18 Februari 2013

Assalamualaikum YB! - Lakonan Teater Terbaru-

Sinopsis :-

'Mengisahkan kehidupan penduduk kampung MANIKAM KALBU, diketuai Tok Yamin yang sedang melaksanakan persiapan terakhir bagi perasmian Dewan Baru yg bakal dirasmikan YB Salleh. Dalam keriuhan ini, muncul juga Pak Ayob dan Mak Mah yang turut serta meraikan ketibaan YB.
Disini terjadinya pelbagai insiden dan keriuhan penduduk kampung MANIKAM KALBU yang beria-ia memastikan kelancaran majlis perasmian ini. Tiba- tiba seorang penduduk kampung datang membawa perkhabaran bahawa empangan pecah. Apakah kesudahan cerit
a ini? Siapakah YB Salleh yang sebenarnya? nantikan kesudahannya pada KAVITER 2013'

Idea asal : Nizam Yamin
Skrip Oleh: Eyka Zain
mewakili Kolej 12 dalam kaviter 2013
pada 27 Februari 2013,8.30 malam di Auditorium KPS, UM


Aku tahu teater yang akan aku bagitahu ni bukan termasuk dalam teater skala besar seperti di Istana Budaya, mahupun teater 'mainstream' atau teater cetusan filsuf penggiat tegar teater, ia hanya sekadar pertandingan antara peminat teater di universiti malaya.

Tapi sekurang2nya idea asalnya adalah dari penggiat teater iaitu Nizam Yamin dan skripnya oleh Adieyka Zainal. Naskhah teater baru yang mungkin boleh dilabel 'dark comedy' atau komedi satira politik, yang cuba diolah berdasarkan keadaan politik semasa. Namun tujuannya bukan untuk menghina sesiapa sebaliknya hanya untuk menunjukkan realitas atau realiti politik semasa. Jangan bimbang, naskhah ini tak menyatakan demo itu salah, atau perjuangan bangsa itu sesat, atau pihak itu atau ini kafir dan seumpamanya. Tiada istilah itu disebut dalam setiap bait skrip naskhah ini. Yang ada hanya satu hiburan ringan yang boleh membuatkan kita gelak sendiri apabila balik rumah selepas menonton teater ni.

Untuk naskhah ini, rasanya Nizam dan Adieyka cuba untuk tak beri tekanan kepada para pelakon (termasuk aku) kerana mereka tahu kami ni masih terlalu amatur untuk digelar pelakon mini-teater. Walaupun aku yakin hati mereka memberontak mahukan falsafah teater mereka diaplikasi oleh para pelakonnya. Sebab itu Nizam Yamin cuba memberi kebebasan kepada kami untuk cari identiti sendiri, dan ada kalanya dia menegur supaya naskhah tersebut disampaikan secara ringan dan bukan dengan gaya persembahan yang berat. Cukup sekadar siapa yang makan cili, terasa pedasnya.

Dalam teater ni, aku pegang watak 'Mamat Rockers'. Ketua gang rock kampung Manikam Kalbu yang juga ketua belia kampung tersebut. Berpendidikan tapi still minat muzik rock, jiwa rock dan segala2nya tentang rock. Secara tersiratnya, watak mamat rockers ni melambangkan watak pelajar universiti yang berpendirian atas pagar. Tak mudah dihasut dan tak mudah diugut.

Antara watak yang ada adalah seperti :

Tok Yamin : ketua kampung, pengikut setia politik dan YB.
Pak Ayob : pesaing Tok Yamin, lebih berusia dari Tok Yamin. Berkeinginan mahu jadi ketua kampung.
Mak Mah : isteri Pak Ayob, bekas kekasih Tok Yamin. Bab politik, dia ikut sahaja suaminya iaitu Pak Ayob.
Mamat Rockers : Ketua belia. Atas Pagar. Rockers tegar. Lepasan universiti.
Sulaiman Bunga : Pengikut setia Mamat Rockers. Pemain gitar dalam band. Suka petik gitar.
Rahim Teleng : Pengikut setia Mamat Rockers. Main drum. Lebih diplomatis.
YB Salleh : YB kampung Tertikam Kalbu. Tersilap mausk ke kg Manikam Kalbu.
Isteri YB Salleh : Mengikut suaminya ke mana sahaja dia berkempen lima tahun sekali.
Penduduk kampung : rata2nya menyokong kedatangan YB. 

Ini secara rasminya menjadi naskhah keempat aku berlakon teater dalam pertandingan teater UM.
Teater pertama -2010-: Orang-orang Kecil(teater jenis ekperimen)-pencalonan pelakon tambahan lelaki terbaik.
Teater kedua -2011- : LUKHA(teater cinta Islamik)-dapat anugerah pelakon lelaki terbaik
Teater ketiga -2012- : Berani Mati(teater satira perjuangan)-pecalonan pelakon lelaki harapan
Teater keempat -2013- : Assalamualaikum YB! (teater satira politik) - dapat anugerah pelakon lelaki harapan & pencalonan pelakon lelaki terbaik

AKU BERTEATER BUKAN KERANA GEDIK 
TAPI AKU SUKA FALSAFAH YANG CUBA DISAMPAIKANNYA

2 ulasan:

Ai Rish berkata...

salam.teater yang sebenarnya teater ialah teater yang memberi rasa dan membuat penonton berfikir, bukan menjual diri pelakon2 semata2 untuk mendapat perhatian penonton.adakah teater hanya dirasai bila penonton ketawa tebahak2 tapi kosong semula setelah tirai ditutup.kadang2 elemen komedi yg terlalu banyak, membuatkan mesej yg ingin disampaikan tenggelam.itulah penonton muda skang, jika teater berat sedikit kata bosan, akhirnya tiada sapa yg mahu tgok.tapi aku faham karviter ni mgkin sbg pendedahan kpd sesiapa yg xtahu apa itu teater, jadi naskhah yg ringan dan mudah difahami tp masih berisi dipentaskan.tapi xpe kita tengok je assalamualaikum y.b kita ni mcam mana nanti.

Walid Ali berkata...

Adika ialah seorang penulis yang bagus. Dia juga trainer yang sabar dan kelakar. Awak beruntung dapat bekerjasama dengan dia. Good Luck for Kaviter!! :D