26 Februari 2012

Kerja Yang Bersisa....

Dalam kesempatan menguasai komputer member, sempat gamaknya untuk post se-das entri untuk blog aku ni. Al-maklumlah, dalam kesulitan menempuh hidup tanpa laptop sendiri, banyak kerja yang bersisa...

Selepas tamat latihan dan pertandingan Karnivel Teater UM 2012, fokus aku mula teralih dan terarah ke beberapa kerja yang masih bersisa. Omputeh selalu sebut 'incomplete task' atau maybe juz only me figure out dis 'MUET' look-a-like words... Bukan senang nak taip entri tentang kerja yang kita sedang buat supaya orang kat luar tahu kita pun ada banyak kerja sama seperti mereka fikir mereka lagi banyak (katanya..), ibarat lirik lagu Beyonce 'What goes around, comes around, what goes up, comes down' (Beyonce @ Rihanna?).

Pertama JKP Kor SUKSIS UM. Ada 5 lagi projek yang belum selesai. Dan ada beberapa mini projek belum sampai pada penghujungnya. Progressnya bagus sebab masing2 tahu tugas masing2. Miscomm tu biasa la, yang penting sentiasa rujuk yang atas supaya tak terlalu syok sendiri. Yang atas pun janganlah sampai tak hirau yang bawah, nanti jadilah seperti nakhoda bekerjaya kelasi, hanya kerja bersendiri.


Kedua Paper Project. Tajuk dah dapat. Tajuknya 'Sihir : Pembuktian di Mahkamah'. Macam mana nak buktikan sihir di Mahkamah? Kerana soalan inilah aku pilih untuk jadikan tajuk paper project. Mana tahu kegemilangan undang-undang sihir sejak sebelum zaman Kod Hammurabi akan kembali dipandang pada zaman anti-metafizik kini.



Ketiga adalah bidang pengacaraan. Jangan risau, ini seronok2 sahaja dan aku tak rasa aku boleh pergi jauh. Mungkin sekadar jagoan kampung dan kampung yang dimaksudkan adalah UM sahaja. Dah dapat offer untuk jadi MC di Kolej 12 untuk sebuah acara penutup dan satu lagi event tahunan di UM yakni FESENI. Harapnya untuk FESENI takkan berlakulah kisah silam yang mana nama aku digugurkan dari menjadi MC sama seperti dua tahun sebelum ini. Bukan ke aku dah tak nak terlibat untuk jadi MC? Jawapannya, ya dan apa yang aku buat lebih kepada sekadar mengisi masa lapang.haha... Lame!!!



Keempat adalah duit. Bicara tentang duit...Arrgggh! Masalah yang sering membelenggu pelajar... erm, mungkin juga membelenggu masyarakat di UM... dan juga rakyat di Kuala Lumpur, Malaysia, Asia dan Dunia... Bercakap tentang duit lagi....Aaaarggghhhh! Betullah kata orang 'duit bukan segala-galanya' sebab duit adalah punca segala-galanya...Duit....Aaaargh! itu jer perkataan yang sesuai...

Kelima adalah kuliah. Aku dah semester akhir dan hanya menunggu untuk graduasi. Kebiasaannya, kalau dah final sem mesti subjek yang diambil ade la dua-tiga butir... Tapi aku TIDAK. aku ambil lebih banyak butir dari yang biasa. Sama seperti tahun-tahun sebelum ni. Kuliah dari hari isnin hingga jumaat. Tak pernah-pernah kuliah hari jumaat, skang merasa untuk kali pertama dan terakhir.



Keenam adalah Kahwin... Wooooooo! Wooooo! Wooooooo! ok, lambat lagi... sebab semua berpunca dari DUIT ; Aaarrrghhhh!

Ketujuh adalah suasana di tempat belajar. Terus-terang suasana sudah tidak kondusif seperti aku first year dulu. Tak tahu kenapa, mungkin kerana pelajar sudah mula ber'kuliah' di luar UM, pensyarah mula 'mengajar' dalam facebook, kakitangan mula 'bekerja' di waktu kerja dan mungkin kerana Universiti terlalu 'mengejar' ranking.... Tapi aku percaya, dari suasana inilah yang akan memberi kelebihan kepada sesiapa yang tahu untuk mengatasinya.

Kelapan adalah ujian memandu. Tinggal lesen kereta sahaja. Kereta dah ada lebih dari dua biji kat rumah. (kereta myvi dan kereta sorong--haha--). Namun sebelum aku bermimpi untuk dapat lesen kereta, sekali lagi AAARRRGGHHH! Takde duit!

Kesembilan adalah tawaran kerja. Dapat panggilan tawaran kerja di Brunei Darussalam. Satu perkara yang menjadikan aku tak tahu nak memilih yang mana. Aku akan pergi sana jika aku sudah tak yakin dengan kehidupan di Malaysia, termasuklah dari sudut hubungan sesama teman, kawan, guru dan seumpamanya. Jika masih baik, tidak ada alasan untuk aku kelaur dari Malaysia.

Kesepuluh adalah first class pointer. Susah nya nak kekalkan pointer. Mesti ada rongak dan mesti ada sahaja halangan. Mampukah aku kekalkan dengan kerja yang banyak ni?

Mereka yang iri hati mesti akan kata tanggungjawab mereka lebih besar dari kita yang biasa ni. Hakikatnya semua manusia diberi kualiti bebanan yang sama cuma berbeza dari sudut kuantiti. Kualiti yang dimaksudkan adalah semua manusia ada kemapuan untuk mengatasi masalah dan tanggungjawab yang dipikul...

JANGAN SIA-SIAKAN KERJA YANG BERSISA

1 ulasan:

Muhd Nur Ikhwan berkata...

Slow2 selesaikan sesuatu.. :D