18 Mei 2013

Novel 'Nak Kahwin Duit Tak Ada' - Terbitan JS ADIWARNA

Assalamualikum wbt dan salam sejahtera,

Dek kerana bahana tidur petang selama hampir tiga jam mengakibatkan aku tak dapat nak lelapkan mata. Bagi tujuan rekod, aku menaip entri terbaru ini pada jam 2.05 pagi di Kolej Kediaman Keduabelas Universiti Malaya (sekadar menumpang bilik). Oleh itu izinkan aku untuk menaip sepatah dua kata sementara menunggu otak aku meminta rehat (tidur).

Novel pertama aku yang diberikan suntikan tajuk baru adalah berjudul "Nak Kahwin Duit Tak Ada". Secara seriusnya, bukan orang yang tak ada duit sahaja sentap, bahkan aku sendiri juga sentap dengan judul yang diberikan. Sentap kerana tepat kena pada batang hidung.

Kalau dapat aku kongsikan sedikit proses di balik tabir penghasilan manuskrip ni, mansukrip novel ni dibuat sekitar bulan januari 2013. aku habiskan masa selama 20 hari tanpa henti (sebenarnya ada berhenti jugak, tapi atas tujuan komersial terpaksa aku taip tanpa henti). Harapannya aku dapat tunaikan impian aku sejak dari sekolah menengah untuk jadi penulis buku (tak kisah sama ada novel @ lain2). Aku mula hantar manuskrip ke JS Adiwarna dua-tiga bulan selepas manuskrip siap dan cepat sahaja dihubungi bahawa manuskrip ini diterima untuk diterbitkan.

Dari sudut jalan cerita, ada banyak unsur 'surreal' menurut kaca mata manusia yang hidupnya biasa. Tapi jika manusia itu manusia normal, sebenarnya jalan cerita novel aku ni mungkin boleh berlaku. Nothing is impossible. Bermula dengan isu nak kahwin tapi takut nak jumpa keluarga bakal mertua. Kemudian bersangkut paut pula dengan wang hantaran, ditambah dengan rencam mencari rezeki yang bukan mudah untuk diperolehi, disulami dengan kehidupan yang sebenarnya banyak lapisan yang misteri dan konflik cinta yang kompleks, ini adalah cerita gila-gila. Sejujurnya, aku pun tak tahu siapa yang menulis novel ini walaupun nama aku tercatat pada kulit novel tu. Bak kata editor, novel ini bergenre thriller-romantis.

Sungguhpun begitu, kerisauan aku tetap ada. Risau tentang penerimaan setelah membaca novel ni yang paling meresahkan aku. Menyesakkan otak aku dan mendebarkan dadaku. Sama ada pembaca dapat tahu maksud tersirat yang aku cuba sampaikan, atau ia sekadar hiburan picisan. Yang tersurat sudah ada pada perkataannya, namun yang tersirat ada pada keseluruhan maksud ceritanya.

Sepanjang aku cuba siapkan manuskrip ni, aku banyak bertanya kepada pembaca dan peng'gila' novel cinta. Mereka kata jangan terlalu meng-'Faisal-Teharani'kan ayat. Kena lebih santai dan banyak dialog. Aku cuba untuk buat macam tu tapi in the end, adakah mereka akan faham cerita yang aku cuba sampaikan? Atau mereka mengomel mengatakan ini cerita yang tak masuk akal.

Pendapat aku, cerita fiksyen, harus dikekalkan elemen fiksyennya. Tiada yang sempurna akan terhasil dari makhluk yang tak sempurna. Yang sempurna hanyalah datang dari Allah.

Dan akhir kata, novel ini berharga rm25 bagi semenanjung dan rm28 sabah/sarawak.

Mula dijual di Pesta Buku Selangor 2013, 24 Mei - 3 Jun 2013, SACC Shah Alam Selangor.


2 ulasan:

qminz berkata...

20 hari??? -_____-

*jeles giler*

Daebak!!! hope jualan pun daebak~~~

Naufal Tarmizi berkata...

Amiiin...

20 hari tak termasuk proses 'drafting' n peram idea hampir 2 bulan...