karesteristik yang mampu dicontohi penghuni siswa yang lain baik dari segi sahsiah, kepimpinan, budaya kerja dan akademik"...

Piala Anugerah Putra Laksana Dirgantara                                                               Sijil Anugerah Putra Laksana Dirgantara



Last word, aku juz wonder kenapa aku terlalu asyik menggunakan bahasa rojak... Ni sebab tema MC malam tadi la puncanya... Tapi anugerah ni semua terutama yang kedua janganlah dijadikan ukuran untuk katakan aku ni contoh ikutan, xbrapa nak molek... Bak kata Perasmi Dr. Hashim Yaacob, Dare To Be Different!








TERIMA KASIH KOLEJ 12

16 Mei 2012

Kedudukan Sihir Dalam Institusi Masyarakat Dan Perundangan


Oleh : Naufal Tarmizi
{Petikan dari bab Latihan Ilmiah "Sihir : Pembuktian Di Mahkamah"}

3.1 PENGENALAN

Sihir berasal dari perkataan as-sahar ( السحر ) iaitu bermaksud masa antara akhir malam dan awal siang.[1] Defenisi ini menggambarkan bahawa sihir itu ada persamaannya dengan kegelapan malam yakni suatu waktu yang sukar untuk dilihat secara jelas dengan mata kasar. Menurut Kamus Dewan, ilmu sihir ini diperincikan kepada ilmu guna-guna[2], mantera, ilmu pukau[3], ilmu tuju-tuju[4] dan sebagainya yang dapat menyakiti ataupun mempesona orang.[5]

Bahkan Allah Taala telah berfirman yang bermaksud –
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir Yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan Dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir Yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah Yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah Yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa Yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah Engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir Yang boleh menceraikan antara seorang suami Dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) Dengan sihir itu seseorang pun melainkan Dengan izin Allah. dan sebenarnya mereka mempelajari perkara Yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. dan Demi Sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui Bahawa sesiapa Yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian Yang baik di akhirat. Demi Sesungguhnya amat buruknya apa Yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”[6]

Dalam ayat tersebut telah dijelaskan bahawa ilmu sihir telah menapak dalam peradaban manusia sejak dari zaman kewujudan bandar Babylon dan ia diajarkan kepada manusia oleh syaitan sebelum diturunkan malaikat Harut dan Marut.[7] Namun begitu, para sejarawan mempunyai pendapat yang berbeza dalam mengenalpasti zaman permulaan kewujudan amalan sihir dalam masyarakat. Menurut sejarawan Islam, ilmu sihir ini telah bertapak bermula pada zaman Nabi Idris (a.s.) yakni sewaktu malaikat Harut dan Marut[8] diturunkan di negeri Babylon.[9]

Dalam bab ini, penulis akan memfokuskan amalan sihir dalam kehidupan masyarakat di dunia. Ilmu sihir ini sememangnya telah menjadi salah satu ciri signifikan kepada kehidupan manusia. Ini dibuktikan dengan kemunculan pelbagai kepercayaan kepada semangat atau hantu seperti animisme dan kemunculan pelbagai artifak dan monumen sejarah berkaitan dengan teks, peralatan serta upacara ritual yang hampir sama dengan amalan pelaksanaan sihir pada hari ini.

Bahkan dalam bab ini juga akan dijelaskan kedudukan dan penerimaan sihir dalam statut dan undang-undang yang pernah digunapakai oleh beberapa tamadun dan negara. Terdapat beberapa undang-undang yang pernah digunapakai untuk mengekang amalan sihir. Antaranya adalah seperti yang termaktub dalam Kod Visigoth yang melabelkan amalan sihir sebagai kesalahan idolatory (ajaran sesat) dan hukumannya adalah diikat di pancang dan dibakar. Namun Kod Visigoth hanya digunakan dalam kesalahan yang berkaitan dengan kesalahan agama Kristian atau lebih dikenali kesalahan ecclesiastical kerana amalan sihir bukan satu kesalahan besar menurut common law.[10]

Ini ditambah lagi dengan kata-kata Martin Luther, seorang tokoh pemikir Barat iaitu:
“One should show no mercy to these [women]; I would burn them myself, for we read in the Law that the priests were the ones to begin the stoning of the criminal.”[11]
Ia bermaksud “Kamu tidak patut menunjukkan rasa kasihan kepada pengamal sihir; aku sendiri akan membakar mereka, kerana kita tahu di dalam undang-undang, paderi adalah orang yang mula-mula akan merejam batu kepada penjenayah”.  Bahkan Saidina Umar al-Khattab sendiri pernah menetapkan hukuman bunuh ke atas ahli sihir sama ada lelaki atau wanita berasaskan amalan para sahabat di mana para sahabat pernah membunuh tiga orang ahli sihir.[12]

3.2 KEDUDUKAN SIHIR DALAM MASYARAKAT

Setiap lapisan komuniti masyarakat di mana-mana negara di dunia mempunyai gelaran tersendiri yang diberikan kepada pengamal teknik luar biasa dalam bidang tertentu terutamanya dalam bidang rawatan tradisional. Umumnya di kawasan Nusantara terutamanya Malaysia, gelaran seperti bomoh, pawang, tok batin dan dukun adalah tidak asing bagi masyarakat setempat. Bahkan negara-negara di benua lain turut mempunyai gelaran tersendiri bagi golongan pengamal ilmu luar biasa ini. Contohnya witchdoctor, sorcerer, sangoma,[13] toa mali[14], jhakri dan pelbagai lagi gelaran yang diberikan.

Sungguhpun gelaran ini diberikan kepada individu yang mempunyai kepakaran luar biasa, namun tidak semuanya menjurus kepada ahli sihir. Ada juga antara golongan ini mempunyai kepakaran luar biasa dengan hanya menggunakan teknik petua orang terdahulu seperti rawatan dengan herba dan tumbuhan semula jadi. Bahkan tidak semua dari mereka mahu dipanggil ahli sihir kerana panggilan tersebut adalah bersifat pesimistik dan negatif dalam hierarki masyarakat.

Adalah menjadi suatu perkara yang janggal apabila pengamal sihir itu sendiri mengaku bahawa dia adalah ahli sihir. Jarang sekali wujud pengakuan dari mulut pengamal sihir tentang amalan sihir yang dilakukannya.[15] Faktor ketiadaaan pengakuan inilah yang menjadikan masyarakat gemar mendapatkan perkhidmatan dari pengamal sihir bagi memenuhi keperluan atau kehendak tersendiri. Ini kerana pandangan negatif masyarakat terhadap ahli sihir hanya akan wujud apabila pandangan berkenaan terhadap orang yang disyaki ahli sihir itu dikongsi bersama dengan ahli masyarakat yang lain.

Masyarakat sememangnya memandang ilmu sihir sebagai satu ilmu hitam dan bertentangan dengan norma kehidupan manusia biasa. Namun, ada kalanya masyarakat terpedaya dengan tipu helah pengamal sihir dengan pelbagai identiti yang mampu memupuk kepercayaan dalam kalangan anggota masyarakat setempat seperti imej keagamaan, kekayaan dan berpengaruh. Abdul Basir Mohamed ada menjelaskan bahawa keadaan tersebut adalah tidak ubah seperti seorang pekerja yang menggunakan nama baik jabatan bagi melakukan perkara yang merosakkan imej jabatan itu sendiri.[16]

Sungguhpun pengamal sihir dan pengamal perubatan tradisional sering dikaitkan oleh masyarakat sebagai golongan yang sama, namun hakikatnya adalah berbeza. Ini kerana pengamal sihir mempunyai kaedah pembelajaran yang tersendiri dan semestinya memerlukan persepakatan antara manusia dan jin.[17] Manakala pengamal perubatan tradisional pula menjalankan kaedah perawatannya berdasarakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajarinya oleh masyarakat terdahulu tanpa perantaraan makhluk ghaib.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa masyarakat sememangnya memandang negatif dan menolak sekeras-kerasnya amalan sihir, namun dalam masa yang sama, mereka juga menyokongnya tanpa sedar. Hal ini berlaku kerana masyarakat sering terkeliru antara amalan yang dikatakan sihir dengan amalan perubatan secara tradisional. Ini dapat dilihat dalam sejarah perkembangan sihir itu sendiri.

3.2.1 Amalan Sihir Dalam Tamadun Awal Manusia

Masyarakat Sumeria dalam Tamadun Mesopotamia sering dikenali sebagai masyarakat pertama mengetahui tentang taktik peperangan, mampu meramal tindakan ketenteraan berasaskan tilikan dan tidak mempunyai cita-cita untuk berperang. Bahkan tamadun ini juga dikenali dengan ilmu astronomi seperti ilmu mengenali pergerakan bintang dan planet-planet. Hakikatnya ilmu itu disalahgunakan bagi tujuan sihir. Pengaruh amalan sihir ini merasuk setiap pelusuk penjuru negara kota Mesopotamia tanpa mengira lapisan hierarki negara kota. Walter Farber menjelaskan bahawa golongan bangsawan dalam tamadun ini menguasai ilmu sihir kerana meraka mampu membaca mentera sihir secara bertulis.[18] Kepercayaan mereka banyak dipengaruhi dengan bentuk sihir yang diamalkan iaitu beraskan pergerakan bintang-bintang ataupun planet tertentu.

Contohnya penyembahan berhala yang mewakili Musytari adalah bertujuan untuk memperoleh kebaikan, penyembahan Marikh pula dilakukan jika mereka mahukan kebakaran dan penyakit taun, manakala pemujaan patung Zuhal adalah bagi tujuan memohon kematian, bala bencana dan peperangan ke atas seseorang.[19] Bahkan rawatan yang dilakukan pada zaman tersebut mempunyai hubungkait dengan upacara keagamaan yang dicampur aduk dengan ilmu sihir. Contohnya seperti menghalau roh-roh jahat yang memasuki badan dengan menilik pergerakan bintang bagi menentukan sama ada pesakit tersebut sembuh atau sebaliknya.[20] Amalan sihir ini berkembang luas dan menunjangi kehidupan masyarakatnya sehingga Allah Taala mengutuskan Nabi Ibrahim, mereka tetap menolak dakwah Nabi Ibrahim dan memandang rendah mukjizat yang ditunjukkan. Bahkan mereka sanggup membuang Nabi Ibrahim ke dalam api.[21]

Bagi tamadun yang sering dikaitkan sebagai tempat perkembangan pelbagai ilmu mistik yakni Tamadun Mesir, pengaruh amalan sihir dalam masyarakatnya juga berkembang luas sama seperti dalam Tamadun Mesopotamia. Menurut catatan sejarah ada menyatakan bahawa hampir kesemua masyarakat pada zaman tersebut memakai tangkal dan azimat yang dibekalkan oleh ahli sihir.[22] Bahkan ada antara raja atau Firaun yang memerintah tamadun ini mengamalkan ilmu sihir itu sendiri seperti Firaun Niktanibas.[23]

Ilmu sihir dalam tamadun ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu pertama adalah sihir bagi tujuan kebaikan dan manfaat, dan kedua adalah sihir untuk mendatangkan keburukan dan malapetaka.[24] Bahkan dalam kaedah rawatan dan perubatan juga digunakan amalan jampian ilmu sihir. Antara yang terkenal dengan menggunakan kaedah rawatan ini adalah seperti Imhotep, Horus dan Isis.[25] Hanya setelah pengutusan Nabi Musa dan dibantu Nabi Harun bersama mukjizat yang diberikan oleh Allah Taala ke tamadun ini, barulah masyarakatnya mula sedar tentang keburukan ilmu sihir.

Bagi Tamadun Yunani dan Rom pula, perkembangan kemajuan yang dicapai oleh negara kota dan pusat Bandar seperti  Athens, Sparta dan Olymphia telah menyebabkan berlakunya perkembangan pesat dalam pengkajian terhadap kebudayaan tamadun sebelumnya. Antaranya adalah seperti kajian berkaitan dengan bidang perubatan dalam Tamadun Mesir dan Babylon yang banyak menggunakan elemen sihir untuk merawat pesakit.[26] Pada zaman kegemilangan Rom, ahli sihirnya dikenali dengan kebolehan mengenakan sihir kepada seseorang dengan menyebabkan lidahnya kelu dan tidak bermaya, serta boleh menimbulkan permusuhan dengan menyeru roh individu yang sudah mati.[27]

3.2.2 Amalan Sihir Dalam Masyarakat Moden

Hakikat yang perlu diketahui adalah amalan sihir ini merupakan amalan turun-temurun. Dalam erti kata lain, kaedah pembelajaran dan pengamalannya tidak banyak yang berubah. Bahkan para sejarawan mengakui bahawa ilmu sihir ini berpunca daripada satu sumber dan diamalkan di seluruh dunia. Ini dibuktikan melalui persamaan formula atau mentera ilmu sihir yang terdapat dalam satu teks sihir dari Semenanjung Tanah Arab yang dikenali Picatrix dengan formula yang dicatatkan dalam buku A Mannual of Demonic Magic  yang kini dipamerkan di Muzium Negeri Bavaria Munich, Jerman.[28]

Dalam buku tersebut ada dinyatakan tentang peralatan yang digunakan dalam amalan sihir seperti pisau, jarum, patung, bahan-bahan kotor seperti najis, darah burung, gambar atau barang peribadi mangsa, tulang atau tengkorak, tali simpulan dan kain berwarna. Peralatan yang dinyatakan ini tidak jauh bezanya dengan peralatan yang digunakan oleh ahli sihir pada masa kini. Ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah Taala berkenaan dengan tali simpulan yang digunakan dalam kaedah sihir. Firman-Nya yang bermaksud –
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);[29]

Perkembangan agama Islam dalam masayarakat di Tanah Melayu banyak mengubah kepercayaan masyarakatnya yang selama ini mempercayai animisme dan kuat berpegang kepada ajaran Hindu-Buddha. Walaupun akidah dan kepercayaan masyarakat Melayu adalah berasaskan kepada mentauhidkan Allah, namun terdapat beberapa amalan yang masih dipengaruhi ajaran Hindu-Buddha dan ia masih diamalkan oleh sebahagian daripada masyarakat. Contohnya amalan ancak atau acak iaitu upacara sembahan makanan kepada saka. Bahkan pengamal sihir di rantau ini gemar memberikan gelaran kepada jin, syaitan dan iblis dengan nama yang boleh menggaburi mata masyarakat tempatan seperti gelaran dewa, dewi, mambang, Rijalul Ghaib, penunggu, semangat, khadam ayat  dan sebagainya.[30]

Menurut Pak Engku Ansaruddin Agus, sihir pada masa kini mempunyai jenis dan namanya yang pelbagai. Antaranya adalah tuju-tuju, santau, susuk, pukau, sihir pemisah, sihir pembenci, sihir pengasih, sihir gangguan penyakit mental dan fizikal, sihir hubungan suami isteri, sihir wanita, sihir ilmu kekuatan diri dan sihir yang melibatkan objek.[31] Bahkan kesan sihir ini boleh dilihat kepada mangsa seperti penyakit bell’s palsy,[32] sawan atau epilepsy, penyakit chronic arthritis (sakit sendi berpanjangan), chronic fibromygalgia (sengal otot berpanjangan), skizofrenia,[33] anxiety disorder (penyakit kerisauan) dan major depression (kemurungan berpanjangan). Manakala di Indonesia, ilmu sihir yang sering digunakan adalah seperti ilmu santet,[34] ilmu teluh[35], ilmu tenung,[36] dan biring.[37]

Amalan sihir dalam masyarakat moden pada hari ini tidak banyak bezanya dengan masyarakat dalam Tamadun Awal Manusia. Masyarakat moden juga ada yang masih memakai tangkal dan azimat, ada juga yang mempercayai tilikan berasaskan pergerakan bintang seperti zodiak, mempercayai semangat jahat seperti yang dinyatakan dalam prinsip Yin dan Yang atau fengshui, dan amalan sihir ini lebih dikenali sebagai ilmu hitam atau black magic. Bahkan masyarakat beragama Hindu menggunakan yantra[38] dan mantra[39] bagi melindungi diri dari roh jahat.[40]

Dalam kes Mona Fandey, fakta kes yang menunjukan pembunuhan yang dilakukan terhadap ahli politik adalah berasal dari upacara pemujaan makhluk halus atau amalan sihir.[41] Antara cara upacara itu dilakukan adalah seperti cara penyucian dengan menggunakan air bunga-bungaan, kepala mangsa dipenggal, anggota badan diceraikan serta ditanam secara berasingan.

3.3 KEDUDUKAN SIHIR DALAM UNDANG-UNDANG

Undang-undang digubal bertujuan untuk mengekang sebarang perbuatan atau tinggalan yang boleh menjejaskan hak seseorang. Penggubalan ini penting bagi menjaga kepentingan masyarakat daripada terjebak atau mengalami kesan perbuatan atau tinggalan seseorang. Amalan sihir, walaupun sejarah memperlihatkan bahawa ia pernah menjadi amalan masyarakat, namun amalan sihir ini masih mempunyai keburukan yang boleh menjejaskan hak asasi manusia. Oleh itu penggubalan terhadap undang-undang bagi mengekang perkembangan amalan sihir adalah satu kemestian dan wajar digubal.

Pada masa kini, tidak terdapat peruntukan khas mahupun statut khusus berkaitan dengan amalan sihir di dunia terutamanya di Malaysia kecuali di beberapa buah negara Afrika dan Arab Saudi. Punca ketiadaannya sama ada ketiadaan pakar dalam menghuraikan keterangan yang perlu dikemukakan di Mahkamah sehingga menyebabkan undang-undang berkaitan dimansuhkan, ataupun persepsi yang menafikan kewujudan ilmu sihir dalam era modenisasi ini.[42] Antara negara yang pernah atau masih mempunyai undang-undang khas berkaitan dengan amalan sihir adalah seperti : 
        1.      Babylon semasa pemerintahan Raja Hammurabi,
        2.      Rom semasa pemerintahan Julius Caesar,
        3.      Australia di beberapa buah negeri seperti Queensland, New South Wales, ACT, Selatan Australia,  Tasmania dan Victoria,
        4.      Negara Eropah seperti England,
        5.      Negara Afrika seperti Tanzania, Ghana, Kenya, Mozambique, Uganda dan Zimbabwe,
        6.      Negara Asia seperti Arab Saudi dan China.

3.3.1 Undang-Undang berkaitan sihir di Babylon

Babylon merupakan salah satu era pemerintahan yang terkenal dalam Tamadun Mesopotamia. Babylon terbina setelah masyarakat Sumeria ditawan oleh tentera Amorates. Antara pemerintah terkenal Babylon adalah Raja Hammurabi yang hidup bermula dari tahun 1810 sehingga 1750 sebelum masihi. Semasa pemerintahan Raja Hammurabi, Babylon masih dikuasai oleh pengaruh ilmu sihir. Bimbang dengan pengaruh dan keburukan amalan sihir ini, maka Raja Hammurabi telah mengarahkan supaya satu kod undang-undang diperkenalkan bagi mengekang amalan sihir tersebut. Bagi memastikan supaya rakyatnya sedar tentang kewujudan undang-undang tersebut, maka undang-undang itu diukir di atas sebuah batu marmar hitam setinggi lapan kaki di Bandar Babylon. Batu marmar tersebut dijumpai pada tahun 1901 bulan Disember di Khuzestan, Iran dan kini dipamerkan di Muzium Louvre, Paris. Bahkan mengikut catatan sejarah, undang-undang tersebut yang dikenali sebagai Kod Hammurabi merupakan statut undang-undang terawal di dunia.[43]

Kod Hammurabi ada menjelaskan tentang keburukan amalan sihir serta larangan terhadap rakyatnya supaya tidak mengamalkan sihir dalam kehidupan seharian. Bahkan diperuntukkan juga tentang cara pembuktian bagi kesalahan sihir. Contohnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Code No. 2 :
If any one bring an accusation against a man, and the accused go to the river and leap into the river, if he sink in the river his accuser shall take possession of his house. But if the river prove that the accused is not guilty, and he escape unhurt, then he who had brought the accusation shall put to death, while he wo leaped into the river shall take possession of the house that had blonged to his accuser,” [44]

Dapat difahami bahawa peruntukan tersebut  menjelaskan tentang pembuktian bagi kes tuduhan mengamalkan sihir iaitu orang yang membuat dakwaan tersebut akan direndamkan ke dalam sungai. Jika dia tenggelam dalam sungai tersebut, maka dia akan dikira sebagai bersalah dalam membuat tuduhan palsu. Manakala jika terselamat, orang yang dituduh mengamalkan sihir akan dijatuhkan hukuman mati.[45]

3.3.2 Undang-Undang berkaitan sihir di Rom

Tamadan Rom banyak dipengaruhi dengan kepercayaan Yunani yang mengangkat kewujudan dewa dan dewi yang dianggap sebagai Tuhan. Namun kepercayaan ini mulai pudar semasa pemerintahan Byzantium iaitu di penghujung era pemerintahan Romawi. Kepercayaan Yunani kemudiannya ditukar dengan ajaran kristianisasi. Selepas agama Kristian menunjangi pemerintahan Rom, ilmu dan amalan sihir mula diketepikan.
Hal ini dapat dilihat dengan penggubalan undang-undang yang dikenali The Twelve Tables. Undang-undang ini telah diperkenalkan oleh Julius Caesar dan sihir dikategorikan sebagai jenayah berat yang akan dikenakan hukuman berat.[46] Hukuman tersebut adalah dibakar hidup-hidup sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang tersebut iaitu “That is to be decided that persons who are addicted to the art of magic shall suffer extreme punishment. Magicians themselves shall be burned alive.”[47] Undang-undang tersebut terpakai sehingga pada abad ke-17 di Eropah bahkan turut memperuntukkan kesalahan kepada sesiapa yang menyanyikan lagu pemujaan sihir yang dikenali malum Carmen incantarae.[48]

3.3.3 Undang-Undang berkaitan sihir di Australia

Di Queensland, seksyen 432 Kanun Jenayah Queensland jelas memperuntukkan tentang kesalahan pretending to exercise witchcraft or tell fortunes.  Dalam seksyen tersebut telah memeruntukkan barangsiapa mendakwa boleh meramal masa depan dengan menggunakan alatan atau telapak tangan, atau menggunakan apa sahaja jampi mentera, pemujaan atau seumpamanya bagi tujuan mengesan barang curi adalah melakukan satu kesalahan. Namun ia telah dimansuhkan pada 10 November 2000. Peruntukan yang hampir sama juga digunakan di Wilayah Selatan Australia, namun turut dimansuhkan oleh  The Statutes Amendment and Repeal (Public Offences) Act 1991.[49]

Keadaan yang hampir serupa juga di alami di New South Wales, Tasmania dan Victoria. Terdapat beberapa peruntukan yang menyentuh tentang amalan sihir dalam kegiatan penipuan dan mendapatkan harta secara salah, namun terpaksa dimansuhkan kerana dianggap menimbulkan diksriminasi kepada penduduk minoriti yang berbeza fahaman agama dan kepercayaan. Bahkan ketiadaan pakar untuk membezakan antara amalan sihir dan kepercayaan agama menjadi salah satu faktor mengapa pemansuhan peruntukan undang-undang tersebut berlaku.

3.3.4 Undang-Undang berkaitan sihir di Eropah

Pada Zaman Awal Eropah, kebanyakan pemerintah dikuasai oleh golongan gereja. Golongan gereja sememangnya dikenali dengan golongan yang memerangi amalan sihir dalam masyarakat. Ini dapat dilihat dengan tindakan Pope John XXVI yang melancarkan serangan ke atas ahli sihir dalam usaha membanteras amalan sihir dalam masyarakat. Berasaskan pengaruh gereja, kebanyakan pemerintah pada waktu itu di Eropah juga mengutuk amalan sihir dan melarang rakyatnya dari mengamalkan sihir. Antara pemerintah Eropah pada waktu itu yang mengancam membunuh rakyatnya yang mengamalkan sihir adalah King Theodoric (493-526). Bahkan King James VI juga pernah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas ahli sihir. Hukuman yang berat ini dapat dilihat melalui hukuman bakar hidup-hidup pada tahun 1390 yang dikenakan ke atas Jehane de Brigue setelah rawatan yang diberikan kepada seorang pesakit telah dituduh sebagai amalan sihir.[50]

Pada Zaman Pertengahan Eropah, Kod Visigoth telah diperkenalkan dan digunapakai sebagai undang-undang untuk mengekang ajaran sesat seperti ilmu sihir. Sungguhpun begitu, sihir tidaklah dikategorikan sebagai kesalahan berat dibawah common law.[51] Hukuman ke atas ahli sihir kemudiannya ditambah dalam Statut Henry VI pada kurun ke 16, namun peruntukan hukuman tersebut dimansuhkan oleh Edward VI.

Kemudian diperkenalkan pula satu undang-undang baru yang dianggap undang-undang paling ketat semasa pemerintahan Elizabeth I. Ini kerana kesalahan sihir tidak lagi dianggap kesalahan agama Kristian (ecclesiastical) sebagaimana yang termaktub dalam Kod Visigoth, bahkan sihir telah diangkat sebagai satu jenayah besar (felony) dalam common law. Bahkan hukumannya sama seperti hukuman jenayah bunuh iaitu hukuman gantung.[52] Semasa pemerintahan George II, undang-undang tersebut telah diganti dengan Witchcraft Act 1736, yang lebih bersifat ringan hukumannya terhadap pesalah yang mengamalkan sihir.[53]‘spectral evidence’ Hukuman yang dikenakan hanya denda dan penjara sahaja seperti dihukum berdiri selama 1 jam di pasar awam atau dihukum penjara satu tahun. Namun penerimaan pemakaian elemen keterangan  di Mahkamah menyebabkan kekeliruan berlaku sehingga ramai orang tidak bersalah dihukum. Akhirnya akta tersebut dimasuhkan dan diganti dengan Fraudulent Mediums Act 1951.[54] Bagi mematuhi EU Directive, maka akta tersebut dimansuhkan oleh undang-undang perlindungan pengguna (Consumer Protection Regulations).

3.3.5 Undang-Undang berkaitan sihir di Afrika

Menurut Onesmus K. Mutungi, membunuh seorang ahli sihir di Afrika bukan sahaja dibenarkan, bahkan daianggap sebagai perbuatan yang terpuji dalam masyarakat.[55] Peningkatan yang mendadak dalam kes pembunuhan ahli sihir, kebanyakannya golongan wanita, menyebabkan kerajaan di beberapa buah negara Afrika terpaksa menggubal serta meluluskan undang-undang bagi mengawal kegiatan tersebut. Antara undang-undang yang dimaksudkan adalah Witcraft Ordinance 1928  di Tanzania, Witchcraft Suppression Ordinance 1899 di Rhodesia Selatan, Witchcraft Suppression Act 1957 di Afrika Selatan, Zimbabwese Witchcraft Suppression Act 1890 dan  Mpumalanga Witchcraft Suppression Bill 2007.

Undang-undang yang dinyatakan sebelum ini lebih tertumpu untuk menjaga orang yang dituduh melakukan sihir berbanding membendung kegiatan sihir itu sendiri. Ini mungkin disebabkan peningkatan dalam kes pembunuhan golongan wanita dan kanak-kanak yang dianggap sebagai ahli sihir. Namun, terdapat juga negara yang memasukkan kesalahan sihir sebagai kesalahan jenayah dalam Kanun Jenayah seperti yang diperuntukkan dalam Cameroon Panel Code.[56] Hukuman yang dikenakan adalah penjara dua hingga 10 tahun dan didenda 5000 hingga 100,000 francs.

3.3.6 Undang-Undang berkaitan sihir di Asia

Undang-undang berkaitan sihir di benua Asia bermula di negara China semasa pemerintahan Dinasti Yuan (Mongol). Semasa pemerintahan dinasti ini, telah diperkenalkan Kanun Jenayah Dinasti Yuan (Mongol). Penggubalan Kanun tersebut adalah disebabkan oleh amalan penculikan kanak-kanak bagi tujuan sihir. Kanak-kanak yang diculik akan dikelar dan dibedah bagi mendapatkan organ dalaman seperti hati bagi tujuan pemujaan roh.

William Shaw memetik peruntukan dalam Kanun tersebut dengan menyatakan, “Whosoever plucks life out of a man or dismembers him with intent to procure a spectre to sacrifice to, shall be slowly carved to death with knives.”[57], yang dapat difahami bahawa siapa yang mengambil nyawa dan anggota badan (dengan cara memotong) dengan niat untuk dijadikan korban pemujaan roh atau amalan sihir, maka dia akan dikelar anggota badannya dengan pisau.

Di India pula, keadaannya hampir sama dengan keadaan di negara Afrika. Bahkan golongan wanita sering dijadikan sasaran untuk dituduh sebagai Tonhi (ahli sihir). Pada 19 Julai 2005, Witchcraft Atrocities (Prevention) Act 2005  telah diluluskan bagi melindungi kaum wanita yang sering dituduh menjadi ahli sihir.[58]

Manakala di Arab Saudi, kesalahan sihir dikategorikan sebagai jenayah berat dan ia tertakluk kepada budibicara hakim untuk menetapkan hukuman. Namun, sistem perundangan terutamanya dalam membicarakan kes jenayah sihir sering mendapat tentangan dari Human Right Watch. Ini berikutan kes perbicaraan Fawza Salih yang dituduh mengamalkan sihir, tidak diberikan hak untuk membela diri dan bergantung hanya kepada kuasa budi bicara hakim. Bahkan Arab Saudi tidak mempunyai satu undang-undang jenayah secara bertulis yang menyebabkan sistem perundangannya longgar dan tidak konsisten. Hakim di Arab Saudi diberikan kuasa budi bicara untuk mendefinisikan perbuatan yang dianggap jenayah dan menetapkan hukumannya.[59]

3.4 KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa kedudukan sihir dalam masyarakat adalah bergantung kepada cara dan metodologi yang digunakan oleh pemerintah sama ada untuk mengangkatnya sebagai satu perkara yang positif ataupun mengekang serta mengawal amalan sihir tersebut. Bahkan sejarah telah memperlihatkan bahawa sihir menyebabkan keruntuhan keharmonian masyarakat dan negara, berbanding kebaikan yang dicanang oleh pengamal sihir itu sendiri. Jika pemerintah turut sama mempelajari dan mengamalkan sihir, sudah pasti rakyat akan mengikuti jejak langkahnya dan begitu juga sebaliknya. Pemerintah yang mengamalkan sihir selalunya akan melakukan kezaliman ke atas rakyatnya seperti Firaun Naktanibas dalam Tamadun Mesir.

Catatan sejarah juga telah membuktikan bahawa pemerintah yang terkenal semasa zaman kegemilangannya telah menggubal undang-undang bagi menyekat amalan sihir seperti Julius Caesar dan Raja Hammurabi. Namun, undang-undang yang digubal ini tidak bertahan lama. Ada di antara undang-undang tersebut terpaksa dimansuhkan seperti di England dan Australia. Faktor pemansuhan ini adalah disebabkan kekurangan pakar dalam membezakan antara amalan sihir dan amalan kepercayaan tradisional, serta ketiadaan pakar dalam menghuraikan serta menjelaskan keterangan dan pembuktian yang lebih diyakini di Mahkamah.


[1] Muhammad Mutawalli al-Sharawiyy, 1990, al-Sihru wa al-hasad, Kaherah : al-Maktabah al-Sharawi al-Islamiyyah, hlm. 24
[2]  Ilmu guna-guna ialah jampi atau mentera untuk memikat hati seseorang.
[3] Ilmu pukau adalah ilmu jampi serapah dengan menggunakan tangkal atau seumpamanya yang digunakan untuk memabukkan orang atau membuat orang tidur lelap.
[4] Ilmu tuju-tuju adalah jampi yang digunakan untuk membuatkan orang jatuh sakit atau mati.
[5] Kamus Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 384
[6] Al-Qur’an, Surah al-Baqarah 2:102
[7] Muhammad Mustafa al-Hadidi al-Thair, 1987, Penyuluh : Arwah, Jakarta : Pustaka Amani, hlm. 103-104
[8] Menurut Syed Ahmad Semait dalam buku Kuliah Subuh, Harut dan Marut adalah dua malaikat yang mahu mempunyai perasaan seperti manusia, lalu dibekalkan nafsu. Apabila diturunkan ke bumi, mereka tergoda dengan keseronokan dunia, lantas membuat perkara maksiat seperti mengajarkan ilmu sihir.
[9] Muhammad Mustafa al-Hadidi al-Thair, 1987, op. cit., hlm. 101
[10] Susan C. Karant-nunn & Merry E. Wiesner-Hanks. 2003. Luther On Women : A Sourcebook, Cambridge : Cambridge Univesity Press. hlm. 236
[11] Ibid., hlm. 231
[12] Al-Nawawiy, Shahih Muslim, 1924, Juz 14, hlm. 109
[13] Eric Maple, 1973, Witchcraft : The story of man’s search for supernatural power, London : Octopus Books, hlm. 113.
[14] Amran Kasimin, 2009, Sihir Suatu Amalan Kebatinan, Bangi : Penerbit UKM, hlm. 28.
[15] William Shaw, 1975, Aspect of Malaysian Magic, Muzium Negara, Kuala Lumpur, hlm. 49
[16] Abdul Basir Mohammed, Amalan sihir & ayat-ayat al-Qur’an : Perbezaan serta kesannya terhadap amalan perubatan, 1999, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hlm. 198-199
[17] Ansaruddin Agus & Mohammad Azlee A. Mutallib, 2011, Perangi Sihir, Selangor : PTS Milenia Sdn. Bhd., hlm. 60.
[18] Walter Farber, 1995, Witchcraft : Magic and Divination in Aencient Mesopotamia, dlm. Jack M. Sasson (pnyt.), Civilization of the Ancient Near East, Edisi 3, Bahagian 8 (Religion & Science), New York : Charles Scribner’s Sons.
[19] Ibrahim Muhammad Jamal, 1982, Haqiqat al-Sihr : Dirasah fi zilali qisasi Qur’ani qa sirah nabawiyyah, Kaherah : Maktabah Qur’an, hlm. 36
[20] Ibid. hlm. 36
[21] Umar Sulayman al-Ashqar, 2002, Alam al-sihri wa al-sha’wazah, Edisi ke-4, Jordan : Dar al-Nafa’is, hlm. 17
[22] Eric Maple, 1973, Witchcraft : The story of man’s search for supernatural power, London : Octopus Books, hlm. 22.
[23] Ibid. hlm. 19-20
[24] Naomi Janowitz, 2001, Magic in the Roman World : Pagan, Jews and Christians, London : Routledge, hlm. 13.
[25] E.A. Wallis Budge, 1988, Egyptian Magic, London : Arkana, hlm. 3
[26] Naomi Janowitz,2001, Op. cit., hlm. 13.
[27] Ahmad Taha, 1992, Kedoktoran Islam, terj. Ismail Ibrahim, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5
[28] Umar Sulayman al-Ashqar, 2002, Alam al-sihri wa al-sha’wazah, Edisi ke-4, Jordan : Dar al-Nafa’is, hlm. 169
[29] Al-Quran, Surah al-Falaq 113:4
[30] Amran Kasimin, 2009, Sihir Suatu Amalan Kebatinan, Bangi : Penerbit UKM, hlm. 51-52
[31] Ansaruddin Agus & Mohammad Azlee A. Mutallib, 2011, Perangi Sihir, Selangor : PTS Milenia Sdn. Bhd., hlm. 68-109
[32] Penyakit bell’s palsy adalah penyakit lumpuh sebelah muka, iaitu pesakit akan mengadu mukanya senget sebelah apabila melihat pada cermin dan berasa sukar untuk menggerakkan otot muka.
[33] Skizofrenia adalah penyakit gila yang sebenar, yakni pesakit akan mengalami halusinasi dan mendakwa terdengar bisikan untuk melakukan sesuatu, atau mempunyai bizarre delusion (merasakan dirinya terlalu hebat) dan tidak boleh berfungsi sebagai seorang manusia yang normal.
[34] Ilmu santet adalah sihir berbentuk serangan jarak jauh dengan cara memuja objek tak bernyawa seperti kain, serbuk kaca, benang dan kemenyan untuk menyebabkan kesakitan terhadap mangsa tanpa disedari oleh orang yang berada disekeliling mangsa.
[35] Ilmu teluh sama seperti ilmu santet cuma pemujaannya terhadap objek bernyawa seperti katak, lintah dan lipan, bahkan sihir ini dapat dirasai oleh mangsa dan orang disekelilingnya.
[36] Ilmu tenung adalah sihir gabungan cara pemujaan ilmu santet dan teluh. Ia digunakan bertujuan menyebabkan mangsa disakiti secara fizikal atau keluar objek seperti jarum atau kaca dari anggota badan mangsa.
[37] Biring adalah sejenis sihir yang boleh mengakibatkan mangsa mengalami penyakit kulit yang sukar dirawat.
[38] Yantra bermaksud rajah azimat, biasanya dalam bentuk bersegi yang diukir pada emas, perak atau timah. Antara jenis yantra yang terkenal adalah Srichakra.
[39] Mantra pula adalah mantera atau jampi lafaz tertentu yang mengandungi pemujaan dewa-dewi yang ditetapkan untuk tujuan kebaikan ataupun keburukan.
[40] William Shaw, 1975, Aspect of Malaysian Magic, Muzium Negara, Kuala Lumpur, hlm. 9
[41] Juraimi Bin Hussin v PP (1998) 1 MLJ 357
[42] Mahyuddin Ismail (2011). Ahli Sihir Ke Tali Gantung. Kuala Lumpur : PTS Publication. hlm. 265
[43] Ahmad Taha, 1992, Kedoktoran Islam, terj. Ismail Ibrahim, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 3

[44] L.W. King, 1910,  Mesopotamia : The Code of Hammurabi. Richard Hooker (pnyt.), Washington State University. http://www.wsu.edu/~dee/MESO/CODE.HTM  [9 Disember 2009]
[45] Mahyuddin Ismail (2011). Ahli Sihir Ke Tali Gantung. Kuala Lumpur : PTS Publication. hlm. 23
[46] K.H.M Ali Usman, 1979, Manusia Jin Mengganggu Ketenteraman, Jakarta : Penerbit Bulan Bintang, hlm. 51
[47] Geoffrey Scarre, 1987, Witchcraft And Magic In 16th and 17th Century Europe. London : MacMillan Education Ltd. hlm. 13
[48] Mahyuddin Ismail (2011). Ahli Sihir Ke Tali Gantung. Kuala Lumpur : PTS Publication. hlm. 27
[49] Ibid. hlm. 266-267
[50] Richard Kickhefer, 1990,  Magic in the Middle Ages, Great Britain : Cambridge University Press, hlm. 179
[51] Susan C. Karant-nunn & Merry E. Wiesner-Hanks. 2003. Luther On Women : A Sourcebook, Cambridge : Cambridge Univesity Press. hlm. 236
[52] Mahyuddin Ismail (2011). Ahli Sihir Ke Tali Gantung. Kuala Lumpur : PTS Publication. hlm. 35
[53] Susan C. Karant-nunn & Merry E. Wiesner-Hanks. 2003. Op. cit., hlm. 228
[54] Stuart Gordon, 1993, The Encyclopedia of Myths & Legends. London : Headline Book Publishing, hlm. 499
[55] Onesmus K. Mutungi, The Legal Aspects of Witchcraft In East Africa With Particular Reference To Kenya, 1977, hlm. 59
[56] Mahyuddin Ismail, 2011,  Ahli Sihir Ke Tali Gantung. Kuala Lumpur : PTS Publication. hlm. 268-273
[57] William Shaw, 1975, Aspect of Malaysian Magic, Muzium Negara, Kuala Lumpur, hlm. 67
[58] Mahyuddin Ismail, 2011, Op. cit., hlm. 273
[59] Ibid. hlm. 274