26 Februari 2012

Kerja Yang Bersisa....

Dalam kesempatan menguasai komputer member, sempat gamaknya untuk post se-das entri untuk blog aku ni. Al-maklumlah, dalam kesulitan menempuh hidup tanpa laptop sendiri, banyak kerja yang bersisa...

Selepas tamat latihan dan pertandingan Karnivel Teater UM 2012, fokus aku mula teralih dan terarah ke beberapa kerja yang masih bersisa. Omputeh selalu sebut 'incomplete task' atau maybe juz only me figure out dis 'MUET' look-a-like words... Bukan senang nak taip entri tentang kerja yang kita sedang buat supaya orang kat luar tahu kita pun ada banyak kerja sama seperti mereka fikir mereka lagi banyak (katanya..), ibarat lirik lagu Beyonce 'What goes around, comes around, what goes up, comes down' (Beyonce @ Rihanna?).

Pertama JKP Kor SUKSIS UM. Ada 5 lagi projek yang belum selesai. Dan ada beberapa mini projek belum sampai pada penghujungnya. Progressnya bagus sebab masing2 tahu tugas masing2. Miscomm tu biasa la, yang penting sentiasa rujuk yang atas supaya tak terlalu syok sendiri. Yang atas pun janganlah sampai tak hirau yang bawah, nanti jadilah seperti nakhoda bekerjaya kelasi, hanya kerja bersendiri.


Kedua Paper Project. Tajuk dah dapat. Tajuknya 'Sihir : Pembuktian di Mahkamah'. Macam mana nak buktikan sihir di Mahkamah? Kerana soalan inilah aku pilih untuk jadikan tajuk paper project. Mana tahu kegemilangan undang-undang sihir sejak sebelum zaman Kod Hammurabi akan kembali dipandang pada zaman anti-metafizik kini.



Ketiga adalah bidang pengacaraan. Jangan risau, ini seronok2 sahaja dan aku tak rasa aku boleh pergi jauh. Mungkin sekadar jagoan kampung dan kampung yang dimaksudkan adalah UM sahaja. Dah dapat offer untuk jadi MC di Kolej 12 untuk sebuah acara penutup dan satu lagi event tahunan di UM yakni FESENI. Harapnya untuk FESENI takkan berlakulah kisah silam yang mana nama aku digugurkan dari menjadi MC sama seperti dua tahun sebelum ini. Bukan ke aku dah tak nak terlibat untuk jadi MC? Jawapannya, ya dan apa yang aku buat lebih kepada sekadar mengisi masa lapang.haha... Lame!!!



Keempat adalah duit. Bicara tentang duit...Arrgggh! Masalah yang sering membelenggu pelajar... erm, mungkin juga membelenggu masyarakat di UM... dan juga rakyat di Kuala Lumpur, Malaysia, Asia dan Dunia... Bercakap tentang duit lagi....Aaaarggghhhh! Betullah kata orang 'duit bukan segala-galanya' sebab duit adalah punca segala-galanya...Duit....Aaaargh! itu jer perkataan yang sesuai...

Kelima adalah kuliah. Aku dah semester akhir dan hanya menunggu untuk graduasi. Kebiasaannya, kalau dah final sem mesti subjek yang diambil ade la dua-tiga butir... Tapi aku TIDAK. aku ambil lebih banyak butir dari yang biasa. Sama seperti tahun-tahun sebelum ni. Kuliah dari hari isnin hingga jumaat. Tak pernah-pernah kuliah hari jumaat, skang merasa untuk kali pertama dan terakhir.



Keenam adalah Kahwin... Wooooooo! Wooooo! Wooooooo! ok, lambat lagi... sebab semua berpunca dari DUIT ; Aaarrrghhhh!

Ketujuh adalah suasana di tempat belajar. Terus-terang suasana sudah tidak kondusif seperti aku first year dulu. Tak tahu kenapa, mungkin kerana pelajar sudah mula ber'kuliah' di luar UM, pensyarah mula 'mengajar' dalam facebook, kakitangan mula 'bekerja' di waktu kerja dan mungkin kerana Universiti terlalu 'mengejar' ranking.... Tapi aku percaya, dari suasana inilah yang akan memberi kelebihan kepada sesiapa yang tahu untuk mengatasinya.

Kelapan adalah ujian memandu. Tinggal lesen kereta sahaja. Kereta dah ada lebih dari dua biji kat rumah. (kereta myvi dan kereta sorong--haha--). Namun sebelum aku bermimpi untuk dapat lesen kereta, sekali lagi AAARRRGGHHH! Takde duit!

Kesembilan adalah tawaran kerja. Dapat panggilan tawaran kerja di Brunei Darussalam. Satu perkara yang menjadikan aku tak tahu nak memilih yang mana. Aku akan pergi sana jika aku sudah tak yakin dengan kehidupan di Malaysia, termasuklah dari sudut hubungan sesama teman, kawan, guru dan seumpamanya. Jika masih baik, tidak ada alasan untuk aku kelaur dari Malaysia.

Kesepuluh adalah first class pointer. Susah nya nak kekalkan pointer. Mesti ada rongak dan mesti ada sahaja halangan. Mampukah aku kekalkan dengan kerja yang banyak ni?

Mereka yang iri hati mesti akan kata tanggungjawab mereka lebih besar dari kita yang biasa ni. Hakikatnya semua manusia diberi kualiti bebanan yang sama cuma berbeza dari sudut kuantiti. Kualiti yang dimaksudkan adalah semua manusia ada kemapuan untuk mengatasi masalah dan tanggungjawab yang dipikul...

JANGAN SIA-SIAKAN KERJA YANG BERSISA

24 Februari 2012

Keputusan Terkini Karnivel Teater UM 2012

PELAKON LELAKI HARAPAN
WATAK SMITH : Teater 'RELIK' KK5 (MENANG)
tercalon : WATAK AZHAR : Teater 'BERANI MATI' kk12 (lakonan Naufal Tarmizi)

PELAKON WANITA HARAPAN
WATAK ZAINAB : Teater 'Siapa Salah, Salah Siapa' KK7 (MENANG)


PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
WATAK LIPAN : Teater 'BERANI MATI' KK12 (MENANG) (lakonan Afendy Sohime)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
WATAK SHIMA : Teater 'BUKAN MALAIKAT' KK11 (MENANG)

PELAKON LELAKI TERBAIK
WATAK AZMAN : Teater 'RUMAH' KK9 (MENANG) (lakonan Nizam Yamin)
tercalon : WATAK RAZAK : Teater 'BERANI MATI' (lakonan Aqmal Meman)

PELAKON WANITA TERBAIK
WATAK MAKCIK : Teater 'Lif-E' KK1 (MENANG)

SKRIP TERBAIK
ADIKA ZAINAL : Teater 'Lif-E' KK1 (MENANG)
tercalon : FASYALI FADZLY : Teater 'BERANI MATI' KK12

PENGARAH TERBAIK 
RAJA FADHILLAH : Teater 'Lif-E' KK1 (MENANG)
tercalon : FASYALI FADZLY : Teater 'BERANI MATI' KK12

BUSANA DAN TATARIAS TERBAIK
Teater 'RELIK' KK5 (MENANG)
tercalon : Teater ' BERANI MATI' KK12

PENATAAN CAHAYA TERBAIK
Teater 'RELIK' KK5 (MENANG)
tercalon : Teater 'BERANI MATI' KK12

SET DAN PROPS TERBAIK
Teater 'Lif-E' KK1 (MENANG)
tercalon : Teater ' BERANI MATI' KK12

ANUGERAH KHAS JURI
Teater 'BUKAN MALAIKAT' : Kolej Kediaman Ungku Aziz (11)

TEMPAT KETIGA
Teater 'RUMAH' : Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (9)

NAIB JOHAN
Teater 'BERANI MATI' : Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (12)

JOHAN
Teater 'Lif-E' : ASTAR (1)

SELESAI TUGAS AKU UNTUK TEATER 12th

23 Februari 2012

Teater Berani Mati

Akhirnya aku gagahkan diri aku untuk menaip dalam blog aku ni... Bukan apa, ada seperkara yang perlu aku taipkan untuk tatapan siapa yang sudi menjengah atau terjengah blog ni... Seperti dalam kebanyakan surat rasmi, tajuk yang telah dipaparkan adalah penunjuk keseluruhan isi entri aku kali ini. YUP, aku join Karnivel Teater UM buat kali terakhir pada tahun 2012 sebagai pelajar Sarjana Muda (DEGREE)...

TAHUN PERTAMA (2008-2009)

Masa ni aku tahun pertama dan aku memang aktif Kelab Drama Kolej 8. Buktinya aku dapat Anugerah Harapan Seni (Drama) di Kolej 8. Dan waktu tu jugak aku dapat watak pelakon utama bagi skrip Pak Pandir. Tapi atas sebab seperti aku tak suka skrip yang sangat panjang (waktu tu aku tak tahu yang memang skrip teater panjang2), aku tak suka dengan pengarahnya (oopsss! dan dia pun sama), maka aku buat bodoh dan tak join... Rasanya masa ni Karnivel Teater tak sehebat sekarang...

TAHUN KEDUA (2009-2010)

Tahun aku yang paling bermasalah. Dipulaukan di Kolej 8, dipulaukan rakan sekelas (jangan salahkan mereka sebab diorang pun dak kolej 8, so ada sipi2 sikit kesannya), sehingga menjejaskan kredibiliti aku di tempat aku belajar. Time ni jugakla aku join FESKUM sebagai Ketua Unit Protokol dan Pembantu Mahasiswa (PM) Kolej 8. Namun, minat aku untuk join KARVITER masih mendalam (Waktu tu Festival Teater UM). So nak dijadikan cerita, aku dapat join SUKSIS dan menetap di kolej kediaman baru iaitu kolej 12, tapi masih aku join produksi teater kolej 8 sebagai membalas balik anugerah yang diorang pernah bagi.

Maka aku joinlah teater Orang-Orang Kecil, satu teater yang sarat dengan fisik eksperimental (aku rasa kolej 8 tak cukup dana sebab tu buat eksperimental). Aku dapat watak pembantu. Mula2nya ade la 4 babak, tapi disebabkan panjang sangat dan limit masa adalah satu jam, so dapat satu babak je untuk watak aku. Aku dapat watak Tuan Peguam. Yang paling Tak Best adalah campurtangan PETIR masa post-mortem... Satu2nya sebab aku hilang semangat untuk berteater... "Biadap" kata si PETIR dengan suara lelaki 'maskulin'(ke?)...

Masa umumkan pemenang, Kolej 8 waktu tak menang apa2 anugerah tapi satu kebanggaan bila waktu tu mereka tercalon untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk watak Tuan Peguam... kalah dengan watak Bidin yang dibawakan oleh Nizam Yamin dalam teater Tanah Bernanah dari Kolej 11. ---Tercalon bersama Nizam Yamin satu penghargaan buat aku---

TAHUN KETIGA (2010-2011)

Memang aku tak nak join dah teater tapi ada beberapa sebab aku join :-
(1) Hazeem ajak dan kol aku untuk join teater kolej 12
(2) Hazeem jamin tak ada jurulatih yang Homoseksual--haha--
(3) Poster nampak macam skrip Islamik, so aku rasa macam berminat...
(4) Ada satu watak yang namanya Naufal
(5) Tambah aku nak join bila ada nama2 berbakat besar seperti Dina Akmal Suhaimi dan Jamil Mokhtar (pelakon lelaki Harapan taun sebelumnya dari kolej 11 'teater tanah bernanah')
(6) Nama yang agak familiar seperti Fairuz Selamat...haha

Lepas dah screen test dan script reading, aku dapat watak utama balik. Kali ni aku masuk Karnivel Teater dengan satu tujuan, menang Pelakon Lelaki Terbaik. So aku memang betul2 buat research dan tak banyak bantu props sangat berbanding tahun satu dan tahun dua. Skripnya bertajuk LUKHA  oleh Syazwan Muhaimin, satu skrip 'based on true story' dan kekuatannya adalah perkataan yang digunakan. Susah untuk kita deliver kalo pelakon macam aku yang masih bawah lagi dari amatur... Aku xboleh menangis macam Dina atau nama wataknya Raudhah, so aku banyakkan dengar lagu 'Lelaki Ini dari Anuar Zain'---hahaha!-

Aku pegang watak yang bernama Imaan atau Tengku Imaan Amsyar. Akhirnya ketiga2 juri sepakat untuk menobatkan aku sebagai Pelakon Lelaki Terbaik. Sebelum tu ku nak ucapkan trimas kat en Fadzly(bang2 boom!) yang bagi aku 'pocket training' sehari sebelum bertanding yang antara sebab aku bley perform dan dapat award ni. Waktu tu kejayaan paling bermakna bagi kolej 12 dan lambang kebangkitan kolej 12 dalam arena teater di UM. Kolej 12 menang dua anugerah, satunya yang aku telah mention dan satu lagi Anugerah Khas Juri.

TAHUN KEEMPAT (2011-2012)

Asalnya memang aku xnak masuk.--oit, berapa kali da ko tak nak masuk!-- Sebab tu aku, hazeem, Sham Rizz dan Dina buat audition. Alhamdulillah ramai. Mula2nya kami dapat ramai orang yang berbakat besar. Antara nama yang aku dapat taipkan seperti Layla(penulis skrip mock trial-nama yang familiar bg aku tp xkenal muka), risha, syuhada,aqmal,wan,afif, fendi,T-Rex dan ada juga yang buat2 xnak berlakon tp ada bakat spt eyha dan puteri. Tak kurang jugak yang selainnya macam Dewi, syida, syafiq dan yang lain2 yang memang nak join bhgn production management shj...haha... last2 ada gak yg kami ambil walaupun tak audition utk tlg buat props...haha

Dan skrip adalah mslh besar untuk tahun ni... Kalo sebelum ni tak ramai tenaga produksi, tahun ni lain pulak mslhnya. Skrip tak ada, Pengarah pun tak ada apatahlagi jurulatih. Aku tak layak untuk jadi coach atau pengarah bagi kolej 12 sebab kolej ni dah ada kredibilti dalam arena teater UM. So kami jumpa dengan En. Fadzly (bang2 Boom!)... Dan kami akhirnya jumpa skrip yang bertajuk "BERANI MATI" dan diarahkan pengarah Teater Juta-Juta yakni Fasyali Fadzly dan dibantu oleh Walid Ali... --lega sebab diorang bukan minat kaum sejenis--haha..

Dan aku ambil keputusan untuk join jugak tapi bukan atas dasar nak pertahankan award, sebaliknya :-
(1) Nak merasa diarahkan oleh penggiat teater sebenar.
(2) Pengarahnya adalah Penulis Skrip, so dia tahu apa limitasi watak yang perlu dibawa pelakon.
(3) Team produksi sangat sistematik dan tahu kerja masing.
(4) Aku dapat skrip aksi komedi, impian aku yang aku tunggu2 selama ini...
(5) Aku dapat watak Pembantu, namanya Azhar, si tukang buat bom...
(6) Nak merasa berlakon di Panggung Eksperimen pada tahun akhir.

Masa pementasan, lepas sahaja pertengahan cerita suara aku mula berubah... Time tu la kau rasa something kena betulkan... So aku terpaksa improvise banyak perkara supaya audience tak nampak atau tak dengar aku hilang suara... Kalo aku tak pernah join teater selama 4 tahun ni, mungkin susah aku nak buat macam semalam dengan masalah hilang suara. Teruk jugak suara aku hilang, first time rasa seteruk ni, lepas abes jer show tu.

Semasa aku taip entri ni, malam anugerah belum berlangsung. Aku tak pasti apa keputusannya. Tapi perasaannya tak seperti teater LUKHA yang dicanang2 sebagai Juara tapi dapat Anugerah Khas Juri. Rasanya seperti aku dah terbiasa dan tak memandang anugerah (award) sebagai sasaran dalam berteater... Betul kata Fasyali Fadzly " Teater ni membuat kita ketagih"... Sebab tu dari tahun satu hingga sekarang, aku masih berteater... Sentiasa ada sesuatu yang baru untuk aku cuba. Mereka kata teater ni tak ada impak dalam kehidupan, mungkin bagi diorang tapi bagi aku, kerana aku berteater aku dapat impak positif dalam segala hal. PNGK ok, aku berjaya kawal amarah, aku ada ruang untuk lemparkan stress dan aku belajar untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling...

TEATER MEMANG AKAN BUAT KITA KETAGIH 
(KETAGIH TEATER LA!)