04 Mac 2013

Juara Karnivel Teater UM 2013 - Ucapan Aku

Salam Hormat, dan salam sejahtera...

Menaipnya saya di ruangan blog saya adalah untuk menyatakan rasa bersyukur yang tak terhingga ke hadrat Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada semua penggiat/ peminat teater kolej 12 UM. Alhamdulillah, akhirnya Kolej 12 UM berjaya dinobatkan sebagai juara dengan naskhah yang berjudul 'Assalamualaikum YB'.

Berikut sedikit luahan dari lubuk hati saya yang sempat saya coretkan di blog atas dasar kapasiti keengganan pihak penganjur untuk memberi ruang kepada pemenang untuk menyampaikan ucapan terima kasih di pentas.

SEJARAH SEPINTAS LALU TEATER DI KOLEJ 12 UM

Saya mulakan pada tahun 2010. Tahun itu saya belum masuk kolej 12 dan saya mewakili kolej 8 dengan naskhah 'Orang2 Kecil' sebagai Tuan Peguam. Dapat Pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (satu2nya pencalonan yang diperoleh Kolej 8) dan kalah di tangan watak Bidin dalam teater Tanah Bernanah lakonan Nizam Yamin. Waktu itu Kolej 12 seingat saya bawa skrip adapatsi Inggeris yang lebih kurang judulnya Tragedi Buah Epal yang mendapat kritikan sangat teruk semasa preview di Dewan GemilangDisebabkan teater 12 waktu itu tak mencukupi 45 minit (tak silap setengah jam je kot) ditambah dengan kerunsingan pengarah untuk mencari idea, maka terhasillah ending yang menjurus kepada cerita 'gay'...hahahaha...

Izinkan saya menggunakan kata ganti diri pertama 'aku'...Typical Malay...

Tahun 2011, Encik Fadzly masuk sebagai penyelia kolej 12 (rasanyer...). Waktu itu jugalah saya baru masuk kolej 12 atas kapasiti SUKSIS. Hazeem merekrut seberapa banyak talent ke dalam kolej 12. Hasilnya Jamel Mokhtar (pelakon Lelaki Harapan untuk Tanah Bernanah tahun 2009) dan Dina Akmal Suhaimi masuk serta mewakili teater kolej 12. Naskhah yang dibawa adalah LUKHA, dan mengikut ceritanya, pengarah iaitu Syazwan Muhaimin sendiri berjumpa dengan Encik Fadzly dan meyakinkan bahawa naskhah itu boleh memberi impak kepada teater 12th. Dengan bantuan pelajar PASUM, pertama kali saya dapat rasakan semangat juang yang tinggi dalam menyediakan props. Waktu itu, masalahnya hanya tak ada siapa yang ingin berlakon. Tahun itu jugalah, dicanang2 LUKHA jadi juara atas dasar ramai yang menonton bermata merah menahan sebak (dengar kata jer, wallahu 'alam). Namun meleset, dan hanya dapat anugerah khas juri dan pelakon lelaki terbaik. Sedih dengan kekalahan, maka berkumpullah kami di foyer blok D. Encik Fadzly datang menceriakan kami kembali dan menyatakan seronok dan bersemangat sebab ada sekumpulan pelajar 12th yang cuba naikkan budaya teater di kolej 12. Jadi semua kembali semangat dan semua bermimpi untuk menang tahun depan dengan menyediakan skrip yang lebih bagus. Namun semuanya terhenti apabila semua ahlinya yang banyak terdiri daripada pelajar PASUM berpecah. Ada yang ke kolej lain bahkan ada yang masuk universiti lain. Mimpi itu tinggal mimpi.


Tahun 2012, Hazim dan Sham Rizz cuba menghidupkan kembali kelab teater. Dan kali ini mereka berdua berjumpa terus dnegan Encik Fadzly terutamanya untuk cari skrip. Banyak jugak yang dicadangkan dan antara yang aku ingat adalah skrip pasal Si Bongkok. Tapi Pengarah tiada. Encik Fadzly kata dia akan usahakan untuk cari pengarah dan skrip. Maka kami pun buat satu audition untuk ambil ahli baru. Rasanya ramai yang datang audition. Antara yang pertama sekali ujibakat adalah Syuhada Kosnan dan Nur AThirah (T-Rex). Kemudian diikuti dengan Aqmal (dia kata dia pernah berlakon dalam drama RTM waktu kecik), Syafiq, shida, layla, safwan, fendi dll. Akhirnya Fasyali Fadzli dipanggil untuk jadi pengarah dan dibantu dengan Abdul Walid Ali. Masih segar dalam ingatan aku, naskhah 'Berani Mati' bukanlah taruhan Fasyali Fadzli untuk kolej 12 tetapi dipilih sendiri  oleh Encik Fadzli. Dan akhirnya, berjaya dapat naib juara dan anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik (fendi...)

Tahun 2013, ada kisahnya yang tersendiri. Ikutkan memang dah tak masuk tapi bila dapat tahu Nizam Yamin jadi pengarah, terus tebalkan muka untuk masuk jugak. Ditambah pulak dengan kewujudan Adieyka Zainal, perasaan aku makin membuak untuk berlakon dalam naskhah dan karya mereka. Ya, aku tahu, aku bukan penggiat teater, aku hanya peminat yang memerhati dari sudut tebing pentas teater sahaja. Tahun 2013 jugak aku dapat kenal Mirza, yang malu2 kemudian bertukar menjadi antara tenaga penting dalam pementasan teater. Kemudian kenal beberapa ahli baru seperti Tashim, Aisya, dan kemasukan beberapa tenaga produksi yang lain. Dan paling penting tahun ini menampakkan peningkatan mutu lakonan Hazim (hahahahaha!). Tahun ni jugak aku dapat tengok kepimpinan Aqmal dan Risha, satu yang tak dapat aku lihat pada tahun sebelumnya. Hehe. Bukan senang nak bergerak dalam satu kumpulan, apatahlagi kalau produksi teater.


Sewaktu terima Anugerah Pelakon Lelaki Harapan 2013

APRESIASI

Aku kembali mengunakan perkataan 'saya'...

Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang saya sebutkan seperti dibawah :

(1) Encik Fadzly : trimas sebab bagi komen tersangat pedas semasa preview. Antara kata2nya, lakonan masa preview macam budak sekolah menengah, tu pun belum tentu menang. Kata2 yang dilontarkan macam tak ada makna, main lontar jer... Lepas itu, saya muhasabah balik dan saya kurangkan apa yang patut. Kalau tak ada komen tersebut, mungkin aku akan hanyut dan memalukan diri sendiri masa pementasan. -(falsafah dalam hidup beragama di dunia - sentiasa perlukan teguran untuk menjadi lebih baik-)-

(2) Abang Nizam Yamin : trimas sebab asahkan corak dan lakonan kami. Abg Nizam banyak bagi ruang untuk pelakon explore dan dalam masa yang sama turut kawal lontaran dan gerak gaya tubuh badan pelakon. Tak tertaip untuk saya gambarkan jasa abg Nizam Yamin sebab anda sendiri kena rasa bagaimana berada di bawah telunjur ajarnya, baru anda tahu apa itu erti teater.hehehe. -(tahun 2010, suara aku tak berapa nak dengar kat KPS, tahun ni, tanpa aku menjerit, suara aku kedengaran di setiap sudut KPS)-

(3) Abg Adieyka Zainal : skrip ni memang great masterpiece. Tambah pula dengan idea dari Nizam Yamin, bertambah meletup. Walaupun seketika (48 jam), tapi aturan teknikal dan seni pentas cepat betul meresap dalam kepala otak kami. Well, aku yakin dan percaya hanya orang yang betul2 cintakan seni teater sahaja yang punyai kuasa magis begitu.hehehe.

(4) Abg Aloi : Penataan cahaya dan susun atur props sudah seperti makanannya. Ibarat macam nak makan megi segera, cukup sekadar 5 minit dah boleh makan. Seperti saya katakan tadi, hanya orang yang betul2 cintakan seni teater sahaja yang punyai kuasa magis begitu.hehehe.

(5) Abg Azlan : Sentiasa menemani Nizam Yamin dalam setiap latihan. Sedar atau tidak, Abg Azlan jugak membantu dalam menampung kelompongan dalam keserasian antara watak.

Kelima2 individu (ada lagi tapi xtahu nama) antara tunjang sebenar yang membolehkan pementasan Assalamualaikum YB! mendapat perhatian juri...

Juara!!!

Muka Puas!
F.O.H
Dan akhir kata, respek saya terhadap Aqmal (Tok Yamin), Risha, Aisya, Hazim (Pak Ayob), Sham Rizz, Syahidah (Mak Mah), Dinie (YB), Puteri (Isteri YB),  Safwan (Rahim Teleng), Mirza (leman Bunga), Syud, T-rex, Hadzirah, Tashim (???), Arif afandy, Firdaus, Shikin, Shirin (betul ke!?), Syafiq, Shida, Alan, Faiz Zeo, LYn, Chacha, Sonia, dll yang aku xsempat hafal nama... Maaf kalau tak ada nama disini tapi kudos untuk seluruh yang terlibat dalam Teater 12th 2013...

Berikut adalah keputusannya yang melibatkan Teater Assalamualaikum YB sahaja:
(1) Skrip Terbaik - menang
(2) Pelakon Wanita Harapan - menang (mak mah = Syahidah Zainudin)
(3) Pelakon Lelaki Harapan - menang (Mamat Rockers)
(4) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - menang (Pak Ayob = Hazeem Wachacha)
(5) Pelakon Lelaki Terbaik - pencalonan (Mamat Rockers dan Tok Yamin = Aqmal Meman)
(6) Pengarah Terbaik - pencalonan
(7) Busana dan Tatarias Terbaik - pencalonan
(8) Penataan Cahaya Terbaik - pencalonan
(9) JUARA!!! ( dapat cek palsu RM 500)

sekian....

INGAT, MENANG KALAH BUKAN NIAT KITA, 
YANG PENTING MESEJ SAMPAI